MStar
PETALING JAYA: Keluarga Azmin Ali mahu beliau segera meninggalkan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ibunya, Che Tom Yahaya berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik
jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.
"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan
anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar,"
katanya.Che Tom, 78, berkata, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang
sangat sukar ketika melahirkan Azmin.
"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,"
katanya sambil menambah kali terakhir Azmin melawatnya, Ogos lalu.Sementara itu, adik Azmin, Ummi Hafilda berkata dia akan menghentikan semua
bentuk serangan peribadi terhadap abangnya sekiranya beliau meninggalkan Anwar
demi kebaikannya.
"Saya sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan semua keburukan abang saya,
isterinya, Shamsidar Tahrin dan Anwar.
"Ibu juga telah bersetuju untuk bercakap mengenai Azmin pada satu sidang
media. Namun jika Azmin menjauhkan diri daripada Anwar, saya akan berhenti
berkempen.
"Apa yang saya mahu adalah abang saya kembali kepada dirinya yang dulu,”
katanya sambil menambah Azmin yang Timbalan Presiden PKR merupakan sekutu Anwar
yang paling kuat.
Ummi kata apabila ibunya sakit teruk baru-baru ini, dia memberitahu dia dan
dua kakaknya untuk tidak memaklumkan Azmin jika dia akan mati.Ketika ibunya sakit baru-baru ini, Ummi berkata ibunya telah memberitahu dia
dan dua adiknya supaya tidak memberitahu Azmin sekiranya dia meninggal
dunia.
"Ini jelas menunjukkan betapa kecewanya hati dia," kata Ummi.Awal tahun ini, Ummi yang merupakan individu yang mendedahkan mengenai kes
liwat Anwar yang pertama kembali berkata dia akan kembali menyerang Azmin dan
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekiranya mereka tidak mahu bertaubat.Ummi berkata dia akan mendedahkan ‘rahsia’ serta salah guna kuasa yang
dilakukan oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13.
Penghuni Gua : Azmin..............dengarlah rintihan dan rasahati ibu kita. Ikut lelaki Y tu bukan boleh bawa mati pun. Bala adalah ...............................Insaflah !!!!!!!!!!!Cukuplah minum air kencing lelaki Y tu..... Kah kah kah kah !!!!
demi negara,kenapa lama sangat nak mendedahkan!
ReplyDelete