Agenda Daily
Tuntutan bahaya, dekat-dekat pilihanraya...
- Khamis, 29 Mac 2012 20:33
- DR. MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
Ahad lalu kita
dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej ala universiti
merdeka di Kajang, Selangor. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman
sebegini diberikan permit. Sepatutnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati
budi pemimpin.
Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah
membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik
balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan
lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.
Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat
perhimpunan) enam tahun lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti
kebangsaan, sama seperti kolej di negara China. Laman webnya pun langsung tidak
menggunakan bahasa Melayu.
Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diiktiraf sebagai salah satu
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) negara ini. Apa boleh buat, semua telah
diluluskan.Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan.
Malang sungguh, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol, yang menonjol
adalah identiti orang lain.
Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh
lebih 5,000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7,000 orang.
Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu
untuk menunjukkan mereka hebat.Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu
bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada
saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan.
Apa yang penting adalah tindakan proaktif kita, bukan berorientasikan
tindakan, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada
agenda perkauman mereka.Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada,
tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan
tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah
kemenangan terbesar buat mereka.
Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapuk ini. Jangan gentar
sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah,
daripada menang tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita.
Kita akan dikutuk sampai bila-bila.
Antara tuntutan kumpulan ini:
* Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tiada latar belakang sekolah Cina
atau mengambil Bahasa Mandarin dalam sijil SPM.
* Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris, minimum tiga tahun supaya mereka dapat menguasai
ketiga-tiga bahasa ini.
* Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina
benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.
* Keempat, rombak Akta Pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular
dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.
Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan begitu berani mencabar
kerajaan? Tuntutan ini tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak
selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan
semua orang Cina.
Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan
negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak
dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi
ancaman kepada keselamatan kerajaan.
Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam
peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi.
Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan
cedera.
Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan
besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut
prodemokrasi di seluruh China.Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat
segala liputan media mengenai kejadian tersebut.
Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu
ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus
berlembut. Jika ada pun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak
berani menjentiknya. Kenapa? Nasihat saya, berilah sebanyak mana pun, ultra
kiasu tidak akan mengundi kita.
Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita
berada di tahap paling rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga
maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan
berbanding agenda bangsa.Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu)
dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti Cina, Cina dan
Cina.
Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh
menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup
kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran langsung
tidak mahu diambil tahu.
Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak
dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum.
Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam.
Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit
kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti.
Barulah betul dikatakan Malaysian first.
Saya tidak nampak identiti dan jati diri orang Melayu dan bumiputera hari ini
begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup
berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain. Namun,
madu dibalas tuba.
Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan
Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk
menghapuskan sekolah vernakular.Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam
Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah
vernakular. Nampaknya, golongan ini tidak pernah menghargai toleransi
kerajaan.
SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini
hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC
yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan.Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada
sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita.
Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak
dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan
menjelang pilihan raya umum.
Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak
ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta
sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diiktiraf oleh kerajaan.
Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah
menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang
diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan
Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011.Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti
Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama
dengan Taiwan.
Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme
seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kriterianya? Menggunakan
SPM atau UEC?Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang
tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama
ini pun mereka terus mendesak supaya graduan-graduan mereka ini diterima
memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat.
Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan
kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyat pun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah
dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat hidup segan mati
tak mahu.Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan
hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam Perlembagaan, terutama
perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh
negara.
Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek Timbalan Menteri Pelajaran
ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik dan strategi mereka. Selepas
ini perkara itu akan dibawa kepada Menteri Pelajaran dan diminta menebuskan
balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih
bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka.Taktik lapuk ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah
menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu.
Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi
kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Sama ada tuntutan itu
dipenuhi atau tidak, mereka tidak akan mengundi UMNO (BN) dalam pilihan raya
akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika tidak diberikan pun, mereka
masih menang kerana sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di
beberapa negeri.
Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi
lihat demonstrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda
kebangsaan.-29/3/2012
Penghuni Gua : Masihkah kerajaan nak berdiam diri? ISA kan aje mereka ini. Kepala mereka , makin hari makin besar
2. Jika dibiar, makin huru-hara negara dibuatmya/ Api perlu dipadam semasa kecil. Jika dah besar, dikuatiri sudah terlewat. Selamatkan Malaysia dahulu dan mojoriti dulu. Semut-semut tak guna ini yang sentiasa membangkitkan tuntutan perkauman perlu dibenamkan.
