[1994] 3 MLJ 391
Syed Mahadzir bin Syed Abdullah v Ketua Polis Negara &
Anor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) — CIVIL
SUIT NO 357 OF 1982
Judges VINCENT NG J
Date 18 JUNE 1994
Citation
[1994] 3 MLJ 391
Catchwords:
Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement
of police inspector on health grounds — Medical report equivocal and ambiguous
— Whether compulsory retirement a nullity and void — Pensions Ordinance 1951 ss
8(2)(d) & 10(5)(c)
Administrative Law — Public servants — Compulsory retirement
of police inspector on health grounds — Whether principles of natural justice
in dismissal cases also apply to cases of compulsory retirement on medical
grounds
Administrative Law — Public servants — Employment status
supported by statute — Whether court could grant declaration that termination
of service was null and void or that contract of service still subsists
Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif, seorang inspektor polis, telah dibersarakan di
bawah s 10(5)(c) Ordinan Pencen 1951 (‘Ordinan itu’) selepas suatu lembaga
perubatan telah mendapati beliau menghidapi penyakit skizofrenia, iaitu suatu
penyakit akal. Di dalam suatu laporan perubatan (‘laporan itu’), lembaga
perubatan itu telah mengesyorkan supaya plaintif dihentikan perkhidmatannya
atas dasar psikiatrik ataupun diberikan jawatan di mana beliau tidak perlu
menggunakan senjata api.
Peguambela plaintif berhujah bahawa syor di dalam laporan
itu taksa dan oleh itu cacat; dan terdapat suatu pelanggaran keadilan asasi
kerana nasib plaintif telah dibincangkan di belakangnya dan beliau tidak
diberikan peluang untuk mencabar syor itu.
Plaintif telah memohon untuk, antara lain:
(a) suatu deklarasi bahawa persaraannya sebagai seorang
inspektor polis oleh defendan tidak berkesan dan bahawa beliau masih merupakan
seorang anggota perkhidmatan awam; dan
(b) suatu perintah bahawa defendan membayar beliau semua
tunggakan gaji, elaun dan emolumen lain yang dihutang kepadanya dari tarikh
persaraan wajibnya.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:
(1) Intipati dan niat sebenar laporan itu adalah bahawa
plaintif dibenarkan bekerja sebagai seorang pegawai polis jika terdapat suatu
jawatan di dalam jabatan itu yang tidak memerlukan pembawaan senjata api. Oleh
itu, kandungan laporan itu taksa dan tidak mempunyai sebarang unsur
kemuktamadan sama ada plaintif seharusnya ditamatkan perkhidmatannya di dalam
angkatan polis. Oleh demikian, prinsip yang sama seperti yang terpakai di dalam
undang-undang jenayah seharusnya diikut oleh defendan, iaitu syor yang lebih
memihak kepada plaintif sepatutnya diterima. Oleh itu, persaraan wajib plaintif
adalah suatu pembatalan dan tidak sah dan tidak mematuhi s 10 Ordinan itu.
(2) Prinsip keadilan asasi yang sama seperti yang terpakai
di dalam kes pemecatan sepatutnya juga terpakai kepada kes persaraan wajib atas
dasar perubatan, kerana siasatan yang membawa kepada persaraan wajib itu
bersifat kuasi-kehakiman dan mesti mengikut rukun keadilan asasi. Di sini,
terdapat suatu pelanggaran rukun keadilan asasi di dalam prosedur yang
digunakan untuk membersarakan plaintif dan penggajiannya tidak ditamatkan
secara sah.
(3) Walaupun di dalam kes majikan dan pekerja yang biasa,
suatu deklarasi bahawa penamatan perkhidmatan itu adalah batal dan tidak sah
ataupun bahawa kontrak perkhidmatan itu masih wujud tidak seharusnya dibuat,
mahkamah mungkin membenarkan deklarasi yang dipohon itu di dalam kes penggajian
atau perkhidmatan awam di mana kakitangan awam itu mempunyai suatu taraf yang
disokong oleh statut.
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
Boleh sy tanyakan soalan
ReplyDelete