FOLLOWERS

Wednesday 31 December 2008

MAKTAB ADABI PAHANG 1984-1985
















SPESIS ANAK SAUDARA CONTOH ???
















GAMBAR ANAK











PETITIH-PETITIH








































































































































































































































TAHUN BARU 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 . SEMUGA NEGARA, KELUARGA, ORANG PERSAORANGAN, PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN, PARTI POLITI, PEMIMPIN, PENGIKUT, DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUS BERSATU HATI DAN FIKIRAN BAGI MEMBANGUN DAN MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG TERBAIK UNTUK DIHUNI OLEH SEMUA WARGANYA DI DUNIA INI. KEKURANGAN PADA NEGARA JANGAN DIKRITIK MEMBABI BUTA. BERILAH CADANGAN UNTUK PEMERINTAH MEMIKIRKANNYA DDAN MEMBUAT PERTIMBANGAN.TIDAK PERLU MENJERIK DAN BERPEKIK UNTUK MENYAMPAIKAN PANDANGAN. BANYAK PLATFORM YANG BAIK SAMADA YANG DISEDIAKAN OLEH NEGARA ATAU YANG ADA MASAKINI ,BOLEH DIGUNAKAN OLEH KITA SEMUA UNTUK MELONTARKAN PANDANGAN. KEHIDUPAN PERLU KEPADA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG. DALAM UNIT YANG KECIL DAN ASAS PADA PEMBINAAN NEGARA PUN IANYA MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG. JADI SEBAGAI RAKYAT, PATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL. BURUK SANGKA DAN FITNAH SERTA KRITIKAN TANPA CADANGAN PILIHAN DAN TIADA BUKTI DALAM MELEMPARKAN TUDUHAN AMAT MEMALUKAN OLEH MEREKA YANG BERPENGARUH DAN TERPELAJAR SERTA DIHORMATI. FIKIR SEJENAK. BUKAN SEMUA YANG BERLAKU DALAM NEGARA KERANA KONSPIRACY. MEREKA YANG JIWA YANG SAKITLAH YANG SELALU BERANGGAPAN DEMIKIAN. AKHIRKATA SELAMAT TAHUN BARU : SEMUGA KITA MENGANJAK KE ARAH YANG LEBIH BAIK DALAM KEHIDUPAN DAN NEGARA KITA AMAN MAKMUR DAN TERUS BERGERAK KE HADAPAN. KEPADA KAWAN-KAWAN SELAMAT MAJU JAYA. KEPADA ISTERI, BANYAK LE BERSABAR DALAM KEHIDUPAN BEKELUARGA DAN SBAR DALAM MELAYANI SUAMI YANG MUNGKIN SEDIKIT NAKAL. ANAK-ANAK PULA BELAJARLAH DENGAN TEKUN. BUAT YANG TERBAIK. KEPADA ABANG, KAKAK DAN ADIK AGAR TERUS BERBAHAGIA. KEPADA ANAK-ANAK SAUDARA DAN ADIK-ADIK IPAR AGAR TERUS DILIMPAHI HIDAYAH DAN RAHMAT. KEPADA LELA ....JAGA LAH IBU MERTUA SAYA TU DENGAN BAIK DAN BANYAK BERSABAR.TERIMA KASIH.

RENCANA BERITA HARIAN 30 DIS 2008


· RENCANA
Sorotan 2008: Peristiwa sepanjang tahun cetus pelbagai emosi
Oleh Hasliza Hassanhasliza@bharian.com.my
Rasa tidak puas hati boleh dikemukakan tetapi biar berhemah bagi jaga keharmonian PERISTIWA berlaku sepanjang 2008 khususnya insiden yang menggugat ketenangan, perpaduan kaum selain mengusik emosi rakyat berbilang bangsa bakal menjadi sebahagian lipatan sejarah negara yang sudah 51 tahun merdeka. Bibit-bibit gangguan emosi rakyat bermula dengan isu kenaikan harga minyak global dengan tempiasnya turut dirasai rakyat negara ini yang tidak mengharapkan satu lagi kejutan hebat selepas terkedu dengan keputusan pilihan raya tidak diduga.

Penyusunan semula subsidi minyak memaksa kerajaan mengambil tindakan tidak popular yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat apabila pada 4 Jun, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter dan RM1 untuk diesel menjadi RM 2.58 seliter. Kenaikan harga minyak yang selalunya akan dituruti dengan kenaikan harga barang, menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kumpulan berpendapatan rendah. Malah, pemberian rebat tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian hingga 31 Mac tahun depan walaupun harga minyak diturunkan gagal meredakan kemarahan yang diapi-apikan pihak tertentu. Keresahan umum disemarakkan dengan sikap sesetengah pihak yang suka menangguk di air keruh melalui demonstrasi membantah kenaikan harga minyak walaupun dilakukan secara aman seperti perhimpunan sekumpulan penyokong DAP di Jalan Pasar Pudu.
Itu belum lagi kenyataan mempersoal tindakan kerajaan oleh pihak pembangkang yang suka mengambil kesempatan melalui isu membabitkan kepentingan rakyat sebagai bahan menimbulkan rasa marah berpanjangan. 2008 turut mencabar semangat perpaduan bangsa Malaysia yang dulunya menjadi kekaguman negara lain kerana keharmonian hidup dinikmati rakyat berbilang bangsanya disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang mempunyai agenda masing-masing. Suasana harmoni bangsa Malaysia diusik dengan isu menimbulkan kemarahan orang Melayu apabila Majlis Peguam menganjurkan Forum Kontrak Sosial pada 28 Jun, disertai beberapa ahli panel yang hampir semuanya bukan Melayu. Bantahan orang Melayu yang menentang forum itu menimbulkan ketegangan dan jika tidak ditangani dengan tegas oleh pihak berkuasa boleh menyebabkan berlaku pertelingkahan lebih besar. Keadaan itu memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan peringatan yang sudah berkali-kali diulang iaitu supaya semua pihak tidak membincang atau mempersoalkan kontrak sosial serta ketuanan Melayu bagi mengelak sebarang permusuhan antara kaum yang boleh menjejaskan keamanan dan kemakmuran negara.
Sekali lagi semangat perpaduan bangsa Malaysia tercalar dengan tindakan tidak sopan ahli Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengganggu kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri Kabinet. Hakikatnya banyak perkara dibangkitkan Hindraf yang menuntut beberapa hak mereka untuk menaikkan kaum India selain menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Empayar British yang membawa buruh murah dari benua kecil India ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja di ladang-ladang. Selain itu, mereka juga dikatakan berasa tersisih apabila tidak mendapat perhatian kerajaan, isu pendidikan, hak asasi manusia, kebajikan serta taraf kerakyatan sebagai warga minoriti. Senaman yoga yang diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan ke atas umat Islam mengamalkannya menjadi isu hangat diperkatakan apabila ia diperbesarkan kononnya menghina masyarakat India. Beberapa pihak tampil memberi pandangan masing-masing, ada yang menentang tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan dan tidak kurang yang menyokong demi memelihara akidah umat Islam. Walaupun kini keadaan sudah agak reda rasa tidak puas hati masih ada terutama di kalangan yang tidak faham mengenai Islam. Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mempergiatkan usaha memberi penerangan kepada umat Islam di negara ini. Tragedi tanah runtuh meragut lima nyawa di Taman Bukit Mewah di Hulu Klang, yang meranapkan 14 banglo di lereng bukit memberi kejutan kepada rakyat seluruh negara yang turut berkongsi kesedihan dialami mangsa. Peristiwa 6 Disember yang berlaku jam 4 pagi itu menyebabkan 3,000 hingga 5,000 penduduk sekitar terputus hubungan apabila satu-satunya jalan masuk ke perumahan mereka ditimbus runtuhan tanah membabitkan kawasan seluas lebih empat hektar. Ketika kejadian sebahagian penduduk nyenyak tidur dan dikejutkan bunyi seperti letupan, diikuti gegaran dan pergerakan tanah yang meranapkan 14 rumah terbabit. Pada 30 November lalu, dua beradik maut tertimbus apabila banglo setingkat di Ulu Yam Perdana, Kuala Kubu Bharu, ranap, manakala dalam kejadian kedua pada 4 Disember lalu di Pusat Bandar Damansara di sini, 11 kereta tertimbus. Tapak kejadian tragedi terbaru itu terletak hanya kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi tragedi Highland Towers yang mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993. Itu hanya sebahagian daripada peristiwa yang sempat menimbulkan gangguan kepada semangat perpaduan, saling hormat menghormati hak bangsa lain dan keadaan menimbulkan tekanan emosi akibat daripada perubahan yang melanda dunia. Bagi rakyat negara ini, kejadian berlaku sepanjang tahun 2008 sewajarnya menjadi iktibar kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti sepanjang 2009 ini. Menjadi harapan setiap rakyat supaya tahun baru menjanjikan kehidupan lebih baik. Bagaimanapun, keadaan akan menjadi sukar jika kita tidak mahu belajar daripada sejarah kerana tidak dapat disangkal sebahagian peristiwa mewarnai tahun 2008 adalah natijah daripada sikap tidak mahu belajar daripada pengalaman, terutama pengalaman pahit. Contohnya, tragedi tanah runtuh yang mengorbankan nyawa dikatakan berpunca daripada sikap cuai manusia selain faktor semula jadi alam yang tidak mampu dihalang. Diharap tindakan tegas menghentikan pembangunan di lereng bukit adalah tindakan yang benar-benar tegas. Jangan nanti, beberapa tahun akan datang kita dikejutkan lagi dengan tragedi tanah runtuh meragut nyawa dan apabila disiasat, pembangunan itu diluluskan selepas kerajaan menetapkan tiada lagi pembangunan di lereng bukit. Selain itu, menjadi harapan kita semua semoga tiada lagi pihak yang cuba menimbulkan persengketaan antara kaum dengan menimbulkan isu-isu basi terutama yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Adalah lebih baik setiap rakyat tanpa mengira bangsa memikirkan usaha supaya masing-masing boleh mencapai kemajuan demi negara. Jika kenaikan harga petrol awalnya menyebabkan semua mengeluh, diharap fasa penurunan harga petrol sebanyak tujuh kali dengan yang terakhir menjadikan harga kini RM1.80 dan RM1.70 bagi diesel, dapat meringankan tekanan emosi dihadapi. Malah, usaha pihak berkuasa memastikan penurunan harga barang berjaya dilaksanakan secara berkesan akan mendapat sokongan peniaga dan pengguna. Mungkin juga, rakyat negara ini perlu melatih diri untuk bertenang tatkala berdepan pelbagai cabaran sama ada kerana sifat cepat marah atau terlalu mengikut perasaan, tidak membantu menyelesaikan masalah. Rasa tidak puas hati atau tidak setuju boleh dikemukakan tetapi biar berhemah kerana walau besar mana dugaan sebolehnya kita tidak mahu ia menggugat keharmonian serta semangat perpaduan yang menjadikan bangsa Malaysia di kagumi bangsa lain.


