FOLLOWERS

Tuesday 30 August 2011

TAK ADA LAIN, NAK SALAHKAN ORANG AJE !!!!!








Kongsi 43Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi masalah dengan "kakitangan awam negeri yang keras kepala” berbulan-bulan lamanya setelah mengambil pemerintahan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Pemimpin parti sampah ini , tak ada kerja lain. Asyik nak salahkan orang aje. Dalam hal ini, mereka nak salahkan pegawai kerajaan pulak.

2. semua salahkan orang. Salahkan BN, salahkan Mahkamah, salahkan Hakim, salahkan SPR, salahkan ulama, salahkan itu, salahkan ini. Semua orang salah . Yang betul mereka aje.

3. Itulah standard pemimpin dan pakatan ini. Hanya pandai salahkan dan kondem orang lain. Tapi sejak memerintah di beberapa negeri, apa plan startegik yang dirangka dan dipamerkan pada umum apa yang akan mereka lakukan untuk kemajuan negei. Ada pernah mereka lancar dan gerakkan pelanstruktur sesuatu perkara. Yang mereka tahu hanyalah ceramah dan kondem orang siang malam. Bab ini mereka semua cerdiklah.

4. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Inikan otak pemimpin yang nak kita serahkan untuk mentadbir negara ini? Lingkup negara. Tak ada perancangan langsung. Celik mata dan datang ke pejabat , barulah mereka fikir apa nak buat. Lepas pukul 5 petang aje dah siap rancangan nak fitnah dan nak kondem orang lain. Bab itu pandailah mereka.

5. Tak ada pun mereka nak fikirkan rancangan jangka panjang untuk membangunkan negera. Sehingga kini hanya kosong. Janji nak bagi bantuan itu ini untuk faedah pilihanraya dan njangka pendek adalah sikit-sikit. Yang lain hampas.

6. Mana nak ada ide. Otak macam sampah. Celik mata , tak ada kerja lain , asyik salahkan orang itu dan ini. Diri sendiri tak dinilai. Otak sampah!!!! Tak gitu ?

Nota :
Kepada kakitangan awam Selangor, kita sama-sama bungkus parti sampah ini di PRU 13 nanti. Mereka dah burukkan anda. Jasa anda tak dihargai langsung.................Fikirkan!!!!

TAKTIK LAMA !!!!!








Selasa, 30 Ogos 2011 02:12 ROSLI ISMAIL . .Tiga hari berlalu sejak kontroversi kenyataan celupar Mohamad Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong dan pertikai sejarah kemerdekaan...anihnya belum ada seorangpun pemimpin PAS lain yang tampil backing Timbalan Presiden PAS.

Jika signal itu tidak cukup,Isnin Pengerusi DAP Karpal Singh tampil dengan satu kenyataan mengakui apa yang dikata oleh rakan politiknya itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan.

Karpal berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

“Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh (Timbalan Presiden PAS) Mohamad (Sabu) seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar," kata Karpal.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

"Kenyataan yang didakwa itu, sekiranya benar, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan," kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya adalah salah untuk mengatakan bahawa Onn dan Tuanku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan.-29/8/2011

Penghuni Gua
: Karpal pun bukan ikhlas nak pertahan pejuang ini pun. Beliau kata begini sekadar nak pulih sokongan dan koyak rabak yang telah dibuat oleh Mat Sabu . Itu je. Nak baiki kerosakan yang dibuat oleh Mat Sabu terhadap bantahann yang dibuat oleh rakyat Malaysia terhadap isu ini.

2. Itu aje. Habis isu Mat Sabun dan Karpal ini nak pusing. Selama ini Karpal diam je. Politik punya hal terpaksa " cover Mat Sabu " kerana untuk pancing undi Melayu. PG dan kami di luar ini dah tahu lama dah taktik ini.

3. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan!!!! Puak ini akan lacurkan semua perkara. Janji untung dalam politik. Fikirkan.

Monday 29 August 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI !!!!



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN DARI PG DAN KELUARGA.

ALASAN BODOH !!!!!!!






Ogos 28, 11 11:50am



Kongsi 271Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Alasan bodoh. Alasan hanya untuk lepaskan diri. Inilah jadinya kalau banyak sangat bercakap dan nak tunjuk pandai dalam semua perkara. Akhirnya kantoi.

2. Bila dah sedar silap maka alasan yang biasa ialah salah kontak, salah petik, diputar belit dan tak ingat. Itu alasan paling dungu yang diberi oleh seorang pemimpin tertinggi politik. " Low class". Tak gitu ?

Sunday 28 August 2011

PAKAI KOPIAH MAKAN KEDARAH DUIT HARAM JUGA !!!!!






Ahad, 28 Ogos 2011 01:39 Administrator . .



Kalau mengikut jalan ceritanya ini kes menarik kerana ia melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Prinsip yang mereka digembar gembur selama ini anti-penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Jika betul bagai didakwa ia sudah jatuh kategori cakap tak serupa bikin.

Maka abang Mat dan Lim Guan Eng wajib keluar satu penjelasan segera tentang hal ini.

Ekoran pendedahan dalam laman blog, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Rezal Merican yang mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang Sabtu mendakwa berlaku korupsi dalam pembiayaan bil rawatan Mat Sabu di KPJ Selangor Specialist Hospital yang menelan belanja RM8,434 oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi dan menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520.

Timbalan Presiden PAS itu ialah seorang ahli lembaga pengarah PBA.

Siapa pun tidak berhak mempertikaikan pembayaran bil itu jika ia untuk rawatan sakit biasa.

Apa yang dipertikaikan ialah rawatan berkenaan kerana kecederaan semasa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Ingat kes beliau dakwa dilanggar kereta polis.

Video polis pula menunjukkan beliau terjatuh dari motosikal kerana terlanggar bahu jalan semasa berpatah balik apabila dipintas kenderaan polis di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari itu.

Jika merujuk kepada Collective Agreement (CA) PBAPP, terdapat klaus yang menyatakan bahawa syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut yakni sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.

Bagi Rezal PBA tidak wajar menanggung pembiayaan bil berkenaan kerana Mat Sabu terlibat dalam satu perhimpunan haram.

Katanya kerajaan negeri jangan memekak tentang ketelusan dalam pentabiranya jika begini halnya.

Ini bukan dakwaan kosong.Pendedahan yang dibuat disertakan dengan bil hospital dan bayaran balik oleh PBA.

Ramai yang terkejut.Bos pembangkang pun rupanya galak juga dengan claim kemudahan sebagai lembaga pengarah.-27/8/2011

Penghuni Gua
: cakap Islam sana sini. Makan kedarah duit haram jugak. Tahi penuh di pungkok , lepas tu nak cap lebih. sudahlah. Fikirkan pengundi muda. Jahanam negara ini dapat pemimpin begini. Penipu lagi. Jatuh sendiri kata dilanggar polis. Kalwat di lepaskan oleh kerajaaan PAS. Komunis dikatakan hero.


