Saturday, 4 April 2009

HINA RAJA THAI : INI HABUANNYA !




Berita Harian
4 mac 2009

Lelaki hina raja Thai dipenjara 10 tahun

BANGKOK: Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki semalam kerana mengirim komen ke internet yang disifatkan menghina keluarga diraja. Suwicha Thakhor, 37, ditahan Januari lalu selepas polis mengesan kiriman itu ke komputer di rumahnya di Nakhon Phanom, wilayah di timur laut Thailand.

“Dia dipenjarakan kerana kami menemui mesej di internet, yang dikirimkan,” kata pendakwa, Pichit Nondasuwan.


Hukuman ke atas Suwicha dikurangkan daripada 20 tahun selepas dia mengaku bersalah atas dua dakwaan menghina raja, kata Pichit. Menghina keluarga diraja, adalah kesalahan amat serius di Thailand, yang menyaksikan ramai penduduk menganggap Raja Bhumibol Adulyadej, 81, sebagai suci.

Setiap kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. Pengkritik undang-undang itu berkata, ia mudah disalah guna kerana aduan boleh difailkan sesiapa saja terhadap seseorang yang lain, tidak kira sekecil mana kesalahan itu. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Sepatutnya Malaysia berbuat perkara yang sama. Biar mereka tahu tinggi atau rendahnya negara ini. Ini DYMM Raja-Raja Melayu adalah satu Institusi. Bukan tubuh badan Tuanku. Jadi kerajaan mungkin boleh kaji semula hukuman di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan ( dibawah sek. Penderhakaan ).

Di Thailand , samada bangsa , Thai, Cina, India atau Kemboja yang menjadi warga Thai hatta PM Thai sekalipun , hendak mengadap Raja Thai terpaksa merangkak secara mengiring. Itu pun di Malaysia , penderhaka ini masih belum sedar. Di Malaysia ini mereka masih besar kepala setelah diberi berbagai keistimewaan oleh negara ini sejak dari awal penubuhan negara ini lagi .


Pandang ke bawah. Di mana kita berpijak. Baru kita insaf. Jangan selalu mendongak. Banyak lagi perkara yang perlu difikir . Kita rakyat Malaysia adalah amat bertuah berbumbung di langit Malaysia ini di bawah naugan Duli Tuanku.

No comments:

Post a Comment