Tuesday 30 December 2008

KELUARGA ANGKASAWAN





























SENI KHAT




KES-KES BIDANG KUASA MAHKAMAH MAGISTRATE

1) CHEONG AH CHEOW v PUBLIC PROSECUTOR [1985] 2 MLJ 257

[ Perayu telah didapati bersalah kerana menjalankan pertaruhan haram dibawah seksen 6(3)(a) Ordinan Pertaruhan dan dihukum RM20,000 dan jika gagal 12 bulan penjara.Rayuan dibuat kerana Magistrate tidak mempunyai kuasa menjatuh hukuman RM 20,000 dimana bidangkuasa Magistrate hanya RM10,000 dibawah Akta Mahkamah Rendah,1948. Diputuskan hukuman diberikan sah kerana dibawah undang-undang pertaruhan seksen 18(3) memberi kuasa kepada magistrate hukuman lebih dan bersesuaian dengan seksen 87(2) Akta Mahkamah Rendah.]

2) PUBLIC PROSECUTOR v TENGKU HITAM [1962] 1 MLJ 414

[Perayu dituduh kerana melakukan CBT dibawah seksen 406 KK. Magistrate menjatuhkah hukuman 2 tahun penjara iaitu melebihi kuasa seorang Magistrate pada masa itu iaitu hanya 1 tahun penjara (nota: undang-undang baru 5 tahun penjara). Hukuman telah dipinda kepada 12 bulan penjara. Mah. Tinggi memberi nasihat sekiranya Magistrate merasakan hukuman diberi tidak mengcukupi kes seharus dipindah ke mahkamah yang lebih tinggi. Mahkamah tinggi meminda hukuman atas kuasa semakan dibawah seksen 325 CPC]

3) ABDUL WAHAB v PUBLIC PROSECUTOR [1970] 2 MLJ 203

[Tertuduh telah mengaku salah melakukan pecah rumah dibawah seksen 457 KK dan dihukum penjara 2 tahun , 6 kali sebatan dan juga 12 bulan pengawasan polis. Dia mempunyai 12 rekod kesalahan lepas. Hukuman telah dipinda kepada 10 tahun penjara. Dibawah seksen 87(2) Magistrate mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman maksima sekiranya terdapat kesalahan lepas atau memindahkannya ke mahkamah lebih tinggi dibawah seksen 177 CPC. Seksen 457 KK hukumannya adalah 14 tahun penjara]

4) PUBLIC PROSECUTOR V GOVINDNAN A/L CHINDEN NAIR 1998-2 MLJ 181

[ Tertuduh telah mengaku salah atas kesalahan curi dan dihukum penjara penjara 3 tahun atas pertimbangan dia telah mengaku salah. Tertuduh mempunyai 11 rekod kesalahan lepas. Rayuan dibuat kerana hukuman adalah ringan dan Magistrate terlalu menitik berat fakta tertuduh mengaku salah. Diputuskan perkara tersebut menyimpang dari rasional seksen 87(2) Akta Mahkamah Rendah iaitu hukuman maksima yang diperuntukkan dibawah undang-undang boleh dikenakan sekiranya terdapat rekod kesalahan lepas. Hukuman dipinda kepada 7 tahun penjara ]

5) LEE BOON TUAN v PUBLIC PROSECUTOR [1960] 1 MLJ 179

[ Tertuduh telah disabitkan atas kesalahan memandu kenderaan secara merbahaya dan menyebab kematian dibawah seksen 304A KK. Sebahagian dari keterangan di rekod oleh magistrate di tempat kejadian. Peguam mempertikaikan tempat kejadian tidak boleh diambil keterangan kecuali di mahkamah terbuka seperti seksen 7 CPC. Diputuskan tidak ada peruntukan magistrate tidak boleh mengambil keterangan ditempat kejadian dan selagi dia bertindak dibawah bidang kuasa kawasannya dibawah seksen 419 CPC maka tindakan itu adalah sah]

Bidang kuasa mahkamah Seysen

1) NG KOOK KIN V PUBLIC PROSECUTOR [1995] 2 MLJ 35

[ Tuduhan dibawah akta lembaga kemajuan ikan dan disabitkan kesalahan oleh magistrate dan dijatuh hukum serta ikan di rampas. Rayuan dibuat kerana Magistrate tidak mempunyai bidang kuasa disebabkan seksen 20 Akta tersebut menyatakan hanya mahkamah seksen yang berkuasa membicarakannya. Diputuskan hukuman dan sabitan diketepikan disebabkan perkataan hendaklah/adalah (shall) dalam seksen 20 adalah berunsur mandatori dan perlu di patuhi ]

2) LEE NGAK PIEW V PUBLIC PROSECUTOR 1999-4 MLJ 79

[ Tuduhan adalah hidup diatas hasil pelacuran dibawah seksen 19 Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dan seksen 31 menyatakan hanya mahkamah Session sahaja berkuasa membicara kes dibawah akta tersebut. Dalam kes ini Magistrate yang membicara dan mengsabitkan hukuman. Diputuskan hukuman diketepikan oleh kerana peruntukan tersebut jelas]

3) PUBLIC PROSECUTOR V CHANG HAN YUAN 1999-4 MLJ 49
[ Tuduhan adalah seorang orang tengah dalam aktiviti pelacuran dibawah seksen 16(1)(k) Akta Perlindungan Gadis dan Wanita dan hukum oleh magistrate dengan RM 3,000/- atau gagal 3 bulan penjara. Rayuan dibuat kerana hanya mahkamah session sahaja mempunyai bidangkuasa membicara dibawah seksen 31 akta tersebut. Diputuskan seksen 31 menyatakan `suatu mahkamah session ` tidak memberi makna eklusif bahawa mahkamah session sahaja dan mah magistrate dibenar juga mendengar kes (nota keputusan ini bercanggah dari keputusan kes Lee Ngah Piew) ]

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi

1) PUBLIC PROSECUTOR V HENRY TAYE JOHNSON [1995] 1 MLJ 146

[ 3 tuduhan dibuat kepada seorang rakyat Nigeria kerana melakukan penipuan dengan jalan penyamaran. Kesalahan berlaku di perairan antarabangsa didalam kapal terbang yang di daftar di Brunai. Magistrate enggan membicara kes tersebut atas alasan tidak ada bidang kuasa. Diputuskan dibawah jadual pertama Akta Konvesyen Tokyo, 1967 menyatakan tempat berlakunya kes adalah tempat dimana kapal terbang itu di daftarkan.Dan sebelum perkara ini dilakukan ianya mestilah mendapat kebenaran pendakwaraya di tempat tersebut seperti seksen 2 Akta Penerbangan (Brunai). Oleh itu Magistarate mempunyai kuasa untuk membicarakan kes ini]

2) REPCO HOLDINGS BHD V PUBLIC PROSECUTOR 1997-3 MLJ 681

[ Tuduhan adalah dibawah suruhanjaya sekuriti. Peguam membantah kehadiran pegawai pendakwa dibawah seksen 126(2) yang membenarkan pendakwaan dijalankan oleh Pendaftar Syarikat. Perkara ini katakana bercanggah dengan artikel 145(3) Perlembagaan yang hanya menyatakan Peguam Negara. Diputuskan seksen tersebut terbatal kerana bercanggah dengan perlembagaan]

3) LONG BIN SAMAT & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1974] 2 MLJ 152
[ Tuduhan adalah dengan sengaja menyebabkan cedera dibawah seksen 324 KK. Semasa pembicaraan didapati kecederaan adalah cedera parah dibawah seksen 326 KK dan Magistrate masih meneruskan pembicaraan dimana dia tidak mempunyai bidang kuasa. Oleh itu rayuan dibuat dengan alasan pembicaraan adalah tidak sah kerana magistrate tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes itu. Diputuskan kuasa sepenohnya untuk meneruskan pembicaraan atau tidak adalah pada peguam negara (artikel 145(3) Perlembagaan) dan sekiranya kesalahan lebih berat ia sepatuhnya dipindah kepada mah lebih tinggi dan pembicaraan itu oleh demikian bukannya tidak sah]

Kes-kes keselamatan dan ESCAR

1) DATO MOKHTAR BIN HASHIM & ANOR v PUBLIC PROSECUTOR [1983] 2 MLJ 232

[ Pembunuhan berlaku di Negeri Sembilan tetapi pembicaraan dijalankan di Kuala Lumpur atas alasan kes keselamatan dibawah seksen 2 ESCAR. Pembicaraan dikatakan tidak sah dan diluar bidang kuasa. Diputuskan oleh kerana sijil dikeluarkan maka pembicaraan tersebut adalah sah]

Bidang kuasa tempatan

1) TENGKU ABDUL MUIZ SHAH & ORS v PUBLIC PROSECUTOR [1983] 1 MLJ 422

Facts:
This is an application by the appellants for a transfer of a criminal case pending in the Johore Baru Magistrate’s Court to the Magistrate’s Court, Kuala Lumpur. The respondent objected to the said application on two grounds, viz., that the Hugh Court at Kuala Lumpur has no jurisdiction to hear the application, and even if it has, the High Court is still not empowered under s 417 of the Criminal Procedure Code to make an order for transfer.

Holdings:

Held:

(1) since the offence was alleged to have been committed at Johore Baru within the territorial jurisdiction of the Johore Baru Magistrate’s Court, and the High Court at Johore Baru has the local jurisdiction for the State of Johore, it follows that the Johore Baru High Court is the court of competent jurisdiction to hear this application;

(2) the present application should therefor be filed before the High Court in Johore Baru and it will be in the power of that court, if it so decides, to transfer the case to Kuala Lumpur Magistrate’s Court.

4) DIRECTOR OF PUBLIC PROSECUTIONS V DOOT AND OTHERS ,HOUSE OF LORDS ,[1973] AC 807, [1973] 1 All ER 940, [1973] 2 WLR 532, 57 Cr App Rep 600, 137 JP 375 .
[ 5 warga Amerika dituduh bersubahat mengimpot ganja tanpa lessen ke England. Pejanjian/pakatan jahat telah dibuat diluar England iaitu samada Belgium atau Morocco. Dipertikaikan bahawa mahkamah England tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicara kes pakatan jahat. Diputuskan Mahkamah England mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan perbuatan salah yang dilakukan di England walaupun perjanjanjian untuk melakukannya dibuat sepenohnya atau sebahagiannya sahaja di England dan pakatan jahat masih berlaku sehingga perbuatan tersebut selesai atau diberhentikan ]

5) WONG PANG FING V PUBLIC PROSECUTOR 1997-2 MLJ 151

[ pembicaraan kes didaerah bidang kuasa magistrate lain adalah tidak sah]
Perayu disabitkan atas kesalahan di Mahkamah Majistret di Kuching. Kesalahan dilakukan di Batu 17 Jalan Kuching/Bau, Bau di Negeri Sarawak. Atas rayuan, perayu berhujah bahawa majistret perbicaraan di Kuching mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu oleh kerana kesalahan dilakukan di Daerah Bau yang mempunyai bangunan mahkamah sendiri.

6) PUBLIC PROSECUTOR v LOH AH HOO [1974] 2 MLJ 216

[tuduhan adalah cuba menyeludup daun terup dari Singggapura ke Malaysia.Tertuduh yang membuat tempahan dan dia yang hadir semasa barangan diisi di Singgapura. Apabila ditahan di Malaysia dia tidak dapat memberi penjelasan kenapa pengiktirafan kastam tidak sama dengan yang dijumpai. Kes nya telah dibuang kerana mahkamah berkata dia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar. Diputuskan jika perbuatan jenayah berterusan dari luar bidang kuasa dan masuk kedalam bidang kuasa maka orang tersebut layak di bicara di Malaysia]


PAKATAN JAHAT ( CONSPIRACY ) MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Seksen 10 Akta Keterangan, 1950 adalah mengenai pakatan jahat.

10. Things said or done by conspirator in reference to common design

Where there is reasonable ground to believe that two or more persons have conspired together to commit an offence or an actionable wrong, anything said, done or written by any one of those persons, in reference to their common intention after the time when the intention was first entertained by any one of them, is a relevant fact as against each of the persons [believed to be so conspiring, as well for the purpose of proving the existence of the conspiracy as for the purpose of showing that any such person was a party to it.

(Apabila terdapat alasan untuk mempercayai terdapat 2 atau lebih orang membuat pakatan jahat untuk melakukan satu kesalahan atau perbuatan salah ,apa saja yang dikatakan, lakukan atau ditulis oleh seorang dari mereka dalam mencapai niat bersama adalah fakta relevan kepada setiap dari mereka).

Seksen 120A Kanun Keseksaan memberi definisi pakatan jenayah sebagai apabila dua atau lebih orang bersetuju atau menyebabkan suatu perbuatan :

i. tidak sah atau,
ii. suatu perbuatan yang sah tetapi dengan jalan yang tidak sah dilakukan.

Oleh kerana perbuatan pakatan jahat dilakukan dalam keadaan terlindung, sulit dan dalam gelap adalah mustahil untuk menjejaki pakatan jahat dengan keterangan terus (direct evidence). Ianya selalu diandaikan dari gabungan perbuatan, kenyataan dan perlakuan pihak yang terlibat dalam pakatan jahat iaitu dari keterangan berdasarkan keadaan (circumstantial evidence).

Seksen 10 dengan sengaja disusun perkataannya supaya orang yang melakukan pakatan jenayah bertanggungjawab kepada semua yang terbabit dalam pakatan jahat. Sebelum seksen 10 diguna pakai terdapat 5 elemen utama mesti dipenohi sebelum ianya relevan kepada pakatan jahat jenayah.

Jelas seksen ini adalah pengecualian kepada peraturan umum iaitu seorang tidak boleh bertangggungjawab jenayah oleh kerana perbuatan atau kenyataan yang dibuat oleh orang lain. (Maksudnya seksen ini pula menyatakan seorang itu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan oleh orang lain iaitu satu pengecualian umum ).

Keterangan pakatan jahat terpakai kepada pembicaraan jenayah dan sivil. Dalam perkara sivil ia dirujuk sebagai tanggungan diwakilkan/atau melalui orang lain (vicarious liability). Oleh itu jika terbukti salah seorang melakukan suatu perbuatan dan seorang lagi pula melakukan perbuatan lain dalam mencapai niat bersama mereka, mahkamah mempunyai kebebasan untuk membuat inferen/andaian mereka semua melakukan pakatan jahat untuk mencapai niat bersama. (nota : rujuk juga seksen 34 Kanun Keseksaan).

Maksud pakatan jahat.

Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan untuk melakukan perbuatan yang tidak sah.

Tetapi tidak perlu semua perbuatan perlu berlaku untuk mencapai persetujuan yang dibuat. Tidak kira samada perbuatan jenayah dilakukan atau tidak, persetujuan yang dibuat sudah boleh di hukum. Bukti bahawa perbuatan telah dilakukan hasil persetujuan adalah tidak relevan.

Kes yang mengepalai dalam hal ini adalah kes dari Sri Langka - Queen V Liyanage [1965] 67 N.L.R 193 yang menerangkan seksen 120A Kanun Keseksaan.

“Ianya tidak penting samada perbuatan tidak sah adalah matlamat sepenohnya persetujuan yang dibuat atau hanya secara tidak sengaja terlibat kepada niat bersama” (maksudnya perbuataan tidak penting, tetapi persetujuan yang dibuat”.

( It is immaterial whether the illegal act is ultimate object of such agreement ,or merely incidental to that object)

Kemudian ianya mestilah dibuktikan bahawa setiap yang melakukan pakatan jahat mempunyai pengetahuan umum plot jahat yang dibuat , sungguhpun setiap seorang dari mereka tidak diberi tahu secara terperinci akan niat bersama yang dirancang. (Lihat ilustrasi seksen 10 Akta Keterangan).

Persetujuan yang dibuat selepas niat adalah mengcukupi dan adalah juga pati kepada pakatan jahat.

Ini bukan bermaksud persetujuan pakatan jahat tidak lagi ujud selepas masa sebenar persetujuan dibuat . Pakatan jahat masih berterusan selagi persetujuan masih kekal dan selagi mereka bertindak selaras dengan persetujuan yang dibuat.

Keterangan untuk menyokong pakatan jahat adalah biasanya keterangan berdasarkan keadaan.

Kes mengepalai di India adalah Jhabwala V R – 34 Cr.LJ 967.

“Pati kepada pakatan jahat adalah persetujuan atau plot jahat itu sendiri. Apabila persetujuan telah dibuktikan ,tidak perlu dibukti lagi perbuatan . Apa yang perlu adalah mereka yang melakukan pakatan jahat telah membuat persetujuan kepada niat bersama. Salah seorang mungkin membuat perancangan dan lain mungkin mengambil bahagian kemudian. Semua mereka adalah sama-sama bersalah. Tambahan pula dengan tidak ada perkataan dan kelakuan oleh ahli yang menyertai pakatan jahat adalah sukar untuk membuat andaian bahawa mereka yang lain terlibat.

5 Elemen sebelum pakatan jahat boleh diterima di bawah seksen 10 Akta Keterangan.

Elemen Pertama.

Terdapat alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pakatan jahat wujud .

Keujudan pakatan jahat hendaklah dibuat melalui keterangan “ Prima Facie” . Apa-apa yang dikatakan, dibuat atau ditulis hendaklahb dibuktikan ketahap Prima Facie sebelum dapat di gunakan kepada setiap mereka melakukan pakatan jahat,

Pati kepada pakatan jahat adalah gabungan persetujuan yang dibuat oleh 2 atau lebih orang untuk melakukan satu perbuatan yang tidak sah.

*Chandrasekaran & Ars v PP [1971] 1 MLJ 153.-Kes mercu tanda

Dalam kes ini Chandrasekaran seorang kerana Jabatan Akauntan telah membuat pakatan jahat dengan dua orang pegawai polis dari Cawangan khas untuk menipu kerajaan telah dihukum dan sabit bersalah di bawah seksen 4(c) Akta Pencegahan Rasuah, 1961.

Pakatan jahat telah dirancang dengan terliti, sengaja dan berani. Akaun bank satu syarikat racun rekaan telah dibuka di Bank Oversea- Chinese, Sg. Besi,Kuala Lumpur. Mereka kemudian telah mereka sebuah rumah telah disewa di alamat no.43A, Kg. Dollah, Kuala Lumpur. Dua cek palsu pembelian racun bernilai RM 111,889.50 dan RM 95,740 dari kementerian Perdangangan dan Industri dikemukakan kepada Chandrasekaran.

Chandaserakan hanya seorang sahaja bertanggungjawab memereksa cek terus meluluskan cek berkenaan.

Perbuatan ini adalah pembuktian keterangan “Prima Facie” bahawa terdapat niat bersama dan boleh diterima di bawah seksen 10 bagi mengaitkan kesemua mereka.

Keterangan berdasarkan keadaaan lain yang boleh mengaitkan mereka adalah kelakuan/perbuatan mereka selepas kejadian yang boleh diterima di bawah seksen 8.

Seorang dari perayu memberitahu rakan sepejabat dia telah membeli cincin berlian untuk isterinya selepas memenangi hadiah lumba kuda, membayar bil mess berjumlah RM 396,35 selepas tidak berupaya membayarnya, Bayaran penoh kepada Finance pinjaman kereta dan bayaran kepada pemimjam wang yang sama-sama dibuat oleh Chandasekaran.