2. Semuanya lidah biawak. Tak gitu ?

Friday 26 August 2011

TAHNIAH UNTUK DR HASAN ALI !!!!







Ogos 26, 11 5:51pm


Kongsi 27Exco hal ehwal agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah – satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

Hasan berkata, unit berkenaan ditubuhkan memandangkan "masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."

Kenyatannya hari ini timbul ekoran kontroversi yang tercetus daripada serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Gereja yang diperiksa kerana disyaki menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam itu juga didakwa sering memberi bantuan kepada orang Islam.

"Pejabat exco Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara muslim dan mengelakkan mereka terjebak dalam perangkap memurtadkan mereka.

"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan-pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi kerajaan negeri, badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini.

Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam -- yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian -- supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

Tambahnya, pejabat beliau akan mengambil butiran yang perlu bagi membolehkan permohonan tersebut diproses dan supaya bantuan tersebut disalurkan dengan segera.

"Diharapkan langkah ini akan memudahkan pihak-pihak yang terbabit untuk mendapatkan pembelaan," katanya lagi.

Penghuni Gua
: Tahniah Dr Hasan. Bab ini PG sokong dan setuju dengan idea dan tindakan DR Hasan yang menubuhkan pusat serta unit ini. Langkah pertama dah mula. Bagus. Sekurang-kurangnya ada tindakan proaktif bagi selamatkan akidah umat Islam.

2. Tahniah Dr Hasan.

CERMIN DIRI SENDIRILAH FAUZIAH !!!!!





Ogos 26, 11 4:32pmAhli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.

Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Cermin diri sendirilah Yb Fauziah oii. Nak suroh orang itu, orang ini minta maaf kononnya orang itu ini memburuknya di TV dalam isu Lynas. Apalah!!! Cermin dirilah.

2. Cermin dirilah. Dalam isu Lynas, apa yang Fauziah taK fitnah dan burukkan piminpin kerajaan negeri dan Malaysia? Tiap hari dah hampir 2 tahun dok jaja Lynas itu membahayakanlah, ada rasuahlah sehingga projek itu boleh diluluskan.

3. Akhirnya YB PAS mengkantoikan YB dungu ini. Nak cakap bab nukler, nak tunjuk pandai. Aklhirnya YB PAS iaitu ADUN Hulu Langat mendedahkan kebododhan YB Fauziah. YB Hulu Langat ini berkelulusan dalam bidang nukler dan tak mahu tanggung dosa berbohong. Akhirnya 3 malam lepas ia mendedahkankan perangai dan otak pemimpin PKR dan PAS yang penuh dengan kedunguan. Semuanya seolah pakar dalam nuklear. Termasuk mahfuz yang berkelulusan SRP pun nak cakap bab nuklear.

4. Dah malu dan mendapat kemaluan, kemudian tuduh orang memburukkannya. Sudahlah. Cermin dirilah dan nilaikan cara hujah Yb Hulu Langat yang profesional itu dengan anda yang semua perkara nak dijadikan isu politik. Low class.

5. Pendapat pakar dip[utar belitkan dan tidak dipercayai. Cakap berkelulusan SRP pulak diterima. Bukti vedeo dan forensik dikata pekak dan bisu. Itulah tahap pemikiran pemimpin kedua parti ini.

6. Cermin diri sendirilah!!!!!! Cermin, cerminkanlah!!!! Tak gitu ?

Thursday 25 August 2011

TITAH DYMM TUANKU PUN NAK DIBELITKAN !!!!



Dipetik dari blog : Dato Hafarizam




Wednesday, August 24, 2011
Cuba Heret Sultan Ke Kancah Politik, Khalid Tiada Etika Selaku Menteri Besar


KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah bukti bahawa beliau tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menganggap apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid adalah bertentangan dengan etika selaku Menteri Besar Negeri Selangor yang memegang kuasa eksekutif di negeri tersebut.

“Tindakan Menteri Besar ini ibarat mengheret Baginda DYMM Sultan Selangor ke kancah politik sedangkan Baginda sebagai ketua negeri bertanggungjawab penuh untuk perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam, adat istiadat orang Melayu serta lain-lain perkara yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online berhubung kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menafikan perkenan Sultan Selangor dalam penubuhan Majlis Penasihat Syura.

“Sultan Selangor akan dinasihati oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pejabat Mufti Selangor dalam hal-hal berkaitan, justeru tindakan untuk mewujudkan Majlis Penasihat Syura adalah satu usaha untuk melemahkan lagi kuasa JAIS dan Jabatan Mufti yang ada di negeri tersebut.

“Tindakan berkenaan dengan menafikan sama ada permohonan boleh dibuat untuk mendapat perkenan daripada Baginda DYMM Sultan Selangor tidak boleh ditimbulkan kerana tidak ada sebarang peruntukan berkaitan hal tersebut.”

Dilaporkan Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lepas kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.

“Tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar ini telah membuktikan bahawa beliau tidak tegas sebagai pemimpin dan sanggup tunduk kepada tekanan politik Dap dan PKR khususnya dalam hal-hal yang membabitkan agama Islam.

“Sekiranya Majlis Penasihat Syura ada wakil orang bukan Islam sedangkan mereka tidak mengamalkan agama Islam jadi bagaimana mungkin mereka akan bersetuju dengan apa yang orang Islam lakukan termasuk dalam isu yang membabitkan gereja ini.”

Dalam kenyataan Mohamad Munir memberitahu bahawa Abdul Khalid telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor yang berhasrat untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.

Ia dibuat bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, katanya.

Dalam hal ini, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi Baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah dan tidak menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.

Posted by anisahmaisarah at 12:57 AM 0 comments


Penghuni Gua
: PKR dah berkudih dan dah sopak dah. kantoi !!!!!!! Fikirkan pengundi muda . Fikirkan.

AIR MANI TERBANG SENDIRI !!!KAH KAH KAH KAH KAH !!!!!




................................................Mohd. Yusof ketika menyoal balas pakar patologi forensik Dr. David Wells bertanyakan soalan berikut;

‘‘Untuk meletakkan air mani seseorang pada sesuatu sampel atau rektum, orang yang hendak meletakkannya perlu ada air mani orang tersebut bukan?’’

Soalan itu menyebabkan Dr. David Wells terdiam seketika dan pada mulanya enggan memberikan sebarang jawapan kerana baginya soalan itu lebih sesuai ditujukan kepada pakar asid deoksiribonukleik (DNA). ............................Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!! Air mani lelaki Y terbang sendiri dalam dubur saiful kot ? !!!!!! Kah kah kah kah

2. Kah kah kah kah kah !!!! Kah kah kah . Mudah aje kalau kita nak gunakan akal yang diberi oleh Allah. Bukan ada otak tapi tak mahu guna . Ada otak direlakan untuk dipenuhkan dengan air kencing politik aje. Itu yang bukti sains habis di tolak. Kesian kepada penyokong lelaki y ini.. Taubatlah !!!!!

