Sunday, 23 December 2012

KESAN DARI AMANAT PUAKA HADI !!!!!!!! KAH KAH KAH KAH KAH !!!!


UTUSAN MALAYSIA

Saya cukup menyesal...


NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.

Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.
Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.
MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".

Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.
Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.

Penghuni Gua : Inilah hasil dari amanat puaka TGHH. Akhirnya Khalid gereja cuba buat lawak , dengan katakan TGHH tak kafirkan UMNO. Tak ke bodoh namanya.  Dia tak faham isu. Masalahnya , pengikut bodoh PAS yang tafsirkan amanat bodoh dan puaka Hadi tu ialah UMNO kafir. Sembahyang dua imam di merata tempat . Sekarang pun masih ada lagi di Besut di kg Nangka contohnya.

2. Inilah hasil dari ulama puaka dan amanat puaka PAS .......... Sekarang cari lubang cacing nak menyorok. .................................

13 comments:

  1. BIASAK LER BROO..ULARMAK PAS BANGGA SGT PKAI SERBAN TINGGI CM ROTI TISU..TP SYG PENGISIAN BYK SAMPAH SARAP KEHKEHKEH

    ReplyDelete

  2. Agenda Palsu Muhyiddin - Pemuda & Puteri UMNO rela dibodohkan

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~






    UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?

    2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...


    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~


    Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)

    Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

    Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....

    ~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~

    Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....

    Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...

    ReplyDelete
  3. Puak2 UMNgOk Be-eNd ni masih berkitabkan Utuseks Melayu yg berkali kalah saman dlm MAK-KAK-MAH dan nak bangkrap asik bayar saman!

    Media yg disahkan menFITNAH ni pun jadi rujukan dan bacaan puak2 UMNgOk Be-eNd...termasuk si anak haram PG Hindu anak Omar ni! Sebelum ni dok bergantung hayat dgn PUNGKUK SayFOOL ButtHairy yg tak rela diliwat tapi siap sedia dgn KY Jelly dan tak menolak diliwat. Tunggu 2 hari baru lapor polis... sembahyang tapi tak mandi?

    Dah takde isu...sampai isu 31tahun diulangbalik! Majlis Agama buat ape selama 31 tahun. Baru skrg terima tekanan dari KERAjaan Be-eNd ke... takut ditukarkan atau nak jaga periuk nasi? Tok Mufti jgn sampai jadi Tok Peti!!!

    ReplyDelete
  4. Langsi ni memang bodoh.Kalau kena Liwat kena mandi wajib ke!!!! Yang kena mandi wajib Anuar bukannya Sipul...Air mani dah keluar dalam dubur Sipul. Tapi Sipul tak terkeluar mani...Kehh Kehh Kehh kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang...Baik tukar nama kau jadi Lancau lagi baik...

    ReplyDelete
  5. Anon 22:35...nko ni Muslim? Selama ni mcmana cara nko membersihkan diri...takyah mandi selam 2 hari ke? Kambing Hapak ke nko ni?

    Dah BaNgang...BeNgap plak. Kalo dah bergantong hayat dgn JUBUR SayFOOl...ikut la perbicaraan kes Liwat tu dgn teliti. Dlm MAK-KAK-MAH dah kata terdapat air mani SayFOOL dlm JUBOR dia sendiri dan BEBERAPA DNA lain! Entah BANGSAT ape si SayFOOL ni...

    Selama ni nko tak perlu mandi selama 2-3 hari kalo nak sembahyang ke...duduk kat kutub ke Ngok?

    Sian dgn puak2 UMNgOk Be-eNd ni...terserlah keBiNgaian dan keBoNgokannya - dulu, kini dan selamanya!

    ABU - Asalkan Bukan UMNgOk...Be-eNd!

    ReplyDelete
  6. baguslah balik kepangkal jalan. apa ajaran bila abng dan ayahpun dikafirkan sedangkan mereka itu pegang kepada rukun iman dan islam. yang sedihnya, apahal lambat sangat sedar sehingga nak tunggu pemesongan tabung memali dan ketidak seriusan dalam judi dan arak ditempat yang mereka berkuasapun.
    Langsi begitu tertokan nampaknya.

    ReplyDelete
  7. UMNgOk Be-eNd yang tertekan...terpaksa guna isu basi utk political mileage! Cari la isu lain.....!

    Kalo nyawa dah hujung halkum mmg mcm tu la gayanye, apa yg dapat dicapai...digagaunya sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  8. Keh keh!!!! Anuar dapat sedap Langsi dapat tahi!!! Kesian kan!!!...Orang ramai lari dari Anuar Langsi masih tadah pungkuk beri kat Anuar. Mana boleh tahan!!!!!

    ReplyDelete
  9. baguslah sudah ada kesedaran betapa dulu mereka telah terpesong dan dipesongkan. Itulah kalau ilmu didada sekadar sebutir pasir dipantai, tak payahlah nak dok kafir-kafirkan orang. Kesannya makan dalam walaupun kini telah sedar namun apakah mudah sangat padam perbuatan lampau hanya dengan berkata "dulu aku silap". Ibarat tumbuk orang dan kemudian kata "aku silap, sorry Ok". Sakit dan lebamnya tu freekah?
    Orang lainpun ada tok guru masing-masing juga maka kena hormatlah pandangan guru-guru lain.

    ReplyDelete
  10. Biasalah kalau dah dibayar. Dapat berjuta lupa perjuangan. Ahli seumur hidup tak semestinya baik. Kalau dah sengkek duduk dalam PAS, biarlah duduk dalam UMNO.

    ReplyDelete
  11. Senang aje, kalau dah tolak Al Quran, tak nak jadikan Al Quran sebagai Perlembagaan Negara, lebih rela ambik Lord Reid sbg sumber Perlembagaan Negara, memang kafir la jawabnya. Saya solat kepada Allah, jadi saya nak undang2 Allah diwartakan di Malaysia. Bukannya Lord Reid. Biarlah DAP menentang, dah memang kafir. Jadi kita ni orang Islam yg btanggungjawab menunjukkan contoh yg baik pd MCA, MIC, DAP. UMNO yg dah lama memerintah, berjayakah korang menarik MCA MIC masuk Islam. Justeru, ini yg PAS ingin buat, tunjukkan pekerti Islam pd DAP.

    ReplyDelete
  12. Aku bukan PAS atau UMNO tapi kalau orang Islam tu, parti ke, kumpulan ke, tok guru ke, tak menjadikan Al Quran sebagai Perlembagaan Negara dan sumber rujukan segala aspek kehidupan di dunia, memang dia tu KAFIR dan SESAT.

    ReplyDelete
  13. memang umno tu kafir...barisan tertinggoi umno sah kafir...sbb tu kafir mana bolih jd imam...bangsa bodoh...x sedar diri tu kafir..lebih baik gi masuk tokong, kuil atau gereja..cuba lihat pempimpin pas semuanya bolih jd imam...pemimpin umno bolih jd imam ke...kalau jd imam sape berani jd makmum...aku 1000% x berani jd makmum berimam pemimpim umno...lebih baik sembahyang sendiri jr...

    ReplyDelete