Pepatah mengatakan " sekeping gambar dapat menerangkan seribu peristiwa ". Lihatlah gambar di atas. Kalau kita lihat tulisan di blog-blog PR dan juga ucapan serta maki seranah pemimpin mereka kepada kerajaan Perak sekarang juga kepada PM apa yang mereka tak kata. Kerajaan Perak sekarang kerajaan kudetalah, PM kudeta, kerajaan haram, kerajaan ikut pintu belakang, kerajaan firaun dan berbagai lagi berhubung pertukaran kerajaan dari kerajaan PR di Perak kepada BN.
Sebenarnya apa yang dikatakan oleh mereka berhubung pertukaran kerajaan di Perak dari PR ke BN sebenarnya mereka memaki hamun dan mencerca diri sendiri. Dulunya ( selepas PRU 12 ) bukan main galak ke hulu ke hilir menjaja akan mengambil alih Putra jaya pada 16 Sep. DYMM Agung telah setuju dan maklum. Pengumuman tergempar akan dibuat di sana dan disini. 30 MP BN akan meyeberang ke PR.
Ada lagi, DSAI kata dah hantar surat kepada PM masa itu untuk bincang peralihan kerajaan supaya laancar. Pergi terhegeh-hegeh ke Taiwan nak pujuk MP BN di sana. Balik Taiwan, Saifuddin Nasation dan Tian Chua cakap , semua beres dan pujukan berjaya. Si Eli seksi pun dengan senyum lebaar mengiyakannya.
Akhirnya hampas. Jadi poster diatas menjelaskan segalanya apa yang berlaku di Perak tidak salah. Kerajaan yang dipimpin oleh Dr Zamnry sah. Mereka pun buat perkara yang sama. Mengapa bila kena pada BN tak sah. Bila mereka buat perkara yang sama sah. Kerana apa ? Kerana mereka beraja di mata dan bersultan dihati. Jadi usah guna agamalah dengan bersolat hajat agar Allah tunaikan permintaan mereka. Betulkan hati dan niat busuk mereka dulu , lepas tu mungkin Allah akan tunaikan permintaan mereka.
Mata, mulut dan hati serta pemikiran mereka ini semua dah rosak semuanya. Tuhan dah butakan pintu hati, fikiran daan minda mereka jugaa pendengaran mereka. Sebab itu mereka tidak pernah nampak apa yang mereka buat dahulu terkena kepada muka sendiri.
Itulah jadi gila meroyan atas jalan di depan istana Kuala Kangsar tu.
Kepada PAS, DAP dan PKR, lihat le gambar tu baik-baik dan puas-puas. Mungkin anda akan ingat sesuatu tentangnya dan beroleh keinsafan. Gambar tak tipu. Tapi SMS YB Titi Terong tu memang tipu dan penipu ( tentang bomoh di DUN Perak ).Kepada mereka yang berkenaan di atas, dicadangkan merak print gambar ini dan tampal didahi masing-masing agar tidak lupa perjalanan jauh mereka di masa hadapan. AMIN.
salam tuan,
ReplyDeleteanwar yang boleh di label sebagai mahapengkianat, mahapenipu, mahapembelit akan terus menggunakan segala helah untuk terus mengaburi mata, telinga, hati dan budi pengikut pengikut tegar nya.
'apalah agaknya yang di fikirkan oleh kuda kuda belang tu sekarang apabila menatap wajah mereka dengan sepanduk kebanggaan dan kebodohan mereka'
salam bro,
ReplyDeleteTajam dan sinis tulisan bro. hahahe hahaha ketawa la lagi.......
geram. mereka ini buta. naik menyampah kadangkalanya. mudah sangat lupanya. PG
ReplyDelete