3. Kah kah kah kah kah kah !!!!

DR ROSLI MP PAS HULU LANGAT SAH KENA BELI !!!! KIH KIH KIH KIH KIH !!!!







Mana PAS nak letak muka ...bila Ahli Parlimen PAS sendiri mengaku di Buletin Utama TV3 malu dengan cara PAS .


Rabu, 24 Ogos 2011 22:55 ROSLI ISMAIL


Harap-harap nanti jangan pula meletup tuduhan Dr Che Rosli Che Mat,Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor yang juga seorang saintis nuklear sudah ‘kena beli’.

Mereka yang menonton Buletin Utama TV3 Rabu malam pasti terkejut mendengar pengakuan berani beliau mengenai isu kilang Lynas di Gebang,Kuantan yang digembar gembur oleh PKR adalah selamat.

Apa agaknya reaksi Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh yang terus menerus main sentimen kilang itu tidak selamat bila mendengar pengakuan profesional dari seorang Ahli Parlimen rakan Pakatan Rakyat.

Pihak PAS sendiri bagaimana nak terima ‘ ledakan’ dari Dr Che Rosli ini ? Ini adalah kali pertama seorang Ahli Parlimen PAS ‘ menyimpang’ dan belasah parti sendiri secara terbuka begitu.

Pengakuan seorang terpelajar seperti ,Dr Rosli ini dalam isu Lynas juga mungkin boleh membuka mata kalangan ahli PAS yang taksub tentang beberapa isu lain misalnya kes video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri kata ‘ besi’ dan tidak boleh jadi bahan bukti.

Mungkin ramai lagi yang tidak puashati dengan cara bos mereka tangani isu yang libatkan kredibiliti dan bertentangan pendirian parti tetapi tidak berani bersuara macam Dr Che Rosli.

Dari pengakuannya dalam interbiu dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.

Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan.

Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata , "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."- 24/8/2011

Penghuni Gua
: Bukan orang lain kutuk PAS dan basuh otak pemimpin PAS yang penuh dengan kelodah. Tapi pemimpin PAS juga yang merupakan pakar nuklear.

2. Alhamdullillah. Lega PG, bila mendengar Lynas merupakan satu perkara yang selamat .Selamat rumah PG di kampung Batu Hitam, Beserah tu. Tak selamat kerana diputar belit oleh PAS dan PKR untuk tujuan politik. Halal untuk menipu rakyat jika untungkan parti politik. Itulah prinsip kebanyakkan pemimpin PAS.

3. Lepas ini, YB Dr Rosli ini kepana pangkah kat PAS le. Mungkin akan dikatakan agen UMNO dan dibeli. Mungkin dikatakan ada tangan ghaib UMNO untuk gerakkan mulut Dr Rosli ini. Ini konspirasi dan bla, bla bla bla bkla bla bla bla bla !!!!!

4. Bertaubatlah PAS dan Fauziah MP Kuantan yang saban hari dok menipu dan memfitnah orang mengenai isu ini.

5. Apatah lagi kalau Mahfuz bercakap bab ini. Kelulusan takat tingkatan 3 , nak ulas isu nukler. Tak ke lawak habis!!!! Kah kah kah kah kah !!!!

6. Bertaubatlah !!!!!! Apa hukumnya penipu dan pembelit begini ikut Islam? Kepada Tuan Ibrahim !!!!! Ajar bertaubat sikitlah kepada anak buat anda si Fauziah tu.Cukuplah berbohong untuk berpolitik. Suruh ajelah dia bertaubat !!!!




Wednesday 24 August 2011

DIAM AJELAH DR KHIR !!!!






Ogos 23, 11 6:53pmKongsi 657Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. Berita lanjut KLIK

Penghuni Gua
: Diam ajelah Dr Khir. Baik jangan bercakap. Tumpu aje pada kes yanganda hadapi.

2. Kalau tak ada bukti dan setakat bukti dengar cakap, baik diam ajelah. Khir kata tak cukup bukti, jadi apa nak bising-bising. Dah tahu dalam politik mana ada sahabat dan lawan yang kekal. semuanya saling nak jatuhkan. Dalam mana parti pun dalam dunia ini.

3. Kalau dah Khir percaya kepada sistem kehakiman negara, jadi buat apa bisng. Bukan pun boleh 3 menteri tu nak dakwa dan penjarakan anda. Kalau terbukti rasuah, bungkus lah anda. Kalau tak salah alhamdullillah. Main pukul rata aje. Sini konspirasi, sana konspirasi. Konsp[irasi ap dah. Lain kali cermin diri dan teliti diri sendirilah. Jangan dok salahkan orang.

4. Khir ini sekali pandang macam lelaki Y dah. 2 kali pandang serupa aje !!! Cuma tak meliwat aje !!! Diam ajelah Khir. Memang pun, bukan 3 menteri tiu aje cakap. Kami pun berpandangan demikian. Kamu adalah liabilti kepada BN Selangor. Beri peluang pulak pada pemimpin BN yang lain. Cukuplah tu 8 tahun.

5. Diam ajelah !!!! Itu lebih afdal dari dok tuduh orang itu dan orang ini yang menyebabkan beliau terdakwa!!!!!!!!! Cermin diri , cermin diri !!!!!

Tuesday 23 August 2011

Kebebasan Hak Asasi Mencabuli Prinsip Agama Islam Wajar Ditepis : Dr Shamrahayu A Aziz UIAM !!!!





Kebebasan hak asasi mencabuli prinsip agama Islam wajar ditepis



SATU demi satu isu berkaitan agama dan moral timbul di negara ini. Pembaca sudah tentu mengikuti berita mengenai perkahwinan sejenis dan juga kebebasan beragama yang menjadi topik utama dalam akhbar cetak dan internet.

Saya sudah beberapa kali menulis mengenai isu ini. Namun saya tidak dapat mengelak daripada terus menulis mengenai perkara ini kerana ia berterusan dijadikan perkara sensasi dan tekanan ke atas agama negara dan amalan kemoralan di negara ini. Di mata Barat, Malaysia dituduh tidak mengamal hak asasi kerana meletakkan sekatan tertentu berkaitan kebebasan beragama dan kemoralan. Dua perkara ini sebenarnya sentiasa dijadikan asas tekanan kepada semua negara Islam, termasuk Malaysia. Asas hak asasi tajaan Barat dijadikan kayu pengukurnya. Ini adakalanya mendapat sokongan orang kita sendiri yang mementingkan kebebasan diri yang didorong nafsu mementingkan dan bebas daripada ikatan agama. Tuduhan ke atas Malaysia bukan saja datang daripada mereka yang menggunakan platform ‘pejuang’ hak asasi, tetapi juga daripada kalangan akademik yang mempercayai kebebasan tanpa sempadan. Dalam seminar antarabangsa yang pernah saya hadiri, banyak persoalan yang dikemukakan berkisar kepada dua perkara ini, terutama kes murtad dan homoseksual.

