[1995] 3 MLJ 435
Neo Kim Soon (Administrator of the estate of Phanna
Mannechuang, deceased) v Subramaniam a/l Ramanaidu & Anor
Case Details:
Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) —
CIVIL APPEAL NO
J–04–55–94
Judges MAHADEV SHANKAR JCA
VC
GEORGE JCA
ABDUL
MALEK J
Date 2 AUGUST 1995
Citation
[1995] 3 MLJ 435
Catchwords:
Civil Law Act — Damages — Fatal accident — Deceased made no
financial contribution to upkeep husband and infant son — Husband employed
housekeeper to take care of son in lieu of services provided by deceased —
Whether claimable — Whether action should be brought by administrator or by
husband and son in their personal capacities — Civil Law Act 1956 s 7
Bahasa Malaysia Summary:
Pada 1 Mei 1986, isteri plaintif (‘si mati’) telah terbunuh
di dalam suatu kemalangan jalanraya, dan meninggalkan seorang bayi lelaki.
Kemalangan tersebut disebabkan semata-matanya oleh kecuaian defendan pertama.
Plaintif telah memfailkan suatu guaman di mahkamah sesyen. Di dalam pernyataan
tuntutan, telah dinyatakan dengan khususnya bahawa tindakan itu telah dibawa
dalam keupayaannya sebagai pentadbir pusaka si mati di bawah s 7 Akta
Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta tersebut’), bagi pihak dirinya sendiri sebagai
suami si mati yang sah dan bagi pihak anak lelakinya.
Semasa perbicaraan,
plaintif telah memberi keterangan bahawa akibat kematian si mati, beliau
terpaksa menggaji dan terus menggaji seorang pengurus rumah untuk menjaga anak
lelakinya pada gaji bulanan sebanyak RM500. Hakim mahkamah sesyen memutuskan
bahawa perbelanjaan bulanan sejumlah RM250 adalah munasabah untuk tempoh selama
111Ú2 tahun. Walau bagaimanapun, defendan telah merayu ke Mahkamah Tinggi atas
alasan bahawa: (i) tiada award yang boleh dibuat atas alasan kehilangan
perkhidmatan atau teman isteri di bawah s 7(3) yang terpinda, melainkan jika
penuntut dapat menunjukkan bahawa pergantungan sebenar, iaitu beliau telah
menerima sumbangan kewangan daripada si mati; dan (ii) plaintif dan anak lelakinya
harus mendakwa secara berasingan di dalam keupayaan peribadi mereka sendiri
untuk gaji pengurus rumah itu kerana ia merupakan suatu tuntutan untuk kerugian
persendirian dan bukan untuk kehilangan sokongan.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:
(1) (Oleh Mahadev Shankar HMR)Apa yang telah dimansuhkan
oleh s 7(3)(iii) yang terpinda ialah award ganti rugi kepada seorang suami atas
sebab semata-matanya bahawa beliau telah kehilangan perkhidmatan atau teman
daripada isterinya. Walau bagaimanapun, di mana seorang suami bukan sahaja
kehilangan isterinya, tetapi telah mengalami kerugian dari segi kewangan yang
diakibatkan oleh kecuaian secara terus, kerugian tersebut boleh didapatkan
kembali, walaupun isteri itu tidak membuat apa-apa sumbangan kewangan kepada
suaminya. Ini adalah kerana s 7(3) memperuntukkan bahawa pihak yang cuai harus
membayar pampasan kepada penuntut bukan sahaja untuk sebarang kehilangan
sokongan, tetapi juga sebarang perbelanjaan munasabah yang dialami akibat
kelakuan salah itu.
(2) Walaupun s 7(1) dan (2) merujuk kepada tindakan oleh
wakil diri sebagai suatu tindakan perwakilan yang dibuat untuk faedah pasangan
yang masih hidup, ibu bapa dan anak, s 7(3) dengan jelasnya membenarkan
tuntutan kembali kesemua kerugian yang boleh dinyatakan kuantitinya yang
disebabkan secara langsung oleh orang yang bersalah dan yang dialami oleh orang
yang ditetapkan itu. Kehadiran s 7(3)(iii) yang secara khususnya membenarkan
perbelanjaan pengembumian didapatkan kembali memperkukuhkan pendapat ini.
(3) Setiap kali ia boleh ditunjukkan oleh seorang ibu bapa,
pasangan yang masih hidup atau anak bahawa kehilangan wang atau nilai wang yang
boleh dikira telah dialami dan akan terus dialami sebagai akibat langsung
kecuaian orang yang bersalah, kehilangan tersebut boleh didapatkan kembali
walaupun tidak terdapat sumbangan kewangan terus yang dibuat oleh si mati
kepada atau bagi pihak orang untuk mana tindakan itu dibawa.
Obiter:
Seksyen 7(3)(iii) tidak menghalang seorang anak daripada
mendapat ganti rugi kerana kehilangan perkhidmatan dan teman dari ibunya.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam,. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
No comments:
Post a Comment