Drama Oh drama…Dewan Rakyat jadi pentas 'halalkan' demo Bersih 3.0
- Rabu, 04 April 2012 02:36
- HELME HANAFI
“Dubai: undangan pidato middle east ceos - Tenang dlm pesawat setelah
ribut Parlimen. Nonton filem apa?”
Itulah tweet Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa jam selepas
bikin panas dalam Dewan Rakyat petang Selasa mengenai laporan Jawatankuasa Khas
Penambahbaikan Proses Pilihanraya.
Lagaknya macam orang yang bersiul puashati kerana hajatnya tercapai untuk set
suasana bagi mencetuskan alasan ' menghalalkan' kuncu-kuncunya mengadakan demo
Bersih3.0 yang sudahpun diwar-warkan kebelakangan ini.
Malah ramai pemerhati politik awal-awal lagi sudah menduga 'lakonan
kekecohan' mereka dalam sidang Dewan Rakyat ketika pembentangan laporan itu oleh
pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Ia
tidak lain tidak bukan perang saraf untuk mencetuskan persepsi kononya
pembangkang kini dalam keadaan terhimpit oleh tipu daya kerajaan dalam
menghadapi pilihanraya umum tidak lama lagi.
Soalnya apa yang kita rasa bila baca tweet tersebut.Ya, betapa tidak
seriusnya Anwar dengan soal yang maha penting itu semata-mata kerana agenda
politik sehingga perlu buat perhimpunan menyusahkan semua orang demi (konon)
membersihkan pilihanraya.
Berapa ramai penyokong pembangkang akar umbi, yang tidak tahu menahu,
terperdaya dengan dakyah pemimpin mreka ini, sanggup turun ke jalan raya sekali
lagi konon untuk pilihanraya yang bebas dan adil.
Juga jika kita tengok cara Anwar and the geng dengan biadapnya
menjerit ‘leave the chair’ terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin
Mulia, dalam Dewan Rakyat yang mulia.
Siapa boleh fikir selepas hanya beberapa jam beliau boleh relax dan tanya
“nonton filem apa?” atas kapal terbang menuju ke Dubai.
Khamis Parlimen masih bersidang, kalau-kalau Anwar lupa, apa yang sibuk
dengan pidato di luar negara jika keutamaan adalah perjuangkan rakyat
Malaysia?
Sebab itu, ramai yang kata ‘drama’ pembangkang semakin hari semakin mudah
dinilai oleh rakyat.
Kita yang rasional tengok macam mana MP-MP pembangkang setkan game
plan untuk huru-harakan Dewan Rakyat pada Selasa dan kemudian keluar sambil
ketawa, kita boleh geleng kepala.
Macam itu ke gelagat orang yang dipanggil Yang Berhormat?
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menjadi saksi kejadian tersebut
tweetnya berkata, “Black day in Parliament's history. Never seen MPs behave
this bad. Opposition hounded Speaker. Shouted & screamed.Sitting
suspended.,”
Bayangkan Azmin menjerit ke arah Speaker, sambil berkata“pembohong” berulang
kali dan semua itu dirakam.
Selaku Ketua Pembangkang ,Anwar yang patutnya menenangkan MP-MP lain, turut
berkelakuan macam ‘kena sawan’ terjerit-jerit “leave the chair” sambil
tepuk-tepuk meja kearah Speaker.
Dan hanya selepas beberapa jam dengan relaks , boleh tanya “nonton filem
apa?”
Kalau bukan lakonan atau drama, apa lagi yang kita boleh sebut pada kelakuan
begitu?
Berdasarkan kronologi peristiwa, memang dari awal lagi, pembangkang sudah
buat ‘akai’ untuk menolak laporan tersebut dan mencipta alasan baru
untukmenghalalkan apa saja tindakan mereka selepas ini.
Azmin Ali, Ketua Whip pembangkang di Parlimen, pada Isnin sudah buat sidang
akhbar persoal itu ini dalam laporan yang belum pun lagi dibentangkan.