Mahkamah tidak pecaya wang tersebut adalah kemenangan lumba kuda. Diputuskan pakatan jahat dilakukan untuk menipu kerajaan adalah niat bersama dan begitu juga perlakuan mereka. Perancangan dibuat oleh perayu bukan saja keterangan “prima facie “ malah keterangan yang kuat untuk melakukan jenayah.
Elemen kedua.

Ianya mestilah dua pihak terlibat dalam pakatan jahat. Seorang tidak dapat melakukan pakatan jahat Topandas V State of Bombay AIR [1956] SC 33.

Elemen ketiga

Apa saja yang dibuat, sebut atau ditulis adalah fakta relavan kepada pakatan jahat.

Mirza Akhbar V The King Emperor [1940] AIR PC 176.

Perayu bersama pembunuh bernama Umar Sher dan seorang perempuan Mt, Mehr Taja telah dituduh membunuh Ali Askar iaitu suami kepada Mt Mehr Taja. Keterangan terhadap Umar Sher adalah jelas kerana ditangkap semasa kejadian membunuh dan pada masa itu memegang senapang patah yang baru ditembak dan dengan kelonsong peluru tersekat di dalam barel.

Umar Sher telah dirasuah oleh perayu untuk membunuh Ali Askar. Pakatan jahat ini diperolehi dari 3 surat yang dihantar oleh Mt.Mehr Taja kepada perayu. Mt. Mehr Taja dalam suratnya menyatakan ingin menghapuskan Ali Askar dan dengan itu mereka berdua boleh berkahwin dan terdapat juga kandungan untuk mencari duit.

Hakim memutuskan apa saja yang dilakukan, ditulis atau disebutkan adalah boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat.

Re N. Ramaratnam [1944] AIR Mad. 302.

Statement yang dibuat oleh mana-mana ahli pakatan jahat selepas niat bersama/tujuan perbuatan telah dicapai tidak boleh diterima di bawah seksen 10.

Contoh : A bersetuju untuk membekalkan B satu peket bahan letupan yang cukup untuk meletupkan sebuah jambatan keretapi. B kemudian cuba meletupkan jambatan tersebut tetapi tidak berjaya. B kemudian menghantar surat kepada A meminta bahan letupan yang lebih bagi tujuan tersebut. Diputuskan surat kepada A adalah tidak boleh diterima oleh kerana niat bersama telah hapus setelah percubaan memusnahkan jambatan gagal dan surat pula ditulis selepas pakatan jahat telah berakhir.

Elemen ke empat.

Tindakan mestilah dalam lingkungan masa pakatan jahat dilakukan. Bermaksud dari masa persetujuan dibuat sehingga niat bersama/motif bersama dicapai. Ini bermaksudnya juga apa-apa yang dibuat,disebut dan ditulis mestilah dalam masa niat bersama wujud.

Elemen kelima.

Apa yang dilakukan, disebut dan ditulis tidak boleh diterima sebagai keterangan pakatan jahat selepas niat bersama selesai dijalankan/dicapai .

*Liew Kaling & Anor V PP [1960] 26 MLJ 306.

3 orang perayu telah dituduh dan disabitkan kerana membunuh 3 orang perempuan. 3 perempuan tersebut telah dijumpai mati tertikam di dalam telaga. Sebelum mati salah seorang dari perempuan itu didapati membawa sejumlah wang yang banyak untuk membeli bijih timah yang dicuri. Keterangan terhadap ketiga-tiga tertuduh adalah sepenohnya keterangan berdasarkan keadaan.

Keterangan terhadap tertuduh pertama,Liew.

a) Kenyataan anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Malam sebelum emaknyan dibunuh dia telah melihat Liew bersama tertuduh kedua Boo datang kerumahnya dan bercakap dengan emaknya. Boo memberitahu emaknya terdapat 800 paund bijih timah di sebuah kampung (di mana emaknya dibunuh) dan meminta emaknya membawa duit yang boleh dianggap untuk membeli.

b) Kenyataan Mrs. Lee iaitu iaitu seorang lagi anak kepada perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan berlaku Liew bersama tertuduh ke tiga Foo telah datang kerumahnya,membersih pakaian ,mandi dan makan bersama dengan suaminya. 3 hari selepas itu Liew ditangkap dengan beberapa note duit terdapat kesan darah manusia dalam miliknya. Dia selepas itu memandu polis mendapatkan sebilah parang yang terdapat kesan darah dari sebuah kolam kira-kira ½ batu dari tempat kejadian.

Keterangan terhadap tertuduh kedua BOO.

a) Keterangan dari dua orang murid sekolah.

b) Kenyataan seorang lagi murid sekolah berumur 17 tahun iaitu anak kepada salah seorang perempuan yang dibunuh. Pada tengahhari sebelum pembunuhan dia telah melihat Boo dan seorang lelaki yang tidak dikenali berdekatan dengan tempat kejadian. Boo pada masa itu menaiki basikal dan menolak satu lagi basikal yang dipercayai kepunyaan emaknya. Tertuduh kedua menerangkan setelah menemui basikal dia ingin membawanya ke balai polis. Selepas ditangkap telah membawa polis kira-kira ½ batu dari tempat kejadian dan setelah pemereksaan sebilah gunting tanpa kesan darah dijumpai.

Keterangan terhadap tertuduh ketiga Foo.

a) Liew dan Foo juga melawat rumah Mrs Lee. Mandi,membersih pakaian dan makan bersama suaminya.Isteri Mr.Lee telah bertanya kepada Foo mengenai emaknya dan Lee menjawab ada seorang lelaki yang tidak dikenali menolak basikal telah ditangkap oleh polis. Foo kemudian telah membuat pengakuan bahawa Boo dan seorang lagi bernama Soh Chee mempunyai “share” dan telah menjemput untuk mengikut sama ( share mengenai bijih timah yang dicuri).

b) Keterangan sokongan dari Mr. Lee . Mr Lee juga menyatakan beberapa hari selepas kejadian pembunuhan dia mendengar perbualan Foo dengan isterinya bahawa dia tidak terlibat dengan pembunuhan dan Liew,Boo dan Soh yang terlibat.(nota:kenyataan Foo bahawa dia tidak telibat dan Liew, Boo dan Soh yang terlibat diberi perhatian samada ianya terjumlah statement pakatan jahat atau tidak).

Setelah dirayu hakim Thomson berkata :

Tidak keterangan bahawa pakatan jahat ujud antara ketiga-tiga tertuduh. Ia dikatakan terdapat pakatan jahat apabila apabila Foo dan Liew datang bersama kerumah Mrs. Lee.Perkara ini tidak boleh dibuat spekulasi pakatan jahat telah berlaku. Adalah juga dikatakan Liew dan Boo telah bersama dirumah salah seorang yang perempuan yang mati dan jika keterangan ini dipercayai maka lawatan tersebut adalah berkaitan dengan pembunuhan.Tetapi adalah mustahil untuk menyatakan terdapat pakatan jenayah oleh kerana Foo juga adalah salah seorang ahli dan kenyataannya boleh diterima di bawah seksen 10 yang mengaitkan Foo dan Liew . Tuduhan juga tidak menyatakan bahawa terdapat pakatan jahat atau bersubahat terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Kenyataan yang dibuat oleh Foo untuk menyokong pakatan jahat juga tidak boleh diterima oleh kerana ia dibuat selepas beberapa hari kejadian. Keputusan kes Mirza Akbar V King Emperor dirujuk :

“Prinsipnya perkataan di bawah seksen 10 hendaklah di tafsir sewajarnya dan tidak ditafsir lebih luas untuk memasukkan statement perbuatan selepas ahli pakatan jahat selesai perbuatan pakatan jenayahnya”

Keterangan terhadap Boo dan Liew adalah tidak kuat. Keterangan terhadap Foo adalah selepas kejadian. Keterangan yang ada hanyalah syak.

Badri Rai V State of Bihar [1959] S.C. J 117.

Tertuduh pertama telah berjumpa dengan inspector polis dan meminta supaya penyiasatan jenayah di hentikan. Beberapa hari kemudian tertuduh kedua datang berjumpa inspector berkenaan di balai polis dan menawarkan wang RS 500 supaya penyiasatan jenayah berkenaan dihentikan.

Kedua-dua mereka dituduh kerana membuat pakatan jahat untuk merasuah pegawai polis. Isunya adakah statement yang dibuat oleh tertuduh kedua dibalai polis boleh diterima terhadap tertuduh pertama. Diputuskan :

i. Keterangan perbualan tertuduh pertama adalah sebab munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh telah membuat pakatan jahat untuk melakukan kesalahan.
ii. Oleh itu di bawah seksen 10, kenyataan yang dibuat oleh salah seorang dari mereka dalam melakukan pakatan jahat adalah relevan kepada seorang lagi.

Kesimpulan

Nampaknya seksen 10 mempunyai syarat yang ketat. Ianya mestilah ada keterangan “Prima Facie” sebab munasabah sebelum mahkamah pecaya dua atau lebih orang adalah ahli pakatan jahat.

Jika syarat tersebut tidak dipenohi maka apa-apa yang dibuat, disebut atau ditulis dalam mencapai niat bersama tidak akan diterima sebagai keterangan terhadap mereka yang lain.

Dengan itu juga bermakna dari masa persetujuan dibuat untuk menjalankan plot, apa-apa yang dibuat, disebut, ditulis dalam melaksanakan niat bersama adalah relevan di bawah seksen 10 untuk menunjukan pakatan jahat.

Seksen 10 mempunyai makna yang lebih luas dari Undang-undang di England. Undang-undang umum hanya menyatakan apa-apa statement dan perbuatan adalah diterima dalam mencapai niat bersama bukan keterangan Prima Facie dengan alasan munasabah.



9 PRINSIP KEPOLISAN MODEN SIR ROBERT PEEL

9 prinsip Kepolisan Moden Sir Robert Peel tersebut ialah :

1. Asas pengujudan polis ialah menjaga ketenteraman awam
2. Keupayaan dalam menjalankan tugas adalah berasaskan tindakan polis yang boleh diterima oleh masyarakat.
3. Penggunaan kekerasan fizikal akan hanya menyebabkan kerjasama masyarakat akan mula terhakis.
4. Bagi mengekalkan dan menjamin perasaan hormat masyarakat terhadap pihak polis , pihak polis mistilah menjaga dan menjalinkan kerjasama dengan masyarakat yang mematuhi undang-undang secara sukarela.
5. Untuk mengekalkan dan juga bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap institusi kepolisan bukan sahaja perlu mengambil kira pandangan mereka tetapi yang lebih penting sentiasa perlu menunjukkan institusi kepolisan telah memberikan perkhidmatan yang berlandaskan kepada undang-undang yang ada di sesebuah Negara.

6. Semua tindakan polis sepatutnya sentiasa tegas dan menuju ke arah fungsi mereka dan jangan memperlihatkan bahawa tindakan tersebut seperti menjatuhkan hukuman.
7. Ujian kecekapan dan keberkesanan polis ialah ketiadaan jenayah dan kehidupan masyarakat tenteram tetapi bukan kepada memperlihatkan tindakan polis menangani kedua-dua aspek tersebut.
8. Keperluan dalam penggunaan kekerasan oleh pihak polis hanya boleh dibuat setelah segala pujukan, nasihat dan amaran tidak lagi diendahkan bagi menjaga undang-undang dan mengekalkan ketenteraman awam

NOTA : Pengisytiharan Kematian (Dying Declaration )

Merupakan pengecualian kepada peraturan dengar cakap. Ianya merupakan kenyataan dari orang-orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi, tetapi masih relevan dan boleh diterima. Peruntukannya terdapat di bawah seksen 32;

i. Dari orang yang telah mati.
ii. Dari orang yang tidak boleh dijumpai.
iii. Dari orang yang menjadi tidak berupaya memberi keterangan.
iv. Dari orang kehadirannya tidak boleh dibuat tanpa kelengahan atau belanja dari biasa.

Peraturan umum.

Adalah peraturan umum keterangan bahawa keterangan terbaik hendaklah dikemukakan. Lihat seksen 60(1)(a) – (d) dibaca bersama dengan seksen 3(a) iaitu keterangan lisan hendaklah secara terus dan dibuat di bawah Akta Ikrar dan Sumpah. Keterangan tersebut mestilah :

i. Dibuat secara bersumpah.
ii. Ianya boleh disoal balas untuk menguji kebenaran sesuatu fakta yang relevan.

Leong Hong Khie V PP dan Tan Gong Wai v PP [1986] 2MLJ 206 FC

hakim Seah berkata ` Peraturan umum keterangan dengar cakap tidak boleh diterima sebagai bukti sesuatu fakta yang dinyatakan oleh orang ketiga. Peraturan ini telah lama terbentuk sebagai prinsip asas dalam undang-undang keterangan`. Hakim telah memetik kes Teper V R [1952] AC 480 : ` Peraturan penerimaan keterangan dengar cakap mempunyai asas ianya bukan keterangan terbaik dan tidak boleh diterima dalam keterangan dibuat secara bersumpah. Kebenaran dan ketepatan perkataaan dari orang ketiga tersebut yang memberi keterangan tidak dapat diuji melalui pemeriksaan balas dan demeanour(tingkahlaku) baik saksi tersebut memberi keterangan akan hilang`.

Bahaya lain keterangan dengar cakap tidak boleh diterima adalah ianya mungkin akan terdapat mereka cerita (concocted), pemalsuan dan disesuaikan untuk memenuhi keterangan saksi tersebut.

Walau bagaimanapun seksen 32 dan 33 adalah pengecualian kepada peraturan umum dan diterima atas alasan keperluan atau kemudahan , walaupun keterangan dengar cakap secara semula jadinya suatu keterangan yang lemah.

Seksen ini adalah pengecualian oleh kerana saksi tersebut tidak boleh dipanggil dan tidak ada keterangan lain. Beban membuktikannya adalah pada pihak yang ingin menggunakan keterangan tersebut dan mestilah memenuhi syarat yang dinyatakan di bawah seksen 32.(tidak boleh dijumpai, mati dll). Keterangan yang tidak memenuhi kategori seperti seksen 32 adalah tidak boleh diterima. Seksen 32 adalah terpakai untuk kes-kes jenayah dan juga sivil. Keterangan orang-orang tidak boleh dipanggil dan sebagainya di bawah seksen 32 mestilah dibuktikan dengan ketat. Jika syarat-syaratnya tidak berpuas hati maka keterangannya tidak boleh diterima.

Allied Bank (M`sia ) Bhd v Yau Jiok Hua (1998) 6 MLJ 1 (HC)

hakim Augustine Paul berkata ` ..... seksen 32 hendaklah dibaca dengan ketat yang bermakna ianya mestilah dibuktikan secara ketat untuk menjelaskan ketidak hadiran saksi .Beban untuk membuktikan keadaan tersebut adalah pada pihak yang ingin menggunakan keterangan berkenaan...`.

Lam Peng Hoa & Anor [1996] 5 MLJ 405 (HC)

hakim Hwee Gee merujuk kepada buku Sarkar On Law of Evidence ( Edisi ke 14) pada muka 649 menyatakan apabila tidak ada pencarian yang bersungguh –sungguh (deligent) dan usaha yang munasabah untuk mendapatkan kehadiran saksi, mahkamah tidak boleh membuat dapatan (finding) bahawa saksi tersebut tidak boleh dijumpai dan keterangan mereka ini tidak boleh diterima.

Dengan hanya tidak mempeduli (mere ignorance ) di mana saksi berada adalah tidak mengcukupi untuk menggunakan seksen ini.

Satish Chandra Seal V Emperor

– sebelum sebarang keterangan diterima di bawah mana-mana peranggan seksen 32 , satu asas yang kukuh penerimaannya mestilah dibuat .

Seksen 32(a) adalah kenyataan dari seorang yang mati atau dikenali sebagai pengistiharan kematian. Penerimaannya adalah berdasarkan kepada maxim :

Nemo Moritur Praesumntur Mentiri yang bermaksud orang yang hampir mati tidak boleh berbohong.

Justifikasi penerimaan perisytiharan kematian.

Pengistiharan kematian adalah kenyataan dari orang yang telah mati dan terjumlah kepada keterangan dengar cakap. Walau bagaimapun ia telah dibuat pengecualian kepada dengar cakap atas alasan :

i. Satu keperluan oleh kerana tidak ada keterangan lain dan jika tidak dibenarkan akan menggagalkan keadilan.
ii. Undang-undang telah membuat anggapan orang yang hampir mati tidak akan berbohong. Perasaan menghadapi kematian adalah sama seperti keterangan yang dibuat secara bersumpah.

Pengistiharan kematian boleh dibuat kepada mana-mana anggota polis, Magistrate atau orang persendirian. Tidak diambil kira kepada siapa kenyataan dibuat. Ianya boleh dalam bentuk repot polis ( FIR –First Information Report) atau rakaman kenyataan yang dibuat kepada polis.

Penerimaan awal kenyataan kematian diterima dalam kes bunuh atau bunuh tanpa sengaja dengan syarat kenyataan itu dibuat dalam keadaan tidak ada harapan atau pasti akan mati (settled or hopeless expectations of death) dan saksi yang memberi keterangan apa yang dengar dari simati adalah merupakan saksi yang kompeten.

R V Woodcock (kurun ke 18)

Eyre C.B telah menerangkan rasional penerimaanya `....Prinsip umum keterangan ini diterima adalah pengistiharaan dibuat dalam keadaan amat sangat kepada kematian dan setiap harapan kepada dunia tiada, motif untuk membuat pemalsuan tiada dan fikirannya adalah di pengaruhi pertimbangan untuk bercakap benar dan tanggugjawab undang-undang untuk menyamakan pengakuan tersebut sebagai pengakuan positif bersumpah dalam mahkamah keadilan`.

Keperluan yang diperlukan pada Pengisytiharan Kematian dalam undang-undang am.

i. Pasti tidak ada harapan untuk hidup (settled Hopeless Expection of Death) - Perasaan yang dipunyai bukanlah ketakutan akan mati tetapi keadaan suci hati bahawa dia tidak lama lagi akan mati (Solemn conviction) dan tidak ada harapan untuk sembuh. Fakta orang tersebut tidak mati selepas beberapa waktu tidak memberi kesan kepada kebolehterimaan selagi ianya berlaku dalam kedekatan (proximity) tertentu.
ii. Pembicaraan kepada tertuduh dengan tuduhan bunuh atau bunuh tanpa sengaja dan keterangan ini hanya terhad kepada pembunuhan sahaja. Dalam kes

R V Mead hakim Abbot C.J

` Keterangan sebegini hanya boleh diterima di mana kematian simati adalah tuduhan yang dibuat dan keadaan kematian berlaku adalah perkara pengisytiharan kematian.` Kecuaian jenayah dengan menyebabkan kematian telah diputuskan juga boleh diterima keterangan pengisytiharan kematian kerana jenayah sebegini adalah juga terjumlah di bawah bunuh tidak sengaja.

iii. Pengisytiharan kematian juga terhad kepada pengisytiharan kematian diri seorang itu sendiri dan perkara dalam tuduhan yang dibicarakan.

( Nota : Jika orang yang membuat kenyataan tersebut hidup maka kenyataan tersebut bukanlah pengisytiharan kematian. Di bawah akta keterangan di Malaysia kenyataan berkenaan boleh dijadikan keterangan sokongan di bawah seksen 157).

Undang-undang umum pengisytiharan kematian adalah lebih ketat/sempit dari undang-udang yang terdapat di Malaysia. Di bawah undang-undang umum pengisytiharan kematian adalah kenyataan dibuat oleh orang yang mati tentang kematiannya atau keadaan yang menyebabkan dia mati. Di bawah undang-undang umum ianya diterima dalam kes-kes jenayah bunuh dan bunuh tanpa sengaja.

Di bawah undang-undang umum pengisytiharan kematian hendaklah dibuat pada hampir mati atau tidak ada harapan untuk hidup iaitu bahaya sebenar kematian segera akan berlaku semasa kenyataan dibuat dan dengan penuh sedar kematian akan berlaku. Dengan lain perkataan pengetahuan mengenai kematian telah pun ada sebelum kematian berlaku.