Mereka mempersoalkan undang-undang jenayah syariah dan sekatan yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun penerangan mengenai undang-undang, sejarah, nilai amalan, budaya dan prinsip negara disampaikan dengan jelas, kebanyakan mereka enggan menerima dan memahaminya. Atas apa alasan keengganannya saya pasti pembaca boleh fikirkannya.

Pada pengamatan saya, mereka enggan menerima kedudukan agama Islam sebagai antara sumber perundangan dan cara hidup masyarakat kita dan seterusnya mereka cuba menjadikan prinsip agama dan kemoralan Islam sebagai sasaran. Mereka mengatakan kita tidak mengikut piawaian antarabangsa berkaitan hak asasi.

Alasan ini sebenarnya tidak berasas. Selain daripada beberapa kelemahan teknikal dalam proses menggubal, prinsip hak asasi di dalam deklarasi antarabangsa berkaitan kedua-dua perkara ini memberikan ruang yang memadai kepada negara untuk mengambil kira kedudukan amalan dan budaya masing-masing dalam menentukan tahap amalannya.
Jika kita lihat keputusan berkaitan agama dan kemoralan yang diputuskan oleh European Courts of Human Rights, ia banyak memberikan kebebasan kepada negara untuk membuat undang-undang berkaitan kedua-dua perkara berkenaan.

Sebagai contoh, dalam kes dari Austria berkaitan penghinaan agama, mahkamah itu memberikan Kerajaan Austria kebebasan menentukan undang-undang mereka. Undang-undang negara Austria yang menyekat penayangan filem berunsur penghinaan terhadap agama sudah diisytiharkan baik, walaupun undang-undang itu menyekat kebebasan bersuara.

Walaupun keputusan mahkamah Eropah ini tidak mengikat negara kita, iktibar yang dapat kita ambil ialah mahkamah memberikan kepada negara untuk membentuk undang-undang yang boleh diterima oleh penduduk negara berkenaan – menurut nilai yang diterima masyarakat.

Secara prinsipnya, masyarakat haruslah boleh diterima oleh masyarakat. Undang-undang yang berkesan ialah undang-undang yang tidak asing atau tidak jauh menyimpang daripada nilai, amalan dan budaya masyarakat. Oleh itu, dalam membentuk apa juga undang-undang, termasuk undang-undang berkaitan agama dan kemoralan, ia hendaklah sinonim dengan nilai, amalan dan budaya negara.

Cubaan seorang paderi untuk melangsungkan perkahwinan sejenis di negara ini, yang diketahuinya tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis adalah mencabar kedaulatan undang-undang negara kita.

Perbuatan seperti ini menghina prinsip negara yang disandarkan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama bagi negara. Ia juga mengaibkan Rukun Negara, terutama prinsip pertama dan prinsip terakhir, iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Cubaan itu juga meremehkan kedudukan undang-undang kita. Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) yang memperjelaskan bahawa perkahwinan hendaklah sentiasa membabitkan lelaki dan perempuan.

Selain itu, Kanun Keseksaan juga mempunyai peruntukan yang menjenayahkan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii (seksyen 377A). Dalam peruntukan lain, Kanun Keseksaan juga menjenayahkan perlakuan yang melanggar kesopanan, iaitu kelucahan melampau sama ada di tempat awam atau di tempat persendirian (seksyen 377D).

Kesalahan ini bukan kesalahan baru, ia diambil daripada Kanun Keseksaan India yang didasarkan kepada undang-undang British yang dahulunya disandarkan kepada ajaran agama Kristian. Walaupun kesalahan sebegini agak sukar untuk dibuktikan di mahkamah ekoran daripada kerahsiaan di dalam perlakuannya, ia menunjukkan bahawa undang-undang negara tidak mengiktiraf perlakuan sebegini.

Mengenai kebebasan beragama, terutama kebebasan untuk menukar agama dan mengembangkan agama, ia sudah jelas dan saya fikir pembaca sudah amat maklum mengenainya. Saya tidak perlu memanjangkan hujah mengenai ini, cukuplah sekadar disebut mengenai kedudukan Islam sebagai agama negara dan kedudukan jenayah syariah yang sudah bersemi di dalam sistem perundangan negara.

Penulis ialah Profesor Madya Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Penghuni Gua
: PG kirim salam pada SUHAKAM . Boleh jalan dan boleh blah!!!!!!!! Buat habis ke boreh aje. Tak perlu komen panjang-panjang. Habiskan boreh aje !!!!

ADA ORANG ARAH RUPANYA !!!!!










.....................................Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Dr Osman mengakui bahawa beliau pernah membuat 'akuan bersumpah' ketika disoal mengapa, katanya "Saya amat takut,".

Ditanya, siapa yang menyuruhnya membuat 'akuan bersumpah' itu.

Kata Dr Osman, seorang pesuruhjaya sumpah, 'Anwar' dan peguam bernama "Yusri'.


Beliau menafikan cadangan pendakwaraya bahawa dirinya menokok tambah laporan pemeriksaan ke atas Saiful tanpa pengetahuan saksi utama itu.

Dr Osman memberikan keterangan selama kira-kira 30 minit. ....................................................Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua
: Dr Osman akhirnya pecah tembelang mengenai akuan bersumpahnya. Rupanya dia di arah oleh lelaki Y, dan orang-orang nya agar Dr ini buat akuan bersumpah.


2. Sebab itu lelaki Y ini selalu dakwa konspirasi itu dan ini, ada tangan ghaib dan sebagainya. Rupanya dia lah yang selalu buat perkara ini . Sebab itu ia mahir sangat dan selalu kata orang itu dan orang ini yang buat. Sebenarnya dialah kepala pengatnya .


3. Tapi kalau baca dalam Malaysiakini tak ada pulak dan disembunyikan berita berita dan maklumat ini..................Mengapa ye ? Bebas ke Malaysiakini ? Sudahlah................Penjilat semuanya . KLIK

Monday 22 August 2011

MAJLIS PENASIHAT SYURA SELANGOR : PAS DAH JADI CICAK BERAK KAPOR !!!!!!




Ogos 22, 11 3:51pmKongsi 47Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar. Berita Lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Mana Dr Hasan Ali. Mana kedududkannya dalam Majlis Syura. Beliau exco agama Selangior tetapi dalam hal ini MB telah ketepikannya.

2. Muka Hasan tak ada ke? Muka PAS lagilah tak ada. Khalid Ibrahim tak pandang pun Dr Hasan dan PAS. Tak gitu ?

3. Apa kata Mahfuz, Khalid Gereja dan pencacai PAS lain. Tantawi pulak mungkin sedang bersolat hajat memohon agar pengikutnya tak menenyehnya. Tu yang diam macam cicak berak kapor sekarang. Tidaknya bukan main. Nak jihat sana, nak jihat sini. Bila kena tang gereja kristian ini, jihat entah kemana, hudud entah kemana.

4. Cakap aje lebih. Muka macam, berak kapor bila kena ujian yang sebenarnya dari Allah. Allah tu Maha Besar. Allah nak uji mereka yang cakap besar dalam hal Islam selama ini. Kena uji sikit pun dah mula kemetot. Jadi baik diam ajelah !!!!!!!!!!!!

5. Tak gitu !!!!!

TAKUT RUPANYA !!!!!!!!!!!!!!!


Penghuni Gua : Lelaki di atas beri keterangan tanpa boleh disoal balas oleh pendakwa raya. Kih kih kih kih !!!!

2. Takut rupanya!!!! Cakap aje besar !!!!!!!!!!! Habok pun tak ada !!!!!Kah kah kah kah kah kah kah kah kah @$%^&*()(*&^%$#@#$%^&*(YTRRTYUIO(*&^%$RTYUJKJHGR%^&*(RGHJKLKJYTYUIUY

Sunday 21 August 2011

BAIK TAPI TAK BIJAKSANA !!!!!



Penghuni Gua
: Serulah dengan seruan yang baik dan bijaksana. Ali setan ini serunya dah baik tapi tak bijak sana dan tak cukup akal. Dah sendiri penuh dengan dosa dan kemudian nak cucikan diri, mulalah orang lain semuanya jahat . Dialah yang sesuci semuanya.

2. Bertaubatlah!!!! Cermin diri sendirilah !!!!!!! Berita lanjut : KLIK

Friday 19 August 2011

BERSATULAH MELAYU : LIM SWEE TIN !!!!!




karya Lim Swee Tin

BERSATULAH MELAYU


Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah


Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita


Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju


Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung


Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih


Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

Penghuni Gua
: Bersatulah Melayu Islam. Bersatulah untuk kepentingan agama, bangsa dan negara kita. Bersatulah. Orang Cina ini mengajak kita bersatu. Kitalah cermin dan tunggak kekuatan negara ini. Pensyarah Cina ini nampaknya lebih nampak dan lebih peka dari kebanyakkan Melayu Islam yang lain. Ia nampak dengan mata hatinya akan kepentingan bangsa ini untuk keutuhan Negara dalam jangka masa panjang.

2. Tak malukah kita dengan perpecahan yang terjadi. tak malukah kita kepada bangsa lain? Kita hanya ada Malaysia. tak ada lagi negara Melayu yang lain. Sekangkang kera inilah tanah kita dan untuk anak cucu kita. Bersatulah.

Nota
: Pensyarah ini adalah rakan belajar PG semasa kami belajar di UM pada tahun 1980-1984.

Thursday 18 August 2011

KITA TAK PERNAH KACAU HAK AGAMA LAIN !!!!!






BRUSSELS: Seorang ahli perniagaan Perancis semalam membayar denda dua wanita di sini kerana memakai pakaian menutup seluruh tubuh dan mendedahkan rancangan menyaman Belgium dan Perancis di mahkamah kerana menguatkuasakan undang-undang mengharamkan pemakaian niqab dan burqa.

Ejen hartanah, Rachid Nekkaz membentuk dana 1 juta euro (RM4.3 juta) untuk membayar denda terhadap wanita Islam terbabit yang didenda 50 euro (RM215) seorang. “Perancis dan Belgium memutuskan untuk menghalang kebebasan wanita memakai apa yang mereka mahu,” katanya kepada wartawan di luar pejabat perbandaran di sini, disaksikan dua wanita berkenaan. “Saya beranggapan adalah tidak boleh diterima kerajaan Eropah mengadakan undian bagi meluluskan undang-undang yang tidak menghormati hak individu,” katanya.

Undang-undang Belgium mengharamkan sebarang penutup muka di khlayak ramai mula berkuat kuasa bulan lalu manakala Perancis adalah negara pertama memperkenalkan larangan itu, April lalu. – Reuters

Penghuni Gua
: Kita Melayu Islam tak pernah kacau hak orang. Jadi jangan ada bukan Islam lain kacau hak kita.


2. Masalahnya juga, ada Melayu Islam kerana satu undi politik sanggup lacurkan agama dan bangsa sendiri.

3. Fikirkan pengundi muda. Andalah yang akan mewariskan negar ini. Jangan salah pilih. Andalah yang menanggung akibatnya. Kami dah tak lama untuk menetap dan hidup di negar ini. Buat pilihan bijak untuk masa depan anak dan cucu kita. Kalau ada kesilapan kerajaan, jangan kita bakar kelambunya. Tetapi baiki secara beransur-ansur. Tak ada yang sempurna pun dalam dunia ini. Jangan dok dengar janji kosong.

4. Berjanji memang sedap. Apatah lagi jika kita tak ada kuasa dan tanggungjawab. Matahari pun kita boleh janji untuk diberikan.

5. Tapi boleh ke ? Satu lagi : Yang pandai berjanji dan bercakap ini kebanyakkannya buat kerja tak pandai dan dungu. Hanya pandai cakap dan kritik aje. Perlaksanaannya hampas.

6. Tak gitu ?

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BANK MENGAMBIL / MEMINDAH WANG PELANGGAN SECARA TIDAK SAH !!!!!!



[1994] 1 MLJ 477
Rahimah bte Abdullah v Bank Bumiputra Malaysia Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL SUIT NO D4–22–59–91

Judges ZAKARIA YATIM J

Date 23 DECEMBER 1993

Citation [1994] 1 MLJ 477




Catchwords:



Banking — Banker and customer — Lien — Whether bank had lien over fixed deposit of customer for debt owing to bank under other accounts

Banking — Banks and banking business — Deposits — Customer consented to bank’s upliftment of deposit to pay indebtedness of third party — Whether bank’s act in uplifting deposit was lawful — Whether bank had lien over deposit or whether deposit was security for third party’s indebtedness

Bahasa Malaysia Summary:


Plaintif merupakan seorang pelanggan defendan (‘Bank itu’) dan telah menyimpan RM300,000 atas simpanan tetap dengan Bank itu. Plaintif telah mengatakan bahawa pada 11 Oktober 1988, Bank itu telah mengeluarkan simpanan tetap itu tanpa persetujuan atau kebenaran plaintif, dan telah memindahkan jumlah RM300,000 itu dengan salah dan mengkreditkannya ke dalam akaun Malrich Holdings Bhd (‘Malrich’) kononnya di bawah suatu lien yang memihak kepada Bank itu sebagai suatu sandaran untuk pinjaman yang diberikan kepada Malrich. Plaintif telah menegaskan bahawa tindakan Bank itu mengeluarkan jumlah RM300,000 dari akaun simpanan tetap itu dan mengkreditkannya ke dalam akaun Malrich merupakan suatu perbuatan konversi oleh pihak Bank itu.


