Tuesday, 6 March 2012

KAYU BUROK KE KUDA KEPANG ? !!!


Agenda Daily

Azizan hilang kuasa autonomi....Phahrolrazi dan Dr Ismail akhir setuju dilantik semula Exco Kedah

KEMASKINI : Samada krisis PAS Kedah kira selesai atau tidak...itu belum dapat dipastikan lagi.Namun buat sementara waktu ia mungkin reda. Setelah ding dong...akhirnya petang Isnin,dua Exco Kerajaan Negeri Kedah yang tidak sebulu dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mengumumkan mereka setuju dilantik semula ke jawatan itu.


Ini antara lain kerana PAS Pusat setuju terima syarat untuki menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan mengawasi pentabiran Kerajaan Negeri Kedah.

Bagi pemerhati,kewujudan sebuah jawatankuasa seperti itu dengan sendirinya bermaksud kuasa autonomi Azizan sebagai Menteri Besar 'kena potong'.

Beliau kini merupakan satu-satunya Menteri Besar yang terpaksa mentabir negeri dibawah pengawasan sebuah Jawatankuasa Pemandu.

Syarat mewujudkan jawatankuasa itu dengan sendirinya menunjukkan betapa seriusnya krisis antara Azizan dengan puak Phahrolrazi.

Ia dikira satu-satunya jalan tengah untuk merungkai kekusutan krisis itu yang sudah meletop secara terbuka.

Sebelum ini kedua mereka tetap tidak mahu menerima lantikan semula sebagai Exco hingga mendorong PAS Pusat kena atur ' pertemuan kemuncak' di  kediaman rasmi Menteri Besar Kedah,Seri Mentalon Sabtu malam lalu.Ia berlansgung selama lima jam.

Dalam sidang akhbarnya di Alor Star petang Isnin Phahrolrazi berkata beliau menerima lantikan semula kerana matlamatnya sudah tercapai.

Katanya dengan adanya sebuah jawatankuasa pemandu maka kuasa Menteri tidak lagi mutlak hingga tidak boleh dipersoalkan.

Beliau juga mahu Azizan mematuhi garus panduan yang ditetapkan oleh PAS Pusat. - 5/3/2012

Penghuni Gua : Kuda kepang ke kuda kayu? Pada PG , Azizan kini adalah keduanya!!!!!! Bergerak bila digoyang oleh pihak lain. Kesian. Itulah cara PAS mentadbir. Lintang pukang. MB dan yang cerdik semuanya di sampahkan oleh PAS. Yang dungu macam Mahfuz dan Mat Sabu tulah yang disanjung!!!! Kah kah kah kah !!!

2. Kalau PG jadi Azizan.... baik blah ajelah !!!! Kah kah kah kah !!!!

Nota : Ini bukan apa.... seorang nak menungkat langit ... 2 ke 3 mangkok lagi... dok berebut projek dan gila nak jadi MB. Juga adu domba PKR dan DAP yang tak boleh cari makan dengan Azizan. ... Lantak le Labu. Pemerintahan cara Islam PAS katakan !!!! Kah kah kah kah !!!!!

6 comments:

  1. KECIANNN JIJAN KENE TUNJAL KEPALE DGN SI BENGAP2 PARASIT SABU LABU DAN LABI MATPUT. JIJAN BIARKAN DIRI DIA SETARAF BENGAP MCM DIORANG GAK. NK TERJUN DGN LABU LABINYE KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    PAS for ALL... monyet2 banyak sangat dalam tu... tu pasal semuanya mengejar sebiji pisang sebelum PRU 13... Faham2 ajelah kalau menang oklah lagi, kalau kalah nak makan apa ?

    ReplyDelete
  3. Satu-satunya PM yang ditarik belalai atas dan belalai bawah kat Msia ni...sape ya?

    .....ditunggang dek KerbauPendek yg bercincin RM24j, hb Birkin dsbnya.

    ReplyDelete
  4. Langsi Mar 5, 2012 04:47 AM

    PEMECAH BERITA... YG MEMECAHKAN PERUT!

    TOKNAJISNAZAK DAH TARIK BALIK PERKATAAN BERDEBAT, DAH TUKAR KEPADA "BERBINCANG" PULAK DAH.....!

    AGAK2NYA LEPAS DIA CAKAP BERDEBAT... TUP-TUP BERBUNYI "...creet..." terkencit rupe2nya, bukan takat demam aje! Muahahahahahahahaha..... tu yg tuko ayat jadi bincang plak!

    ReplyDelete
  5. jijan jadi ungka. kah kah kah

    ReplyDelete
  6. keldai-keldai pas pulak nak ajar ungka. kih kih kih kih

    ReplyDelete