15 apr 2009
Penulis blog diminta henti laporan palsu, sentuh peribadi
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini meminta penulis blog menghentikan penulisan mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi. Beliau berkata mereka yang menulis laporan palsu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia. "Menyatakan perkara palsu dan perkara menyentuh peribadi harus dihentikan oleh para penulis tersebut (penulis di internet dan blog). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pihak Penghuni Gua amat bersetuju sekali amaran dan tindakan yang bakal diambil oleh Dr Rais. Ini kerana terlalu banyak fitnah dilemparka oleh berbagai pihak. Mereka bukan memberi komen atas isu tetapi membuat berbagai dakwaan tanpa bukti / fitnah. Segerakan tindakan anda YB.
Pada masa ini ramai belia-belia kita lebih percayakan fitnah dari fakta sebenar. Mengapa ?, kerana mereka melihat tiada satu tindakan pun diambil oleh pihak berkuasa. Jadi dengan ini kerajaan telah menghantar isyarat yang salah kepada rakyat seolah perkara / fitnah tersebut benar.
Jadi ini akan membentuk kepercayaan bahawa fitnah itu benar , sebab itu kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pemfitnah ini. Ini persepsi mereka. Internet dan blog mempengaruhi mereka. Jadi ambil tindakan segera kepada penulis / bloggers yang menabur fitnah dan juga mereka yang menyebarkan hasutan / pengasut ini. Ini merupakan bloggers yang tidak beretika.
Di harap amaran yang diberikan Dr Rais ini adalah benar dan dengan segera diterjemahkan dengan tindakan yang pantas dan berterusan. Ini akan membawa dan memberikan tindakan pembetulan yang baik kepada semua pihak dan bloggers juga termasuk kepada Penghuni Gua. Segera bertindak. Selamatkan Malaysia dari perbuatan keji pemfitnah ini. One Malaysia.
No comments:
Post a Comment