Tuesday, 10 March 2009

Kelahiran baru Nasionalime ? : Jangan Hipokrit lah DSAI



Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ) hari ini menyifatkan tsunami politik yang melanda negara setahun lalu sebagai "kelahiran baru nasionalime..............................Jika anda mengundi kami pada 2008, maka anda adalah sebahagian daripada sejarah. Ketahuilah, undi anda dalam pilihanraya akan datang, akan menentukan halatuju masa depan negara. .................................kelahiran baru nasionalisme' itu bagi membina negara atas prinsip keadilan, kesaksamaan dan peluang untuk semua..........Berita Lanjut:......


Penghuni Gua : Ini petikan ucapan DSAI semalam di Selangor . Jangan hipokrit lah wahai DSAI. Setiap kali anda bercakap , isunya sama tapi kerap berubah dari segi halatuju dan falsafahnya. Masa bila pula anda boleh bercakap hal nasionalisme ni?. Dulu semasa di dalam ABIM anda bercakap tentang Islam, masyarakat madani dan sekarang boleh pula bercakap tentang nasionalisme . Berapa wajah lagi yang anda akan pakai dalam hidup anda yang tidak berapa lama lagi untuk untuk diseru Allah bagi mengadapnya semula.


Keduanya , dalam islam memang peluang adalah untuk semua tapi di atas prinsip keadilan bukan kesamarataan. Adil menurut Islam bukan samarata tetapi keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya. Sekiranya seseorang itu walaupun layak mendapatkan sesuatu tetapi ada orang lain yang lebih memerlukan maka adalah adil memberikan sesuatu itu dengan sumber yang terhad ) kepada mereka yang lebih memerlukan.


Bagi undi rakyat dalam PRU ke 12 yang lepas memang menjadi sejarah. Walau bagaimanapun sejarah itu bukanlah sepertimana yang anda tafsirkan. Undi rakyat yang tidak memihak kepada kerajaan bukan undi untuk nasionalisme seperti yang anda dakwa tetapi adalah undi bantahan terhadap kepimpinan kerajaan. Jika pemimpin kerajaan berubah kepada yang lebih peka kepada kehendak dan aspirasi rakyat terbanyak maka sejarah yang dikatakan oleh anda memang berulang. Tetapi akan berulang seperti PRU yang ke 11. Masa akan menentukan apa yang anda tafsirkan sebagai sejarah itu silap. Rakyat bukan menyokong anda tetapi adalah menifestasi tidak puashati kepada kepimpinan.


Penghuni Gua : Masih lagi nasionalisme tulen. Inilah yang masih tegar dalam membela bangsa, agama dan negara dan terus tidak akan berubah walau apa pun yang terjadi. Fikiran orang yang macam kami berfikiran terbuka dan tidak berlebihan dalam mengagungkan pemimpin dan kepimpinan. Jika benar kita sokong. Jika salah kita kritik dan tegur. Pendewaan tidak sesekali ada di dalam sanubari kami.


Penghuni Gua : Terpandang satu gambar yang menarik: Jambu juga nampaknya si mamat/ minah ? putih ni ( gambar sebelah ). Hmmmmmmmmm. Hmmmmm

1 comment:

  1. Itulah wadah pemimpin agong PKR...Bijak memanipulasikan situasi dan audien...kasik orang finin lah!

    ReplyDelete