FOLLOWERS

Saturday 30 April 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES GANTI RUGI KEMALANGAN !!!!!


[1994] 3 MLJ 105
Lim Chai Oon & Anor v Normah bte Ismail & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL APPEAL NO 12–40–91

Judges JAMES FOONG J
Date 28 MAY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 105



Catchwords:


Damages (Personal Injury or Death) — Fatal accident — Contributory negligence — Whether damages reduced proprotionately — Whether deduction could be made for income earned by dependant from deceased’s estate — Whether income was a benefit — Civil Law Act 1956 ss 7, 8, 12(4)
Bahasa Malaysia Summary:


Pada 1 Mei 1988, sebuah motokar yang dipandu oleh defendan pertama dan dimiliki oleh defendan kedua telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang oleh suami plaintif pertama (‘si mati’) dan anak perempuan mereka, plaintif kedua, yang mengalami kecederaan parah. Plaintif pertama telah membawa tuntutan kehilangan tanggungan ini terhadap defendan bagi pihak dirinya sendiri dan anak-anak beliau di bawah s 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘Akta itu’). Hakim mahkamah sesyen memutuskan bahawa defendan pertama dan si mati sama-sama bersalah atas kemalangan itu.

Bagaimanapun, hakim itu telah mengawardkan ganti rugi sebanyak RM300 sebulan berdasarkan liabiliti 100%, mengikut keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Veronica Joseph, an infant & Anor v Tu Kon Lin & Anor [1987] 1 CLJ 81. Defendan telah membuat rayuan. Isu yang timbul adalah: (i) sama ada kehilangan tanggungan seharusnya dikurangkan mengikut peratus liabiliti yang ditanggung oleh si mati; dan (ii) sama ada suatu penolakan seharusnya dibuat untuk mengambil kira pendapatan yang diperolehi oleh plaintif pertama daripada mengambil alih dan menguruskan ladang Felda si mati.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Seksyen 12(4) Akta itu jelas menyatakan bahawa di dalam tindakan yang dibawa di bawah ss 7 dan 8, ganti rugi yang boleh diperolehi akan dikurangkan berkadar dengan takat kesalahan si mati. Tidak ada keperluan bahawa harta pusaka si mati mesti didengar atau dijadikan suatu pihak sebelum pengumpukan ganti rugi boleh dibuat seperti yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph. Oleh kerana benefisiari sesuatu harta pusaka juga biasanya merupakan orang tanggungannya, amalan yang dinyatakan di dalam kes Veronica Joseph tidak seharusnya digalak supaya dapat mengelakkan bilangan guaman yang banyak mengenai perkara yang sama. Oleh demikian, ganti rugi itu dikurangkan sebanyak 50%.

(2) Wang yang diperolehi oleh plaintif pertama tidak seharusnya ditolak daripada kehilangan tanggungan kerana ia merupakan suatu hasil kerjanya sendiri dan bukan suatu keuntungan yang diakibatkan oleh kematian si mati. Di dalam suatu tuntutan untuk kehilangan tanggungan, orang tanggungan itu tidak dikehendaki mengurangkan kehilangan mereka.

(3) Kehilangan tangunggan itu seharusnya digantikan dengan jumlah yang dipersetujui sebanyak RM500 sebulan dan bukannya RM300. Award yang diberikan adalah: RM18,000 untuk kehilangan sebelum perbicaraan, iaitu RM500 x 36 bulan; RM36,000 untuk kehilangan selepas perbicaraan, iaitu RM500 x 72 bulan; dan ganti rugi khas sebanyak RM11,800. Kesemua jumlah tersebut mesti dikurangkan sebanyak 50%.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

TAK LAYAK PUN !!!!!!!






MELAKA 29 April – MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: MCA akan tolak jawatan kabinet dan PBT? Pada pandangan PG, bukan MCA akan tolak jawatan di atas , tetapi yang sebenarnya pun, tak layak langsung memegangnya. Tak ada pun lebih baik.

2. Ada jawatan tetapi tak ada asas dan autoriti untuk memegangnya. Kalau harap memegang jawatan menteri dengan ehsan kerajaan melalui perlantikan sebagai senator tak usah cakap banyaklah. Sama ajelah dengan Sharizat tu pun. Buat semak aje. Dahlah kalah, tapi otak pun tak ada dan memberi kebaikan kepada rakyat. Harap berpegang kepada talian hayat sebagai ketua wanita UMNO aje. Kalau bagus tu , lainlah kiranya.

3. Tak ada wakil dan tak berwakil di kabinet dan PBT juga adalah lebih baik. Baik dan memberi isyarat dan biar pengundi cina tahu langit tinggi ke rendah bila tiada wakil dalam kerajaan. Biar semua mereka ini pergi mengadu hal dengan kerajaan PR atau lelaki Y. Kita sama-sama lihat, boleh atau tidak pemimpin dan lelaki Y ini selesaikan.

4. PG harap dan berdoa agar MCA kekal dengan keputusannya. Dan memang patut begitu pun. PRU13 ini pun , MCA nak dapat 10 kerusi MP pun semput. Itu pun kalau dapat sepuluo kerusi MP, hanya ditempat bilangan pengundi Melayu majoriti.

5. Yang baiknya , MCA jangan bertanding langsung. Samalah juga dengan GERAKAN tu pun. UMNO dan BN , masih boleh berfungi tanpa mereka. Tak ada hal. Pok Nik pun, memerintah Kelantan dengan hanya kelebihan 1 undi aje pun. Dululah !!!! Tak ada hal pun.

6. Tak gitu ?

Friday 29 April 2011

APA YANG DOK SIBOK NI !!!! PUAKA MASJID !!!!!!


( Puaka masjid )





Jimadie Shah Othman
Apr 29, 11
4:38pm


Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat. Berita lanjut : KLIK



Penghuni Gua
: Sendiri tak mahu bersumpah, boleh pulak hantar penyokong peminum kencing yang diketuai oleh si ketot shamsul iskandar. Betul-betul hampas .

2. Orang lain nak bersumpah apa kena mengena dengan orang-orang bodoh yang masuk dalam mesjid buat kacau. Sumpah laknat tu salah ke, betul ke, tak ikut Islam PAS ke, apa yang mereka dok sibuk dan takut dengan sumpah laknat Dato Eskay tu. Kalau salah sumpah mengikut Islam PAS atau Islam PKR, apa kena mengenanya dengan mereka. Yang berdosa ( kalau adalah ) Datuk Eskay, bukan mereka.!!!!

3. Ada apa-apa kot !!!!! Macam ye aje !!!!!Tak gitu ?

ORANG CAKAP RASUAH DIA CAKAP POLITIK !!!! KIH KIH KIH !!!!


Dipetik dari blog : House PK



Penghuni Gua
: Kesian. Nampak si Nizar ini cerdik sangat. Rupanya otak terlalu cetek seperti katak di bawah tempurong.

2. Orang cakap bab rasuah, dia cakap bab politik. Orang cakap rasuah pemusnah tamadun , dia cakap nak tukar kepimpinan negara. Orang cakap rasuah perosak bangsa, dia cakap SPRM wajar diletak di bawah parlimen.

3. Akhirnya , dia diperlekeh sempoi aje oleh ahli panel dari Indonesia. Katanya, di Indonesia Badan pembenteraan rasuah telah pun terletak di bawah parlimen. Tetapi apa yang berlaku di Indonesia? Jawabnya, lebih teruk dan paling teruk di dunia , indek rasuahnya.

4. Ahli panel ini mengatakan, di mana ia terletak tak penting tetapi isunya, sokongan semua ahli masyarakat yang penting. Bukan merubah kepimpinan. Indonesia pun dah bertukar. Tapi macam tu juga. Thailand pun bertukar, macam tu juga!!!!

5. Tapi pemikiran Nizar yang kelabu ini masih tak faham. Sebabnya , kepalanya penuh dengan politik. Sehingga nak berak, dan siapa berak pun, kalau bunyi kentut berlainan pun akan di politik dan dikonspirasikan.

6. Nampak sangat sengkek dan selekehnya Ir yang tak berdaftar ini !!!!! Kesian kerana menyerlahkan kebodohan beliau sendiri di depan khalayak !!!!! Orang bincang rasuah, asyik-asyik dia dok bincang politik. Kesian juga kepada si Nizar ini hanya jadi makanan ketua Pesuruhjaya SPRM dalam forum tersebut. Tapi dia terus buat muka tak malunyalah !!!!Biarkan si Nizar terjun dengan mimpinya !~!~!! Biarkan, Biarkan !!!!

Thursday 28 April 2011

CAKAP PADA DSAI LAGI BAIK POK NIK OIIII !!!!




Apr 28, 11 4:47pmKongsi 0

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa tiada pihak yang berhak merampas apa-apa daripada sesiapa, apatah lagi jika daripada negara yang berdaulat.

“Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua
: Dalam kontek Malaysia terutama di Perak ( ADUN BN melompat ke PKR ) dan pelan 16 SEP DSAI, pandangan Pok Nik ini juga boleh di pakai dan PG setuju benar.

2. Jadi adalah lebih baik , Pok Nik beritahu bahawa apa yang DSAI lakukan dengan pelan 16 sep adalah haram dan dia tidak berhak pun. Jangan rampas dari hak tuan asalnya. Dua kali pulak tu. Satu lagi bila nak rampas kuasa di parlimen dengan ketidak hadiran MP BN semasa sidang meluluskan belanjawan negara tahun lepas.

3. Betul tak Pok Nik? Jadi jangan cakap saja Pok Nik oii. Laksanakan apa yang kita cakap tu yang mustahak. Ini bila UMNO buat salah bila rampas semula Perak. Bila mereka buat halal pulak.

4. Sudahlah Pok Nik !!!! Cakap dengan air liur boleh lah !!!!!!!!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : TANGKAPAN TANPA WARAN, ASAS TANGKAPAN !!!!!!



[1994] 3 MLJ 296
Polis DiRaja Malaysia v Keong Mei Cheng Audrey
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPLICATION
NO 44–16–94

Judges SYED AHMAD IDID J
Date 15 JULY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 296



Catchwords:

Criminal Procedure — Police investigation — Investigation diary — Whether grounds for continued detention must be supplied in the form of a diary — Whether affidavit sufficient — Whether police must report to public prosecutor — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 117(i) & Second Schedule Form XXVI

Criminal Procedure — Arrest — Without warrant — Whether unlawful if grounds of arrest not informed — Rank of arresting officer — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 108(iii), 109(i) & 110

Criminal Procedure — Arrest — Grounds of arrest — Wife of accused — Refusal to co-operate with police — Whether sufficient

Criminal Procedure — Police investigation — Procedure applicable under s 117 — Registrar’s Circular No 1 of 1979 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 117

Bahasa Malaysia Summary:

Suami responden telah dituduh atas kesalahan pecah amanah jenayah (‘PAJ’) di bawah s 409 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) (‘KS’). Responden dikatakan telah memberi jaminan kepada pihak polis bahawa beliau akan menyerahkan semua sijil saham dan wang tunai sebanyak RM70,000 (isi perkara kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh suaminya) tetapi gagal berbuat demikian. Beliau kemudiannya telah ditangkap tetapi tidak dibicara atau dituduh atas sebarang kesalahan. Mengikut pihak polis, tingkah laku responden yang tidak memberi kerjasama itu telah menimbulkan syak wasangka yang munasabah bahawa beliau telah bersubahat dengan suaminya untuk melakukan PAJ tersebut. Pernyataan ini telah diesahkan di dalam afidavit seorang pegawai polis tetapi tidak didapati dalam bentuk diari yang dibayangkan oleh s 117(i) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘KAJ’).

Pihak polis telah memohon kepada mahkamah majistret untuk melanjutkan penahanan responden supaya meneruskan soal siasatannya. Bagaimanapun, pendaftar telah memerintahkan pelepasan responden dari jagaan polis dan memutuskan bahawa penangkapan responden telah dibuat tanpa waran dan beliau tidak diberitahu sebab mengapa beliau ditahan. Polis telah memohon untuk suatu penyemakan perintah itu. Isu di hadapan mahkamah adalah: (i) sama ada penangkapan dan penahanan responden itu sah; dan (ii) sama ada perintah pendaftar itu betul.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu dan mengesahkan perintah pendaftar itu:

(1) Suatu diari yang mengandungi butir-butir mengenai prosiding penyiasatan yang dirujuk di dalam s 117(i) KAJ mesti diberikan kepada majistret di bawah s 117. Mengikut undang-undang, ia mesti disediakan dalam bentuk yang ditetapkan oleh s 119 dan mesti mengandungi alasan lengkap yang menunjukkan bahawa maklumat terhadap tertuduh mempunyai asas yang kukuh. Di dalam kes ini, polis tidak menghantar satu salinan diari itu kepada majistret.

(2) Pihak polis juga diwajibkan memberi laporan kepada pendakwa raya mengenai siasatan di bawah Bab XIII KAJ melalui Borang XXVI di dalam Jadual Kedua. Ini tidak dilakukan.

(3) Kesalahan PAJ di bawah s 409 adalah suatu kesalahan boleh tangkap, iaitu seorang pegawai polis biasanya boleh menangkap tanpa waran. Di dalam kes sedemikian, pihak polis mesti memberitahu orang yang ditangkap itu alasan tangkapannya dan, di bawah ss 108(iii), 109(i) dan 110 KAJ, kuasa untuk menangkap terhad kepada seorang pegawai polis yang sekurang-kurangnya berpangkat sarjan. Di sini, penangkapan responden telah dilakukan oleh seorang konstabel dan beliau tidak diberitahu sebab untuk penangkapannya.

(4) Walaupun mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan seseorang tertuduh meskipun penangkapannya mungkin tidak sah, ini tidak terpakai kerana pendaftar tidak ‘membicarakan’ responden pada masa itu.

(5) Mesti selalu terdapat alasan yang sah untuk penangkapan dan penahanan termasuk suatu hubungan jelas di antara orang yang disyaki dan kesalahan itu. Undang-undang tidak membenarkan suatu penangkapan yang berdasarkan taraf responden sebagai isteri tertuduh atau kemarahan pihak polis semata-mata kerana beliau tidak bekerjasama dengan mereka.

Per curiam


Sesuatu permohonan di bawah s 117 seharusnya dibuat dalam dua salinan dan didaftarkan di mahkamah pada tarikh ia difailkan, dan dicatatkan mengikut nombor bersiri (iaitu satu nombor bagi setiap daerah atau balai polis) untuk setiap tahun. Semua rekod dan dokumen, misalnya diari dan nota prosiding, mesti disimpan di mahkamah sama ada permohonan itu diluluskan atau ditolak. Pegawai polis itu mesti melaporkan semula kepada majistret mengenai tarikh dan masa bila tertuduh (atau orang yang ditahan) dilepaskan atau diberi jaminan di dalam bentuk yang ditetapkan di dalam Pekeliling Pendaftar No 1 Tahun 1979. Majistret seharusnya mengambil ingat tentang fail itu pada tarikh yang relevan di dalam perintah itu dan jika perintah pelepasan itu tidak diterima dari Ketua Polis Daerah, majistret mesti menyiasat perkara itu. Majistret juga mesti menghantar suatu penyata bulanan berkenaan dengan semua perintah dan siasatan sedemikian kepada hakim Mahkamah Tinggi.]


Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

SUDAH, SUDAHLAH BOB !!!!!!!






PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sudahlah Bob. Dunia hiburan ini atas kita semua. Kita yang tentukan buruk baiknya. Dulu mengapa tak sedar. Duit haram yang Bob katakan haram dari dunia hiburan tu , dah berpuloh tahun dimakan kedarahnya. Baru sekarang tahu haramnya ke?

2. Kalau haram, jangan terimalah lagi duit royalti lagi-lagu yang Bob ciptakan dulu tu.

3. Kalau nak berpolitik, berpolitik ajelah. Jangan cakap itu haram ini haram. Yang Bob ke hulu ke hilir dok ceramah politik tu tak haram ke? Baik Bob tumpukan ceramah agama pada anak binbi lagi baik dan utama daripada dok atas pentas politik.

4. Jangan pulak kerana anak kita bermasalah, orang lain dan bidang lain nak disalahkan. Salah diri sendirilag kerana silap pembawaan kita. Bukan sistemnya tetapi kita yang silap sendiri.

5. PG pun dahj banyak lihat orang seperti Bob ini. Akhirnya , habok pun tak ada. Lihat ajelah si Akhil tu. ...............2x 5 aje!!!!!!!! Cakap pakai air liur aje , bolehlah cakap apa sahaja !!!!

6. Sudah, sudahlah Bob.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BENAR : UTUSAN SUARA ORANG MELAYU !!!!!!!!!!!!!!



Penghuni Gua : Benar, Utusan Malaysia adalah suara dan pemikiran orang Melayu. Suara sebahagaian besar Orang Melayu . Suara dan pemikiran PG. Tak gitu ?

2. Utusan !!!!! Teruskan begitu selamanya!!!!!!!!!!!

Wednesday 27 April 2011

TAK MATI PUN DATUK ESKAY TU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Penghuni Gua : Tak mati pun , Datuk Eskay memberi DNA nya kepada pihak polis. Ada satu makhluk tu, dok kilas kiri kanan bila dimnta menyerahkan DNA!!! Mengapa ye?


2. Keh keh keh keh keh keh !!!!!!!!!!!!!!!!!! Berani kerana benar !!!!!!!!!!!!!!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KES KEMALANGAN : BEBAN BUKTI / LIABILITI/ IMBANGAN KEBERANGKALIAN !!!!!



[1994] 3 MLJ 361
Sundram v Arujunan & Anor
Case Details:

Malaysia SUPREME COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
02–200 OF 1991
Judges JEMURI SERJAN (BORNEO) CJ
EDGAR JOSEPH JR SCJ
MOHAMED DZAIDDIN SCJ

Date 11 AUGUST 1994
Citation [1994] 3 MLJ 361


Catchwords:


Tort — Negligence — Causation — Agreement on damages — Effect of — Whether causation remains in issue — Whether court could nevertheless decide on causation and quantum — Whether agreement was binding

Civil Procedure — Appeal — Agreement of counsel on damages in running down action — Whether causation still in issue — Whether trial judge wrong in finding defendant only caused some of injuries — Whether subsequent agreement on damages amounted to waiver of earlier agreement

Civil Procedure — Pleadings — Necessity for express pleadings — Where defendant seeks to lay blame on third party — Defence of bare denial insufficient

Civil Procedure — Parties — Non-joinder of party — Failure to call third party as witness — Whether court could find that third party to blame — Whether breach of natural justice

Evidence — Burden of proof — Fact especially within knowledge of defendant — Whether defendant bears evidential burden — Prima facie case — Effect of defendant’s failure to give evidence — Evidence Act 1950 s 106

Civil Procedure — Appeal — Inferences of fact — Interference by appellate court — Inferences against weight of evidence

Bahasa Malaysia Summary:


Perayu telah membuat rayuan terhadap keputusan hakim perbicaraan mengenai penyebaban dan membuat penghujahan bahawa oleh kerana pihak-pihak itu telah bersetuju tentang jumlah ganti rugi atas dasar liabiliti 100% di dalam persetujuan pertama, mahkamah tidak seharusnya bercampur tangan untuk mengubahnya. Responden, bagaimanapun, menegaskan bahawa persetujuan kedua merupakan suatu penepian persetujuan pertama itu.

Diputuskan:
Diputuskan oleh majoriti, membenarkan rayuan itu (Mohamed Dzaiddin HMA bertentangan):

(1) Disebabkan persetujuan pertama dan persetujuan tentang laporan perubatan perayu yang meliputi kesemua kecederannya, peguambela responden telah membuat representasi kepada mahkamah dan peguambela penentangnya bahawa penyebaban tidak lagi dipersoalkan. Bergantung kepada representasi tersebut, peguambela perayu telah didorong supaya tidak memanggil pembuat laporan perubatan itu. Oleh demikian, peguambela responden diikat oleh persetujuan itu dan tidak seharusnya dibenarkan menarik diri daripadanya.

(2) Persetujuan kedua itu telah akibatkan oleh keputusan hakim mengenai penyebaban dan bertujuan untuk melepaskan hakim daripada tugas mentaksirkan ganti rugi untuk kecederaan pada kaki perayu itu. Ia tidak merupakan suatu penepian persetujuan pertama kerana tidak terdapat niat untuk mengetepikannya.

(3) Penafian tentang penyebabab berkenaan dengan kecederaan pada kepala perayu itu tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi di dalam pembelaan responden. Jika seseorang defendan ingin menyalahkan suatu pihak ketiga, beliau sepatutnya menyatakannya sebagai suatu pli spesifik dan bukan hanya menafikan kecuaian kerana plaintif mungkin terkejut. Di dalam kes ini, peguambela perayu telah menganggap bahawa penyebaban tidak lagi dipersoalkan dan terkejut apabila ia ditimbulkan.

(4) Penjelasan mengenai kegagalan untuk memanggil penunggang motosikal yang lain itu tidak diberikan. Oleh itu, terdapat suatu pelanggaran keadilan asasi apabila hakim telah memutuskan bahawa kecederaan pada kepala perayu adalah suatu akibat langsung daripada perlanggaran pertama kerana penunggang motosikal yang lain itu tidak diberikan peluang untuk didengar.

(5) Tidak terdapat keterangan untuk membuat inferens, sebagai suatu perkara yang mempunyai kebarangkalian yang munasabah, bahawa perayu telah mengalami kecederaan pada kepalanya apabila beliau jatuh selepas perlanggaran pertama. Sebaliknya, terdapat keterangan bahawa responden pertama telah berlanggar dengan perayu semasa beliau terlantar atas jalan dan boleh dibuat inferens bahawa kedua-dua kecederaan pada kaki dan kepalanya adalah akibat perlanggaran kedua itu.

(6) Sebaik sahaja perayu dapat menunjukkan bahawa kereta responden telah berlanggar dengannya, terdapat suatu kes prima facie bahawa semua kecederaan beliau telah diakibatkan oleh perlanggaran tersebut. Beban membukti dari segi keterangan telah beralih kepada responden pertama di bawah s 106 Akta Keterangan 1950 untuk menunjukkan bahawa hanya kecederaan pada kaki perayu telah diakibatkan olehnya kerana itu merupakan suatu fakta yang diketahui khas oleh beliau. Seseorang defendan berhak di sisi undang-undang untuk memilih supaya tidak memberi keterangan tetapi membuat pilihan itu pada risikonya sendiri. Dengan memilih supaya tidak memberi keterangan, responden telah gagal mematahkan kes prima facie itu.

(7) Oleh yang demikian, keputusan hakim perbicaraan mengenai penyebaban adalah bertentangan dengan beratnya keterangan yang ada dan, oleh kerana keputusan itu tidak berdasarkan atas fakta spesifik tetapi atas inferens yang dibuat daripada fakta yang diakui atau tidak dipertikaikan, keputusan itu diakaskan.

(8) Mahkamah telah mengawardkan ganti rugi am sebanyak RM150,000 untuk semua kecederaan dengan faedah 8% setahun dari 25 Ogos 1986 ke tarikh penghakiman; RM18,209.40 untuk kehilangan mata pencarian sebelum perbicaraan dengan faedah 4% setahun dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman; RM13,000 sebagai kehilangan mata pencarian selepas perbicaraan; RM23,400 untuk jagaan kejururawatan sebelum perbicaraan, dengan faedah 4% setahun dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman; dan RM12,780 untuk jagaan kejururawatan selepas perbicaraan.

