Utusan Malaysia
Asalnya pembangkang sokong PTPTN
KUALA LUMPUR 19 April - Semasa Rang Undang-Undang
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibentangkan pada 1997,
pembangkang turut menyokong penubuhan tabung itu, namun kini berlaku sebaliknya
apabila pakatan pembangkang bermati-matian mahu memansuhkannya pula.
Antara pemimpin pembangkang yang menyokong penubuhan PTPTN sewaktu rang
undang-undang itu dibentang di Dewan Rakyat ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang
serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bagaimanapun dua pemimpin itu kini hanya berdiam diri dengan janji Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan pinjaman PTPTN jika
pakatan menang pada pilihan raya umum akan datang sehingga menarik minat
beberapa kelompok pelajar universiti melakukan demonstrasi.Kit Siang sebagaimana dipetik daripada hansard Parlimen berkata: "Tuan Yang
Dipertua, saya mengalu-alukan Rang Undang-Undang PTPTN untuk memperuntukkan satu
tabung bagi membenarkan anak-anak kita berpeluang melanjutkan pendidikan
tinggi.
"Dalam masa negara kita menuju kepada satu masyarakat berilmu, institusi
pengajian tinggi tentulah memainkan satu peranan yang penting dan kita perlu
memupuk satu budaya cemerlang dalam semua bidang di universiti."
Rang undang-undang tersebut dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran.Petikan hansard mengenai sokongan Kit Siang dan Guan Eng tersebut turut
didedahkan di dalam laman blog, http://www.mole.my.
Dalam perkembangan yang sama, Guan Eng pula dipetik sebagai berkata: "Tuan
Yang Dipertua, saya ingin mendapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri
bahawa rang undang-undang ini akan dilaksanakan dengan adil dan saksama, tidak
kira kaum serta agama.
"Ia mesti berdasarkan latar belakang sosial pelajar tersebut, iaitu kalau
kita hendak meluluskan biasiswa atau pinjaman, ia mesti berdasarkan dua kriteria
yang penting iaitu merit dan keperluan."
Malah, beliau yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka berkata,
peruntukan awal RM100 juta untuk PTPTN tidak mencukupi, sebaliknya menggesa
kerajaan menyediakan dana sekurang-kurangnya RM1 bilion jika benar-benar
ikhlas.
Sementara itu, pihak pengurusan Parlimen diketika dihubungi Utusan
Malaysia mengesahkan Kit Siang dan Guan Eng memang menyokong rang
undang-undang penubuhan PTPTN berdasarkan hansard pada 14 Mei 1997, bilangan 27,
jilid III
Penghuni Gua : Biasalah. Lidah biawak. Otak penuh dengan kuman liwat aje . Kah kah kah kah !!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment