Friday, 10 January 2014

UNTUK BACAAN MB DAN EXCO AGAMA SELANGOR YANG BODOH !!!!!


UTUSAN MALAYSIA

Mais Tolak SOP Perlu Rujuk Exco

Oleh ARIFFUDDIN ISHAKMohamad Adzib Mohd Isa

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menolak pengenalan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu yang diperkenalkan kerajaan negeri berhubung proses penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab sebagai badan penguat kuasa hal ehwal agama mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan atau pemeriksaan tanpa perlu merujuk kepada ahli exco kerajaan negeri terlebih dahulu."

Mais ingin menegaskan bahawa Jais tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak apabila ingin mengambil sesuatu tindakan pemeriksaan dan penyiasatan kerana ini akan mengganggu proses penyiasatan yang hendak dilakukan.

"Bagaimanapun tindakan pihak Jais ini dilakukan setelah pihak Mais mengambil penegasan di dalam mesyuarat bulanan Mais agar Jais mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai pengenalan SOP baharu yang berkuat kuasa pada Rabu agar Jais perlu merujuk kepada Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi sebelum membuat serbuan pasa masa akan datang.

SOP baharu itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.Pada 2 Januari lalu, Jais merampas kira-kira 300 bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan yang dilakukan di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.

Mengulas lanjut, Mohamad Adzib menegaskan, tindakan Jais melakukan pemeriksaan ke atas PBM bukan kerana cetakan bible dalam Bahasa Melayu seperti yang diperdebatkan oleh banyak pihak."

Mais menegaskan bahawa tindakan Jais adalah atas dasar kalimah Allah telah digunakan di dalam bible berkenaan dan ini mengundang kepada satu justifikasi siasatan bagi mengenalpasti sama ada berlaku satu kesalahan di bawah Seksyen 9 Enakmen 1988."

Malangnya tindakan ini digambarkan seolah-olah JAIS melakukan pemeriksaan adalah semata-mata kerana cetakan bible berkenaan dibuat dalam versi Bahasa Melayu."Tindakan pihak- pihak berkenaan amat dikesali kerana mereka telah membuat kenyataan tanpa menyemak fakta yang sebenar. Ini menyebabkan salah tanggapan masyarakat terhadap tindakan pihak Jais," katanya.

DAULAT TUANKU. BETUL KATA MAIS. HANTAR SURAT PADA DUA SI BODOH MB DAN SI EXCO AGAMA MANGKOK TU. ADA KE NAK SERBU KENA MAKLUM DULU PADA MB DAN EXCO.  LAWAK !!!!! KAH KAH KAH KAH!!!!! KENA PERBODOH PADA SI KAFIR AJE DUA MANGKOK NI . 

10 comments:

  1. Sekiranya nak serbu kena maklum dulu MB dan Exco, alamatnya memang tak akan ada serbuan langsunglah kerana Melayu PKR dan PAS kan memang terkenal sebagai budak suruhan DAP.

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Nak kata apa Bro... MB dan EXCO Selangor ni memang clueless dan useless... Suruh MB merayu kat perompak dan penjenayah kat Selangor ni... sebelum buat kerja jahat buat laporan kat BAlai Polis dulu... Kalau perompak dan penjenayah setuju...aman Selangor...wakakakaaa... Itu susahnya bila melantik pemimpin yang bukan tak cerdik tapi bang@#$g....

    ReplyDelete
  3. KEBODOHAN YANG TERLAMPAU.
    TUGAS ENFORCEMENT AGENCY PUN TAK FAHAM !
    BANGANG SEBANGANG BANGANG.

    ReplyDelete
  4. nampaknya bukan bn saja yg ada pemimpin cap ayam.....rupanya PR pun ramai juga yg cap ayam..sebab tu agaknya mereka suka menyandarkan kokok ayam jadi taruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi perkongsian kuasa, orang politik islam sanggup melacur, menjual dan menghina agama suci ALLAH. Tahniah kepada pengundi yang telah memilih PR untuk memerintah Selangor. Tahniah, anda akan dipersoal oleh ALLAH diakhirat, dan adakah mungkin Rasullah SWT memberi syafaat kepada anda?

      Delete
  5. Tindakan merampas kerana penggunaan kalimah Allah dikatakan kerana penggunaan bahasa melayu. Lihat bagaimana licik puak evengelis memusing isu ini hingga ada org islam kita pun terpedaya dan menyalahkan jais. Alasan2 penggunaan bahasa melayu di sabah/sarawak juga ditimbulkan utk menarik lagi sokongan. Yg bodohnya org islam kita yg tidak mahu dan malas nak selidik perkara sebenar.

    ReplyDelete
  6. Si LUNCAI moden dapat hadiah berlian.Yg mampu jilat punggong DAPIG

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah kutbah solat jumaat masjid negeri shah alam semalam telah sentuh isu tindakan jais yang menepati enakment negeri dan juga perintah YAM Sultan Selangor. Jemaah diberitahu skop litup tindakan jais dan isu rampasan bible. Pada pendapat saya EXCO Kerajaan Negeri Selangor tidak mengatasi atau "above the law" Undang2 Enakmen Negeri 1988 dengan membuat arahan yang pada saya menghina Kuasa Constitution YAM Sultan Selangor, Perundangan Islam dan rakyat Islam Selangor. Dan pemerhatian saya amat pelik Menteri Besar tidak hadir bersama YAM Sultan Selangor pada solat jumaat semalam. Tidak hairan lah kalau YAM Sultan Selangor amat murka dengan MB dan titah MB supaya tidak hadir dengan beliau untuk solat Jumaat seperti lazim/protocol. Alhamdulillah juga kerana saya tidak memilih kerajaan yang sekarang, kalau tidak saya juga bersubahat di dalam kes menghina Islam dan kemurtadan orang islam.

    ReplyDelete
  8. Umno perlu mantapkan kepimpinan negeri Sgor. Yg sediada ni perlu di tukar segera. Manalah tau, kot2 Sultan naik angin, bubarkan DUN Sgor...pilihanraya negeri boleh blaku. Tapi kalau masih simpan puak umno sgor yg ada ni, sampai bila2 tak akan menang.

    ReplyDelete