Bank itu menafikan perbuatan konversi yang dikatakan itu dan mengata bahawa plaintif telah memberi kebenaran kepada Bank itu untuk mengeluarkan RM300,000 dari akaun simpanan tetap itu supaya dibayar ke dalam akaun Malrich seperti yang diarahkan dan dipersetujui oleh plaintif di dalam suatu dokumen yang bertarikh 22 Oktober 1982 (‘surat plaintif itu’). Soalan undang-undang di hadapan mahkamah adalah: (i) sama ada resit simpanan tetap itu telah mewujudkan suatu lien yang sah yang memihak kepada Bank itu sebagai cagaran untuk kemudahan overdraf yang diberikan oleh Bank itu kepada Malrich; dan (ii) sama ada tindakan Bank itu yang mengeluarkan simpanan tetap itu atas alasan bahawa terdapat suatu lien adalah salah di sisi undang-undang.



Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif itu:



(1) Sebarang wang yang telah dikreditkan ke dalam akaun seorang pelanggan bank mewakili hutang bank itu kepada pelanggan itu. Bank itu tidak mempunyai sebarang lien ke atas hutangnya sendiri kepada pelanggan itu, walaupun pelanggan itu mungkin mempunyai suatu akaun lain di dalam bank yang sama yang telah terlebih keluar atau dibekukan. Walau bagaimanapun, bank itu mempunyai suatu lien am ke atas semua cagaran yang disimpan oleh seseorang pelanggan di dalam bank itu.


(2) Di mana seseorang pelanggan memberi arahan bertulis kepada suatu pihak ketiga meminta supaya pihak ketiga itu membayar bank pelanggan itu jumlah yang terhutang dan yang kena dibayar oleh pihak ketiga itu kepada pelanggan itu, jumlah itu tertakluk kepada suatu lien. Di dalam kes ini, adalah jelas bahawa simpanan tetap itu tidak tertakluk per se kepada suatu lien, tetapi jika simpanan tetap itu dipertimbangkan bersama dengan surat plaintif itu, boleh dihujahkan bahawa Bank itu mempunyai suatu lien ke atas wang yang disimpan dalam akaun simpanan tetap itu. Bagaimanapun, mahkamah lebih cenderung memutuskan bahawa wang yang disimpan dalam akaun simpanan tetap itu merupakan cagaran untuk pembayaran sebarang wang yang dihutang oleh Malrich kepada Bank itu. Surat plaintif itu juga memberi Bank itu kebebasan untuk mengeluarkan simpanan tetap itu dan menggunakan wang itu untuk menyelesaikan jumlah yang terhutang oleh Malrich tanpa merujuk kepadanya (plaintif itu).

(3) Oleh itu, jika jumlah di dalam akaun simpanan tetap itu telah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam akaun Malrich mengikut terma surat plaintif itu, tindakan Bank itu adalah sah di sisi undang-undang.]


Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua. Itulah yang selalu bank gunakan. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

NAK SALAHKAN ORANG PULAK !!!!












Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melengah-lengah isu siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad sehingga menimbulkan polemik umum, tidak mendatangkan kebaikan kepada semua, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah, katanya, ia diburukkan lagi apabila pada waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

“Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Hujan ribut tak ada, akhirnya, PAS nak salahkan kerajaan dan UMNO kerana peliwatan dalam isu DUMC iaitu usaha memurtadkan orang Islam. Khalid Gereja pun dah korner baring habis. Dia kata dia nasihat aje. Dia tak bergaduh dengan Dr Hasan Ali tapi nasihat pada JAIS. Semuanya kerana terpaksa telah kahak dan ludah sendiri.

2. Ada exco agama pun tak di percaya. Akhirnya, kata ianya di dalangi kerajaan dan UMNO. Sebabnya pendedahan dalam blog pro kerajaan. Sejak bila pulak PAS berfatwa blog dan internet ini boleh digunakan sebagai bukti? Kan Internet semua ini adalah pekak, buta dan bisu.

3. Bab vedeo zina lelaki Y tak percaya pun. Tapi bab ini percaya pulak.

4. Main pakai tuduh aje tanpa bukti kononnya ada penglibatan kerajaan dalam isu ini adalah satu tindakan dungu. Cakap islam. Bukti tak ada main tuduh buta aje. Tak ke fitnah namanya. JAIS dan Dr Hasan itu adalah bawah dagu PAS dan PR. Apa kena mengena pun dengan UMNO. Dr Hasan Ali pun dah sahkan aktiviti gereja ini untuk memurtadkan orang Islam. Isunya PAS sebelum ini , tak percaya mengenai ini kerana sebab poltik.Itu yang jadi kecoh. Tak percaya pada exco sendiri dan jabatan agama Islam sendiri. BOleh percaya kepada pemimpin kafir dan gereja kristian . Itu yang jadi isunya dan masalahnya.

5. Sendiri biakkan kurap dan panau, kemudian nak salahkan orang kerana panau dan kurap di badan mereka makin bertambah.

6. Tak gitu ?.
Lihat dan cermin diri sendirilah !!!!!!





Wednesday 17 August 2011

PANAU DAN KURAP PAS MAKIN BERTAMBAH !!!!










Pada mulanya PAS yang mahu menjaga sekutu mereka –PKR dan DAP- enggan menyatakan pendirian dalam isu wujudnya dakwaan cuba memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja terbabit.

Memberikan alasan ingin berlaku adil, PAS mahu berjumpa pihak JAIS yang melakukan pemeriksaan terhadap gereja dan pihak DUMC yang mendakwa JAIS menyerbu premis mereka.

Malangnya, atas nasihat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama di negeri itu, JAIS tidak akan bertemu PAS sebaliknya akan menyiapkan laporan kejadian dan menyerahkan kepada kerajaan negeri.

Sekaligus, ini membuatkan PAS terpaksa menyatakan pendirian menyokong tindakan JAIS dan mahu jabatan itu bertindak ikut undang-undang jika ada bukti wujud usaha memurtadkan orang Islam.

Rupa-rupanya, PAS bukan sahaja tidak dapat berjumpa JAIS bagi mendapatkan penjelasan sebaliknya pihak DUMC juga minta tangguh persetujuan bertemu PAS pada Selasa dengan alasan isu itu sudah mendapat liputan meluas.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. PAS seolah-olah terpaksa terima hakikat bahawa mereka sudah silap perhitungan politik dalam isu ini.