Jika kenyataan dibuat sebelum hampir kematian berlaku , kedekatan (proximity) kematian hendaklah ditunjukkan sebelum kenyataan dibuat. Ini bermakna selepas kenyataan dibuat dan simati meninggal selepas 2 -3 hari kemudian , kemungkinan besar kenyataan tersebut tidak boleh diterima.

Pengisytiharan kematian di bawah Akta Keterangan Malaysia, 1950

Seksen 32 (a) adalah berkaitan dengan kerelevanan kenyataan mangsa dalam kes jenayah di mana sebab kematianya dipersoalkan. Oleh yang demikian kenyataan adalah dari orang yang menyatakan sebab kematian mangsa atau kenyataan sebarang keadaan transaksi yang menyebabkan kematian mangsa (nota : perkataan transaksi ditambah). Akta Keterangan di Malaysia mempunyai skop yang lebih luas. Di bawah Undang-undang umum pengisytiharan kematian hanya diterima dalam kes bunuh dan bunuh tanpa sengaja.

Seksen 32(a) terpakai dalam kedua-dua kes jenayah dan sivil. Perbezaan utama dengan undang-undang umum adalah ianya tidak perlu dibuat dalam keadaan hampir mati. Kenyataan dibuat sungguh pun sebelum kematian hampir adalah juga diterima di bawah seksen 5. Jika kenyataan dibuat sebelum hampir kematian , kedekataan adalah perlu ditunjukkan kepada kenyataan yang diberikan. Di bawah akta keterangan harapan atau pengetahuan akan mati tidak diperlukan.

Kenyataan orang yang telah mati.

Mestilah ada keterangan bukti kematian. Cara terbaik adalah dengan megemukakan salinan sijil mati. Kematian juga boleh dibuktikan dengan fakta yang boleh dibuat anggapan di bawah seksen 107 dan 108 Akta Keterangan. Kematian juga boleh dibuktikan dengan keterangan lisan.

PP V Leong Heo Cheong [1990] 2 CLJ 818 .

..Pendakwa telah membuktikan fakta kematian Sidek sungguhpun tanpa bantuan sijil kematian. Dengan merujuk kepada keterangan PW1, PW2, kesemua mereka kawan tertuduh, memberi keterangan tanpa dicabar bahawa Sidek telah mati sebelum pembicaraan bermula. Pw2 iaitu ketua kepada Sidek telah memberi keterangan bahawa sabjek telah mati pada 14 June,1989. Oleh itu keperluan awal pembuktian kematian seksen 32 adalah dipenuhi oleh pendakwa.

Nilai keterangan pengisytiharan kematian.

Ianya tidak dibuat dengan cara bersumpah. Kenyataannya tidak boleh disoal balas. Tidak ada peraturan undang-undang menyatakan kenyataannya perlu di sokong ( Corroborate) .

Nembhard V R [1982] 1 ALL ER 183

– Privy Counsel menolak bahawa kenyataan pengisytiharan kematian perlu disokong.

Kushla Rao V State of Bombay ( AIR) 1958 SC 22 . Mahkamah menyatakan:

i. Ianya tidak boleh dikatakan peraturan mutlak undang-undang, pengisytiharan kematian tidak boleh dijadikan asas sabitan jika keterangannya tidak disokong.

ii. Setiap kes hendaklah ditentukan pada faktanya sendiri mengikut keadaan pengisytiharan kematian dibuat.

iii. Ianya tidak boleh dikatakan pengisytiharan kematian suatu jenis keterangan yang lemah.

iv. Pengisytiharan kematian yang dirakam oleh seorang magistrate kompeten dengan cara yang betul iaitu dalam bentuk soalan dan jawapan dan seberapa yang boleh dengan perkataan yang dikatakan oleh pembuatnya mempunyai asas yang lebih tinggi dari pengisytiharan kematian yang hanya bergantung kepada keterangan lisan yang mungkin mengalami kecacatan ingatan dan kelakuan manusia.

State of Uttar Pradesh V Chet Ram & Ors [1990] 1 CLJ 1079

Mahkamah Agong menyatakan pengisytiharan kematian tidak perlu dikatakan, tidak memerlukan keterangan sokongan seperti rakan sejenayah atau pengakuan salah. Walau bagaimana pun sekiranya simati yang membuat pengisytiharan kematian adalah rakan sejenayah maka sokongan keterangannya adalah diperlukan dan di ingini.

Pengisytiharan kematian boleh dalam bentuk lisan atau tanda-tanda, isyarat yang dibuat oleh simati.

Queen Empiers V Abdullah IRL 7 385 ,

Tertuduh dibicarakan dengan membunuh seorang pelacur dengan memotong leher menggunakan pisau cukur. Oleh kerana kecederaan yang dialami mangsa tidak boleh bercakap. Pihak polis telah menyebut beberapa nama untuk dikenali oleh mangsa. Apabila nama tertuduh disebut mangsa telah mengangguk kepala dan berkata ` hau` (ya) dengan suara yang sangat perlahan. Apabila ditanya adakah beliau dicederakan dengan pisau cukup, mangsa telah mengangguk kepala. Bila ditanya bila dia berjumpa tertuduh,mangsa telah menunjuk kepada langit yang menunjukkan waktu pagi. Mahkamah memutuskan semua keterangan ini adalah boleh diterima di bawah seksen 32.

Kedekatan (Proximity ) dan pengisytiharan kematian.

Soalan kedekatan hanya boleh diputuskan melalui fakta sesuatu kes.

Pakala Narayananaswamy v The Emperor [1939] PC 8 MLJ 59 .

Isteri perayu telah meminjam duit dari simati. Pada 20 March simati telah menerima surat dari isteri tertuduh menjemputnya kerumah di Berhampur. Si mati telah memberitahu isterinya dia pergi kerumah tertuduh pada 20 hari bulan dan selepas itu simati didapati hilang. Pada 23 hari bulan mayat si mati telah dijumpai dalam 7 bahagian di dalam batang besi dalam compartment kelas ketiga stesen kereta api Puri. Isteri si mati telah memberi kenyataan bahawa si mati telah pergi kerumah tertuduh berikutan dengan surat yang diterima pada 21 hari bulan. Telah dipertikaikan kenyataan demikian adalah dengar cakap dan bukanya pengisytiharan kematian. Walau bagaimanapun mahkamah memutuskan ianya pengisytiharan kematian di bawah seksen 32(a) dengan alasan penyataan adalah keadaan transaksi yang menyebabkan kematian kepada si mati.

Keadaan transaksi ( Circumstances of transaction ).

Untuk layak sebagai pengisytiharan kematian, kenyataan mestilah berhubung kepada dua perkara iaitu sebab kematian atau keadaan transaksi yang membawa kepada kematian. Perkataan keadaan transaksi tidak jelas/tepat dan memerlukan pertimbangan kehakiman.

Yeoh Hock Cheng v R [1938] 1 MLJ 99.

A telah disabitkan salah membunuh seorang perempuan Cina bernama Low Koh. 2 kenyataan masing-masing telah dibuat kepada bapa dan kakaknya pada tarikh berbeza telah diterima sebagai keterangan.

a) Kenyataan kepada bapanya adalah dia menafikan tidur dirumah perayu pada tarikh tertentu disebabkan A telah mengugut untuk membunuhnya sekira diberitahu demikian (jika diberitahu dia sebenarnya tidur dirumah perayu).
b) Kenyataan kepada kakaknya adalah dia akan keluar bersama A dan telah disuruh oleh A untuk memakai pakaian lelaki bagi mengelak dari dikenali. Keadaan transaksi ini telah menyebabkan kematian mangsa.

Mary Shim V PP [1962] 28 MLJ 132

– Isteri (simati) telah memberitahu suaminya dia menjadi sakit setelah mengambil ubat yang dibekalkan oleh perayu. Suaminya juga telah diberitahu bahawa isterinya telah pergi kerumah perayu untuk melakukan pengguguran dan sebatang kayu telah dimasukkan ke dalam rahimnya. Simati menyatakan kayu tersebut telah dikeluarkan olehnya sendiri di mana telah diberikan kepada Dr.Tan.

Di samping kenyataan yang dibuat kepada suaminya simati juga telah menceritakan apa yang dialami kepada kepada Dr. Tan dan juga kepada Magistrate semasa berada di hospital. Kenyataan simati kepada Dr. Tan dan Magistrate adalah jelas boleh diterima di bawah seksen 32 (a) Akta Keterangan.

Sharad V State of Maharashtra 1948 SC 1622

sekali lagi isu kedekatan dan pengisytiharan kematian dibincangkan. Kedekatan masa kenyataan dan masa kematian telah di timbangkan. Simati seorang perempuan telah menulis surat kepada saudaranya tentang kesusahan yang dibuat oleh saudara pihak suaminya. 4 bulan kemudian beliau didapati mati. Surat berkenaan telah digunakan untuk menjadi pengisytiharan kematian di bawah seksen 32 dan diputuskan keadaan demikian tidaklah menghilangkan kedekatan akan sebab kematian.

Fikiran waras (fit state of mind).

Lallubhai Devachand v State of Gujarat AIR 1977 SC 1776.

Fakta adalah simati seorang perempuan telah apabila telah curahkan minyak tanah dan dibakar oleh keluarga pihak si suami. Sebelum meninggal simati telah memberi beberapa kenyataan. Mahkamah Agong menyatakan sebelum kenyataan pengisytiharan kematian diterima ia mestilah ditunjukkan fikiran simati adalah waras. Orang yang merakamkan pengisytiharan kematian hendaklah berpuas hati orang yang membuat kenyataan kematian adalah sedar dengan pemahaman biasa yang boleh diterima.

Kenyataan yang relevan di bawah seksen 32(a) mestilah berkait dengan kematian orang yang membuat kenyataan tersebut. Jika ia mengaitkan kematian orang lain maka ianya tidak boleh diterima.

Re Peria Chelliah Nadar [1942] Mad. 450.

Fakta adalah tertuduh di bicara untuk kesalahan membunuh si mati. Isteri si mati telah membuat kenyataan bahawa tertuduh telah membunuh suaminya. Selepas itu dia membunuh diri. Kenyataan isterinya cuba dijadikan keterangan di bawah seksen 32. Mahkamah memutuskan kenyataan demikian tidak boleh diterima kerana kenyataan tersebut mengaitkan kematian orang lain (suaminya) dan bukan dirinya.

Livera V Abey Wikrema.

Seorang jaga telah didapati mati tergantung pada satu tiang di dalam stor. Sekeping surat dijumpai ditujukan kepada tuannya. Kandungan surat tersebut menyatakan tertuduh bersama 3 yang lain dengan secara paksa masuk ke dalam stor dan mencuri 5 tong minyak dan dia telah gagal untuk menahannya. Tertuduh telah dituduh membunuh ,tetapi dilepaskan kerana magistrate berpendapat mangsa melakukan bunuh diri dan tertuduh telah diubah pertuduhan kepada samun. Hakim berkata surat tersebut tidak diterima sebagai pengisytiharan kematian sebagai sebab kematian tetapi surat tersebut menyatakan mengenai samun.

Hj. Salleh dan Marzuki V PP [1931] FMSLR 229

–Dalam kes ini perayu telah dituduh membunuh orang muslim. Terdapat saksi budak lelaki berumur 11 tahun dan disokong dengan Pengisytiharan Kematian sebulan sebelum kematian. Di dalam surat yang ditemui menyatakan dia takut kepada Marzuki. Mahkamah memutuskan Pengisytiharan Kematian tersebut tidak boleh diterima di bawah seksen 32(a) kecuali surat itu menyatakan sebab kematian. Ianya perkara sebelum berlaku kejadian dan bukan transaksi yang sama. Seksen 32 (a) mestilah dibaca dengan sewajarnya dan surat tersebut bukan transaksi yang sama dan perkara berasingan (remote).

Chan Phuat Khoon V PP [1962] 28 MLJ 132 (HC).

Untuk kenyataan boleh diterima di bawah seksen 32(a) pembuatnya sekiranya hidup mestilah boleh dipercayai.

Chow Siew Poh v PP [1967] 1 MLJ 228 (FC)

– Tidak mengemukakan Pengisytiharan Kematian adalah fatal kepada kes pendakwa.


Pengisytiharan Kematian mestilah lengkap.

Cyril Waugh V King [1950] AC 203 (Privy Cauncil )

– Perayu telah menembak seorang lelaki secara tidak sengaja dengan menyangka pencuri. Sebelum simati meninggal dia telah berkata `lelaki itu ada perselisihan lama dengan saya .......kemudian meninggal. Pengisytiharan Kematian tidak lengkap kerana tidak diketahui siapa yang membunuh dan tidak boleh diterima.

Abdul Satar V State of Mysore [1958] AIR (SC)

- Pengisytiharan Kematian telah dibuat ` Satar shot me off.... I`am ruin, please come ..... ( Satar tembak saya.... saya musnah, tolong datang..... ) . Seorang Range Gonda datang untuk menolong, simati ingin berkata lagi tetapi tidak sempat. Peguam mempertikaikan kenyataan itu tidak lengkap dengan merujuk kepada kes Cyril tetapi mahkamah memutuskannya ianya adalah lengkap kerana dinyatakan Satar yang menembak dan ada orang melihat Satar melarikan diri dari tempat kejadian.

Adakah Pengisytiharan Kematian perlu di rakam. Ianya tidak perlu dirakam ,tetapi jika dirakam ianya mempunyai asas yang lebih tinggi (greater footing). Jika tidak ditulis ianya mestilah dinyatakan dalam perkataan tepat yang diucapkan. Ipsissima Verba- the very words themselves and nothing more or less ( perkataan demi perkataan tidak kurang dan tidak lebih). Adalah amalan baik jika ditulis untuk mengelak keraguan. Kenyataan tidak boleh di ringkaskan.

Toh Lai Heng V Regina [1961] 27 MLJ 53

– Dalam kes ini pegawai polis dan simati adalah cina tetapi bercakap dalam bahasa Melayu. Pegawai polis menyatakan dia telah menulis dengan ringkas dalam bahasa English apa yang dikatakan oleh simati. Diputuskan Pengisytiharan Kematian tidak boleh diterima kerana ringkasan dibuat menimbulkan keraguan. Perkataan tepat yang dikeluarkan oleh mangsa adalah vital.

Tidak dinafikan Pengisytiharan Kematian tidak perlu dibuktikan melalui rakaman tulisan. Terdapat banyak kes di mana saksi tempat pergaduhan atau orang yang datang sebaik saja selepas itu, mendengar perkataan akhir yang disebut oleh simati. Ingatan mereka tentang apa yang disebut adalah boleh diterima sebagai keterangan. Pada praktiknya saksi berkenaan dikehendaki memberi perkataan tepat(exact) diucapkan oleh simati dan sejauh yang relevan, sebarang perkataan yang disebut oleh saksi kepada simati. Sekiranya Pengisytiharan Kematian dirakam secara bertulis iaitu dibuat oleh pegawai penyiasat polis, Magistrate atau seseorang seperti mereka, perkataan sebenar (actual words) mestilah dirakam.

Naranjan Singh V PP [1949] MLJ 122

– Telah diputuskan jika suatu deposisi dibuat dalam bentuk menjawab suatu soalan ,maka rakaman mestilah menunjukkan soalan yang ditanya dan jawapan yang diberikan. Jika tidak dilakukan, nilai deposisi adalah di persoalkan. Dalam kes ini simati bercakap Punjabi dan Magistrate telah menggunakan jurubahasa. Walau bagaimana pun jurubahasa tidak dipanggil memberi keterangan. Pengisytiharan Kematian tidak boleh diterima tidak dapat disahkan ianya benar-benar mewakili apa yang dikatakan oleh simati.

Ong Her Hock V PP [1987] 2 MLJ 45

– Ingatan semula (recollection) perkataan-perkataan akhir disebut oleh simati kepada saksi telah diterima sebagai keterangan. Dalam kes ini perayu telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Phua Ah Kau. Simati telah dilihat terhoyong hayang disebuah kaki lima kedai kopi dengan darah di muka dan baju. Dia meminta pembantu kedai kopi memanggil pihak polis. Tidak lama kemudian kawan simati sampai di tempat kejadian dan membawanya ke dalam kereta berdekatan untuk menuggu kehadiran ambulan. Abang kepada simati yang dipanggil tempat kejadian telah bertanya kepada simati adakah serangan berlaku berkaitan dengan perniagaan surat khabar. Jawapan simati adalah negatif. Dia kemudian bertanya siapa yang telah menikamnya dalam bahawa Hokkian dan dijawab oleh simati ` Tiong Gi Tong Eh Lang` yang bermaksud orang dari kongsi gelap Tiong Gi Tong. Tidak lama selepas itu polis sampai dan Kpl. Subramani bertanya kepada simati dalam bahasa melayu apa yang telah terjadi. Dia menjawab dua lelaki Cina yang tidak dikenali bertanggungjawab di atas kecederaannya. Kpl. Subramani telah bertanya apa senjata yang telah digunakan dan simati menjawab pisau. Dia tidak dapat menjelaskan butir-butir simati kepada Kpl. Subramani.

Simati juga telah ditanya oleh pegawai ambulan yang membawanya ke hospital. Dia menyatakan dua orang lelaki Cina yang tidak dikenali telah menikamnya.

Mahkamah memutuskan ingatan semula oleh saksi-saksi tentang ucapan akhir simati diterima dengan sewajarnya.







NOTA : KEUNGGULAN PARLIMEN DAN PERLEMBAGAAN

Parlimen di katakan unggul jika :

i. Mempunyai kuasa yang tidak terbatas terhadap semua perkara, semua orang dan semua sempadan negeri.

Artikel 2(b) – sempadan negeri tidak boleh dipinda tanpa kebenaran dari badan perundangan negeri dan majlis raja-raja.

Artikel 5-13 – Hak kebebasan asasi. Pembentukan undang-undang dibuat oleh Parlimen tidak boleh melanggar hak asasi terkandung dalam perlembagaan.

Artikel 73,74 Jadual kesembilan senarai 2. Perkara yang berkaitan dengan agama dan adat resam melayu . Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk masuk campur kerana ia bidang kuasa kerajaan negeri.

ii. Tidak ada semakan kehakiman (judicial review) yang boleh dibuat.

Artikel 121 – Kuasa rayuan mahkamah tinggi.

Artikel 128 – Kuasa Mahkamah Persekutuan.

iii. Dapat membuat undang-undang dengan cara biasa iaitu undi 50% +1 dari ahli yang hadir. Tidak tatacara khas untuk membuat dan meminda undang-undang dan tidak memerlukan keizinan sesiapa.

Artikel 159 (3) – kelulusan undang-undang perlu mendapat sokongan 2/3 kedua-dua dewan iaitu dari jumlah bilangan ahli dewan keseluruhan.

Artikel 38(4 ) - tidak ada undang-undang menyentuh keistimewaan, kemuliaan, kebesaran raja-raja boleh disentuh tanpa kebenaran majlis raja-raja.

Artikel 159(5) – pindaan undang-undang tidak boleh dibuat dalam perkara tertentu tanpa persetujuan majlis raja-raja.

Artikel 161E – pindaan undang-undang tidak boleh dibuat tanpa persetujuan Yang DiPertuan Negeri Sabah dan Serawak.

iv. Undang-undang yang dibuat selamat dari dipinda dan dimansuhkan oleh mahkamah.

Kes Mamat Daud Vs Kerajaan Malaysia (1988) 1 MLJ 119 .Mahkamah memutuskan peruntukan seksen 298A Kanun Keseksaan yang diluluskan oleh Parlimen adalah bercanggah dengan perlembagaan dan peruntukan tersebut terbatal.

v. Fungsi sultan,pedana menteri ,badan esekutif adalah tertakluk kepada perlembagaan.

vi. Perlembagaan adalah kayu pengukur (yardstick) samada semua tindakan kerajaan adalah sah dalam sistem perundangan.

Artikel 4 (1) – semua undang-undang yang tidak selaras dengan perlembagaan adalah terbatal.