3. Jangan ditunggu lagi. Kalau piliharaya tak ada. Kita kalah dalam bermaruah. Beri apa pun, mereka ini tak kan undi pun kerajaan. ISA mereka ini. Biar mereka tahu langit itu tinggi ke rendah !!!!!
salah kita org melayu juga....masa nak merdeka dulu terlalu bagi muka....sekarang depa dah ramai,jadi besar kepala la...naik lemak ...kena pulak mereka control ekonomi....sekarang tengoklah sendiri??? melayu nak kata apa??? itu baru tuntutan mereka...belum tuntutan hindraf lagi.....fikir fikir kan lah wahai melayu....jgn terus layu dan lari dari kenyataan....
ReplyDeleteInilah akibatnya jika kita terlalu berlembut,akibat politik kuasa dan pengaruh orang melayu sedikit demi sedikit terhakis dengan cara pecah dan perintah.
ReplyDeleteNGO RASIS TU MASIH X PUAS HATI KE KELAS PERALIHAN YANG WUJUD KAT SKOLAH2 MENENGAH DARI DULU SMPI SKRG?..DAH LER SKOLAH JENIS KEBANGSAAN DI BENARKAN PUN TAK PUAS HATI JUGAK. DIORANG NAK SUH KITA SERAH BULAT2 DLM DULANG EMAS BARU DIORANG PUAS HATI..BANYAK CANTEKKK!! KEHKEHKEHKEH
ReplyDeleteKita ada pemimpin dizaman dulu tapi semua terlalu berbaik sangka atau dah termakan suap.
ReplyDeleteSekarang kita nampak kebodohan pemimpin kita dimasa lalu dan pemimpin dimasa ini pulak terlalu lembik.
UMNO terlalu percaya dan bagi banyak muka pada MCA,MIC dan Gerakan sampai lupa yg MCA,Gerakan dan DAP tidak ada perbezaan kerana matlamat mereka adalah sama.
Isu tuntutan terbaru ini sudah tentu didalangi DAP dan direstui MCA dan Gerakan.Tapi nak kelabukan mata Melayu maka buat wayang Cina le sikit.
Kadang2 aku setuju dgn mereka yg mengatakan yg pemimpin UMNO telah mengkhianati perjuangan dan menjual maruah bangsa Melayu.
Yang paling menyedihkan kerana Melayu sudah tiada pilihan terpaksa menyerahkan nasib dan masa depan mereka kpd pemimpin2 UMNO yg harapkan pagar tapi pagar yg makan padi.
Salam.jangan salahkan pemimpin melayu dalam UMNO sahaja bahkan sebilangan orang melayu yang bukan pemimpin juga, demikinanlah juga melayu dalam PKR PAS, NGO Melayu sekali. Mereka berlebih-lebih meminta itu dan ini sebagai cth: ada NGO Melayu beriya-iya nak hapuskan ISA,cth lagi Zaid Ibrahim yang mengaku sebagai anak melayu, itu belum lagi bab nak hapuskan kedaulatan raja-raja melayu...orang melayu juga yang melampau-lampau.jadi apabila orang melayu sendiri bercadang 'musnahkan bangsanya sendiri' apatah pula orang lain.Sama seperti kes FELDA,orang melayu juga yang riuh nak kondem demi kepentingan politik peribadi padahal yang ramai terlibat dalam Felda anak bangsa kita, nah apalagi orang lain nyalakan api dari belakang,orang kita tak fikir panjang sedang anak cucu mereka membesar,berpendidikan tinggi jadi pemimpin,jutawan pun ada kerana felda ni lah tapi apabila dah lupa diri mereka lawan balik yang dahulunya kantung dan periuk mereka berisi sebab wujud felda ni lah...
ReplyDeleteorang bodoh dan lembik tak kan jadi pemimpin!!! kamu yang kata pemimpin (melayu-UMNO?)bodoh dan lembik mungkin lebih baik sebab dia dah jadi pemimpin sedang kamu yang berbuih komen dalam blog jadi apa??? asyik kata melayu bodoh,lembik,bebal dan sebagainya. Kalau betul kamulah yang bijaksana ah...tampil ke gelanggang pimpin anak bangsa melayu ini yang masa depannya makin meruncing....
ReplyDelete