FOLLOWERS

Saturday 31 December 2011

AKAN DIKAPAN ? HE HE HE HE HE HE HE HE !!!!!


Penghuni Gua : Pergi mahkamah sakit belakang. Pergi mahkamah cakap tak boleh nak menunggek dan sebagainya. Ceramah / roadshow satu Malaysia sehingga 8 Jan 2012 boleh pulak. Tak pulak sakit pinggang san sakit tengkok. Kalau lihat lakonannya dikerusi roda masa kes terdahlu....... rasanya 2 ke tiga hari paling lama boleh padam hayatnya. Siap dengan balut tengkok dan dipapah macam belut oleh Azmin Ali. Tapi bila ceramah boleh pulak............ Keh keh keh keh !!! Auta punya olang.

2. 9 jan 2012 ini PG yakin benor, lelaki ini akan dikapankan oleh mahkamah. Bukti saintifik yang ada menunjukkan kearah itu.

3. Tak gitu ? Kih kih kih kih kih kih !!!!

HA HA HA HA HA HA HA HA !!!! LAWAK BODOH GERAKAN BAGI TAHUN BARU 2012 !!!!








Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Selangor yakin dapat merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Selangor yang mereka tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kawasan berkenaan ialah DUN Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta Parlimen Puchong.

Pengerusi Gerakan A.Kohilan Pillay berkata perkara ini didorong trend semasa pengundi di kawasan terbabit yang kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri itu, yang berdepan pelbagai masalah sejak memerintah pada 2008. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Lawak bodoh GERAKAN terbaru sempena menyambut tahun baru 2012.

2. GERAKAN ujud lagi ke ? Dah tinggal tulang temulang aje tapi nak cakap lebih. Pooooooodddddaaaahhhhhhhhhh. Ha ha ha ha ha ha ha ha ha !!!!

KITA BEKUKAN DIA NI !!!! KAH KAH KAH KAH KAH !!!


Penghuni Gua
: Selamat jalan Romeo.................Kah kah kah kah kah!!!! Kita nak tengok juga takat mana 901 berjalan. Atau cakap aje berdegar-degar. Kah kah kah kah !!!!

Friday 30 December 2011

PUSING JANGAN TAK PUSING NUAR !!!!!! KAH KAH KAH KAH KAH !!!!












Ibarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.

Apapun para penjenayah tegar - tak kira pembunuh,perompak,penyangak,perogol,peliwat,perasuah - sila ambil ingatan jangan teragak-agak tiru macam Anwar buat roadshow untuk kasi gempak dan pertikaikan mahkamah ikut suka hati,jika ditakdirkan pakatan pembangkang tawan Putrajaya nanti.

Alasan mudah,main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.

Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Dicelah-celah kekalutan Anwar dan gengnya itu mengelupur nak hadapi penentuan 9 Januari,kalangan bekas panglima perang Anwar semasa reformasi kes liwat pertama tahun 1998 dulu tertawa melihat gelagat ini kerana sudah dapat baca gerak langkah mereka.

Antaranya Zahid Mat Arip,bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan.Beliau menduga Anwar akan ‘all out’ untuk meracuni fikiran rakyat bagi bersimpati terhadap beliau dalam menjelang keputusan kes liwat ini.

Beliau tidak hairan jika roadshow itu disertai oleh isteri dan anak-anaknya yang menampilkan wajah sedih di seluruh negara bagi meracuni fikiran rakyat.

Katanya nanti ramailah khususnya 'pendatang baru' dalam PKR yang hendak menonjol diri jadi tukang memekak dengan nawaitu untuk jual nama nak jadi calon PKR dalam pilihanraya.

"Saya tahu kebanyakan yang buat kerja ni nanti budak-budak baru.Ini semua kerja bodoh kami sudah buat masa kes liwat pertama dulu jadi macai Anwar.

"Budak-budak baru ni semua tahu apa cerita pasal Anwar kecuali jadi kuda dia untuk selamatkan diri.Nak buat macam mana ramai yang suka diperbodohkan,"katanya.

Zahid sendiri tidak fikir kerajaan dan kehakiman gentar dengan perang saraf mereka nak mengugut cara begini.

"Negara kita ada undang-undang.Kalau setakat nak tuduh konspirasi siapa pun boleh tuduh.Pokok pangkalnya kamu liwat atau tidak Saiful. Keputusan itu ditentukan oleh mahkamah berasaskan hujah kes dan bukti yang ada,"ujarnya.

"Apa mereka fikir mereka boleh huru harakan negara kalau Anwar didapati bersalah...kita sama-sama tengoklah nanti,"tambahnya.

Zahid tersenyum bila berkata modus operandi Anwar dan gengnya sama saja sejak dulu.

Beliau tertawa dengan gelagat Anwar dan pasukan peguamnya lambat siang nak tuduh orang hina mahkamah kalau cakap tentang kes liwatnya."Ini nak buat roadshow..nak jelajah bukan cakap pasal kesnnya...bukan hina mahkamah ke...inilah bapak hipokrit besar","tegasnya.

Zahid juga menduga nanti akan ada 'lakonan-lakonan' semasa roadshow atau demonstrasi." Bila polis bertindak lebih sikit mulanya bising sedangkan mereka sendiri yang langgar undang-undang dan engkar arahan polis supaya bersurai.

"You berani buat salah berhimpun secara haram segala macam ...you tanggunglah sendiri.Ini nak merengek dan nak mengadu pada NGO antarabangsa bila kena gas pemedih mata...ini lawak macam pondan,"katanya.

Sementara itu, bekas ketua PKR Pematang Pauh, Anuar Shaari pula berkongsi cerita menarik mengenai Anwar.

Katanya yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit Anwar di Kementerian Kewangan sebelum dipecat pada tahun 1998 itu, bekas bosnya itu bukan tabah sangat ketika dipenjara kali pertama pada tahun 1999 sehingga 2004.

“Pada satu peringkat, beliau merayu-rayu kepada ramai sahabatnya di luar untuk berusaha bebaskan dia dari penjara. Anwar kata dia dah tidak tahan duduk dalam penjara,”cerita beliau.

Menurut Anuar, antara yang ‘dirayu’ sampai hampir-hampir menangis adalah Ezam Mohd Nor yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan baru bebas dari Penjara Kajang.

“Ezam pernah cerita pada saya, Anwar terdesak untuk keluar penjara dan mahukan dia lakukan apa sahaja untuk tujuan tersebut,”kata beliau.

Kerana itu menurut Anuar, penasihat PKR pasti tidak akan sanggup dipenjara lagi kali ini.

“Dia akan cuba sedaya upaya untuk bangkitkan rakyat, guna mahasiswa, guna pekerja, road show seluruh negara, tetapi pada akhirnya, jika semua itu tidak sampai objektif yang dikehendaki, Anwar mungkin akan lari,” ramal beliau.

“Perkara ini akan semakin jelas seminggu sebelum 9 Januari, kita bakal saksikan bagaimana Anwar akan sehabis tenaga untuk memastikan jalan raya dipenuhi penyokongnya ketika keputusan dibacakan.

“Tapi jika tak jadi macam dia rancang, dia mungkin lari dan untuk mengelakkan diri digelar penakut, dia akan beritahu penyokongnya, melarikan diri itu sebahagian dari strategi jangka masa panjang… itu telahan saya berdasarkan pengalaman bersama Anwar,” katanya.-19/12/2011- OLEH HELME HANAFI
Penghuni Gua
: Kah kah kah kah!!!! Penjilat utama seperti Chegubard, Samsul AMK siap bertempik le. Tapi dua mangkok ini masa demo nanti, duduk dibelakang sekali. Kah kah kah kah !!!!

2. SELAMAT DATANG KE BAMBOO RIVER RESORT. Bye, bye !!!!!! Adam Adli boleh lah jadi " Tok Joro ". Kah kah kah kah !!!!!

Thursday 29 December 2011

KEBEBASAN AKHBAR CARA HARAKAH AKA HAPRAK DAILY !!!! KAH KAH KAH KAH !!!!!







PETALING JAYA: Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.

Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.

"Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.

"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Itulah kebebasan akhbar cara PAS dan Harakah aka HaprakDaily. Lapuran menipu dan putar belit tiap hari. Tapi halal sebab ia ikut kebebasan akhbar cara Islam PAS.

2. Sekarang dah kantoi. Hasan Ali lempar tahi kepada Harakah aka Haprak Daily.

3. Itulah wajah Harakah aka Haprak Daily. Yang betul satu aja diakhbar ini. Bab ubat kuat yang diiklankan. Betul tu bab iklan tul;ah. Tapi kemujarabannya kantoi juga kot !!!! Kah kah kah kah kah !!!!

4. Harakah aka Haprak Daily aka sampah.............Kah kah kah kah !!!!

KEBEBASAN PERLU ADA DISIPLIN : PROF MADYA SHAMRAHAYU !!!!









