Tuesday, 5 May 2009

DATUK RAYMOND : SABAH SENTIASA KE HADAPAN. TAHNIAH !


Utusan Malaysia


KOTA KINABALU 5 Mei - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang kini berhadapan dengan desakan supaya meletak jawatan, hari ini mengumumkan menyertai Parti Gerakan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Merdeka di sini hari ini. - Utusan
Penghuni Gua : Tahniah Datuk. Sabah tidak pernah mengecewakan. Tugas pertama Datuk ialah perbetulkan juga otak pemimpin Gerakan biar dapat menyerap konsep 1 Malaysia. Kepada PM, bolehlah difikirkan juga sedikit lagi hadiah atas pengorbanan besar wakil rakyat Sabah yang terus setia kepada kerajaan.

Berilah peruntukkan Menteri kepada Sabah lagi satu. Apalah sangat kalau beri lagi satu jawatan Menteri atau Tim. Menteri kepada mereka. Beri kepada pemimpin komponen BN yang kalah pun pun bukan boleh mendatangkan hasil atau dapat memperbaiki parti dan kerajaan. Menyusahkan lagi ada le.


Jadi pertimbangkanlah secara serius. Setidaknya , berilah peruntukkan yang besar untuk pembangunan jalanraya dan kemudahan asas Sabah yang amat jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan pembangkang di Semenanjung. Berikan kepada kawasan ini pun bukannya mereka tahu berterima kasih. Jadi peruntukkan tersebut lebih baik di alihkan sedikit ke Sabah atau kesemuanya. Berbaloi.

Apa pun , tahniah kepada Datuk Raymond. Selamat datang ke barisan hadapan dan tingkatkan KPI pemimpin Gerakan di Semenanjung. Rendah sangat KPInya.

3 comments:

  1. Hmm..cerita Sabah, gambar orang Iban di Sarawak? Pernah datang Sabah?

    Raymond join gerakan sebab Gerakan sudah tiada kuasa, senang dia demand macam2. Senang dia pertahankan jawatan Timbalan Ketua Menteri yg disandangnya selama lebih 9 bulan tanpa parti sebelum ni..

    Parti lain? LDP- dia terpaksa mula dari bawah, jawatan sekarang pun akan hilang.

    MCA? Pun sama.

    Parti baru? LDP akan tentang sebab sudah ada dua parti local berasaskan kaum Cina di Sabah. LDP dan SAPP.

    Kenapa baru sekarang mahu mempertimbangkan peruntukan untuk Sabah? Kenapa tidak sebelum ini? Kenapa selama ini dibiar2kan? hasil bumi Sabah disedut habis oleh kerajaan persekutuan.

    1 Malaysia? Sabah sudah lama mengamalkan konsep ini, baru sekarang mahu dilaung2kan? Baru sekarang mahu meng'ampu' Sabah?

    sejak 1994 Sabah diperintah oleh umNO/BN, dan dalam tempoh itu lah Sabah menjadi yg terbelakang dalam segala aspek.

    lihat sajalah dalam post saudara, gambar tentang Sabah pun tidak betul. Itu gambar kaum Iban dari Sarawak!! Nampak sangat selama ini Sabah memang dianggap leceh oleh semenanjung seperti saudara. sekarang baru terhegeh2, itu pun masih cuba memperbodohkan Sabahan. dengan janji manis yg tak kunjung tiba.

    Sabah for Sabahan.

    ReplyDelete
  2. XYZ, MAAF ATAS KESILAPAN. INI BIASALAH. DALAM KELUARGA KITA SUAMI ISTERI PUN DAH 30 TAHUN KAHWIN MASIH BERGADUH. ADA PERKARA YANG SILAP DAN KITA TAK TAHU TTG ISTERI KITA. KESILAPAN DIPERBETULKAN

    PG BERCAKAP TTG MALAYSIA , BUKAN HAL KAMPUNG DAN KENEGERIAN SEMPIT. JUGA TAK ADA NIAT NAK PERBODOHKAN SABAHAN , TETAPI XYZ YANG MUNGKIN MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI KERANA MENYEMPITKAN DIRI. PANDANG KELUAR KOTAK SIKIT. PG

    ReplyDelete
  3. anon, 06 May 10:47

    Bercakap tentang Malaysia? eh, bukan kah selama ni Sabah dianggap sebagai 'less' Malaysia oleh kamu orang2 semenanjung? Tidak perasan? Memang la kamu tidak perasan sebab kamu bukan Sabahan.

    Bila kami menjadi pembangkang dulu (era PBS), cakap yg Sabah ini bersifat perkauman dan kenegerian. Menyebarkan khabar bahwa Sabah menindas penduduk Islam la, anti semenanjung la, tapi sekarang baru Sabah dipuji2 sebagai contoh 1 Malaysia? Sedangkan kami sudah harmoni sejak dahulu sebelum Sabah membentuk Malaysia lagi. Kamu hipokrit!

    Analogi isteri tu tidak boleh pakai. Sebab Sabah bukannya 'isteri' dan kamu semenanjung bukan 'suami'. Analogi kamu pun sudah menunjukkan seolah2 monopoli kuasa. ya la, isteri mesti tunduk kepada suami. Sabah bukan isteri kamu!

    Hal kenegerian yg sempit? Siapa yg mula2 mewujudkan hal ini dahulu? Bukankah kamu orang2 semenanjung? Sekarang mahu menyalahkan kami? Ai..cakap Sabah contoh 1 Malaysia..sekarang kamu kata yg lain pula?

    Kamu dulu pandang ke luar kotak dan lihat realitinya bagaimana layanan kamu terhadap Sabah selama ini.

    ReplyDelete