Perlembagaan adalah Unggul (supreme).

i. Sejarah – keputusan untuk memilih perlembagaan sebagai terunggul adalah dari keputusan politik. Semasa pembentukan , keunggulan boleh dipilih dari bentuk berikut:

i. Keunggulan Parlimen seperti di UK,New Zealand.
ii. Keunggulan Eksekutif – seperti Brunai.
iii. Keunggulan Perlembagaan – USA,Perancis,India,Malaysia.
iv. Keunggulan Syariah –beberapa negara arab.

Apabila keunggulan Perlembagaan dipilih ianya merupakan dokumen yang terkadung peraturan dan pemerintahan sebuah negara.Kebebasan rakyat dan proses undang-undang. Menyatakan kuasa,skop dan tatacara parlimen. Semua perlembagaan adalah berniat sebagai undang-undang tertinggi dan tidak senang di pinda.

ii. Perlembagaan adalah terunggul di Malaysia.

Ini disahkan melalui dua peruntukan berikut :

Artikel 4 - Perlembagaan adalah undang-undang tetinggi.

Artikel 162(6) – semua undang-undang hendaklah diubah suai mengikut peruntukan perlembagaan.

Kritik/kelemahan.

Walaupun perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi. Parlimen diberi kuasa yang tidak terbatas. Parlimen boleh untuk membentaras subversif dan darurat membatalkan semua hak asasi yang diuntukan oleh perlembagaan.

Artikel 149 –hak kebebasan tidak terpakai untuk membenteras subvesif. Undang-undang terbentuk dibawahnya seperti ISA,RRA,ADB (langkah pencegahan khas)

Artikel 150(6) -darurat. Hak kebebasan asasi tidak terpakai semasa darurat.

Pengecualian

Artikel 150 (6a).

Walaupun semasa darurat di istiharkan Parlimen tidak mempunyai kuasa dalam hal undang-undang islam,agama,adat melayu,kewarganegaraan atau bahasa termasuk Sabah Serawak.

iii. Perlembagaan telah membahagi kuasa tertentu kepada persukutuan dan kerajaan negeri.

Artikel 74,77 jadual kesembilan.

Senarai pertama – kuasa kepada kerajaan persekutuan.

Senarai kedua – kuasa kepada kerajaan negeri.

Senarai ketiga – kuasa persekutuan dan negeri.

Dua lagi senarai tambahan adalah untuk Sabah dan Serawak.

Kritik/kelemahan.

Walaupun kuasa telahpun dibahagi demikian ,Parlimen boleh masuk campur dalam keadaaan berikut.

i. Semasa darurat -Artikel 150(4-6)

150(4) – Kuasa persekutuan meliputi apa-apa bidang perundangan kerajaan negeri.

150(5) – Parlimen boleh membuat apa-apa undang-undang berkait dengan darurat.

150(6) – undang-undang yang diluluskan tidak boleh terbatal kerana bercanggah dengan perlembagaan.

ii. Definisi darurat.

Darurat telah diberi definisi yang luas iaitu termasuklah bencana alam,banjir dan sebagainya. Ini bermakna Parlimen juga mempunyai kuasa semasa keadaan lain.

iii. Parlimen masih mempunyai kuasa membuat undang-undang dalam senarai 2 jadual keseimbilan kerajaan negeri.

Artikel 76 – Parlimen boleh membuat undang hanya berkait dengan triti,perjanjian atau konvensyen persekutuan dan apabila diminta oleh kerajaan negeri. Contoh undang-undang dibuat adalah Kanun Tanah Negara dan Akta Kerajaan Tempatan.

iv. Pindaan perlembagaan boleh dibuat tanpa rundingan dengan negeri-negeri.

Keputusan dapat dilihat dalam kes Kerajaan Kelantan V Kerajaan Persukutuan (1963) di mana kerajaan Kelantan membantah kemasukan Sabah dan Serawak oleh kerana tiada rundingan dibuat dengan kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan tidak ada peruntukan perlembaan memerlukan berbuat demikian.

iv. Perlembagaan adalah unggul kerana menyediakan hak asasi seperti berikut :

Artikel 5 –kebebasan diri.
Artikel 6 – slavery/force labour.
Artikel 7 –perlindungan dari undang-undang jenayah.
Artikel 8 –hak samarata mengikut undang-undang.
Artikel 9 –kebebasan bergerak.
Artikel 10 – kebebasan bercakap,berhimpun,menubuh persatuan.
Artikel 11 – kebebasan berugama.
Artikel 12 –hak berkenaan pelajaran dan pendidikan.
Artikel 13 – hak terhadap harta.

Hak asasi ini tidak boleh dilanggari dengan undang-undang biasa. Contoh kes di mana hak asasi ini dilanggari adalah :

P V. Datuk Harun Hj. Idris (1972) 2 MLJ 116

Kes sabjek ditukarkan dari Mahkamah Sesysen ke Mahkamah tinggi oleh DPP. Beliau mendakwa ianya bertentangan dengan artikel 8 kerana DPP tidak mempunyai kuasa demikian di bawah seksen 418 KAJ. (nota undang-udang ini telah dipinda)

Assa Singh V MB Johore (1969) 2 MLJ30.

Sabjek telah dibuang daerah oleh Menteri Besar Johor di bawah RRE. Sabjek menyatakan beliau tidak diberitahu sebab tangkapan dan pembuangannya itu tidak selaras dengan artikel 5 dan 9 perlembagaan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Negeri Johor adalah tidak sah. Diputuskan RRE Johor tersebut bertentangan dengan perlembagaan (nota perlembagaan telah di pinda- artikel 151 ).

Aminah Vs Supt, of Prison (1968) 1 MLJ 92.

Selangor Pilot (1977) 1 MLJ 133.

Selangor Pilot menjalankan perkhidmatan dengan perlabuhan Klang. Walaubagaimana pun dengan pindaan kepada Akta Pihak Berkuasa perlabuhan mereka tidak boleh lagi menjalankan perniagaan dan merosakan perniagaan mereka pada masa hadapan. Perkara ini bertentangan dengan artikel 13 perlembagaan.Permohonan dibenarkan.

Malaysian Bar V Gov.Malaysia (1986) 2 MLJ 225.

Seksen 46(a)(1) Legal Profession Act adalah ultravires dan melanggar artikel 10. Mahkamah telah putuskan ia tidak melanggar artikel 10.

Kritik/kelemahan.

i. Hak asasi ini tidak terpakai apabila untuk membenteras subvesif mengikut artikel 149.
ii. Hak asasi tidak terpakai apabila darurat di istiharkan mengikut artikel 150(5).
iii. Peruntukan hak asasi itu sendiri membataskan kepada beberapa syarat. Contohnya kebebasan berugama artikel 11(5) tidak membenarkan apa-apa yang berlawanan dengan ketenteraman awam,kesihatan atau akhlak. Kebebasan berhimpun artikel 10(2) tertakluk kepada kepentingan keselamatan dan ketenteraman.
iv. Hak asasi yang diberi boleh dipinda atau dimansuh oleh parlimen dengan mendapat sokongan 2/3 melalui artikel 159(3).

v. Perlembagaan menyediakan peruntukan judicial review melalui peruntukan artikel 121 dan 128.

Judicial review yang dibuat adalah bertujuan untuk melihat ianya berasaskan perlembagaan.(kandungan undang-undang diluluskan oleh parlimen bercanggah dengan perlembagaan)

Contoh-contoh judicial review dibuat adalah :

Surinder Singh Kanda V The Federation (1962).

P.P V Datuk Harun (1977).

Teh Chen Poh V PP (1979).

Kritik/kelamahan.

Judicial review adalah sukar dilakukan kerana:

i. Judicial review tidak boleh digunakan untuk membenteras subvesif artikel 149.
ii. Judicial review tidak boleh dipakai semasa darurat artikel 150.
iii. Parlimen mempunyai kuasa untuk meminda perlembagaan dan undang-undang yang tidak selaras dengan perlembagaan( artikel 159). Contohnya Mahan Singh V. PP.
iv. Ouster Clauses – banyak peruntukan/istilah/ayat dalam undang-undang digunakan untuk menghindarkan judicial review.

vi. Perlembagaan adalah unggul kerana undang-undang tidak boleh dibuat dan dipinda dengan cara biasa. Kandungan ini terdapat pada artikel 159 dan 161E.

Terdapat 4 prosedur yang dilakukan.

i. Simple majority ahli dewan yang hadir dikedua-dua dewan dan diizinkan oleh YDPA ( artikel 159(4) ).
ii. 2/3 majoriti ahli keseluruhan kedua-dua dewan bersangkut dengan hak asasi ( artikel 159 (3) ).
iii. 2/3 majoriti kedua-dua ahli dewan dengan keizinan YDPN Sabah dan Serawak.(native law)
iv. 2/3 majoriti kedua-dua ahli dewan dengan keizinan YDPA dan Majlis Raja-Raja. (keistemewaan raja dan orang melayu, agama islam, bahasa dan kewarganegaraan.

Kritik/kelemahan.

i. Prosedur ini boleh dipinda oleh Parlimen.

vii. Perlembagaan adalah unggul kerana walaupun semasa darurat perkara bersangkut dengan undang-undang islam,agama,bahasa,adat,bumiputera tidak boleh disentuh.(artikel 150(6a) ).

Contohnya dalam kes Teh Cheng Poh V PP (1979) 1 MLJ 50.

Kritik/kelemahan.

Walaupun parlimen tidak boleh masuk campur dalam perkara di atas, apa-apa ordinan yang dibuat semasa darurat tidak boleh dibuat judicial review.

Kesimpulan.

Pada segi teori Perlembagaan unggul tetapi dari segi praktikal parlimen mempunyai kuasa yang tidak terbatas (almost all powerful). Parlimen tidak mempunyai kuasa penoh dalam hal keistemewaan raja-raja (artikel 38 ), perkara berkait hak asasi yang perlu mendapat persetujuan majlis raja-raja (artikel 159(5) ) dan soal undang-undang islam,bumiputera (artikel 150(5). Dalam perkara lain Parlimen mempunyai kuasa hampir sepenohnya. Dengan kedudukan majoriti kerusi kerajaan di Malaysia sekarang sebarang pindaan undang-undang boleh dibuat tanpa sebarang masalah.

PETA PELAYAR