Ini kes lebih banyak cakap tapi tak berani buat
apa-apa, Majlis Syura Ulama PAS kini terpaksa tanggung malu kerana Karpal Singh
dan DAP terus memperlekeh badan tertinggi parti itu dalam isu Kalimah Allah.
Lebih malang Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Harun Taib dianggap DAP
sebagai pemimpin biasa dan tidak mewakili PAS Pusat yang membuat ketetapan
bersama DAP dan PKR membenarkan kalimah itu digunakan bukan Islam.
Dalam erti kata lain, DAP dan Pengerusi parti itu betul-betul
sudah melampau dan seolah-olah sengaja mencabar PAS dengan kenyataan tersebut
kerana melihat Mursyidul Am Datuik Nik Abdul Aziz Nik Mat
tidak nampak ‘marah’ terhadap DAP dan Karpal.
Kalau setakat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Datuk Nik Mohd Zawawi
Salleh keluar kenyataan bahawa majlis itu sanggup ambil tindakan tegas terhadap
Karpal, ianya langsung tidak gugurkan walau sehelai bulu roma ahli parlimen
Bukit Gelugor itu.
Lagipun, majlis berkenaan silap apabila ahlinya Hashim Jasin
yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis mendakwa hanya Karpal seorang mendesak mahu
kalimah itu digunakan bukan Islam.
Malah beliau menjangkakan pakatan rakyat tidak akan berpecah
kerana isu kalimah Allah.
Nampaknya, beliau lupa agaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
yang mula-mula bangkitkan desakan tersebut dalam ucapan sambutan Krismas akhir
tahun lalu.
Apatah lagi pada Selasa pemimpin DAP menegaskan Karpal mewakili
DAP dan bukannya memberikan pendapat peribadi apabila menolak pendirian Majlis
Syura bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa parti itu
senada dengan Karpal yang mahukan Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya
melarang kalimah Allah digunakan dalam Bible Bahasa Melayu.
Setiausaha Organisasasi DAP, Anthony Loke pula berkata tidak
timbul soal parti itu perlu mempertahankan Karpal Singh yang dibidas oleh Harun
bersabit isu berkenaan.
"Harun Taib itu seorang pemimpin (PAS) sahaja. Dia bukannya
mewakili kepimpinan PAS Pusat. Dalam Pakatan Rakyat kita ada kerangka majlis
kepimpinan kita.
"Dalam pimpinan Pakatan Rakyat kita ada Presiden PAS
sendiri," katanya.
Dengan penghinaan terhadap Majlis Syura Ulamak dan Ketua Dewan
Ulama, tentu ramai tertanya-tanya adakah PAS akan terus berdiam diri?
Beranikah Nik Mohd Zawawi membincangkan ‘tindakan tegas’ yang
dicanang beliau bersama ahli-ahli majlis syura?
Jika tidak berani bertindak terhadap Karpal , cukup-cukuplah Nik
Mohd Zawawi keluar kenyataan setiap hari kononnya tiada siapa berani bantah
keputusan Majlis Syura Ulamak.
Beliau patutnya tahu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun sudah lama
‘membisu’ dalam isu ini selepas keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak
beberapa hari selepas Presiden itu membuat kenyataan bersama Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan Lim Kit Siang bersetuju kalimah Allah digunakan agama lain.
Nik Aziz pun sudah cakap ‘itu dia (Karpal) punya pasal’.
Nampak sangatlah PAS mahupun Majlis Syura Ulamak dua kali lima
sahaja dalam isu ini.
Atas tiket ulama, majlis itu terpaksalah mempertahankan tetapi
atas tiket PAS pula, parti itu tidak berani buat apa-apa kerana PRU 13 dah
dekat.
Kenyataan Hadi kononnya PAS sedia keluar pakatan rakyat jika
kerjasama dengan DAP dan PKR merugikan Islam sekadar nak ambil hati penyokong
dan ahli-ahli PAS yang semakin ramai tidak puas hati cara parti itu berdepan
sekutu mereka dalam isu kalimah Allah.
Begitulah cara PAS berpolitik...kalau kata mereka jual agama,
mereka marah tetapi jika Hadi fikir pasal untung rugi, itu cakap-cakap orang
berniaga.
Malangnya dalam isu kalimah Allah, PAS yang semakin rugi malah
harga majlis syura dan ketua dewan ulama semakin jatuh dengan kecaman dan
penghinaan DAP. -19/2/2013- OLEH ROSLAN BIAN
Penghuni Gua : Karpal terkentut pun, puak ini habis kena sakit jantung !!!!!!!! Ppppiiiiirrrraaaahhhhhhhhhhh!!!!!
No comments:
Post a Comment