Wednesday, 8 January 2014

BINCANG SEBELUM SERBU!!!! UNDANG-UNDANG BARU DARI KERAJAAN AL JUBURI !!!!!

MALAYSIAKINI

MB: Isu sensitif mesti bincang dulu sebelum serbu

 25  0 Google +0  0Menteri besar Selangor berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu berbincang terlebih dahulu dengan exco negeri sebelum mengambil sebarang tindakan sensitif.Ini, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agar tiada lagi masalah komunikasi berlaku."Perkara ini ikut sensitiviti. 

Kalau hal-hal berkaitan serbuan ini perlu perbincangan.

"Kalau nak tangkap orang tak puasa, tak perlu (perbincangan)," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.Khalid berkata demikian ketika menjelaskan langkah memperkemas tatacara operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan serbuan dan rampasan Bible berbahasa Melayu ke atas Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

Khalid berkata dalam pertemuan dengan JAIS hari ini, langkah operasi SOP baru juga mula dikuatkuasakan hari ini bagi mengelak kontroversi dan dakwaan serbuan pada malam tahun baru itu.

"Kerajaan negeri juga akan meneruskan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan JAIS untuk memastikan penguatkuasaan pada masa hadapan dijalankan secara tertib dan bertanggungjawab.

"Ia (SOP) akan diimplementasikan sekarang dan sudah berkuatkuasa. Tiap-tiap tindakan akan dibuat bersama," katanya.

Selangor juga merancang untuk mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua agama bukan Islam untuk pemahaman Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988."Pada masa yang sama, JAIS perlu meneruskan siasatan secara profesional sambil mengambil kira sensitiviti penganut agama Kristian," kata beliau.

Semalam exco Agama Islam Selangor Sallehin Mukhyi berkata SOP JAIS akan diperkemas.Beliau juga menegaskan pihaknya tidak akan mengulas lagi berhubung serbuan dan rampasan tersebut memandangkan kes itu kini dalam siasatan polis

."Sebab kes ini dah jadi kes polis, jadi kita serah kepada kebijaksanaan JAIS dan PDRM untuk selesaikan kes ini, mengikut peringkat undang-undang," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa SOP berkaitan perlu diperkemas dan bahagian mana yang perlu penambahbaikan.Sallehen hanya mengiyakan cadangan wartawan yang bertanya jika beliau bercadang memperkemaskan tatacara tersebut agar persetujuan exco perlu diperolehi sebelum sebarang serbuan dibuat.

PELIK TAPI BENAR. UNDANG2 MANA DIPAKAI MEREKA. MEREKA BUAT UNDANG-UNDANG MEREKA YG MENGHINANYA. BINCANG DULU BARU SERBU...... LAWAK.  TAPI DALAM KERAJAAN AL JUBURI SEMUA BOLEH BERLAKU. IKUT BELAKANG AJE.... HALAL. .... KAH KAH KAH KAH !!!!!

3 comments:

  1. Format ini pernah nak dilaksanakan oleh Tun Dollah semasa menjadi PM terhadap PDRM melalui Suruhanjaya Penambahbaikan PDRM...

    ReplyDelete
  2. Mb bodoh tahap lonhkah. Jais pulak hadi sampah sarap. Musuh islam lagi besar kepala. Allah huakhbar

    ReplyDelete