Bayangkan etikanya, Azmin salah seorang anggota jawatankuasa tersebut,
laporan itu beliau sama-sama buat, tapi demi politik, sebab nak tunjuk gah
pembangkang maka ia kerja sendiripun tidak dihargai.Khairy awal-awal lagi sudah tweet, kata “Ramalan saya:Pembangkang akan
menolak laporan JK Pilihan Penambahbaikan Pilihanraya di Parlimen esok &
kembali ke demonstrasi jalanan,”
Ketua Pemuda UMNO itu tweet macam begitu pada Isnin malam.Lakonan pembangkang ini bukan susah hendak baca, patennya sama, buat-buat
jadi mangsa dan menjerit salahkan BN dalam semua perkara.Mereka tidak berkerja untuk mencari penyelesaian sebaliknya mencari
masalah.
Kalau kita lihat dari segi sejarah JawatankuasaKhas Penambahbaikan Proses
Pilihanraya itu sendiripun, ia ditubuhkan selepas perhimpunan haram Bersih
2.0.Pembangkang memang menolak pada peringkat awal untuk menyertai jawatankuasa
tersebut, tetapi selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri
Aziz kata ia akan teruskan juga walaupun tanpa pembangkang... maka mereka
terpaksa sertai.
Laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat selepas enam tujuh bulan buat kerja,
kumpulkan pandangan,dari berbagai pihak di seluruh negara.Banyak masa dan wang ringgit terbuang pergi melawat dan meninjau Parlimen di
Eropah untuk melihat sendiri sistem yang digunapakai di sana.Berbagai sesi brainstorming yang panjang dan melelahkan,akhirnya pembangkang
tetap membangkang.
Lojik akal tahu jika mereka setuju begitu sahaja dengan laporan jakawatnkuasa
khas itu,maka isu yang mahu digunakan untuk ‘bakar’ hati penyokong-penyokong
sendiri sudah tiada.Tidak boleh lagi hendak buat BERSIH 3.0. untuk huru-harakan Malaysia.Apa modal nak jual kalau tiba-tiba semua MP pembangkang setuju dengan laporan
jawatankuasa khas tersebut ?
Mereka sengaja bergasak, cipta bagi Dewan Rakyat nampak macam pasar, supaya
tidak dapat dibahaskan, supaya rakyat tidak nampak kebaikan-kebaikan dari
laporan tersebut.Jadi bila semuanya ikut skrip, dan Speaker terpaksa meluluskan tanpa bahas
dengan suara majoriti, maka senang, sudah ada modal baru.Sebab itu, hanya selepas beberapa jam kejadian tersebut, Awar boleh tweet
dari atas kapal terbang “Nonton filem apa?”… drama oh drama…
-3/4/2012- OLEH HELME HANAFI
Penghuni Gua : Bangkangan bodoh. Low class. Sendiri buat , kemudian sendiri bangkang !!!! Tak ke bodoh namanya !!!!
Penyokong Anwar cepat2 lah bertaubat.Buka hati dan akal, berfikir sewarasnya tanpa kepentingan politik.
ReplyDeleteHari-hari hati ni dok panas dgn gelagat PKR+PAS+DAP. Silap hari bulan saya pulak sakit jantung tgk perangai diorang ni. Ahli politik senang lenang, rakyat pulak yang dapat sakit.
ReplyDeletePOLITIK MALAYSIA[?]SESIAPA DAN SIAPAKAH GERANGANNYA YANG MEMBIDAK CATURKAN WARGANEGARA MALAYSIA,DIPAPAN CATUR POLITIK ANTARABANGSA[.]/=
ReplyDeletenegara mana dalam asia ni lebih aman dari malaysia?huruhara dan tak aman hanya akan dicetuskan oleh pembangkang yang tak bertanggungjawab .......fikir2
Delete