Thursday, 28 May 2009

30 MATI KATAK : KERANA MERASAKAN MEREKA LEBIH ISLAM DARI YANG LAIN !




Berita Harian
28 mei 2009

Letupan ketiga paling dahsyat

30 maut, 100 cedera pengebom sasar bangunan agensi perisikan di Lahore LAHORE: Sekurang-kurangnya 30 maut dan lebih 100 lagi cedera dalam kejadian letupan paling dahsyat di Pakistan tahun ini apabila seorang pengebom kereta menyasarkan bangunan penempatan polis dan pejabat agensi perisikan di timur negara itu, semalam.

Serangan yang diikuti dengan tembakan, ialah kejadian ketiga paling besar di Lahore sejak beberapa bulan lalu, dan dilancarkan di tengah kebimbangan pembalasan dendam Taliban yang kini berdepan dengan operasi ketenteraan besar-besaran di barat laut Pakistan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah akibatnya . 30 orang tidak berdosa terbunuh dan mati sia-sia. Ini kerana mereka ini ( berkopiah, berserban dan bertanda hitam di dahi ) merasakan mereka lebih islam dari orang islam yang lain.
2.Mereka lebih layak berada di sisi Allah berbanding orang islam lain. Dan perjuangan mereka lebih suci dan diterima Allah dari yang lain. Mereka lebi pandai membaca dan mentaafsir Al Quran dari orang islam yang lain.

No comments:

Post a Comment