Sekaligus menampakkan PAS terpaksa tanggung sendiri kesan kerana enggan menyokong tindakan JAIS sedangkan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sudah menjelaskan mengenai kejadian itu ketika mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dua minggu lalu.

Pemimpin PKR dan DAP nampaknya tidak banyak bersuara dalam isu ini.

PAS kena terima hakikat teman ketawa ramai sekali, teman menangis...menangislah sendiri.

Sebenarnya, PAS boleh menunjukkan bahawa mereka memang memperjuangkan dasar-dasar Islam dengan menyokong tindakan JAIS. ..

Lagipun yang membuat kenyataan mengenai pemeriksaan itu adalah pemimpin parti itu sendiri.

Dr Hasan pernah jadi Naib Presiden, pesuruhjaya negeri dan kini ahli jawatankuasa PAS Pusat, takkan mereka meragui keterangan beliau.

Bagaimanapun, di sebalik kemelut ini, ada segelintir pemimpin PAS melihat isu ini jadi beban PAS disebabkan pertembungan Dr Hasan dengan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang kini timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

“Perang’ mereka berdua dalam PAS Selangor bukan rahsia lagi.

Namun Khalid yang ditanya Agendadaily mengenai isu ini, mendakwa menghormati Dr Hasan sebagai Exco Agama di Selangor.

Isu ini katanya tidak ada kena mengena antara beliau dan Dr Hasan.

Sebaliknya beliau mempertikaikan tindakan JAIS apabila ada laporan jabatan itu menyerbu gereja berkenaan.

“Saya bukan hentam JAIS. tetapi beri pandangan bahawa Islam kena hormat rumah ibadat agama lain. Malah tak boleh membunuh dalam rumah ibadat walaupun orang itu musuh,” kata Khalid yang ditemui di ibu pejabat PAS, Selasa.

Katanya, kekeliruan isu ini apabila JAIS kata tidak serbu manakala DUMC mendakwa sebaliknya.

“Sekarang apabila JAIS kata mereka berbincang dan kemudian baru masuk periksa, saya setuju tindakan JAIS. Cuma kalau pihak gereja masih pertahan dakwaan kena serbu atau ceroboh, kena tunggu mahkamahlah,” katanya.

Khalid juga mahu JAIS mengambil tindakan jika benar ada gerakan memurtadkan orang Islam oleh pihak gereja.

“Saya pertikai tindakan JAIS bukan pertikai Dr Hasan,” katanya sambil meminta semua pihak tunggu sehingga JAIS menyiapkan laporan mengenai insiden itu.

Cuma yang menambahkan pelik apabila Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali tuduh UMNO ada peranan dalam serbuan JAIS.

Alasannya UMNO nak bikin porak peranda kerajaan PKR, DAP dan PAS di Selangor.

Malangbya apabila ditanya adakah beliau ada bukti UMNO terbabit, Mustapha selamba saja kata akan maklumkan bukti itu jika dapat jumpa JAIS.

Kasihan PAS semakin pening setelah terbelit dan terjerat isu ini.

Cuma takut ada pemimpin PKR dan DAP nyanyi lagu Si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan. -16/8/2011 - OLEH ROSLAN BIAN


Penghuni Gua : Panauu dan kurap PAS terus bertambah. Kini PAS dan pemimpinya terus gatal dan geli. Berbelit habis nak lepaskan tengkuk di samping nak jaga hati rakan sendiri dalam PR.


2. Kesian.!!!!!!!!!!!!

TANGGUNG LAH SENDIRI !!!!!







Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kini "berpatah arang dan berkerat rotan" dengan Jabatan Agama Johor (JAJ) yang mengeluarkan arahan itu.

Imam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa nak kecewa nya. Sendiri buat , sendirilah tanggungnnya. Dah tahu demo tu haram dan tak dapat permit polis, mengapa degil nak sertainya. Kamu tu kakitangan kontrak aje. Hanya elaun dari bulan ke bulan. Kemudian langgar arahan jabatan supaya jangan pergi. Bila kena tindakan , dakwa pulak jabatan agama Johor tak profesional.

2. Siapa yang tak pro. Dialah. Dah ada larangan dan peraturan jabatan langgar jugak. Akhirnya kenalah tindakan. Mana-mana jabatan pun sama dalam dunia ini. Dah langgar peraturan dan undang-undang, kenalah tindakan. Anak kita langgar disiplin, takkan nak biarkan aje. Senang aje anologinya.

3. Mungkin telinga dan mata mereka yang seperti ini pekak dan bisu. Mata ikan kering. Kemudian nak salahkan orang............ Sudahlah!!!!!!!!!!!

4. Tak gitu ? Lihat diri sendirilah !!!!!!!!!!

Tuesday 16 August 2011

PAS TERBELIT : PANAU DAN KURAP DAH MULA BERNANAH !!!!!





ROSLI ISMAIL


Zaman sekarang mudah saja bagi pakatan pembangkang nak melepaskan tengkoknya yang terbelit dalam sesuatu isu yang bikin rosak imejnya – tuduh saja ada tangan UMNO main peranan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali sudah jadi macam orang tenggelam punca dalam berdepan dengan isu pemeriksaan JAIS keatas gereja Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Semua orang kini sedang melihat gelagat pakatan pembangkang.

isunya besar kerana pemeriksaan dibuat kerana disyaki ada kegiatan memurtadkan orang Islam pada satu majlis di situ.

Yang jadi gabra dan tidak tentu hala dibuatnya kerana bimbangkan undi melayang ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang terlalu bimbangkan pihak gereja melenting dan PAS yang tidak berani ambil pendirian.

Sebaliknya JAIS sendiri tidak berganjak dari pendiriannya tentang kewajaran pemeriksaan itu.

Kalau sebelulm ini Timbalan persuruhjaya PAS Khalid Samad tembak UMNO ...sekarang ini Mustapha sudah ikut rentaknya.

Memamg gempak kalau baca kenyataan yang dibuatnya dalam media di pejabat PAS Terengganu Isnin meminta pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu JAIS dan gereja.

Sandaran beliau kononya ada eleman dan peranan UMNO dalam operasi Jais terhadap majlis di DUMC itu.

Katanya beliau sedia membuat pendedahan maklumat dalaman yang ‘ sangat dipercayai’ itu.

Soalnya sekarang PAS nak main politik apa? Pendirian tegas Exco Agama dari PAS sendiri Datuk Dr Hasan Ali tidak dipercayai.

Apa peranan UMNO yang bunyinya begitu mendebarkan seperti cuba digambarkan oleh Mustapha?

Atau mungkin ia cuma gimik penyelamat muka PAS akibat tertinggal bas dalam mengambil pendirian.

Ada yang bertanya apakah PAS ingat Hasan atau JAIS main-main dalam soal pemeriksaan itu.

Dicelah mana UMNO boleh main peranan dalam isu melibatkan akidah orang Islam itu?

