Wednesday, 15 April 2009

SKANDAL ELI : SANDIWARA MENJADI OLEH ELI !


Penghuni Gua : Tidak ada manusia yang paling bertuah selain Exco kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong . Tawaran dibuka oleh kerajaan PR Selangor hari ini agar Eli bekerja semula bermula esok. Dan beliau dengan pantas dan senang hati menerimannya. Bertuahnya badan. Sandiwara beliau dengan menangis dan kononnya ingin meletak jawatan adalah taktik lama untuk meraih simpati. Memang Penghuni Gua dah tulis mengenai perkara ini sebelum ini. Tektik ini dah lama diguna oleh ahli politik kuno zaman Greek.

Ia diguna sejak dari zaman Rome. Menangis, bercuti dan berdiam diri sekadar meraih simpati. Ini lah politik hebat yang patut dicontoh oleh semua pemimpin politik. Tak apa. PKR adalah parti bersih. Jangan BN buat sudah. Kerana BN tak bersih. PKR terpelihara dari sebarang kesalahan.

Mungkin sukar nak lantik TKM 1 Pulau Pinang tu pun kerana nak kan si Fairos lagi kot ? Fairos bukan bersalah. Dia belum dituduh dan SPRM pun belum siap lagi siasatan. Jadi ambil le dulu dia bekerja. Guna sistem yang sama seperti kes Eli. Apa macam YB Lim Guan Eng. Setuju tak semua.

1 comment:

  1. PAS dan PKR akan tetap terus unggul selagi kaum cina dan india terus menyokong nya.

    UMNO akan tetap terus ditolak oleh kaum cina dan india.

    Penyokong UMNO boleh cakap apa saja yang mereka suka terhadap Pakatan Rakyat, tetapi sokongan kaum cina dan india semakin bertambah teguh terhadap Pakatan Rakyat.

    TS Muhyiddin Yassin TPM menyatakan UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk pulih, jika gagal dipulih dalam masa dua tahun ini, UMNO akan berkubur.

    Kepada juak2 UMNO sekelian, berusahalah bersungguh2 pulih kan UMNO jangan terlalu sibuk dengan hal Pakatan Rakyat.

    UMNO sedang menghadapi saat2 maut - Pakatan Rakyat sedang menuju kearah kemenangan pada PRU13 akan datang.

    ReplyDelete