Hidup tanpa sekatan penyumbang kecelaruan sosial

KEBEBASAN bersuara dalam pelbagai aspek, termasuk kebebasan media, kebebasan berhimpun, kebebasan akademik, kebebasan menyertai parti politik (bagi pelajar universiti) dan seumpamanya sedang dan akan terus hangat diperkata. Begitu juga dengan kebebasan diri dan kebebasan peribadi seperti kebebasan seksual identiti dan seksual orientasi. Pembaca juga maklum, perkembangan semasa berkaitan kebebasan ini bukan perkara kecil. Ia sudah menular sehingga terdapat perselisihan besar antara beberapa kelompok orang kita. Ramai yang menganggap dua jenis kebebasan ini, iaitu kebebasan bersuara dan kebebasan diri adalah satu-satunya cara yang dapat menilai atau menentukan tahap intelektual dan keupayaan identiti individu. Sekiranya kita menganggap kebebasan adalah segalanya, kita akan menjadikan kebebasan itu 'tuhan'. Dalam kata lain, kita akan menganggap kebebasan itulah yang menentukan baik buruk atau sebagainya. Ini adalah salah. Kebebasan cuma satu wadah, tetapi ia bukan penentu kepada semuanya Sejak dari dulu kala, manusia mengutamakan kebebasan dalam pelbagai hal. Ramai ahli falsafah telah memberi pandangan mereka mengenai kebebasan ini. Benar, dalam apa juga hal, kebebasan adalah perkara pokok. Kebebasan akan menyumbang kepada pembangunan diri dan intelektual manusia. Tanpa kebebasan manusia akan menjadi alat mainan mekanikal kanak-kanak, robot atau boneka yang dikawal dengan tali. Dalam keadaan ini kita mengiktiraf kebebasan manusia.

Namun begitu kita perlu ingat bahawa kebebasan bukan hanya relevan kerana demokrasi. Demokrasi juga bukan semata-mata kebebasan. Berkaitan, kebebasan juga bukan politik dan politik bukan semata-mata kebebasan. Saya menyebut ini kerana saya membaca daripada pelbagai sumber bahawa, kebebasan dituntut kerana demokrasi dan politik.

Asalnya, kebebasan diperlukan kerana sifat manusia. Ia secara umumnya dikawal oleh biologi atau emosi dan diri manusia itu sendiri. Dari asal kejadian manusia mempunyai naluri untuk bebas. Makna atau maksud ‘bebas’ dalam naluri manusia itu berbeza-beza. Perbezaan berkenaan wujud mengikut kepercayaan agama, keadaan sosial (termasuk emosi) dan juga undang-undang.

Bagaimanapun, kita harus sentiasa ingat bahawa kebebasan bukanlah segalanya. Sekiranya kita menganggap kebebasan adalah segalanya, kita akan menjadikan kebebasan itu ‘tuhan’. Dalam kata lain, kita akan menganggap kebebasan itulah yang menentukan baik buruk atau sebagainya. Ini adalah salah. Kebebasan cuma satu wadah, tetapi ia bukan penentu kepada semuanya.
Selain daripada itu, dalam kebebasan satu individu, terdapat kebebasan individu yang lain. Di sana juga terdapat kebebasan sesebuah masyarakat. Lantas, kebe-basan individu terikat dengan kebebasan individu lain dan juga kebebasan masyarakat.

Seiringan dengan itu, kita sedia maklum, sejak dari kejadian manusia itu juga setiap individu yang dinamakan manusia itu, setiap satunya mempunyai diri dan naluri yang tersendiri. Ada ketika tertentu naluri antara setiap satu itu akan bertembung dan bercanggah. Di sinilah justifikasi sekatan kepada kebebasan.
Oleh itu, kebebasan dan sekatannya tidak bertentangan antara satu sama lain. Kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua-duanya hendaklah sentiasa ada bersama dan beriringan. Kebersamaan itulah yang akan membantu manusia mencapai tujuan utama kehidupan sebenar secara bersendirian, atau juga secara berkelompok dalam masyarakat.

Selain daripada itu, kebebasan tanpa sekatan menjadi penyumbang besar kepada kecelaruan sosial. Apa tidaknya, dari satu sisi, kebebasan peribadi dan kebebasan diri diperjuang, manakala dari satu segi yang lain pula kita saksikan rungutan kepada keruntuhan moral dan masalah sosial. Kebebasan peribadi dilaung, bila timbul masalah sosial kita bising dan menuding jari kepada kerajaan. Ini telah jelas berlaku di negara kita. Oleh itu kebebasan perlu didisiplinkan.

Pada falsafahnya kebebasan itu adalah satu ikatan. Kebebasan bukan lesen untuk bebas lepas tanpa ikatan atau tanpa sempadan. Kebebasan juga mempunyai pengisian kerohanian. Ia tidak memisahkan langit dan bumi – kebebasan tidak memisahkan manusia daripada tuhannya. Kebebasan bukan lambang keegoan. Kebebasan adalah lambang kesederhanaan. Kebebasan menyatakan yang benar walaupun sukar dan pahit. Kebebasan hendaklah sentiasa berada di atas landasan kejujuran. Ia menyebarkan yang benar dengan kejujuran.

Kebebasan bukan propaganda. Kebebasan tidak harus diniat dan diamal untuk menarik seseorang atau satu pihak ke sisinya. Kebebasan harus menyampaikan ilmu dan juga menjadi sumber asas pengetahuan. Kebebasan adalah proses atau mekanisme mengajak orang lain berfikir. Kebebasan adalah ejen pembuka minda, bukan penghalang kepada kebebasan minda. Kebebasan juga bertujuan untuk membaik pulih sesuatu yang tersalah. Kebebasan harus menyatupadukan, bukan memecah belah. Natijahnya, kebebasan hendaklah menjadi asas kepada penyatuan dan persefahaman.

Selepas menghayati falsafah kebebasan itu, kita perlu sentiasa teliti dalam menentukan sama ada kita perlukan kebebasan ataupun kita perlu pinggirkannya. Kita harus meneliti sama ada (antaranya); pertama, adakah kebebasan yang dituntut oleh sebahagian daripada kita di negara ini sebenarnya membawa kepada kebenaran; kedua, adakah kebebasan tersebut disertai dengan kejujuran; ketiga, adakah kebebasan yang dituntut itu adalah untuk membuka minda dan intelektual; dan keempat, adakah kebebasan itu semata-mata propaganda, sama ada bertujuan politik atau sebagainya, yang tidak akan membawa kita ke mana-mana kecuali kepada keruntuhan peribadi dan rohani, perpecahan dan kegawatan antara kita. Semoga kita tidak gelap mata dalam memilih dan memperjuangkan kebebasan.


Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Wednesday 28 December 2011

DAH KANTOI .... PELURU JUGA DIKAMBING HITAMKAN !!!! !!!!!!








Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming hari ini menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan sebutir peluru, yang dikirimkan ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak.

Sambil menggelar Nga sebagai "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Alasan standard untuk alih isu. Bila kantoi aje, puak-puak ini akan terima pelurulah. Biak Nga ke, lelaki Y ke, Ronnie gangster ke, Amiga ke semuanya gunakan alasan yang sama.

2. Alasan standard puak-puak ini. Biasalah. Dah kantoi bab kontrak jahit baju istiadat exco Perak yang diberi kepada isteri sendiri. jadi pelurulah jadi mangsa dan dikambing hitamkan.

3. tak gitu ? Kah kah kah kah kah kah !!!!!

Tuesday 27 December 2011

PEGAWAI INI LEBIH CERDIK DARIPADA TIM MENTERI ......!!!!!!!!!!!

Utusan Malaysia






KUALA LUMPUR 27 Dis. - Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar universiti akan dikenakan tindakan gantung pembelajaran ataupun gugur taraf sebagai seorang mahasiswa.

Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khirul Anuar Che Azmi berkata, hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada peraturan yang sedia ada.

“Seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, boleh dijatuhkan hukuman dibuang daripada universiti atau digantung pembelajaran selama dua semester.

“Contoh kes itu dipandang sebagai satu kes yang serius dan ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di universitinya untuk hukuman,” katanya.

Katanya lagi, semua mahasiswa yang ditahan atas kesalahan disiplin akan diadili di peringkat universiti di mana mahasiswa ini akan dibicara dahulu oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. - UTUSAN

Penghuni Gua
: Itulah yang sepatutnya dan wajib diambil keatas mahasiswa tak empok ini. Mahaisswa yang otaknya sanggup diperkuda oleh Al Juburi dan yang sewaktu dengannya.

2. Dan yang bagusnya pulak, ada pulak seorang Tim Menteri yang mendahului dan mengatasi undang=undang dan Menterinya sendiri iaitu Tim Menteri demo haram ........MP Temerloh yang mengatakan mahasiswa mangkok ini tak boleh dikenakan tindakan kerana ia berlaku di luar kampus.

3. Sebagai Tim enteri yang dah 3 tahun lebih pegang jawatan, apa MP ini telah buat untuk memperkasakan mahasiswa Melayu dalam pelajaran? Kosong. Yang ada dan terlalu ke depan ialah galakkan mahasiswa melayu yang lulus cukup-cukup makan tu berdemo haram,,,,,,.......... adalah. Itulah jasa MP ini selama jadi Tim Menteri.

4. Kepada PM, singkirkan cepat MP ini. kami di luar ini dah meluat sangat dengan dengan tindakan dan gerak geri MP ini. Nak muntah pun ada. Cuba tanya kebanyakkan blogger yang mesra kerajaan. Semuanya akan cakap,,,,,,,,,,,,,,........ nak muntah dengan tindak tandok MP ini. Dan kepada UPSI , ambil tindakan sekeras mungkin terhadap mahasiswa bodoh ini. Ia tak menunjukkan tauladan yang baik kepada nakal murid yang akan diajarkannya nanti. ...........

MALAYAN LAW JOURNAL : KETERANGAN ISTERI !!!!!



[1994] 3 MLJ 457
Public Prosecutor v Abdul Majid
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL REVISION 43–13–1993

Judges JAMES FOONG J

Date 15 AUGUST 1994
Citation [1994] 3 MLJ 457


Catchwords:


Evidence — Witness — Spouse — Whether wife of accused could be compelled to give evidence for the prosecution — Whether English law on compellability of witnesses applies — Evidence Act 1950 ss 120 & 122

Bahasa Malaysia Summary:


Tertuduh telah dituduh atas kesalahan membunuh di bawah s 302 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45). Pada siasatan permulaan, pihak pendakwa telah mencuba memanggil isteri tertuduh sebagai seorang saksi pendakwa. Peguambela tertuduh telah membuat bantahan atas alasan bahawa walaupun isteri tertuduh adalah seorang saksi kompeten, beliau tidak boleh dipaksa untuk memberi keterangan yang menentang suaminya sendiri. Majistret telah memutuskan bahawa isteri tertuduh tidak boleh dipaksa untuk memberi sebarang keterangan yang menentang suaminya. Pihak pendakwa kemudiannya telah merujuk perkara itu kepada Mahkamah Tinggi untuk keputusannya sementara siasatan permulaan itu ditangguhkan.

Diputuskan:
Diputuskan, mendapati bahawa isteri tertuduh boleh dipaksa untuk memberi keterangan dan memerintahkan supaya majistret mencatatkan keterangannya:


(1) Undang-undang berkenaan dengan isu saksi pasangan ditentukan oleh Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’) dan majistret telah membuat kesilapan apabila beliau mengikut undang-undang Inggeris. Mengikut s 120 Akta itu, seseorang suami atau isteri merupakan seorang saksi kompeten di dalam prosiding jenayah terhadap sesiapa juga, walaupun soalan mengenai kebolehpaksaan tidak disebut secara nyata.


(2) Bagaimanapun, mengikut s 122 Akta itu, seorang yang beristeri atau bersuami atau telah beristeri atau bersuami tidak boleh dipaksa mendedahkan apa-apa komunikasi yang telah dibuat kepadanya dalam masa dia beristeri atau bersuami melainkan jika orang telah membuat komunikasi itu mengizinkan. Kegunaan perkataan ‘dipaksa’ di dalam s 122 menunjukkan bahawa adalah menjadi niat badan perundangan supaya seorang saksi kompeten seharusnya juga merupakan seorang saksi paksa.


(3) Oleh yang demikian, isteri tertuduh boleh dipaksa untuk memberi keterangan kecuali komunikasi yang dibuat oleh tertuduh kepada beliau melainkan jika keizinan tertuduh diperolehi seperti yang diperlukan di bawah s 122 Akta itu.

Penghuni Gua
: Semuiga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pe;ajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.

Monday 26 December 2011

CATS ? TAK BERBUNYI PUN !!!!!!






Pergeseran di kalangan pemimpin DAP Pulau Pinang masih belum reda dan hari ini Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer menyifatkan kritikan Timbalan Setiausaha Agung parti itu P Ramasamy terhadap parti dan pemimpin hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Rayer amat kesal dengan perbuatan Ramasamy itu yang menunjukkan bahawa beliau (Ramasamy) tidak langsung menghormati kepimpinan parti seperti Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Dr Chen Man Hin (Penasihat Seumur Hidup) .

"Ia menggambarkan sikap angkuh beliau," katanya pada sidang media di George Town hari ini.

Sabtu lepas Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta Ramasamy meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana melanggar arahan Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu yang melarang ahli membuat kenyataan terbuka menentang pemimpin.

Rayer menafikan sekeras-kerasnya beliau ada meminta projek serta keistimewaan daripada Ramasamy walaupun namanya tidak disebut dalam dakwaan yang dibuat oleh Ramasamy sebelum ini.

Penghuni Gua
: tak berbunyi pulak LGE dan CAT nya nak siasat. Bukan orang lain yang dedah. Tetapi Tim KM II sendiri yang dedah.

2. Tantawi dan Mahfuz tak nak demo ke. Atau Adam tak nak demo ke isu rasuah yang didedahkan sendiri oleh TKM II PP ini yang melibatkan ADUN nya?

3. Semua jadi bisu........mnegapa ye ?

4. Cakap aje lebih. Amalannya ... habok pun tak ada !!!!!

901 : TAHI SENDIRI , BASUH SENDIRILAH !!!!

Penghuni Gua : Sendiri buat taik, sendiri basuhlah. Ini nak minta orang basuh. Mana tahan. Kalau tahi sejenis aje tak apa. Ini banyak jenis. Campuran jenis lelaki dan wanita. Mana boleh tahan beb.............!!!!!

2. Nak tengok juga berapa ramai yang dikencing makhluk ini pada 9 jan ni. Bukan apa, nak kumpulkan wajah mereka yang bejaya dikencing oleh makhluk ini...... Kesian. Nak cerita pada anak cucu di masa hadapan. Kah kah kah kah kah !!!!!!

Sunday 25 December 2011

KEBEBASAN AKHBAR CARA ISLAM PAS !!!!!!!




KUALA LUMPUR: Bekas pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan berapa peruntukan ruang bagi beliau dalam media PAS iaitu Harakah apabila timbul dakwaan mengatakan beliau masih menggunakan media Umno.

“Tidak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah kerajaan berkuasa maka sudah tentu dirujuk kepada kerajaan. Dan Umno sebahagian daripada kerajaan maka dikatakan media Umno.

“Saya menerima mana-mana media pun. Keterbukaan media-media ini memberi ruang kepada orang-orang seperti saya, lebih besar daripada media milik parti sendiri,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.

Dr Hasan menjadikan kontroversi atau polemik yang berlaku sejak dua, tiga minggu lalu sebagai contoh yang boleh dibuat sebagai analisis kandungan dalam Harakah.

“Semasa saya jadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu pun saudara (media) boleh buat analisis kandungan, berapa peruntukan ruang kepada saya berbanding orang lain? Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Itulah kebebasan media cara PAS atau cara Islam PAS. Kebebasan media bagi membunuh pemimpin yang tak disukai secara perlahan-lahan. Raja kebebasan akhbar di Malaysia selain Suara Keadilan, Rocket ialah Harakah le. Akhbar lain semua tak bebas dan di katakan dikawal kerajaan.

2. Mereka ajelah yang bebas dan terbaik semuanya.

3. Akhinya tahi yang penuh dipunggung Harakah, didedahkan oleh pemimpin mereka sendiri. Dan Hasan Ali siap ajar lagi Harakah dengan pesanan .............." Pergi belajarlah ilmu mengenai media. Pengetahuan Harakah masih kurang bab tu"............. Itu kata Hasan Ali lah.

4. Itulah kebebasan akhbar cara Islam PAS. Orang semua tak bebas. Dia ajelah yang bebas semuanya dan terbaik semuanya. Terbaik ..... main pakai air liur aje.

5. Semua orang boleh cakap. Amalannya? Hampas!!!!!!!!!!!!!

6. Tak gitu ? Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!!!! Akhbar sampah..............biasalah. Itulah pun standardnya !!!!!!!!!!!!!!Kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!

Saturday 24 December 2011

KEBEBASAN BERSUARA CARA DAP DAN PAS !!!!!!





Ramai yang fikir isu perang mulut antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri 2 Dr P. Ramasamy semakin reda dengan komitmen jawatankuasa DAP Pusat tubuh badan khas selesaikan isu tersebut.

Tiba-tiba pagi Sabtu, Karpal Singh meletup lagi, apabila mengeluarkan kenyataan supaya Ramasamy meletak jawatan dari parti tersebut.

Semalam, media melaporkan, Ramasamy memberitahu bahawa wujud golongan yang sedang berkomplot untuk untuk menggulingkan beliau.

Karpal berkata bekas ahli akademik itu perlu meletakkan jawatannya selepas membuat berbagai tuduhan serius terhadap pemimpin-pemimpin parti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Apa natijah dan pengajaran yang boleh di dapati dari pergaduhan pemimpin-pemimpin dari dua parti sampah yang mendakwa mereka pejuang kebebasan ini? Semua nak bebas. baik PAS atau DAP.

2. Dr Hassan Ali dan Nasaruddin ditenyeh separuh nyawa oleh PAS dan pemimpinnya . KLIK

3. Dua kejadian di dalam dua parti yang begitu megah mendakwa dan memperjuangkan kebebasan bersuara dan kebebasan berucap, kebebasan maklumat , telus, CAL, SELCAT dan cara Islam dan sebagainya tetapi dalam kedua kejadian ini jelas mereka / kedua parti ini hanya temberang aje.


4. Dengan modal air liur mereka menipu penyokong mereka dan cuba menipu kita bahawa merekalah pejuang kebebasan bersuara semuanya.

5. Tetapi dalam tindakan dan amalannya....................... mereka tak boleh ditegur langsung.. Pemimpin mereka langsung tak boleh terima kritikan dan ditegur. Maklumat disorot bagi mengelak dari diketahui oleh penyokong mereka. Penyokong yang dok kena kencing hari-hari dok percaya lah bahawa 2 parti ini adalah pejuang kebebasan sejati mengikut demokrasi dan satu lagi cara islam terus tertipu dan dikencing.

6. Kena tegur sikit mereka melatah tak tentu pasal macam budak darjah 6. Tapi kalau dengar cakap mereka mengenai ketelusan dan kebebasan bersuara............. mengalah US.

7. Kalau beginilah caranya dan PG amat yakin serta percaya, jika mereka dapat memerintah Malaysia ( takkan di izinkan oleh Allah ......... dan selama ini pun begitu ) mereka akan lebih zalim dari Korea Utara atau China Komunis. Mereka akan sekat dan mengekang semua media dan pengkritik mereka.

8. Jadi bandingkanlah dengan kerajaan yang ada. Kena bantai kiri kanan baik dari lawan atau pemimpin sendiri pun tetap cool. Jadi siapa lebih baik bab terima kritikan dan keterbukaan serta kebebasan bersuara?

9. 2 Parti sampah ini cakap aje lebih..............Pungggung penuh dengan tahi. Tahi sendiri pulak tu.

10. Tak gitu ? kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!!!!!!!! PKR jangan cakaplah. Tiap hari kencing sambil berlari. Itu pun ke arah Sg Buloh Resort. Kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!!

AL FATIHAH !!!!!






ADUN PAS Tendong, Dr Muhammad Md Daud meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam tadi, dipercayai akibat serangan jantung.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat melaporkan berita kematian tersebut dalam Facebooknya awal pagi ini.Menurut tulisan Nik Aziz, Allahyarham meninggal dunia secara
tiba-tiba. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua
: Semua Allah menempat Allahyarham di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin

Friday 23 December 2011

PERTANDINGAN BINA BADAN CARA ISLAM PAS !!!!

Penghuni Gua : Orang lain buat haram. Masa prtandingan ini dibuat di Melaka , PAS siap dengan demo lag. Alih-alih kini diadakan di Kelantan. Halal pulak. Tak ada pulak Tantawi dan Mahfuz nak demo pulak. Mujngkin kerana mereka smua ini dah di tarbiah oleh DAP. Cakap aje lbih puak ini. Islam sana , Islam sini. Habok pun tak ada. Modal air liur aje. Najis pun penuh dipunggung. Sudahlah.



LYNAS : KISAH PENIPUAN PENENTANG LYNAS !!!!








Saya ingin berkongsi pengalaman ketika hadir pada majlis makan malam anjuran bersama Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari pada Jumaat, 16 Disember lepas bertempat di Kelab Diraja Selangor (RSC), Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Saya ingin memuji pihak penganjur kerana menjemput seorang penceramah ke majlis makan malam tersebut, untuk bercakap mengenai projek Lynas - projek pemprosesan logam tanah jarang bernilai RM2.3 bilion - yang mendapat bantahan daripada segelintir penduduk Kuantan, Pahang.

Bagi diri saya sendiri, saya membuat keputusan untuk hadir pada majlis tersebut semata-mata untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu berkenaan, dengan cuba mendapat maklumat secara langsung daripada pakar-pakar.

Pada majlis makan malam itu, penceramah jemputan berkenaan yang didakwa sebagai pakar mewakili puak anti-Lynas, telah bercakap tentang berbahayanya kilang tersebut - Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Menurutnya, ia bakal menyebabkan pendedahan radiasi di sana.

Dengan menggunakan klip video yang memaparkan kesan buruk daripada peristiwa kebocoran reaktor nuklear Chernobyl di Rusia, penceramah berkenaan telah menyatakan dengan yakin betapa radiasi pada tahap mana sekalipun masih berbahaya. Menurutnya, radiasi akan menyebabkan barah. Justeru katanya, projek Lynas adalah memudaratkan.

Penceramah itu juga mendakwa bahawa Lynas telahpun diberikan lesen pra-operasi dan betapa projek seumpama itu tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada negara. Beliau juga mendakwa, projek itu hanya memfokuskan kepada keuntungan tanpa mengambil peduli tentang keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang terlibat.

Kepada dakwaan-dakwaan tersebut, hati saya berkata-kata betapa penceramah itu cuba menimbulkan kebimbangan dan kerisauan dalam kalangan mereka yang hadir, dengan mengemukakan maklumat yang tidak menyeluruh dan tidak benar. Tetapi, saya bukanlah pakar untuk membantah atau menyanggahnya.

Namun, pada sesi soal-jawab kemudian, seorang profesor yang memperkenalkan dirinya sebagai Penasihat Keselamatan Radiologi di Lynas Malaysia Sdn. Bhd., telah membetulkan dakwaan-dakwaan liar tersebut.

Profesor ini telah menerangkan bahawa Lynas Malaysia Sdn. Bhd. setakat ini, belum lagi menerima lesen pra-operasi daripada Kerajaan Persekutuan sepertimana dakwaan penceramah itu .

Profesor ini juga menjelaskan, apa yang dipaparkan dalam klip video tentang peristiwa Chernobyl itu adalah tidak lengkap dan pula dilapor luar daripada perspektif yang sebenar. Tambahan pula katanya, peristiwa di Chernobyl (sebuah reaktor nuklear) tiada kaitan langsung dengan projek Lynas (sebuah kilang pemprosesan logam tanah jarang).

Alangkah terkejutnya saya kerana setelah mendengar penjelasan professor tersebut, penceramah tadi memohon maaf kepada yang hadir kerana telah mengelirukan mereka dengan kenyataan yang tidak benar dalam persembahannya tadi.

Sebaliknya, ramai dalam kalangan yang hadir telah terpesona dengan fakta-fakta dan penerangan yang telah diberikan oleh profesor berkenaan.

Ditambah pula dengan beberapa soalan dalam kalangan yang hadir yang tidak dapat dijawab oleh penceramah tersebut, makan malam itu telah menyedarkan mereka yang hadir betapa selama ini mereka tidak mendapat fakta-fakta betul dan gambaran menyeluruh dan sebenar mengenai projek Lynas ini. Saya ialah seorang daripadanya!

Saya simpulkan bahawa memang terdapat banyak dakwaan yang dihasilkan daripada maklumat-maklumat tidak lengkap dan diselewengkan. Dakwaan-dakwaan ini kemudian digunakan untuk mempengaruhi pihak-pihak yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya tentang Lynas, bagi membolehkan mereka membuat pandangan seimbang mengenainya.

Saya sekali lagi menyatakan penghargaan kepada Persatuan Saintis Kanan Malaysia dan Kelab Rotari, yang telah melakukan tugas yang baik dengan penganjuran makan malam ini. Sesungguhnya, orang awam tidak boleh dikelirukan oleh pihak-pihak yang sengaja hendak menanam perasaan takut dan tidak selesa terhadap projek Lynas ini.

NAK SALAHKAN ORANG JUGA!!!!!! KAH KAH KAH KAH !!!!



ROSLAN BIAN . .




Ini bukan lagi kes 'air yang tenang jangan sangka tidak ada buaya' namun kalutnya macam ' buaya mana nak ngap buaya mana'. Itulah keadaan terkini dalam PAS.

Mungkin kerana tersedar dan bimbang kekalutan antara Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa VS PAS boleh bikin parti jadi bertambah cacamarba, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man awal pagi Khamis lagi sudah hantar kenyataan pada media yang bernada nak ajak semua buat ' damage control '.

Katanya PAS nak panggil Dr Hasan, Nasharudin dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib yang jadi pencetus kecoh - (apabila umum Dr Hasan kalah pencalonan untuk tanding semula kerusi DUN Gombak Setia baru-baru ini) untuk memberi penjelasan.

Katanya penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah.

"Melihat situasi PRU yang semakin hampir, PAS ingin menegaskan parti tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj samada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti. Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai ‘team player’ untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

"Kepada ahli-ahli PAS, ingatlah ‘apa yang ada ialah hari ini, yang lepas tidak akan datang kembali, yang depan tidak menentu lagi.’ Oleh itu, pendamkan dendam, buangkan kekecilan hati, ketepikan kepentingan individu dan kembalikan fokus dan bergerak ke depan untuk memenangkan parti.," katanya.

Rabu keadaan menjadi bertambah rumit apabila Naib Presiden PAS Mahfuz Omar yang dikenali sebagai ' kaki komen bulan dan bintang ' buat sidang akhbar tuduh Dr Hasan sudah isytihar perang ke atas PAS apabila menolak slogan Negara Berkebajikan.

Malah katanya jika beliau Dr Hassan, beliau sudah angkat kaki dari parti.

Dr Hasan pula muncul di ruangan Soal Jawab TV 3 pada sebelah malamnya antara lain menegaskan kebimbangan ( jika) pakatan pembangkang dapat tawan Putrajaya. Katanya ia tidak ada maknanya.

Ini katanya apabila melihat keadaan agama Islam, Melayu dan institusi Raja ' entah di mana' nanti.

Cara beliau gambarkan semasa menyentuh hal berkenaan di program itu ialah negara akan jadi haru biru jika pakatan pembangkang memerintah.

Sementara itu tidak lama selepas Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan media,Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali adakan sidang akhbar di Ibupejabat PAS Kuala Lumpur.

Beliau nampaknya tidak berganjak mendakwa Dr Hasan masih berada dalam perangkap UMNO.

Malah mendakwa ada bukti satu 'mesyuarat sulit ' dihadiri oleh Dr Hasan dan Nasharudin di Hotel Le Meridian,Kuala Lumpur selepas solat terawih Ramadhan lalu.

Katanya pertemuan itu dihadiri oleh tiga orang lain.Beliau enggan menyebut nama mereka.

Dalam erti kata lain, Mustapha hendak beritahu bahawa PAS tahu tindak tanduk atau gerak langkah Dr Hasan.

“Saya nak tanya apa beliau bincang. Adakah soal ekonomi atau politik. Dia nak nafi atau jawab, terpulang...saya ada maklumat apa beliau buat,” katanya.

Menariknya beliau cuba pisahkan Nasharudin dengan Dr Hasan dengan mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS itu sudah menjauhkan diri dari UMNO.

Mengulas soal perangkap UMNO seperti didakwanya, Mustapha berkata, “ perangkap politik orang tak nampak, yang kena perangkap pun tak sedar,”.

Bahkan katanya, Dr Hasan sudah buat kerja-kerja UMNO dengan mengujudkan suasana resah dalam PAS.

“UMNO senyap sekarang, mana ada komen apa-apa sebab kerja sudah dilaksanakan orang lain,” katanya.

Sambil mengucapkan tahniah pada Nasharuddin yang pada pandangannya sudah keluar perangkap UMNO, Mustapha mendakwa perpaduan dalam PAS masih kuat dengan kerjasama ulama dan profesional.

Beliau percaya tidak ada yang menyokong Dr Hasan seperti didakwanya kecuali golongan atas pagar yang keliru dengan apa dikatakan ADUN Gombak Setia itu.

Katanya, Dr Hasan tidak faham bahawa PAS tetap jadikan Islam sebagai dasar perjuangan Cuma pendekatan yang berubah.

Mustapha juga semacam memberi kata dua kepada Dr Hassan bila menasihatkan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu berhenti bercakap.

Saya akan berhenti bercakap pasal komen-komen Hasan ..kalau Hasan serang PAS saya akan pertahan ,"tegasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak fikir bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu akan masuk UMNO atau diterima oleh parti berkenaan.

Menjawab soalan, beliau percaya isu ini akan selesai selepas Dr Hasan, Nasharuddin dan Saari dipanggil memberi penjelasan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.

Apa pun ding dong dalam PAS kini selain nak tutup malu, ianya macam labu membaiki tikus.

Apabila Mustpha mendedahkan pasal pertemuan babitkan Dr Hasan pada Ramadhan lalu, nampak isu asal yang dimusykilkan Exco Selangor itu semakin jauh. Semakin dekat dan jelas adalah PAS sudah tidak boleh tarik ‘brek’ - 22/12/2011 - OLEH ROSLAN BIAN

Penghuni Gua
: Dah macam tu sifat PAS dan pemimpinnya. Akhirnya nak salahkan kerajaan dan UMNO jugak. Apalah !!!! Tahi dah melekat di punggung sendiri.... basuh sendirilah............Cermin muka dan bontot sendirilah.

2. Tak gitu ? Kah kah kah kah kah !!!!

Thursday 22 December 2011

CUKUP-CUKUPLAH POK NIK OII !!!!!!!!!!!!!!


Semuga Pok Nik cebat sembuh dan mendapat kesihatan yang baik dan dipeliharakan Allah. Rehatlah. Cukup-cukuplah tu.

Wednesday 21 December 2011

" POLITIK BARU " : MENGAPA LARI ?




Penghuni Gua
: Masa mahasiswa puaka yang turunkan bendera DS Najib, bukan main lagi MP politik baru ini. Datang khas dari pejabatnya untuk berucap dan menerima memorandum. Kononnya nak sejukkan keadaan panas mahasiswa puaka berdemo.

2. Siap dengan amaran kepada TNC UPSI lagi bahawa mahasiswa ini tak boleh diambil tindakan di bawah AUKU kerana bukan berdemo di dalam UPSI.

3. Hari ini , mahasiswa yang sokong PM DS Najib, terus datang ke pejabat MP Politik baru ini untuk serah memo. MP Toyol dan multu berbelit seperti ular ini, tak pulak turun ke bawah dari pejabatnya untuk terima memo. Kalau ikut sifir politik baru MP toyol ini, dengan hati terbukalah dia akan terima sendiri memo tu. Sebabanya ia sama alasan dengan mahasiswa puaka tu. Nak serah memo. Lagi pun MP ini hanya perlu turunke bawah pejabatnya sahaj. Tak perlu berkereta ke PWTC. Tak perlu berucap.

4. Alih-alih tak berani turun pulak MP mangkok ini. Cakap nya bukan main. Ulasan pun tak ada. Hanya hantar setpol yang tersengeh-sengeh malu dan nampak bodohnya setpol ini kerana tak boleh nak temberang kepada mahasiswa yang berhimpun depan pejabat bosnya. Twe dari MP toyol ini pun tak ada bagi menulas atau nak temberang kepada umum. Masa demo di PWTC siap bertweet nak halalkan tindakannya itu.

5. Itulah gaya politik baru. Politik saling tak tumpah seperti politik Al Juburi. Banyak alasan dan cakap tak serupa bikin. Kalau untung tang mereka , boleh dan halal. JIka rugi , senyap dan haram.

6. Jom, kita sama-sama desak MP Toyol ini disingkirkan dalam PRU13. Ini MP api dalam sekam dan gunting dalam lipatan.

7. Lidah MP ini makin bercabang. Lihatlah esok. Adalah alasan dia beri kerana lari tu. Meetinglah. ada panggilan mustahaklah. Tak dapat maklumat awalah dan sebagainya..........Lihatlah nanti!!!!
,

MAHFUZ SUROH DR HASAN ANGKAT KAKI ? KAH KAH KAH !!!!







Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Kah kah kah kah . Ha ha ha ha !!! Si Penjaga stor nak masuk campur dan mengulas bab Dr Hasan. Kah kah kah kah kah !!!!

2. Kah kah kah kah kah !!!!!!! Mahfuz. mahfuz. Suroh Dr hasan angkat kaki pulak. Kalau Dr Hasan nak angkat kaki , bila-bila masa pun boleh. Tapi kalau mafuz yang angkat kaki, maka kebulorlah anak bini Mahfuz ini tak makan. Takat penjaga stor Airport, apa kerja yang boleh sebagai ganti. Nak tak nak, terpaksa menjilat PAS setiap masa. Sebab tak ada pilihan......

3. tak gitu ? Kah kah kah kah kah kah !!!!!

WAJAH PEMBESAR KEPALA MAHASISWA PUAKA !!!!


Penghuni Gua
: PM cakap bab tranform , si Toyol MP ini cakap bab " Politik baru" . Cara MP toyol ini saling tak tumpah seperti idolanya iaitu Al Juburi semasa jadi TPM dulu. Tun Mahathir cakap bab ujudkan masyarakat penyayang dan berilmu dia bawa dan cakap tentang masyarakat " madani ".

2. Jadi serupa aje segala percakapan dan tingkahlakunya. Saling tak tumpah........... Politik baru kepala hotak dia. Mahasiswa puaka yang turunkan bendera PM hari itu adalah produk politik baru si MP inilah ......................

NAMPAK SANGAT BODOHNYA AL JUBURI DAN PENCACAINYA !!!!!




Ahad, 18 Disember 2011 00:59



Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR tentu gigit jari dan akan terasa 'bodoh sangat' bila membaca blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang jawab terperinci berhubung polemik pinjaman Bank Dunia yang mereka cuba dakwa beliau berbohong.

Dalam tulisan terbaru di blog peribadinya, www.chedet.cc Selasa Dr Mahathir menjelaskan isu pinjaman tersebut bersama-fakta-faktanya sekali.

Anwar sebelum ini berhempas pulas cuba nak 'spin' isu kononnya Dr Mahathir ada tulis surat kepada Bank Dunia minta pinjaman ketika negara menghadapi krisis ekonomi .

Untuk menguatkan dakwaan,mereka tunjuk kepada wartawan beberapa dokumen yang mereka anggap bukti bekas Perdana Menteri meminta pinjaman

Dr Mahathir sebaliknya menerangkan satu persatu berdasarkan fakta dan di akhir tulisannya beliau menegaskan tidak pernah menulis surat meminta pinjaman seperti yang didakwa Anwar dan mencabar ketua pembangkang itu untuk bersumpah junjung Al Quran di masjid bagi membuktikan kata-katanya benar.

Serentak dengan itu beliau tegaskan,"Saya bersedia untuk bersumpah yang saya tidak pernah minta pinjaman Bank Dunia."

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyentuh isu dakwaan Anwar itu dalam ucapan beliau pada Majlis Makan Malam Gala 'Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor' serta pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP) di PWTC Selasa malam.

Najib berkata Dr Mahathir juga telah menjadi penyelamat ekonomi negara ketika dunia dilanda krisis kewangan apabila menolak untuk menyerahkan Malaysia kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"... dan saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa dia tentu sekali tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa jua keadaan.

"Sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka," katanya.
Berikut adalah terjemahan tulisan Dr Mahathir tersebut.

1. Tuduhan bahawa saya menulis kepada Bank Dunia meminta pinjaman adalah tidak berasas. Tetapi Malaysia telah meminjam 'project loan' dari Bank Dunia sejak 1958.

2. Rundingan terakhir untuk pinjaman yang dibuat pada tahun 1997. Ini adalah untuk projek-projek berikut:

a) Sektor Pendidikan USD244 juta

b) Sektor Sosial USD60 juta

c) Sektor Teknikal USD100 juta

3. Krisis mata wang juga bermula pada tahun 1997. Seperti kebiasaannya, pinjaman tidak diluluskan sehingga 1999 setelah krisis tamat. Urutan biasa untuk permohonan pinjaman yang dibuat, diikuti dengan rundingan. Kelulusan akan diberikan oleh pihak bank kemudian.

4. Bank Dunia mahu Malaysia meminta pinjaman bagi menyelesaikan krisis seperti negara-negara lain yang terjejas oleh perdagangan mata wang. Memang diketahui Malaysia enggan untuk mendapatkan bantuan IMF atau Bank Dunia kerana. Sebaliknya, pada tahun 1998 Malaysia memperkenalkan kawalan mata wang Malaysia yang membantu pemulihan ekonomi.

5. Pada bulan Jun 1998 (sebelum kawalan mata wang dan Anwar masih Menteri Kewangan) pinjaman bagi USD 300 juta telah ditandatangani dengan Bank Dunia untuk;

a) Kumpulan Wang Program Makanan

b) Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi

c) Program Mikro Kredit

6. Pada 31 Mac 1999 pinjaman sebanyak USD 100 juta telah ditandatangani bagi Bantuan Teknikal dan untuk mengatasi masalah Y2K. Walau bagaimanapun, pinjaman ini telah dihentikan selepas dikeluarkan sebanyak USD 11,94 juta.

7. Daripada USD 244 juta Projek Pendidikan yang telah diluluskan pada bulan Mac 1999, pembayaran telah diperintahkan supaya berhenti selepas USD 216.7 telah dikeluarkan.

8. Pinjaman Sektor Sosial USD 60 juta, yang diluluskan pada bulan Mac 1999, hanya USD 600,000 telah dikeluarkan sebelum ia berhenti.

9. Oleh kerana seluruh dunia tahu Anwar seperti laporan di dalam akhbar dan majalah asing berhasrat melaksanakan dasar IMF tanpa pinjaman IMF. Beliau menaikkan kadar faedah, mengurangkan tempoh untuk mengisytiharkan pinjaman tidak berbayar dari 6 bulan hingga 3 bulan, peruntukan bajet dikurangkan kepada kementerian untuk mencapai lebihan belanjawan dan sebagainya.

10. Walaupun beliau tidak menentang (dasar) kawalan mata wang, Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara yang dilantik olehnya enggan untuk melaksanakan dasar dan meletak jawatan. Tan Sri Zeti kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

11. Seperti yang dinyatakan di atas, Malaysia berhenti berunding mengeluarkan pinjaman dengan Bank Dunia pada tahun 1997 dan Jun 1998. Ini tidak menghalang Malaysia pulih daripada krisis.

12. Saya tidak pernah menulis surat atau secara (mengemukakan) permintaan lisan untuk pinjaman dari Bank Dunia. Jika Anwar boleh menunjukkan bukti bahawa saya telah lakukan, maka hendaklah dia (tunjukkan bukti itu). Gagal (berbuat demikian) dia perlu bersumpah Al-Quran di dalam masjid bahawa dia tahu apa yang dikatakannya itu adalah benar. Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman dari Bank Dunia.-20/12/2011

Penghuni Gua
: Memang pun. Nampak sangat kebohan lelaki Y ini dan pencacainya. Kesian. Sebabnya? Sebab mereka tidak pakai otak tetapi pakai air liur dan air lendir aje !!!!


Nota : Bukan apa. Memang dia ni cakap aje lebih . Tapi belajar takat general degree aje. Itu pun mengulang. Jenis tin kosong ni memang cakap lebih.............

Tuesday 20 December 2011

PAS DAH DILACURKAN !!!!!


Dipetik dari : Agenda Daily







Selama ini kecuali cakap-cakap, tidak ada pemimpin PAS berani akui parti itu semakin jauh daripada perjuangan asal menubuhkan negara Islam selepas bersengkokol dengan PKR dan DAP.

Bagaimanapun, isu bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang dikatakan tidak layak bertanding mendedahkan ‘pekung’ bahawa parti itu tidak lagi dilihat memperjuangkan prinsip-prinsip berlandaskan Islam.

Dalam sidang media terbaru, ADUN Gombak Setia itu yang diasak berulang kali mengenai tanggapan itu akhirnya terpaksa akur mengakui pakatan dengan PKR dan DAP menyumbang kepada perubahan dalam PAS.

“Bila sertai (Pakatan Rakyat) maka ada perkara perlu diubah suai...tetapi jangan ubah Islam,” jelas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu seperti mahu mengambarkan bahawa PAS sudah tidak konsisten lagi daripada matlamat asal serta dasar-dasar parti itu.

Malah Dr Hasan percaya pembangkang tidak berupaya mentadbir Putrajaya dengan pelbagai kemelut dalaman apatah lagi dengan kenyataan Karpal Singh, supaya langkah mayatnya dulu jika PAS mahu laksanakan negara Islam.

Beliau turut menyentuh soal Negara Berkebajikan yang jadi slogan baru PAS.

“Negara Berkebajikan ini tidak perlu dilakukan oleh PAS. Mana-mana negara hebat seperti Sweden dan United Kingdom semua negara berkebajikan ...orang-orang sekular dan terpelajar ini mampu melakukannya,”

“Tetapi untuk meletakkan asas negara Islam kita perlukan ulama yang dapat garap Islam dalam konteks kehidupan moden dan saya yakin satu masa dulu, ulama-ulama PAS yang lepas berjaya letak inti-inti agama dalam kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Kesimpulan semua itu, dengan nada agak keras dan kecewa, Dr Hasan berkata, ‘ kena letak PAS pada pancang asal,’.

Beliau membuat gesaan itu juga kerana ada fakta dan bukti bahawa masyarakat yang selama ni menyokong PAS mula mempersoal dan bercadang menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti kerana perjuangan utama parti dikesampingkan.

Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak naif dan tidak sedungu disangkakan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa beliau sedang berusaha menyakinkan ahli dan penyokong parti bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan prinsip-prinsip Islam.

“Ahli dan penyokong PAS juga bukan lembu yang dicucuk hidung. Mereka berbudaya, bertata susila, beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual berfikir.

Sidang media ke dua pagi Selasa ini diadakan Dr Hasan sejak isu tidak layak bertanding itu ditimbulkan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib jelas digunakan beliau ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Mustafa.

Beliau membidas Mustafa walaupun pemimpin senior tetapi meberi pandangan negatif dan mengandungi unsur jahat terhadapnya dengan mendakwa Dr Hasan terperangkap dengan perangkap UMNO dan tindak tanduknya seolah-olah mahu melemahkan PAS.

Jelas beliau cukup angin dengan Mustafa dan menyifatkan Setiausaha Agung PAS itu bongkak, sombong dan menggunakan autoriti jawatan elatah dan hilang arah hingga sangup bermain api fitnah.

Menurut Dr Hasan tindak tanduk Mustafa dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar bertentangan dengan pemimpin PAS lain termasuk Mursydul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang menunjukkan simpati dan cenderong menyokong perjuangannya.

“Prinsip perjuangan saya meletakkan semula PAS di landasan asal. Dari pengamatan asal saya, PAS mula dikuasai golongan bukan ulama yang lebih cenderung mengamalkan politik akomodasi hingga sanggup korbankan prinsip perjuangan parti yang dipertahan sejak penubuhan,” tegasnya.

Dalam erti kata lain, Dr Hasan bangkit ‘lawan arus’ bukan kerana agenda UMNO seperti dakwaan Mustafa tetapi sudah nampak semakin banyak duri dalam daging PAS.

Menjawab soalan, beliau mengakui berjumpa dua profesor yang juga ahli PAS seorang daripadanya Aziz Hanafi untuk mendapatkan pandangan tentang usaha yang dilakukannya untuk mengembalikan PAS pada perjuangan awal.

“Saya jumpa untuk dapatkan pandangan dari segi syarak dan intelelek. Mereka orang biasa dalam PAS bukannya untuk menyakinkan mereka atau orang lain bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan Islam seperti didakwa,” katanya.

Mengenai kenyataan Mahfuz yang sinis mempersilakan menyertai UMNO, Dr Hasan menyifatkan Naib Presiden PAS itu bangkrap pemikiran dan tidak mengikuti perkembangan muthakhir isu tersebut.

Beliau menegaskan tidak akan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perjuangannya kini tertumpu kepada Islam, Melayu dan instutusi Raja-Raja.

Dr Hasan menggesa pimpinan parti mengambil tindakan terhadap Saari yang menyemaikan bibit-bibit perpecahan di kalangan ahli dan penyokong parti.

Beliau juga meminta siasatan terperinci ke atas proses pencalonan dan keputusan akhir bilangan pencalonan yang beliau terima di kawasan Gombak bagi mengelak spekulasi berkaitan pencalonan beliau.

Jelas, Dr Hasan tidak berseorang dalam isu ini kerana beliau melihat banyak sokongan daripada pemimpin, ahli dan penyokong PAS mengenai usahanya mengembalikan PAS pada pancang asal.

Apapun, usaha beliau nampaknya sudah menyebabkan PAS semakin bergelora terutama pemimpin yang mahu mempertahankan pakatan PKR dan DAP kerana Dr Hasan sudah jadi duri dalam daging pembangkang.

Namun, disebalik semua ini ,mereka tidak nampak duri sebenar dalam PAS sekarang..- 20/12/2011 - OLEH ROSLAN BIAN
Penghuni Gua
: Standard PAS kini. Terutama Mustafa Ali . Apa lagi Mahfuz Bean yang seperti Dr Hasan yang telah lama vbangkrap idea. menag pun. Otak setakat penjaga stor lapangan terbang Kepala Batas Alor Setar aje. Itulah standardnya Dr Hasan oii.

2. Makin meluat aku melihat PAS dan pemimpinnya. Cakap aje lebih. haboklmpun tak ada !!!!

ISLAM : CABARAN DEMI CABARAN : PROF MADYA SHAMRAHAYU A AZIZ !!!!






Ummah perlu gabungan mantap pertahan agama

SEPERTI pembaca sedia maklum, suatu masa dulu, Islam masyhur dan gemilang. Dalam kegemilangan itu orang Islam mendahului dalam semua bidang, ilmu dan amalan. Sama ada dalam hal berkaitan kesusasteraan, sains, falsafah, ketenteraan, teknologi dan sebagainya. Pendek kata, Islam telah menjadi tamadun yang mendahului tamadun lain. Tamadun Islam telah mematahkan keunggulan tamadun Rom, contohnya. Islam telah menguasai semuanya. Namun, secara berdikit, kegemilangan itu meruntuh.


Kemudian kita saksikan pengambilalihan kegemilangan Islam oleh kuasa imperialisme Barat. Negara Islam dijajah dan agama Islam dipinggirkan. Setelah itu muncul pula penentangan terhadap imperialisme Barat dan terserlahlah perjuangan menentang kuasa Barat dan gerakan mencapai kemerdekaan. Setelah berdekad perjuangan itu, banyak negara Islam telah mencapai kemerdekaan. Walaupun merdeka, Islam masih di takuk lama. Keadaan ini timbul akibat daripada fenomena dan polemik berkaitan ‘neo-imperial policies’ yang bukan saja mengawal, tetapi menggugat Islam. Keadaan ini berterusan sehingga kini. Apa yang pasti kini ialah, kegemilangan Islam hanya menjadi sebahagian daripada sejarah dunia. Saya tidak mahu mengulas mengenai punca semua ini – sama ada punca kejatuhan Islam atau punca kemunculan dan kegemilangan Barat. Ia memerlukan debat dan perincian yang menyeluruh dan sudah tentu ia akan mencetuskan pelbagai hujah dan polemik.

Saya mulakan tulisan begitu kerana saya mahukan pembaca mengimbau mengenai pencapaian Islam dan kedudukan sejarah yang membawa kita ke waktu ini. Apa yang ingin saya kongsi di sini hanyalah mengenai ruang yang sempit berkaitan kedudukan Islam di negara ini. Persoalan untuk pembaca dan saya fikirkan bersama Sanggupkah kita menjadikan keunggulan dan kegemilangan Islam di negara ini sebagai satu sejarah? Adakah setiap kita telah berbuat sesuatu untuk menghalang Islam daripada menjadi sejarah? Adakah usaha kita itu memadai? Haruskah kita berhenti setakat sumbangan itu saja? Saya tinggalkan soalan ini kepada pembaca untuk menjawab sendiri.

Bagi saya, sudah tentu tidak sanggup menjadikan Islam di negara ini sebagai satu sejarah seperti yang terjadi ke atas Islam seperti yang saya sebut tadi. Kita mahukan kedudukan Islam yang gemilang, sama ada mengenai kedudukannya di dalam Perlembagaan dan sistem sosial negara. Kita juga tidak mahu menjadikan sumbangan Islam sebagai satu sejarah. Kita mahukan kelangsungannya.

Malangnya sehingga ke hari ini kita melihat pelbagai perkara yang berpotensi menjatuhkan Islam. Mutakhir, fokusnya ialah kedudukan Islam dan juga hal berkaitan penganut Islam – kedudukan Islam di dalam Perlembagaan, penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam dan juga kejadian dua solat Jumaat di dalam satu kawasan. Cabaran demi cabaran – sama ada dari dalam atau dari luar Islam.
Dalam keadaan ini kita perlu bekerja dan berusaha lebih gigih jika kita tidak mahu Islam menjadi hanya sejarah.

Bagi mengekalkan kedudukan Islam di negara ini kita perlukannya bersemi dalam peruntukan Perlembagaan. Kita juga perlu tambahkan bilangan mereka yang boleh menjaga kedudukan Islam. Kita perlu tingkatkan pencapaian mereka yang berkebolehan untuk mendepani masalah semasa berkaitan Islam. Kita perlukan intelektual Islam dalam bidang teologi, falsafah, sains, teknologi dan semuanya. Kita perlukan kumpulan orang Islam yang berilmu dan berupaya menggunakan ilmu itu bagi manfaat Islam. Intelektual Islam di sini bukan hanya merujuk kepada susunan kertas ijazah, atau kelulusan akademik. Kita benar-benar memerlukan ilmuwan yang kreatif dan mampu mencipta strategi untuk kebaikan Islam.

Bagaimanakah semua ini dapat kita capai. Tidak lain dan tidak bukan, perkara utama dan segera yang perlu dilakukan ialah kita perlukan gabungan dan kesatuan yang mantap dalam kalangan umat Islam. Kita tidak boleh menjadikan perbezaan antara kita untuk memburukkan Islam. Bagi mencapai kejayaan dan keserasian, kita harus berusaha mencari persamaan dan merapatkan jurang perbezaan, bukan menuding jari atau mencari alasan untuk bertelagah.

Untuk semua orang Islam di negara ini, kita harus bergerak di atas semangat bahawa apa juga langkah dan cara kita menjalankan aktiviti, peranan dan sumbangan, ia hendaklah ditujukan untuk manfaat dan kepentingan Islam. Walaupun saya percaya, banyak gerakan Islam yang telah bersatu dan berpadu, kita perlu perkukuhkannya lagi. Kalaupun kita tidak menyertai sebarang persatuan, sebagai seorang Islam kita harus terus menerus menyumbang dalam kapasiti masing-masing dan setiap orang hendaklah sentiasa menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

Akhir kalam, walau apapun tindakan dan perbezaan antara kita, tujuan kita adalah sama, iaitu untuk Islam. Kita tidak boleh membuat Islam dipandang hina dan menjadikannya terancam. Kita harus menjadikan Islam itu agama yang tinggi dan yang lebih tinggi tanpa menganiaya atau meremehkan agama lain kerana Islam tidak pernah mengajar kita begitu (kecuali ketika Islam diancam).



Penulis ialah Prof Madya Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

PRODUK " POLITIK BARU " MP TERMERLOH !!!