Ini isu agama yang sepatutnya melibatkan rasa perihatin semua pihak tak kira parti politik.

Apapun semua pihak menunggu ‘ pendedahan’ Mustapa itu.Kalau boleh tolong segerakan.

Moga PAS tidak terbelit simpul mati.-16/8/2011

Penghuni Gua
: Panau dan kurap PAS makin bertambah. Cakap berbelit-belit dan kini dah mula korner baring habis.

2. Dah bernanah dah kudis , kurap serta panau PAS. Untuk PAS , isu murtad ini bukan isu politik. Ini isu agama. Jangan agama nak dilacurkan. Opss lupa. PAS sekarang perjuangkan negara Kebajikan. Negara Islam tak ada dalam Quran.................Kih kih kih kih !!!!!!

MANA MAU LARI !!!!!!!!!!!!!!






KUALA LUMPUR 15 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan memberi keterangan bela diri di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin depan, setelah dua kali berjaya menangguhkan perbicaraan peringkat pembelaan sejak 8 Ogos lalu.

Pihak pembelaan dan pasukan pendakwaan mengesahkan bahawa Anwar akan memberi keterangan pada 22 Ogos ini, setelah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu gagal berbuat demikian pada hari ini memandangkan enam saksi masih belum dapat ditemu bual oleh mereka.

Hakim Datuk Mohamd Zabidin Mohd. Diah membenarkan tarikh tersebut ditetapkan untuk Anwar membela diri tanpa mengambil kira sama ada keenam-enam saksi itu telah berjaya ditemu bual atau sebaliknya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua
: Mana mau lari. Jerat tak pernah lupakan pelanduk. Pelanduk aje selalu dan kerap lupakan jerat. Kih kih kih !!!!!

2. Mana lagi mau lari. Hari perhitungan hampir tiba. Allah Maha Besar. Allah tak akan menzalimi hambanya. Dan Allah senantiasa melndungi hambanya yang taat.

3. Kalau tak buat apa nak takut ?

4. Baliklah anda ke habitat asal anda. Sungai Buloh. !!!!!!



Monday 15 August 2011

SCUBA DI CLEMENT REEF PULAU SAPI KOTA KINABALU SABAH !!!!!!






Penghuni Gua
:Pada 11 ogo 2011 jam 203 petang hingga 2 .45 petang , PG dan rakan-rakan telah menyelam scuba di Clement Reef Pulau Sapi Kota Kinabalu Sabah. Kedalamnya ialah 63 kaki dan suhu di atas air 30 c sementara di bawahnya 26 c. Amat indah dan mengasyikkan sekali.

2. PG telah terserempak dengan ikan pari dan 3 ekor ikan dragon ( lihat gambar ). Anda semua dijemput dan dialukan menyelam di Pulau ini. Amat damai sekali.

Saturday 13 August 2011

SCUBA DI PULAU SAPI SABAH !!!!!


















Penghuni Gua : 11 Ogo 2011 jam 1203 hingga jam 1248 petang, sempat juga PG dan rakan di Sabah pergi menyelam di Pulau Sapi Kota Kinabalu Sabah. Pulaunya amat cantik dan begitu bersih sekali. Batu Karangnya amat cantik dan menawan dan ikannya berjuta ekor. Berbagai jenis spesis.


2. Dapatlah menyelam 45 minit di kedalaman 18 ke 25 kaki di depan Pulau tersebut. Amat ramai pelancung dari Taiwan dan Korea berkunjung ke Pulau berkenaan pada hari tersebut. Ada yang bersnorkling dan ada yang baru nak belajar dan ambil lesen scuba. Kosnya lebih kurang RM 900 termasuk tambang bot.


3. Melancunglah di dalam negeri. Negara kita amat indah sekali. Peliharakanlah negara kita dari sebarang perosak. Dajjal pun ramai. Amat ramai..........................Dajjal politik dan agama.

REPOT POLIS AJE !!!!!

Dipetik dari : House PK dan Unspinners



Penghuni Gua : PG cadangkan sesiapa di luar sana, buat aje repot polis mengenai campurtangan politik dan pemimpin kerajaan PR Selangor dalam usaha MPPJ melaksanakan operasi menyita dan merobohkan gereja haram tu. Biar mereka ini dipenjarakan seperti DSAI dulu yang menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya untuk menutup kesnya dari di siasat oleh polis.

2. 6 tahun DSAI bungkus di penjara Sg Buloh. Jadi buat aje repot terhadap MB Selangor, Ronnie Liu dan YB Eli Porno tu. Biar bungkus !!!! Jom buat repot sekarang. Ia satu kesalahan besar mengikut undang-undang/ kanun keseksaan di Malaysia.

3. Jangan tunggu lagi..................... Buat repot segera.

Friday 12 August 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENYERAHAN PASPORT !!!!



[1991] 2 MLJ 186
Public Prosecutor v Dato’ Mat
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05-134-90

Judges ABDUL HAMID LP
AJAIB SINGH SCJ
WAN YAHYA J

Date 18 MARCH 1991

Citation [1991] 2 MLJ 186





Catchwords:


Criminal Procedure — Bail — Bail offered on condition of surrender of passport — Application to High Court to vary condition — Power of High Court to vary condition — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6), ss 388, 389, 394 & 418A

Bahasa Malaysia Summary:



Di dalam kes ini responden yang telah dituduh dengan kepecah amanah jenayah telah diberi jaminan $400,000 dengan dua penjamin dan dengan syarat ia menyerahkan paspot antarabangsanya kepada mahkamah. Kes itu telah diperintahkan dipindakan kepada Mahkamah Tinggi. Responden telah memohon pasport antarabangsanya diberi balik kepadanya untuk membolehkannya membuat lawatan perniagaan ke Indonesia. Yang arif hakim Mahkamah Tinggi telah mengubah syarat yang dikenakan itu dan memerintahkan passport antarabangsa itu dikembalikan kepada responden untuk masa yang tertentu. Pendakwa raya telah membuat rayuan.


Diputuskan:

Diputuskan,menolak rayuan itu:


(1) Tidaklah menyalahi undang-undang mengenakan syarat yang berpatutan dan munasabah dan khasnya syarat meminta orang yang dituduh menyerah passportnya, supaya memastikan kehadiran kemudiannya di mahkamah.


(2) Di dalam kes ini memandang kepada perintah mekes itu dari mahkamah sesyen ke Mahkamah Tinggi, yang arif hakim Mahkamah Tinggi telah bertindak di dalam bidangkuasanya menyemak syarat jaminan itu seolah-olah ia dibuat oleh beliau sendiri.

(3) Walaubagaimanapun, oleh kerana tidak ada peruntukan jelas sebaliknya di Kanun Acara Jenayah, hakim Mahkamah Tinggi boleh di bawah s 4 Kanun itu, menjalankan kuasa penyemakannya di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq


PETA PELAYAR