Monday, 2 February 2009

Fakta mudah bagi menunjukkan PDRM tidak berat sebelah dalam siasatan kes jenayah

Bersama ini disertakan 2 kes tentang keterlibatan anggota-anggota polis di dalam kegiatan jenayah :

Kes Pertama : Berita harian 2 Feb 2009 : Konstabel polis mengaku tidak bersalah rompak ahli perniagaan

Seorang anggota polis berpangkat konstabel hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berpura-pura memegang jawatan Inspektor semasa merompak seorang ahli perniagaan di Taman Sentosa di sini, bulan lalu. Wan Nazaruddin Wan Mohamad, 25, meminta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.

Kes Kedua : Berita Harian 2 Feb 2009 : Konstabel menyamar Inspektor didakwa
Seorang konstabel polis didakwa di Mahkamah Sesyen Klang di sini hari ini atas dua tuduhan berasingan berpura-pura memegang jawatan Inspektor untuk menyamun seorang ahli perniagaan membabitkan wang tunai RM2,100, bulan lalu.


Nota Blogger : Dalam kes yang sebegini mudah pun PDRM tidak menunjukkan sebarang pilih kasih sekiranya anggota dan pegawainya melakukan jenayah. Inikan pula kalau ianya melibatkan kes bunuh. Dakwaan dalam kes penjenayah Kugan tempuh hari bahawa PDRM cuba menyorok bukti adalah tuduhan yang amat dangkal fikirannya kalau dilihat dari dua kes di atas yang mana anggota polis terlibat jenayah. Jadi kepada semua pembela kepada K. Kugan, berfikirlah sebagai manusia normal sebelum membuat satu-satu dakwaan. Kalau kita tidak pakar dalam satu-satu bidang, rujuk kepada yang pakar dalam bidang tersebut. Peguam tidak boleh jadi patologist begitu juga sebaliknya. jangan jadikan kaum bagi meyempitkan fikiran kita. Rakyat terbanyak akan ketawa melihat kebodohan mereka yang dikatakan cerdik dan bergelar pemimpin. Lihat lah sesuatu isu itu secara holistik dan dalam skop yang lebih luas. Pepatah ada menyatakan :


" Semua yang kita lihat di depan kita adalah kejadian yang benar. Dan fakta yang dilihat itu adalah benar belaka. Cuma masalahnya , apa yang kita lihat tersebut hanya sedikit sahaja dari keseluruhan kejadian" .

Jadi natijah dari pepatah di atas, siasat lah lebih lanjut dan mendalam sikit dan rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidangnya.


Kepada PDRM : teruskan komitmen anda dalam menjaga negara. Suara-suara senyap terlalu ramai yang menyokong anda. Suara minoriti ni kalau dilihat dari luar memang menakutkan. Tapi hampas pun tak ada. Pilihanraya dah 12 kali dijalankan. Itulah buktinya kekuatan suara-suara senyap ni ( Pautan ini adalah sebahagian dari suara-suara senyap tersebut ). Mereka lebih kepada tindakan , bukan cakap-cakap kosong. Tahniah PDRM.

1 comment:

  1. Tahniah kepada Penunggu Gua: Orang macam tuan ni lah yang diharapkan oleh negara kita bagi mewujudkan keamanan di antara kaum .....jangan lupa membaca satu artikal mengenai Makna Nasionalisma dan Globalisasi di Blog Pirate Of Carribean...TQ

    ReplyDelete