Thursday, 5 March 2009

SPEAKER SIVA KALAH LAGI !!


Malaysiakini 5 Mac 2009



Mar 5, 09 11:08am


Mahkamah Tinggi Ipoh sekali lagi memutuskan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hanya boleh diwakili oleh pegawai undang-undang negeri dan bukan peguam persendirian yang dilantiknya. Keputusan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim selepas mendengar hujah dalam kamarnya. Sebelum itu, peguam Sivakumar gagal dalam usaha mereka supaya hujah dibuat dibuat di mahkamah terbuka.


Mahkamah mendengar permohonan yang difail oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas yang menyokong BN terhadap Sivakumar kerana mengisytiharkan bahawa kerusi mereka kosong. Permohonan itu dibuat oleh Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong, terhadap Sivakumar yang didakwa secara tidak sah mengisytiharkan kerusi mereka kosong, dengan menggunakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh. Berita lanjut :......


Penghuni Gua : Sudah sudah le Mr Siva. Gentelmen le. Mengaku kalah sahaja. Utamakan kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara. Jangan anda nampak meroyan juga. Penyakit meroyan ni hanya ada pada parti PAS dan PKR. Jangan penyakit ini berjangkit pada anda pulak.


Penghuni Gua : Dihakimi isteri setiap hari. Dah banyak kali dijatuh hukum maut. Tapi masih hidup. Hairan juga ye.................

No comments:

Post a Comment