Wednesday, 22 February 2012

LUDAH KE MUKA SENDIRI !!!! KAH KAH KAH KAH !!!!

Kapal dagang dari Israel : Anwar buat-buat lupa ke?

Dimanglah luka hati dibuatnya kalau tidak tahu latar belakang ceritanya.Macam mana ini di satu pihak kata tentang Israel tetapi kapal negara itu masuk pelabuhan Malaysia?

Itu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang sekarang dalam usaha untuk cover line kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersepit dengan isu kenyataannya mengenai keselamatan Israel dalam akhbar Wall Street Journal.

Bukan sahaja Anwar sendirn...malah Datuk Nik Aziz Nik Mat pun turut persoalkan.Hajat dihati tidak lain tidak bukan untuk gambarkan kerajaan Malaysia lidah bercabang dalam bab Israel.

Ini kisah Kehadiran dua buah kapal dagang milik rejim Israel, Zim Atlantic dan Zim USA ke Westport, Pelabuhan Klang pada 16 Februari.

Rupanya...ada sandiwara hipokrit kelas pertama bab ini.Sebab itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin nampak relaks saja ketika mengulas isu terbaru ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit Selasa.

Beliau meminta semua pihak menyingkap balik siapakah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1996.Katanya orang itu,yakni Anwar yang kini buat-buat tidak tahu itulah yang bagi lampu hijau.
“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

"Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut.

Khairy menjelaskan walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara  tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Menurut beliau  kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir juga  dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.-21/2/2012

Penghuni Gua : Kah kah kah kah kah !!!!! Padan muka. Liwat tetap liwat.

1 comment: