Tuesday, 5 May 2009

BERSIH NAK DEMO : KAKAKTUA BERSUARA LAGI


Malaysiakini

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini. NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru. Jurucakapnya Faisal Mustaffa berkata Bersih menganggap slogan Datuk Seri Najib Razak itu sebagai "lawak jenaka kepada rakyat Malaysia" apabila rampasan kuasa Februari lalu membelakangkan perlembagaan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Burung kakaktua berbunyi lagi. Asyik mengajuk suara dan perbuatan orang lain sahaja. Kakaktua ni bukan nya pandai dan ada idea. Ia hanya mengajuk dan mengulang balik apa yang dia dengar dan lihat orang lain buta. Serupa lah tu dengan kumpulan kakaktua berbaju hitam di atas. Sepatutnya beliau buat demo di depan rumah DSAI dan Ibu Pejabat DAP, PKR dan PAS. Ini kerana merekalah yang mengajar dan mencetuskan idea rampasan kuasa tersebut pada 16 sep dulu. Lihat posting saya sebelum ini : KLIK

Mungkin kakaktua hitam di atas lupa tentang 16 sep dan kisah pengejaran MP BN di Taiwan oleh Tian Chua, Si Eli Seksi dan Saifudin Nasation. Jadi lihatlah posting tu. Mungkin boleh ingat kot.

Jadi kepada semua kakaktua di atas tu, bacalah posting saya tu. Mungkin anda boleh ingat dan alihkan demo anda tersebut ke hadapan rumah DSAI dan Ibu Pejabat PAS, PKR dan DAP.


Opssssssssssssssss....Lupa. Kakatua mana boleh fikir. Ia hanya mengajuk apa yang orang lain cakap dan buat. Idea sendiri tak ada. Jadi memang dia tak boleh berfikir. Jadi minta tuan kepada kakaktua ini mengajar semula ( beri kelas tambahan ) kepada semua kakaktua ini agar boleh mengajuk semula kisah ke Taiwan dan kisah 16 sep.

Kelas tambahan tu pasti tak lama kerana kakaktua mudah sekali mengikut cakap dan tingkahlaku tuannnya dan apa yang dilihat. Segerakan kelas tu. Kalau cepat kelas tu, tak le kakaktua ni memalukan tuannya lagi kerana makihamunya dan tohmahan mereka di atas sebenarnya terkena kepada mereka semua.



Kalau BN , tak sah, kalau PR , sah. Senang nya undang-undang rimba dia orang ini. Berfikir le sikit. Allah dan bagi otak dan fikiran. Kalau kita benarkan orang lain kawal minda kita inilah jadinya. Tak nampak walaupun dah terang cahayanya. FIKIRKANLAH.

No comments:

Post a Comment