4 mac 2009
14 maut tembak menembak di pusat imigresen New York
BINGHAMTON (New York): Seorang lelaki yang bersenjata dua senapang ringan menembak mati 13 orang di sebuah pusat imigresen di sini, hari ini sebelum menembak dirinya sendiri.
Ketua Polis Binghamton, Joseph Zikuski, dalam sidang akhbarnya berkata lelaki berkenaan terlebih dulu menutup pintu belakang pusat imigresen berkenaan dengan keretanya sebelum berjalan masuk ke pintu depan bangunan dan menembak dua penyambut tetamu di situ. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Inilah yang akan terjadi di negara kita jika terlalu liberal tentang semua aspek atas dasar demokrasi. Tiada makna demokrasi atau kebebasan sekiranya ini berlaku. Satu ketika dulu kita dikritik hebat oleh US ( dilobi oleh syarikat pengeluar senjataapi US ) kerana mengawal dengan ketat pemilikan senjataapi.
Nah sekarang , mereka merasakan akibatnya. Kes di atas bukan yang pertama. Semua kejadian ini tidak mustahil berlaku di negara ini, jika kita terlau liberal dan terlalu mengikut kehendak segelintir pihak yang mahu semua perkara di liberalkan termasuk undang-undang/ termasuk undang-undang pencegahan.
ISA tidak sama dengan undang-undang lain. Ia adalah undang-undang pencegahan. Bukan semua perkara boleh dibawa ke mahkamah disebabkan ramai pihak mengeksploitasi kelemahan undang-undang yang ada.
Jadi jangan sesekali kita terjerumus dengan kekacauan seperti di atas di atas sebab kelemahan kita terlau melayan desakan segelintir pihak dengan memperjudikan keselamatan insan di negara ini.
Penghuni Gua : Lahir dan hidup bersama ISA. Rasa selamat sehingga kini dan lebih rasa dan memeliki sifat kemanusian kerananya. Kekalkan ISA. ISA. ISA
No comments:
Post a Comment