Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik
angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil
mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa
sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.
Menurut
laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang
dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang
naik angin itu.
Beliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya
menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di
Kuantan itu.
Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan
sidang akhbar tersebut.
Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba
membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi
berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di
Kuantan hari ini.
Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah
mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia
hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan
Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan
malam.
Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia
yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai
Lembing.
Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata
bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.
Sungai Lembing merupakan
sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut
Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi
beroperasi.
Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh - salah seorang
penentang kuat pembinaan kilang Lynas.
"Awak lapor saya kata begitu. Jika
MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh.
Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah
bodoh.
"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman
mereka."
Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan
menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar
Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai
Lembing..
"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah
benar-benar bodoh."
Penghuni Gua : Memang mereka bodoh pun . Begitulah mereka ini. Mereka semua adalah penyokong parti rasis dan sentiasa mencipta isu dan semua perkara nak di spin. Dapat satu patah perkataan maka kemudian diputar belit.
2. Biasalah .... bukan tak kenal wartawan sebegini. Ahli falsafah dah cakap .... wartawan ini " Mendapat kemewahan dari penderitaan orang lain " Itulah yang dikatakan oleh ahli falsafah mengenai wartawan. maksudnya wartawan seperti wartawan dari akhbar cina ini lah walau bukan semua .
PG Hindu anak Omar... cube nkorang cerminkan diri nkorang sendiri. Kalo tak cukup cermin kat rumah, pegi la kat mana-mana kedai emas tompang cermin diri nkorang kat kedai emas tu...!
ReplyDeletehek eleh...pa hal dgn cermin plak....dah tak tau nak spin dah... BODO PUNYA LANGSI...SIAL...LU MAKAN TAIK LAGI BAIK LA...BODO
ReplyDelete