Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 24 Mei - Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah merupakan sesuatu yang dijangka beberapa pakar perundangan.
Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, jangkaan itu dibuat kerana beliau berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari yang memihak kepada bekas menteri besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah salah.
''Sekurang-kurangnya, pendapat saya sebelum ini yang mengatakan Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang salah apabila berpihak kepada Nizar kini terbukti benar.
''Nizar sebenarnya telah hilang kepercayaan apabila pakatan pembangkang kekurangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN), justeru membenarkan Sultan Perak melantik menteri besar yang baru.
''Bahkan Nizar tidak pernah memanggil sidang DUN selepas tiga Ahli DUN (ADUN) dari pembangkang menjadi ADUN bebas dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN)," jelasnya.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lalu yang mendapati Nizar merupakan Menteri besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
Bagaimanapun, Sham Rahayu menegaskan, Nizar masih berhak mencabar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini dengan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : PG memang setuju dengan pandangan Dr Sham ini. Memang dari pembacaan pendapat dari mereka yang mahir tentang perlembagaan dan undang-undang yang PG teliti, keputusan YAA Hakim Mahkamah Rayuan memang dijangka. Dijangka akan memihak kepada Dr Zambry. BUkan kerana Dr Zambry orang kerajaan tetapi keputusan YAA Hakim-Hakim itu dijangka kerana berdasarkan hujah undang-undang yang dikemukakan oleh peguam dipihak Dr zambry.
2. Percakapan dan perbincangan PG dengan kawan-kawan juga menjurus bahawa kemenangan ini juga memang dijangka kerana ia berdasarkan hujah undang-undang.
3. Mereka yang tidak dapat menerima keputusan YAA Hakim-Hakim ini adalah mereka yang kecewa dan kerana mereka berpendapat berpihak. Kata-kata dan pandangan bahwa Hakim idpergunakan, Hakim dikawal adalah pandangan-pandangan yang nakal dan dangkal.
4. Kepada PG, semuga selepas ini ramai lagi mereka yang terpelajar dalam bidang undang-undang dapat memberikan pendapat yang bernas dan berdasarkan pada fakta yang tepat tanpa dipengaruhi oleh kepartian. Sebab itu , walaupun sebahagian mereka ini dilabelkan sebagai pakar undang-undang tetapi kita mudah menjangka 100 % pandangan mereka ini sebelum pun mereka memberikan ulasan. Ulasan mereka penuh dengan prejudis dan penuh dengan pandangan sinis dan kerap bertukar nada setiap kali isu yang sama dibincangkan.
5. Di blog-blog PR didapati sebahagianya sehingga melabelkan Dr Shamrahayu sebagai bodoh ( lihat blog Trenganukite ). Inilah jenis mereka sukar menerima pendapat dan keputusan yang tidak memihak kepada mereka. Juga mereka sukar menerima sebarang perbezaan pandangan. Perbezaan pandangan akan dianggap menentang mereka dan dianggap pandangan songsang dan sebaginya. Inilah jeis manusia yang tidak menghargai kepelbagaian yang dikurniakan oleh Allah.
6. Itulah sebabnya pada pandangan PG, hajat yang mereka pohon dari ALLAh , tidak pernah ditunaikan oleh ALLAH sehingga kini walau sudah habis padang bola dijadikan tempat bersembahyang hajat. Petunjuk yang diberikan oleh Allah ini pun masih belum diambil pengajaran oleh gulungan ini.
7. Berfikirlah dan renungkanlah.
Tapi yang pastinya kepimpinan ulamak sudah tidak relevan dalam pas lagi. pas bukan lagi pejuang islam tapi pas adalah pejuang demokrasi ciptaan yahudi. aku cadangkan pas supaya bergabung dengan DAP bagi menegakkan dan menyuburkan demokrasi di malaysia.
ReplyDeleteTapi yang pastinya kepimpinan ulamak sudah tidak relevan dalam pas lagi. pas bukan lagi pejuang islam tapi pas adalah pejuang demokrasi ciptaan yahudi. aku cadangkan pas supaya bergabung dengan DAP bagi menegakkan dan menyuburkan demokrasi di malaysia.
ReplyDeleteAssistant Prof... correct correct correct... ya ya ya
ReplyDelete