Monday, 9 March 2009

PPSMI : APA KATA DR HASSAN DAN PAK SAMAD




  1. Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad : "Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina (saya), ................."Kita tidak menentang penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu tetapi ingin menuntut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan iaitu Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.Beliau berkata apa yang patut dilakukan kerajaan ialah mengembalikan pengajaran mata pelajaran itu dalam bahasa Melaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda Mandarin dan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan selain meningkatkan kualiti Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar" .Berita lanjut :.................


  2. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said : "Saya berjalan (ke istana), sepatutnya diiringi dengan motokar,...........................pengalaman pertama" matanya pedih dan melalui keadaan tolak-menolak dalam kumpulan penentang PPSMI sewaktu menuju ke istana."Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa," katanya (dua dari kanan).Perjuangan menentang dasar ini tidak akan berhenti hari ini..........................................Berita lanjut : ............

Penghuni Gua : Tak dapat berkata-kata.

6 comments:

  1. Awatnya caveman? Mata pedih jugak ka sampai tak terkata apa-apa? Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. aku sayang bahasa aku.itu aje yang boleh dicakap. tak dapat ilham masa bertapa lagi. Semuga kerajaan dapat membuat keputusan bijak dan menang-menang. Amin. amin.Penghuni Gua.

    ReplyDelete
  3. Kenapelah depa nie sibuk sangat pasal bahasa Melayu. Bahasa Melayu tetap bahasa kebangsaan. Guna bahasa inggeris dalam ilmu pengetahuan tak pe...aku sokong anak aku pandai kira2 dlm bi. Dah le tu banyak pekara lain lebih penting dari merapu. Bahasa melayu takan hilangnya. Kalau kau orang nak tau macam mana bebudak belajar dan jawab peperiksaan Mats dan Sain masuk darjah satu balik. Jangan pakai tentang aje.

    ReplyDelete
  4. cadangan dr hassan di atas tu bagus juga. Itu menang-menang. Masyarakat kampung dari sok sek banyak menyokong kembali kepada dasar asal. Jadi itu kena baca isyarat tu . bimbang juga UMNO tak boleh "survive " PRU akan datang. Itu yang saya bimbang. itu aje tempat orang melayu boleh bergantung harap. Nak bergantung pada PR haram tak boleh harap. Saya tak nak campur polimik ini dari segi buruk baiknya. Cuma minta kerajaan/ UMNO baca dengan baik isyarat yang diberi. Penghuni Gua.

    ReplyDelete
  5. JANGAN PANDANG RENDAH KEMARAHAN RAKYAT BERKENAAN PPSMI. RAMAI DAH MAK BAPAK DI KAMPUNG DAN FELDA YANG MERUNGUT. MEREKA TAK BERDEMO KERANA ORANG KAMPUNG LEBIH BERSOPAN SERTA HORMATKAN UNDANG-UNDANG. KETIDAKPUASAN HATI MEREKA AKAN DI TERJEMAHKAN DI PETI UNDI. FAHAMI ISYARAT YANG RAKYAT DAH TUNJUKKAN..

    ReplyDelete
  6. terimakasih kontarktor wibawa kerana ada juga sependapat dengan saya. kalau kerajaan tak hendak memandang isu bahasa, seboleh-bolehnya kerajaan/UMNO pandang lah dari sudut survival politik Kerajaan dan UMNO. Kekuatan anda dalam kerajaan amat penting untuk kepentingan bangsa melayu dan negara. Jadi baca isyarat ini dengan baik. Saya sayang kesemuanya. Itu yang tak dapat berkata lebih. Dengarlah rintihan kami.Kami tetap membela kerajaan. Jadi ini juga salah satu pembelaan kami.

    ReplyDelete