Penghuni Gua
: Kutuk tahi kucing. MP Toyol ini kononnya mengutuk tindakan mahasiswa tak empok ini. Tetapi dalam pada itu siap bagi amaran dan nak lindungi mahasiswa ini dengan berkata " Beliau berkata, kementeriannya tidak akan melakukan sebarang tindakan ke atas mereka kerana insiden tersebut berlaku di luar kawasan kampus. ".KLIK

2. Siap bagi amaran kepada UPSI, jangan ambil tindakan kepada puaka demo ini kononya ia berlaku di luar kampus , jadi tak boleh ambil tindakan. Saifuddin atau undang-undang yang cakap? Saifuddin tu undang-undanf atau cuba mencampuri otonomi UPSI bagi mengambil tindakan terhadap puaka ini di bawah AUKU yang dipinda?

3. Siapa cakap tak boleh ambil tindakan di bawah AUKU? AUKU tetap memberikan kuasa kepada UPSI untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa ini termasuk sehingga di buang dari UPSI.

4. Apa!!! Saifuddin nak mendahului undang-undang? Saifuddin nak mendahului menterinya? Atau Saifuddin nak beri amaran awal pada Naib Cancelor UPSI supaya jangan sesekali mengambil tindakan kepada mahasiswa puaka ini?

5. Inilah politik baru yang diperjuangkan oleh MP Temerloh ini. Dan inilah produknya. Baik namakan MP ini dengan jawatan Menteri AUKU......

6, Kepada PM, padamkan aje namanya dari senarai PRU 13. Bila dah tersepit dalam isu ini, beliau cuba buat korner baring dengan berbagai alasan bodoh!!!

7. Meluat dengan Tim. Menteri yang lebih besar dan mendahului menteri.

Nota : Sebab itulah puaka siswa ini makin besar kepala . Kerana apa? Kerana dilindungi " GodFather " Saifuddin.

Monday 19 December 2011

TOYOL AUKU !!!!

Penghuni Gua : Toyol yang melahirkan mahasiswa puaka Auku. Mahasiswa puaka Yang menurunkan bendera PM tu semalam adalah anak didik toyol ni lah kot ?

2. Tak gitu ? Kepada PM DS Najib, padamkan namanya dari senarai calun PRU 13. Sekarang dah mula berbelit-belit dengan berbagai alasan ............toyol ini . KLIK

MALAYAN LAW JOURNAL : ASAS HUKUMAN / KUASA BUDI BICARA YAA HAKIM !!!!


Pulau Mabul Semporna

[1993] 1 MLJ 103
Goh Kheng Seong v Public Prosecutor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CRIMINAL APPEAL NO 41–126–91
Judges VINCENT NG JC
Date 8 JULY 1992
Citation [1993] 1 MLJ 103

Catchwords:


Criminal Procedure — Sentence — Dangerous driving — Plea of guilty — Imposition of custodial sentence — Factors to be considered before imposing custodial sentence — Statement of facts — Duty of prosecutor to properly frame facts — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)

Road Traffic — Dangerous driving — Plea of guilty — Factors to be considered before imposing custodial sentence — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)

Words and Phrases — ‘Shall on conviction be liable’ — Road Traffic Ordinance 1958 s 34A(1)
Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah mengaku bersalah keatas suatu kesalahan memandu dengan membahayakan di bawah s 34A(1) Ordinan Lalu Lintas Jalan 1958 (‘Ordinan itu’). Fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hanya menyatakan bahawa pemohon memandu motolorinya dengan sebegitu cara sehingga melanggar belakang basikal si mati. Si mati meninggal tidak lama kemudian kerana kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan itu. Sebelum pemohon dihukum, pihak pendakwa telah meminta supaya mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal. Pemohon telah dihukum enam bulan penjara dan dihilangkedaripada memandu kenderaan dari mana-mana kelas selama 12 bulan. Pemohon telah membuat rayuan.
Diputuskan:
Diputuskan,membenarkan rayuan itu:

(1) Kes-kes memandu dengan menbahayakan boleh dibahagikan kepada dua kategori; pertama, dimana kemalangan itu berlaku kerana pemandu tidak memberi perhatian penuh atau salah agak untuk seketika; dan keduanya, di mana si tertuduh telah memandu sebegitu cara yang menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau tentang penunggang, atau dengan sikap tidak peduli. Seseorang si tertuduh yang telah disabitkan kerana tidak memberi perhatian penuh atau salah agak untuk seketika dan yang memrekod memandu yang baik patut biasanya didenda dan dihilangkan kelayakan daripada memegang lesen memandu untuk tempoh minimum statutori.

(2) Dalam kepentingan pemandu-pemandu awam dan lain-lain pengguna jalanraya, mahkamah sepatutnya mengenakan hukuman yang berat keatas pemandu yang tertentu yang telah dituduh medengan membahayakan dan dimana sesuai, mengenahukuman tahanan. Tetapi, sebelum mengenakan hukuman tahanan, mahkamah mesti berpuashati atas fakta-fakta bahawa si tertuduh telah menunjukkan tanpa diragui lagi, dengan cara beliau memandu, suatu darjat kebersalahan yang tinggi yang disengajakan dan tidak berperasaan dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau menunjukkan sikap mementingdiri sendiri dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain atau tentang penunggangnya iaitu tafsiran kememandu dengan membahayakan.

(3) Majistret telah menyebabkan salah laksana keadilan apabila beliau menjatuhkan hukuman enam bulan penjara tanpa sebarang asas faktual untuk menjatuhkan hukuman tahanan itu. Pemohon telah diberi suatu hukuman teladan dengan harapan agar hukuman itu akan menjadi suatu pencegahan kepada pemandu yang lain lebih daripada kerana beliau sengaja memandu dengan cara yang merkepada orang awam. Ini bertentangan sepenuhnya dengan prinsip kehukuman.

(4) Batas yang jelas mesti ditentukan di antara peringkat sebelum dan selepas sabitan di dalam suatu perbicaraan. Disebabkan oleh budi bicara statutori yang meluas yang diberi kepada mahkamah mengenai hukuman yang keras yang dikenakan kepada seseorang si tertuduh, tuduhan itu tidak membentukkan asas untuk hukuman itu. Asas ini mesti didapati dari fakta kesalahan yang dibentangkan oleh pihak pendakwa sepertimana yang diperakui atau dipertikaikan oleh si tertuduh itu. Oleh kerana dari fakta inilah sepertimana yang diterima oleh mahkamah yang faktor yang menerukkan lagi tuduhan dikutip untuk tujuan mengarahkan suatu hukuman punitif atau hukuman tahanan.

(5) Perkataaan ‘shall on conviction be liable to a term of imprisonment … or to a fine … or to both’ di dalam s 34A Ordinan itu tidak mengatasi penggunaan kuasa budi bicara penghukum.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh di akses di Laman Web Jabatan Kehimiman malaysia. Tq.

Sunday 18 December 2011

TWEET BODOH " POLITIK BARU ".!!!!





Dipetik dari blog : The Flying Kick



1) Sy d tel penganjur BEBAS klu sy sedia trima memo mrk d pwtc. Masa tu mrk sdg berarak k sana. Sy kt ok. Sy fikir klu cepat trima, cepat mrk bersurai. Betul, lps sy trima, tak lama, mrk brsurai.

2) sy tiba d pwtc, mrk riuh minta sy berucap. Sy berucap sikit sekadar tenangkn keadaan, kemudian trima memo.

3) sy tak nampak bendera gambar DSN diturunkn. Masa nak balik, sy nampak smua bendera gambar Pres UMNO ada brkibar.

4) lps tu ada tweet kt gambar itu diturun.

5) sy tweet kt sy tak nampak, tp klu benar, ia salah.

6)lps tu, sy tweet kt sdg hubungi penganjur.

7) sy sms penganjur minta keterangan.

8) penganjur tweet kt ia brlaku. Mrk sms sy kt pengawal naikkn smula.

9) sy tweet kt tindakan turun bendera tu terkutuk, penganjur mesti minta maaf.

10) penganjur tweet kt akn bincang mlm ni langkah selanjutny.

11) pd masa sama, banyak tweet kutuk sy. ini dah biasa. Tq. (12.50pg) Nak lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Di atas adalah tweet bodoh seorang Tim Mnteri Pengajian Tinggi yang terkantoi bila nak jadi popular di kalangan mahasiswa puaka demo ini. Berbagai alasan diberi bila terjerat dengan kebododan mahasiswa puaka ini ( yang berdemo di PWTC mengenai AUKU ), yang memang di lahirkan oleh MP ini. Maka berbagai alasan diberi oleh MP ini. Itulah pun sejak dulu lagi. Nampak sangat kebododan MP ini. Bercakap asyik berbelit. Jom singkirkan beliau dari PRU 13.

2. Ingat MP ini ingat 16 sep Al Juburi. Tindakan Timbalan Menteri ini pun saling tak tumpah seperti Al Juburi. Berbelit-belit dan cakap berlapik serta beralasan bodoh.

3. Ingat Saifuddin, ingat 16 sep............

PETA PELAYAR