Saturday, 14 April 2012

KHATIB JAHAT DAN MUNAFIK !!!! KAH KAH KAH KAH !!!!



( Pulau Mabul Semporna mac 2012 )

Beberapa orang jemaah di sebuah surau Jumaat di Taman Cempaka, Pandan Indah berasa kurang senang dengan khutbah disampaikan seorang penceramah bebas yang menyokong pendidikan tinggi percuma di Malaysia.


Seorang anggota jawatankuasa Surau al-Falah, Ishak Darus berkata beberapa anggota jemaah itu mengeluh kepadanya bahawa khutbah tersebut terlalu bersifat politik.

Katanya, jawatankuasa itu juga memutuskan untuk tidak lagi menjemput khatib berkenaan selepas ini.

Tambahnya, penceramah berkenaan antara lainnya berkata bahawa banyak negara menyediakan pendidikan percuma dan kerajaan yang gagal bertindak demikian adalah kerajaan yang zalim.

Katanya lagi, khatib berkenaan secara tidak langsung menyebut mengenai pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jelasnya, khatib berkenaan menggunakan teks khutbah sendiri walau dibekalkan teks yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Penghuni Gua : Inilah contoh Khatib jahat. Yang menggunakan mimbar untuk tujuan politik.Membelitkan ayat quran untuk kepentingan mereka. Mereka hanya membaca ayat-ayat yang membawa kepentingan politik mereka.

2. Ayat-ayat Quran yang menekankan kewajipan umatnya membayar hutang di sorok . Semua ayat yang di baca hanyalah untuk memburukkan PTPTN dan kerajaan. Mereka menidakkan dan meyorok kewajipan membayar hutang yang ditekankan oleh Islam.

3. Apa moral kisahnya ini? Tak lain ... inilah contoh Imam dan Khatib jahat.Menggunakan mimbar untuk kepentingan politik bodoh mereka. Politik mereka , yang setiap hari... mengeluarkan fatwa yang berlainan.

4. Sebab itu sehingga kini... parti dan puak ini ... Allah masih tak benarkan mereka memerintah. Allah hanya memberi sedikit sahaja kuasa di beberapa negeri dan di dunia.Itu pun bukan main zalim lagi mereka. Darah sesama umat Islam pun halal di setengah negara. Tetapi semuanya mengaku lebih Islam dari Islam yang lain.... Sebab itu dari dulu sehingga kini.... Allah berikan sedikit kuasa kemudian, Allah tarik kembali. PG percaya , Allah akan melakukan penarikan kuasa ini sekali lagi di PRU13. InsyaAllah.....

5. Tak ke bodoh dan jahat namanya ini. Jubah dan serban aje pelindung perbuatan jahat mereka.

 6. Tak gitu ??? Boleh bbbbblllllaaaahhhhh lah........ah........

13 comments:

  1. mesjid seksyen 18 pulak Khaled Samad panjat mimbar khutbah jumaat... nampaknye sape2 pun bole... khatib bertauliah, mesjid tempat menyatukan umat...

    ReplyDelete
  2. halau je kalau khatib mcm tu ariss... jumpa kat luo masjid ludah je muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku memang sokong ludah muka khatib setan camni. Kalu aku ada kt pandan aritu, confirm aku tunggu dia keluar masjid, pastu tunjal dahi dia,bgtau fakta yg sepatutnya dia kena tau. Baghal punya khatib!

      - pegawai kerajaan, putrajaya

      Delete
  3. Tak salah khatib berkhutbah macam tu..ianya isu rakyat juga...yg jd masalah adalah umno yang panas telinga dengar khutbah tanpa editing mcm tu...

    apa mslhnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata kalau khutbah cakap isu liwat, pr agen yahudi, jam omega, lgbt dll?

      Delete
    2. kesah tu tk payah tggu hari jumaat,tiap2 ari dah kluar kt tv1,tv3,tk kan ko tk tau,,

      Delete
  4. Imam dan khatib bagini lah yang kata sayangkan jemaah dan memberi penerangan yang betul tentang isu-isu negara.

    Membaca propaganda JAKIM saja setiap Jumaat bukan saje yang betul, tau tak?

    ReplyDelete
  5. Inilah kelemahan umat islam apabila khutbah jumaat disediakan, disunting dan khatib cuma baca, bukan berkhutbah...

    cuba lihat isi khutbah sepanjang zaman..isu sama,solat, puasa, zakat, haji, dan perkara2 yg biasa didengar dan dibaca..last2 makmun tersungkur kepala ke sejadah, mengantuk dan tertidur...

    cuba bawa isu permasalahan ummat yg lbh besar supaya kita lbh dinamik...bosan dgn khutbah sterotaip...

    kenapa takut nak bicara soal rasuah, penyelewengan, hak asasi manusia, negara, kepentingan ummah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga soal liwat, lgbt, jam omega, agen yahudi, salman rushdi, bilik 121, dan banyak lgi, ini juga kepentingan ummah dan rakyat.

      Delete
    2. apa macam kita masukan jugak kesah2 lembu kak ijat..kesah pinjaman tk di bayar tajudin ramli..kesah rumah khir toyo..

      Delete
    3. Lagi baik jika kisah Altantuya kena C4 diletupkan dibaca khatib!!! dan rasuah kapal selam RM500 juta...

      Delete
  6. pendidikan percuma??untuk sapa??untuk anak melayu jugak apa yg jd masalah nya pendidikan percuma??bangang betoi org2 melayu yg tk setuju..

    ReplyDelete
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

    Kerajaan tanggung sehingga 95% yuran pengajian IPTA

    SHAH ALAM 14 April - Kerajaan menanggung yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini antara 85 hingga 95 peratus bagi meringankan beban rakyat yang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun pelajar masih perlu membayar yuran pengajian namun jumlahnya tidak lagi membebankan terutama mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.
    Sebagai contoh, katanya, pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM9,000 berbanding kos sebenar iaitu RM166,000.

    ReplyDelete