Thursday, 5 March 2009

TEMBAK , DAN TEMBAK LAGI : POLIS KELANTAN TEMBAK MATI 4 PENJENAYAH : DATO RAHIM HANAFI KETUA POLIS KELANTAN



Berita TV1 jam 1130 pagi 5 mac 2009.


Pada jam 7.22 pagi ini 5 mac 2009, Polis Kontinjen Kelantan telah berjaya menembak mati 4 orang penjenayah di Kuala Krai Kelantan setelah berlaku kejar mengejar dan berbalas tembakan antara polis dengan penjenayah . Menurut Ketua Polis Kelantan, Dato Rahim Hanafi, kejayaan ini telah berjaya melumpuhkan kegiatan jenayah yang melibat kejadian curi dan samun di Kelantan. Kejayaan ini ekoran risikan yang dijalankan oleh pihak polis serta maklumat orang ramai.


Penghuni Gua : Tembak dan teruskan tembakan PDRM. Biar mereka gerun kepada anda. Jangan takut atas rungutan segelintir pihak yang ingin menjadi juara kepada penjenayah ini.Komitmen dan pengorbanan anda dan anggota amat di hargai oleh masyarakat terbanyak seperti kami. Tahniah. Teruskan momentum ini. Berikan isyarat yang jelas bahawa PDRM tidak takut dan berkompromi dalam semua aspek yang melibatkan keselamatan rakyat dan negara.


Penghuni Gua : Kena tembak ada le.....

No comments:

Post a Comment