(9) (Oleh Mohamed Dzaiddin HMA (bertentangan) Di dalam kes perlanggaran, adalah menjadi amalan yang diiktirafkan untuk peguambela mencapai persetujuan tentang jumlah atau liabiliti sebelum perbicaraan untuk menjimatkan masa dan perbelanjaan. Akan tetapi, apa yang dipersetujui sebagai ganti rugi masih tertakluk kepada soal liabiliti. Beban untuk membuktikan penyebaban selalu terletak atas plaintif, dan perayu di dalam kes ini mesti membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa responden pertamalah yang telah menyebabkan kesemua kecederaannya.

(10) (Oleh Mohamed Dzaiddin HMA) Hakim perbicaraan adalah betul dalam keputusannya bahawa responden pertama hanya bertanggungjawab atas kecederaan pada kaki perayu kerana tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa kecuaian responden pertama telah menyebabkan kesemua kecederaan perayu. Perayu telah gagal membuktikan pada imbangan kebarangkalian bahawa kecederaannya yang lain telah disebebkan oleh kecuaian responden pertama. Oleh yang demikian, rayuan itu seharusnya ditolak.

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

Tuesday 26 April 2011

LIWAT II : KONSPIRASI ? KAH KAH KAH KAH !!!!!!





Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Konspirasi? kah kah kah kah kah !!!!! Bapak konspirasi Malaysia , mengatakan kes liwat II terhadapnya adalah konspirasi. Kah kah kah kah kah !!!!
2. Kah kah kah kah. Dia tahu ke apa itu konspirasi mengikut undang-undang? Apa itu konspirasi? Baca di KLIK. Kah kah kah kah kah!!!.

3. Hotak dia !!!!!!!! Dia yang berkonspirasi dalam apa jua pun , sehingga pemilihan umum PKR pun dikonspirasi semuanya bagi memenagkan kumpulannya. Yang tak sebulu dibungkuskan!!!

4. Konspirasi? Kah kah kah kah !!!!!! Lawak bodoh lelaki Y !!!!!!!!!!!!Kah kah kah kah kah !!!!! Dulu tuduh Tun Mahathir konspirasikannya. Kini tuduh DS Najib pulak. Lawak, lawak. Kah kah kah kah !!!!!

SAH DSAI : DOA PAS TERMAKBUL !!!!!!!!!







4:30pm




Pendakwa dalam perbicaraan liwat II - buat pertama kalinya - bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y' - pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu.

Peguamcara 11 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Anwar ialah satu-satunya orang yang ditahan dalam sel lokap pada 16 Julai 2008.

DNA itu ditemui pada tiga barangan di situ yang didapati sepadan dengan DNA yang ditemui di kawasan rektum rendah pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sumber DNA tersebut sehingga ini dinamakan sebagai 'Lelaki Y'.

"Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'.

Beliau seterusnya berhujah bahawa dua laporan ahli kimia bebas menunjukkan berlaku penetrasi. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam hujahnya, Yusof berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia Nor Aidora Saedon terhadap sampel DNA yang diambil dari bilik lokap yang digunakan oleh Anwar dan oleh Dr Seah Lay Hong terhadap sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.

"DNA itu sepadan dengan kajian profil yang dibuat terhadap semua sampel oleh dua ahli kimia berkenaan dan ia selari dengan keterangan yang diberi oleh Mohd Saiful," kata Yusof.

Beliau berkata Dr Seah mengesahkan bahawa air mani yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful berasal daripada satu sumber sahaja, yang pada awalnya dirujuk sebagai "lelaki Y".

Katanya profil DNA (lelaki Y) itu kemudiannya didapati sepadan dengan profil DNA yang diperoleh dari tiga barang bukti (tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi) dan berasal daripada benda yang sama serta daripada sumber yang sama.

Mohamed Yusof berkata berdasarkan padanan yang serupa itu, pihak pendakwa telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa wujud kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu beliau perlu membela diri.

Mengenai isu kelewatan Mohd Saiful membuat laporan polis, beliau berkata seperti yang diketahui, Anwar dan Mohd Saiful mempunyai hubungan majikan-pekerja, dan mangsa juga menjadikan Anwar sebagai idolanya sejak kecil lagi.

"Mohd Saiful diberi layanan istimewa dengan diperuntukkan sebuah bilik di pejabat baru Anwar, berbanding rakan sekerjanya yang lebih senior," kata Yusof.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan kredibiliti Mohd Saiful dalam memberi keterangan tentang kejadian yang berlaku di unit kondominium berkenaan pada 26 Jun 2008.

Beliau berkata, sebelum itu, mereka telah berjumpa di pejabat Ibrahim Yaacob (ketua staf Anwar) pada kira-kira pukul 10.30 pagi pada hari berkenaan dan pada tengah harinya, Mohd Saiful diminta menghantar satu sampul surat kepada Anwar di Kondominium Damansara pada kira-kira pukul 1.45 tengah hari.

Mohamed Yusof berkata semasa perbicaraan tertutup, Mohd Saiful menerangkan secara terperinci bagaimana aksi itu berlaku dan Anwarlah yang memintanya membawa bersama jeli KY.

"Itulah sebabnya tidak berlaku kecederaan pada bahagian dubur Mohd Saiful, tidak kiralah sama ada aksi seks itu berlaku dengan keizinan atau tanpa keizinan," kata Yusof.

Beliau berkata semua itu terkandung dalam laporan proforma (sejarah perubatan) yang dicatat oleh Dr Ruzain Rahimi, di mana mangsa (Mohd Saiful) memberitahu doktor berkenaan bahawa bahan pelincir telah digunakan, dadanya diramas dan berlaku penetrasi serta ejakulasi.

Mengenai isu tiga orang doktor yang pada mulanya membuat kesimpulan tidak berlaku penetrasi, Yusof berkata ia hanyalah berdasarkan pemeriksaan klinikal, walaupun mereka telah mendapat laporan daripada ahli kimia Dr Seah dua hari sebelumnya.

Beliau berkata, ketika itu, tiga doktor berkenaan tidak mengetahui tentang tempat palitan berkenaan diambil, sehinggalah mereka ditunjukkan laporan oleh ahli kimia semasa pemeriksaan utama.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.


Penghuni Gua : Doa kebanyakkan oramg telah tertunai. Allah telah menunjukkan kebesarannya dengan mengesahkan DNA tersebut adalah peliwat DSAI. Doa PAS juga terkabul. Doa dari sembahyang hajat mereka di merata tempat , agar Allah menunjukkan kebenarannya.


2. Sekarang terimalah petunjuk yang telah Allah berikan. Kita mohon. Allah tunaikan. Petunjuk Allah datang dalam berbagai cara. Itu pun jika kita memakai otak yang Allah anugerahklan untuk kita berfikir. Bukan guna saluran dan platform politik.


3. Pakar yang sahkan. Bukan pak kaduk yang setengahnya hanya lulus takat SRP aje seperti ( tapi mengalah dengan mereka yang ada Phd .Contoh si Mahfuz tu !!! ) di pentas ceramah PAS atau PKR.


4. Bungkus le kau kali ini DSAI oii. Sg Buloh setia menanti. Apa lakonan DSAI pulak lepas ini. Sakit kaki pulak kot?


Nota : Kak Jijah seorang Dr. Dia tahu apa itu DNA. Keberangkaliann persamaan DNA seseorang lelaki dengan lelaki yang lain ialah 60 billion. Jangan nafikannya. Teknologi adalah ciptaan Allah. Jangan nafikan penggunaan dan kelebihannya. Itu kalau kita akal fikiranlah.!!!!!!!!!!

Satu yang pastinya samada DSAI dibebaskan atas sebab teknikal atau didapati bersalah ialah, DSAI adalah sah seorang peliwat. Samada Saiful rela atau tidak, itu isu lain. DNA sahkan DSAI adalah seorang peliwat. Itu yang pasti.

Monday 25 April 2011

HUKUM ISLAM : FAKTA YANG PAS DAN ULAMANYA SEMBUNYIKAN !!!





Hukum-hakam agama di Malaysia selalu berhadapan dengan masalah kerana banyak sebab, salah satu yang paling ketara ialah kerap dicemari dengan manipulasi politik pelbagai pihak. Ramai orang Muslim di Malaysia pula menjadi keliru kerana isu agama atau berkaitan agama yang dibangkitkan telah dimanipulasi dan dipolitikkan secara halus atas nama hukum-hakam agama.

Maklumlah bila orang yang main peranan dalam mengeluarkan hukum agama secara manipulasi politik bukan calang-calang orang. Tetapi mereka adalah orang yang berpendidikan agama tinggi yang bergelar ustaz dan ulama. Justeru ramai kalangan orang awam terpedaya dan percaya tanpa menyedari mereka itu bermain politik dan melaksanakan manipulasi politik ketika mengeluarkan hukum agama.

Dalam perkembangan terbaru adalah contoh manipulasi politik dalam hukum agama yang dikeluarkan oleh pihak yang membela seorang pemimpin kanan pembangkang yang didakwa pelaku aksi seks dalam rakaman video.

Golongan agama itu menerusi hukum agama yang bersifat selektif dan tidak lengkap mendakwa bahawa pertuduhan zina hanya wajib dibuktikan dengan empat saksi sahaja. Perkara ini tidak tepat kerana ada pandangan kedua daripada ulama-ulama lain mengatakan pertuduhan zina boleh dibuktikan melalui qarinah, iaitu bukti bandingan yang kuat boleh digunakan bila tidak mempunyai empat saksi.

Malah jika ditolak qarinah sebagai bukti sekali pun seseorang pelaku seks jika disabit kesalahannya tidak akan terlepas daripada hukuman kerana mesti dilaksanakan ke atasnya juga hukuman takzir yang terserah kepada pertimbangan hakim atau mahkamah.

Selain itu tidak tepat juga golongan agama tersebut menggambarkan ajaran Islam menuntut orang Muslim supaya menutup aib orang Muslim yang lain tanpa pengecualian. Mereka membuat gambaran begitu kerana membawa sebahagian sahaja ajaran Islam dengan menyembunyikan sebahagian yang lain bagi membela pemimpin pembangkang berkenaan.

ajaran

Memang benar ajaran Islam menuntut orang Muslim menutup aib orang Muslim yang lain. Tetapi tidak secara mutlak. Kerana penutupan aib orang Muslim itu adalah bersyarat seperti dijelaskan dalam kitab-kitab fiqah, iaitu mesti orang Muslim yang wajib ditutup aibnya itu bukan yang terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya.

Sedangkan jika orang Muslim terkenal sebagai zalim, jahat, rosak, fasik, rasuah, tidak bermaruah, tidak bermoral dan sebagainya, maka wajib atau harus didedahkan kejahatan serta hukuman pula perlu dilaksanakan ke atasnya.

Jika begitulah ajaran Islam memperlakukan ke atas orang Muslim di kalangan orang awam yang terlibat dalam kejahatan dan jenayah, maka sudah tentu lebih serius lagi tuntutan pendedahan dan hukuman yang perlu diperlakukan kepada para pemimpin yang terlibat dan kejahatan dan jenayah yang sama.

Begitu juga tidak tepat menganggap orang yang mendedahkan kejahatan dan jenayah orang lain tanpa saksi yang memadai seperti empat saksi dalam kes zina wajib dikenakan hukuman qazaf secara mutlak, iaitu hukuman 80 sebatan. Ini kerana hakikatnya hukuman qazaf dikenakan hanya ke atas pendedah atau penuduh yang tidak mengemukakan sebarang bukti.

Sebaliknya jika pendedah atau penuduh itu mengemukakan bukti yang kukuh walaupun tanpa empat saksi, iaitu bukti berupa qarinah, dia tidak dikenakan hukuman qazaf. Sebaliknya orang yang didedah dan dituduh pula yang dikenakan hukuman menurut prosedur takzir.

Hakikatnya isu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang itu bukan sahaja mendapat perhatian di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian juga di tempat saya di selatan Thailand dan seluruh negara Islam. Ini kerana pemimpin kanan pembangkang itu terkenal di seluruh negara Islam sebagai pemimpin pergerakan Islam berwibawa sebelum beliau didakwa terlibat dalam liwat kali pertama dan kedua.

Ramai di kalangan orang Muslim di Thailand dan seluruh dunia melihat pemimpin kanan pembangkang berkenaan sebagai mangsa politik dalam kes liwatnya. Bagaimana pun pandangan masyarakat Muslim sedikit berubah kebelakangan ini dengan pendedahan media berbanding masa lalu terutama selepas muncul pendedahan Wikileaks. Mungkin lebih ramai masyarakat Muslim akan berubah pandangan pula selepas video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang berkenaan dimuat naik ke Youtube.

Berdasarkan perbincangan dengan beberapa orang guru agama di selatan Thailand yang menonton mukadimah zina dalam video seks itu, saya mendapati ada di kalangan mereka berkata, ini tidak perlu lagi kepada empat saksi.

Malah ada juga yang berkata, ini lebih kuat daripada empat saksi, bukan dalam konteks hukum hudud yang tidak pernah dilaksana pada zaman awal Islam kecuali melalui pengakuan itu, tetapi dalam konteks hukum sains dan teknologi yang meyakinkan.

pemimpin

Sesetengah guru agama berhujah, sukar untuk percaya jika ada lebih empat orang hamba Allah mendedah tentang skandal seks seorang pemimpin termasuk mereka yang menjadi objek pemimpin berkenaan, sama ada wanita mahupun lelaki (yang kena liwat). Tetapi sebaliknya bila menonton rakaman video yang mengandungi adegan-adegan seks perzinaan sesuatu pasangan kerana meyakinkan.

Pandangan beberapa guru agama selatan Thailand ini tepat dan sejajar dengan beberapa pandangan ulama yang menganggap qarinah boleh meyakinkan dan boleh mensabitkan hukuman sekurang-kurangnya hukuman takzir. Rakaman video, rakaman audia, rakaman gambar, asid deoksiribonukleik (DNA) dan sebagainya adalah qarinah belaka.

Dalam pada itu meneliti reaksi para pembaca di pelbagai laman web dan blog Arab yang turut menyiarkan videoa mukadimah zina pemimpin kanan pembangang itu tidak berbeza dengan pandangan para ustaz di selatan Thailand itu. Kerana ramai yang percaya. Ini amat berbeza sekali dengan pendedahan dibuat dalam kes liwat pertama dan kedua kerana ramai yang menganggap itu konspirasi politik.
Belum pasti apa pandangan terbaru Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr. Jabilr al-Ulwani dan lain-lain ulama Arab yang sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa menyokong pemimpin kanan pembangkang berkenaan dalam kes liwat pertama dan kedua. Mungkin mereka atau pembantu-pembantu mereka sudah menonton video berkenaan di Youtube, tetapi terpaksa diam dan membisu. Mungkin juga mereka belum lagi menonton.

Paling malang ada cerdik pandai agama dan ulama golongan lain turut terikut-ikut dan terperangkap dengan manipulasi politik pihak itu. Dengan itu mereka turut membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh dijadikan bahan pembuktian dalam kes zina.

Ingin dijelaskan di sini sebagai sambungan kepada penjelasan bahawa zina dan lain-lain jenayah hudud boleh disabitkan dengan qarinah, bagi sesetengah ulama seperti dalam kes wanita hamil dan kes wanita kena rogol. Dalam kes wanita hamil kerana perzinaan, lelaki dan wanita yang melakukan perbuatan keji itu boleh dikena hukuman jika tidak segera berkahwin untuk mengesah kedudukan mereka dan menutup aid mereka. Dalam kes rogol atau hamil kerana rogol pula, pesalah lelaki boleh disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman, manakala mangsa wanita terlepas dan wajib disembunyi identitinya.

Sebenarnya qarinah merupakan bukti terkuat selepas empat saksi dan pengakuan dalam kes zina; dan dua saksi dalam kes-kes bukan zina. Bagaimanapun, qarinah hanya bukti adalah ijtihad. Dengan itu ulama berbeza pandangan mengenainya.

Penghuni Gua : Fikirkan. Banyak lagi yang mereka sembunyikan sebab hukum Islam yang disembunyikan itu akan merugikan mereka jika diberitahu secara semuanya. Itulah PAS. Agama hanya untuk didagangkan sahaja.

LAWAK TERBARU NIZAR !!!!!!!!!!!!!!!!








PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.


"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lawak dan memang terlalu lawak. Lawaknya kerana Nizar mendakwa TGHH dan TGNA adalah aset penting umat Islam. Ye ke begitu ? Umat Islam ke atau umat Islam PAS sahaja?

2. Yang sebenarnya umat Islam PAS sahaja. Itu pun tak semua. Contohnya TGHH pun disanggah oleh begitu ramai pengikut Islam PAS.

3. Yang dikatakan aset ini, ialah satu benda yang begitu berharga. Ini kalau dilihat mulut dan perbuatan mereka, Ya Allah, lebih teruk dari kita yang awam ini. Memaki hamun orang, mendoakan bala pada sesama Islam, memperlekehkan orang ( termasuk memperlekehkan pribumi Sarawak seolah bodoh kerana memakai cawat ) dan sebagainya. Lebih malang mengkafirkan sesama Islam.

4. Hukum agama main separuh, separuh aje yang diberitahu . Diberitahu pun , hanya yang menguntungkan parti. Yang selebihnya , didiamkan kerana tak menguntungkan parti PAS. Contoh mudah ialah dalam isu vedeo seks lelaki Y. Kononya kena 4 saksi. Jika tidak ia fitnah. Takzir dan parinah tak pulak diberitahu kepada umum. Sebab ia boleh merugikan PAS.

5. Memang lawak si Nizar ini. Mungkin Nizar sedang dibuai mimpi kerana terlepas jawatan MB Perak. Lompat ke Parti PAS , halal, lompat ke UMNO haram. Atau semasa piliharaya pulak, UMNO beri peruntukkan haram dan rasuah, PAS rasuah haji, rasuah zakat pasa orang asli dan rasuah keropok di katakan sedekah. Hukum Islam PAS, biasalah. Main ikut sedap mulut aje .Apa cerita?

6. Sudahlah !!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday 24 April 2011

SAKIT SUDAH DATANG !!!!!!




KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali.

"Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau.

Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dah buat balik dah!!!! Sakit dah mula datang. Biasalah !!!! Makin dekat dengan Sg. Buloh, maka makin sakitlah.

2. Dicampur pulak dengan keputusan vedeo seks semakin hampir dan menjurus kepadanya. Maka sakit terkejut mula datang.

3. Kepada sesiapa yang mempunyai kerusi roda dan pengalas tengkok bolehlah derma untuk lelaki Y ini. Kalau tak cukup dan tak ada kerusi roda yang mencukupi, tak menjadi nanti lakonan lelaki ini. Pelakon hebat perlukan " gajet " yang hebat. Tak gitu?

Nota : Kepada kerajaan, PG sarankan , sediakan juga pakar sakit belakang. Mungkin dia akan sakit belakang nanti. Siap dengan bilik bedah juga. Tapi hairan juga, ke hulu ke hilir, siap
dengan menari di pentas ceramah politik tak pulak sakit belakang!!! Mengapa ya?

Friday 22 April 2011

VEDEO SEKS : SYABAS PAS !!!!!






Abdul Rahim Sabri
Apr 22, 11

PAS mengambil sikap menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh kerajaan berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang sebelum membuat sebarang pendirian.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (tengah) berkata proses siasatan yang dilakukan sekarang berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada. Beritalanjut : KLIK

Penghuni Gua : Syabas PAS kerana berpendirian sedemikian. Itu yang sebenarnya. Bukan penafian dan menyokong lelaki Y membabi buta dengan berselindung kononnya tidak ikut Islam dan sebagainya.

2. Undang-undang akan membuktikan kebenarannya. Forensik akan menjelaskan segalanya.

3. Juga dengan berpendirian begini, PG berpendapat , macam PAS dah separuh mengakui kebenarannya. Bukan apa, sebab sebahagian dari pemimpin PAS dah menonton vedeo tersebut. Jadi bercakap benarlah walaupun pahit.

4. Yang mungkar, kita sama mendedahkannya. Bukan membela membabi buta. Ini bukan perkara main-main. Ia melibatkan seorang yang akan menjadi dan di war-warkan bakal menjadi PM. Nak ke PM kitadi masa depan terdiri dari golongan peliwat?

5. Syabas PAS kerana mengambil pendirian begini. Syabas Mustafa Ali. PG cadangkan Mustafa mentarbiahkan juga otak dan pemikiran pemimpin dan ahli PAS yang lain. Jangan dok politik sangat sehingga kebenaran dan petunjuk yang Allah berikan pun kita nak nafikan.

6. Tak gitu ?

BERAMBUS AJELAH !!!!!!!







Para pemimpin MCA berdiri teguh di belakang presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejak malam tadi, ibu pejabat parti telah mengeluarkan sekurang-kurangnya lima kenyataan pelbagai pemimpinnya yang menyokong kenyataan Chua bahawa MCA akan "membincangkan" kedudukannya dalam kerajaan jika prestasinya seburuk dalam pilihan raya umum 2008. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tak usah kaji-kaji. Nak kaji apa lagi. Berambus aje. Ada pun buat semak aje MCA ini. Sehingga kini pun , bukannya mereka buat apa pun untuk membantu DS najib bagi memulihkan BN. Tahu mengecam dan mendesak itu dan ini aje .

2. Takat ini, apa usaha MCA nak memulihkan diri mereka sendiri atau BN. Kosong. Yang tahu hanya menikam BN dan DS Najib. Bercakap pun macam pembangkang / DAP.

3. Jadi kepada MCA atau parti lain dalam BN yang sepertinya, baik berambus aje dari BN. Ada pun bukan bawa untung.

4. BN boleh lagi memerintah Malaysia tanpa MCA pun. PG cadangkan , ada baiknya MCA bergabung dengan DAP. Bukan apa, suara mereka pun memang sama aje dengan parti jahanam DAP tu. Akhbar mereka pun , sama juga. Hanya mempromosi DAP dan mainkan isu perkauman. Ada MCA ambil pot terhadap akhbar STAR milik mereka. Nak termuntah kita dibuatnya kalau kita membaca akhbar ini. Macam akhbar roket. Tak ada beza langsung.

5. Jadi berambuslah cepat sikit. Ada pun buat semak DS Najib aje !!! Tak gitu ?

Thursday 21 April 2011

SEKOLAH HARAPAN : ALHAMDULILLAH !!!!!







JASIN: Sejak dibuka pada September lalu, Sekolah Harapan sudah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya, Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Beliau berkata, buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah terbabit dengan sebahagiannya sudah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin. "Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Alhamdulillah. Selamat nyawa yang tidak berdosa. Tahniah kerajaan Melaka. Biar pun berbagai kecaman dan kutukan dikeluarkan terhadap idea penubuhan sekolah ini, akhirnya berpuloh nyawa anak yang tidak berdosa dapat di selamatkan.

2. Remaja wanita yang ditipu dan diperdaya oleh lelaki durjana dapat di selamatkan juga dari membuat dosa seterusnya iaitu mmbunuh kandungan tersebut. Tahniah Dato Ali. Teruskan usaha ini di samping memperhebatkan langkah lain dalam mengatasi masalah ini. Langkah penubuhan sekolah Harapan adalah salah satu usaha awal.

3. Setelah meneliti statistik di sekolah ini, rupanya ramai juga gadis dari kerajaan serambi Mekah ............Katanya kerajaan serambi Mekah ini , bagus dari segi mendidik rakyatnya dengan cara islam PAS. Rupanya sama juga dengan negeri lain. Sebab itulah, cakap bab konsep boleh le. Cakap dengan air liur. Bila keadaan sebenar adalah isu yang berlainan.

4. Apa pun , tahniah kepada mereka yang menjayakan penubuhan dan perjalanan sekolah Harapan. Tahniah kepada semua. Semuga anda semua mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Amin.

KITA PERTAHANKAN HAK KITA !!!!!


Malaysiakini

PERKASA: 'Cina balas susu dengan tuba

'Apr 20, 11 6:00pm


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) cawangan Sarawak mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Selain itu, ketuanya, Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari dalam satu kenyataan berkata kerajaan juga wajib memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan bumiputera mengikut peruntukan perlembagaan Malaysia................................................................................................

Selain itu, tuntutan lain PERKASA Sarawak adalah seperti berikut:

•Kerajaan BN Pusat dan negeri hendaklah mengkhaskan satu dasar khusus untuk Bumiputera Sarawak dan Sabah sebagai satu “tindakan afirmatif” yang lebih berkesan menggantikan “Dasar Ekonomi Baru” supaya segera dapat meningkatkan Ekonomi Bumiputera dengan perlu dipantau oleh Kesatuan-Kesatuan Bumiputera.


•Memastikan kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.


•Menuntut supaya semua rakyat pribumi perlu menikmati kemudahan asas seperti api, air dan klinik.


•Menuntut biasiswa automatik kepada anak-anak Bumiputera di Sarawak dan Sabah yang mencapai kelulusan minimum untuk memasuki kolej dan universiti.

•Memberi kelonggaran khusus kepada kaum bumiputera untuk memasuki IPTA dalam semua jurusan kritikal.


•Mempastikan pengagihan projek dan kontrak kepada kontraktor dan syarikat bumiputera dilakukan dengan telus dan berkesan dengan membenarkan kesatuan-kesatuan memantaunya........................................................................................................ Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG sokong benar pandangan PERKASA Sarawak ini. Hidup Bumiputra Sarawak. Kita terus perjuangkan hak kita seperti mana termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Wednesday 20 April 2011

1 MELAYU , 1 BUMI !!!!!! SOKONG 100 %






Penghuni Gua setuju benar ianya dilancarkan berselari dengan konsep 1 Malaysia. Tak salah. Melayu dan bumi perlu dijaga lebih kerana inilah tunjang kekuatan dan kestabilan Negara . Buat apa kita terhegeh dan merayu itu ini kepada yang lain.

2. Bukan dapat apa pun. Beri lebih tumpuan kepada Melayu dan Bumi kerana mereka ini setia setiap masa samada dipedulikan oleh kerajaan atau tidak. Mereka mengenang budi dan sentiasa menyokong kerajaan dalam keadaan susah dan senang.

3. Yang lain tu, perlu juga dibantu seperti biasa. Keutamaan kepada kedua di atas. Kedua di atas pun memang diberi keutamaan di dalam perlembagaan dalam keadaan apa pun. Maksudnya, perlembagaan telah menjelaskan kepentingan yang perlu di jaga oleh kerajaan terhadap Melayu dan Bumi. Jangan lupa ini.

4. Melayu dan Bumi adalah tunggak kekuatan negara. Jangan abaikan. Cadangan Dato Zaini di Utusan Melayu semalam wajar mendapat sokongan semua . Kerajaan perlu peka pada cadangan ini. Jangan menyesal dikemudian hari. Jangan lagi abaikan kedua bangsa ini......................

5. Kita tak kacau hak orang dan bangsa lain. Kita hanya pertahankan hak kita . Itu aje!!!!!!

JANGANLAH KEJAM SANGAT !!!!!!






ALOR SETAR 19 April – Universiti Utara Malaysia (UUM) sudah lima kali mengemukakan rayuan supaya cukai tanah universiti itu dikurangkan selepas tempoh rebat tamat, dalam tempoh dua tahun lepas, namun tidak pernah dilayan oleh Kerajaan Pas Kedah.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, rayuan itu dikemukakan dua kali pada 2009 dan tiga kali pada tahun lepas.

“UUM telah merayu melalui surat yang dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian Kedah pada 29 April 2009 dan sekali lagi rayuan dihantar terus kepada Menteri Besar Kedah pada 10 Jun 2009, tetapi dukacita rayuan tersebut tidak dilayan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pelajaran pun nak diniagakan. Nak di politikkan. Tak ada kerja lain ke ?

2. Apa nak berkira sangat dengan hal pelajaran ini. Ambil yang terendah aje cukai tu , udah le. Takkan bab pelajaran untuk anak cucu kita pun nak cari untung. Lagi pun, UUM tu bukan universiti Swasta.

3. Fikirkanlah sikit tentang masa depan bangsa. Ini dok asyik nak kedarah duit aje. Tak cukup ke ,kutipan derma yang PAS dok kutip hari-hari masa ceramah politik tu, sehingga nak kenakan cukai yang tinggi terhadap UUM?

4. Pakai otaklah sikit !!!!! Kalau tak ada pelaburan, buatlah perancangan jangka panjang untuk tarik pelaburan ke Kedah. Kalau Kerajaan pusat , buat misi pelaburan ke Luar Negara, mereka ini asyik hentam aje. Hingga mendakwa , misi kerajaan itu buang duit aje dan berbagai dakwaan lagilah. Jadi kalau dah pandai sangat, buatlah misi pelaburan sendiri ke Luar Negara. Lagi baik dari dok ceramah politik , tak kira siang atau malam. Habis ke boreh aje!!!

5. Atau pergi " belajar dengan Khalifah Lim Guan Eng " untuk menarik pelabur. Katanya, dia ni pandai sangat cari pelabur!!!! Tak gitu ?

6. Hentikalah tindakan kejam mengenakan cukai tinggi pada UUM tu. Jangan tempat anak dan cucu kita belajar pun , nak fikir untung rugi. !!!!

Tuesday 19 April 2011

" LOW CLASS " !!!!!

Dipetik dari blog : House PK


Penghuni Gua : Tak ada standard langsung YB dan Exco PR ini. Dulu di Pulau Pinang, ada seekor exco yang nak jadi penguatkuasa. Habis dirampasnya secara sendiri , periuk belanga keadi makan mamak. Kemudian tak mengaku. Akhirnya kantoi. Minta maaf. Itu baru dapat sedikit kuasa : ADUN dan exco ini boleh bertindak lebih dari penguatkuasa. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan.


2. Gila kuasa dan " low class" !!!!!

Monday 18 April 2011

DAH KALAH TU , DIAM AJE LAH !!!!!!!







Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.

AFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Tamparan apanya. PR dan PKR dan PAS cakap nak ambil alih Sarawak. Baru Bian nak dilantik sebagai KM. Jadi tamparan kepada siapa sebenarnya. Lelaki Y , lari lebih awal ke Eropah. PAS , anak sulung mereka di Sarawak, lekat songsang di dalam perut kosong PAS. Jadi siapa kena tamparan dari PRN ini? PR lah!!! Juga PKR dan PAS lah kerana berjaya diperbodohkan oleh DAP.

2. Dah kalah tu sudahlah. Kalah, kalah lah. Tamparan apanya. Pok Nik di Kelantan sebelum PRU 12 pun , memerintah Kelantan dengan kelebihan 1 kerusi DUN aje. Jadi siapa kena tampar siapa sebenarnya dari PRN Sarawak ini? PR lah terutama sekali melayu dalam PKR dan PAS yang berjaya di sampahkan dan dikudakan oleh DAP. tak gitu ?

3. Sudahlah. dah kalah tu , cakap banyak pulak. Ikut dan percaya lah lagi dengan kajian sampah Zentrum tu dan Merdeka Review tu. Kah kah kah kah kah !!!!!!!!!

Nota : PR kena penampar sendiri kot? Tak gitu ? Kah kah kah kah kah !!!!!! PG percaya , PRU 13 mesti sebelum Dis 2011. Tengoklah nanti. Tak percaya? Tanya sama itu hud, hud. Keh keh keh !!!!

MALAYAN LAW JOURNAL : KEPUNYAAN / PEMILIKAN !!!!!


[1993] 1 MLJ 21

Public Prosecutor v Chieng Ung Kai

Case Details: Malaysia HIGH COURT (SIBU)

— CRIMINAL APPEAL NO 25 OF 1989

Judges ABDUL KADIR SULAIMAN J

Date 6 OCTOBER 1992

Citation [1993] 1 MLJ 21


Catchwords:

Customs and Excise — Possession of uncustomed goods — Customs officer had seized goods on suspicion that customs duties had not been paid — Accused admitted to ownership of goods — Ownership not synonymous with possession — Whether goods are uncustomed goods — Burden on prosecution to prove that goods in question are subject to customs duties — Customs Act 1967 ss 2, 11, 49, 119 & 135(1)(d)

Bahasa Malaysia Summary:

Penentang dan seorang lagi telah didakwa di bawah s 135(1)(3) Akta Kastam 1967 (‘Akta itu’) tetapi telah dibebaskan. Pendakwa raya telah merayu atas alasan bahawa majistret telah salah apabila tidak meminda dakwaan itu kepada suatu di bawah s 135(1)(d) Akta itu memandangkan bahawa dakwaan asal tidak berkuat kuasa lagi. Pentelah memdasarkan perhujahannya atas pengakuan yang dituduh oleh penentang bahawa barang-barang itu adalah kepunyaannya.


Diputuskan: Diputuskan, menolak rayuan itu:

(1) Perkataan keempunyaan tidak merupakan sinonim kepada permilikan. Pengakuan yang dituduh itu dibuat selepas pihak kastam telah merampas barang-barang itu. Pada masa itu barang-barang itu telah berada di bawah kuasa pihak kastam dan dalam keadaan ini, sebelum penentang sampai ketempat itu dan sebelum beliau membuat pengakuan tentang keempunyaan, beliau telah berpisah dengan milikan barang-barang itu. Penentang tidak boleh dikatakan memiliki barang-barang itu pada masa yang penting itu.

(2) Sebelum mempertimbangkan anggapan yang ditimbulkan oleh s 119 Akta itu, yang memindahkan beban membukti kepada penentang, pihak pendakwa terpaksa menunjukkan bahawa barang-barang yang berkenaan itu adalah barang-barang yang belum dibayar duti dan tertakluk kepada duti kastam. Duti kastam hanya dikenakan keatas barang-barang yang diimpot kedalam atau didari Malaysia.

Tidak memadai untuk menunjukkan bahawa barang-barang itu kepunyaan suatu kelas yang dikenakan duti apabila diimpot atau diekspot. Pihak pendakwa terpaksa menunjukbahawa barang-barang yang berkenaan itu telah diimpot kenegara atau sedang diekspot keluar dari negara. Tidak terdapat keterangan sedemikian di dalam kes ini dan tidak terdapat keterangan tentang sebarang perlanggaran Akta itu atau persubsidiari yang telah dibuat dibawahnya yang akan membarang-barang itu barang-barang yang belum dibayar duti.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Wen Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

MANA KUNYIT NI DAH PERGI HAH? ?????


Penghuni Gua : Mana perginya si kunyit ini. Apa yang dibuat di luar negara tu. Negara mana pulak dia singgah. Kata nak jawab persoalan seks dan dakwaan RPK mengenai isu PM dan Atlantuya , pada 17 apr 2011. Sampai kini senyap aje !!!!! Menipu lagi !!!!

2. Sedang mencari kompeni / pengeluar jam omega ke ??? Jam mungkin boleh buat lain. DNA bagaimana?. Cctv spa pun ada. Mana mahu lari? Takkan buat mensyuarat PKR di Spa? Juga , kalau mensyuarat PKR di spa, mengapa Presiden parti tak hadir bersama ?

3. Macam sama aje kes di kondo tu. Mula-mula kata ada rumah. Kemudian kantoi , bila cctv kondo sahkan kehadirannya di kondo tempat disyakki Saiful diliwat. Kemudian berdalih.... katakan ada meeting PKR di sana. Tapi meeting PKR , tak ada pulak Presiden parti hadir. Malah presiden pun tak tahu tentang meeting tersebut dan keujudan pejabat PKR di kondo tu.

4. Pelik, pelik. Itulah kelebihan omega. Tak gitu?

GELI-GELI PAGI : GELI NEPOTISME !!!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Kalau orang semua nepotisme, kalau orang semuanya konspirasi, kalau orang semuanya rasuah, kalau orang semua tak betul, kalau orang semuanya suruhanjaya. Kena diri sendiri............................................Silau jam Omega kot ? Tak gitu ?

AGENDA DAILY YANG DIGODAM !!!!!


Penghuni Gua : Agenda Daily telah digodam. Jadi kalau nak melayari Agenda Daily , sila KLIK.

Sunday 17 April 2011

GELI-GELI PETANG : PKR MAKIN GELI !!!!!!

Dipetik dari : Malaysia Instinct com

Penghuni Gua : Jam Omega hilang di Sarawak. 3 kerusi aje. DAP berjaya kudakan PKR dan parti pak janggut . Padan muka. PAS ? Tangan mereka bau tahi sahaja. Hapah pun tak ada. Cuma boleh memenangkan DAP sahaja. Tercapailah matlamat DAP ini dalam memperkudakan Melayu seperti PAS terutamanya!!!!! Tak gitu ? Kah kah kah kah kah !!!!!!

Saturday 16 April 2011

PRN SARAWAK : MATA DAH MULA MERAH !!!!!!

Penghuni Gua : (*&^%$#@#$%^&*((*$#@#$%^&*()(*&^%$#*(*&^%$#Bungkus. Jam omega lelaki Y ini hilang lagi di Sarawak. Kesian.

MALAYAN LAW JOURNAL : HAD MASA !!!!!



[1994] 1 MLJ 42

Siang Galau v Ang Wak Hiong

Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUCHING) —

CIVIL APPEAL NO KG13 OF 1991

Judges CHONG SIEW FAI J

Date 4 SEPTEMBER 1993

Citation [1994] 1 MLJ 42


Catchwords:

Civil Procedure — Appeal — Time — Memorandum of appeal — Time period for filing memorandum of appeal — Appellant represented by counsel — Rules of the High Court 1980 O 55 r 2(4) — Subordinate Courts Rules 1980 O 49 r 2(4)


Bahasa Malaysia Summary:

Di mahkamah majistret, di mana kedua-dua perayu dan responden telah diwakili, pembelaan perayu telah ditolak dan responden telah dibenarkan mencatat penghakiman untuk jumlah sebanyak RM13,228.96 dan ganti rugi yang perlu ditaksir. Dalam rayuan ini, peguambela untuk responden telah membangkitkan suatu perkara permulaan bahawa memorandum rayuan telah difailkan dan sesalinan memorandum rayuan itu telah disampaikan kepada responden di luar had masa, dan alasan tidak diberi untuk kelengahan itu.

Oleh itu, telah dihujahkan bahawa rayuan itu sepatutnya ditolak. Peguambela untuk perayu telah berhujah sebaliknya, dengan menyatakan bahawa memorandum rayuan telah difail dan disampaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Isu yang dipertikaikan adalah sama ada kaedah-kaedah itu memerlukan supaya memorandum rayuan itu difail dan disampaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian Borang 141 atas perayu melalui peguamnya.

Diputuskan: Diputuskan, menolak rayuan itu:

Pemasukan A 49 k 2(4) Keadah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (‘KMR itu’) ke dalam A 55 k 2(4) Keadah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (‘KMT itu’) dengan jelas melingkungi kesemua perayu selain daripada mereka yang tidak diwakili oleh peguam atau mereka yang miskin. Sekarang, dengan membaca A 55 k 2(1) dan (2) KMT itu bersama dengan A 49 k 2(4) KMR itu, adalah jelas bahawa memorandum rayuan mesti difail dan sesalinannya disampaikan atas responden dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian Borang 141 atas seseorang perayu yang diwakili. Oleh itu, memorandum rayuan di dalam kes ini telah difail dan disampaikan di luar had masa.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

PETA PELAYAR