FOLLOWERS

Thursday 15 December 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : PERTIKAIAN KADAR UPAH !!!



[1994] 3 MLJ 428
Manager of Kinrara Estate, Petaling Post v Govinda Pillai
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — ORIGINATING MOTION NO
35 OF 1975
Judges HARUN J
Date 28 JUNE 1994

Citation [1994] 3 MLJ 428


Catchwords:


Labour Law — Employment — Claim for wages — Employee’s statutory right to be provided 24 days’ work or wages in lieu thereof — Whether employee was daily paid or piece rated — Payments for paid public holidays excluded — Employment Ordinance 1955 s 16


Labour Law — Employment — Contract of service — Breach of condition by employer — Whether contract automatically terminated — Whether employee could claim under s 16 — Employment Ordinance 1955 ss 13(2) & 16

Bahasa Malaysia Summary:


Responden adalah seorang penoreh getah yang digaji oleh pemohon. Struktur upah responden di bawah suatu kontrak perkhidmatan dengan pemohon ditentukan oleh suatu perjanjian (‘perjanjian itu’) di antara Malayan Agricultural Producers Association (‘MAPA’) dan National Union of Plantation Workers (‘NUPW’). Di bawah fasal 11 perjanjian itu, responden itu mesti dibayar upah pokok antara RM3.10 ke RM3.20 sehari. Beliau membuat aduan kepada pegawai buruh bahawa beliau tidak dibayar upah untuk enam hari dalam bulan Mei 1973, iaitu di bawah s 16 Ordinan Pekerjaan 1955 (‘Ordinan itu’) pemohon mesti membayar beliau untuk 24 hari kerja jika beliau boleh dan sanggup bekerja, tetepi pomohon hanya membayar beliau upah untuk 18 hari.
Pegawai buruh itu telah memutuskan bahawa responden termasuk di bawah s 16(1) Ordinan itu sebagai seorang pekerja harian dan memerintahkan pemohon supaya membayar beliau RM20.40 sebagai upah untuk tujuh hari. Pemohon telah membuat rayuan, dengan menegaskan bahawa responden bukan seorang pekerja harian tetapi dibayar mengikut jumlah kerja yang dibuatnya dan oleh itu tidak termasuk di bawah s 16(1). Pemohon juga telah menegaskan bahawa responden diestop daripada membuat tuntutan di bawah s 16(2) kerana kontrak perkhidmatan itu telah dipecahkan di bawah s 13(2) akibat kemungkiran syarat oleh pemohon.


Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:


(1) Kadar upah yang ditetapkan di dalam fasal 11 perjanjian itu adalah untuk ‘sehari’ dan jelas termasuk di dalam makna ‘upah yang dikira secara merujuk kepada bilangan hari kerja yang dilaksanakan pada setiap bulan’ di dalam s 16. Oleh itu, s 16(1) terpakai.

(2) Pemohon itu tidak berupaya menyediakan kerja selama 24 hari kepada responden kerana pada beberapa hari tertentu, hujan telah turun. Walau bagaimanapun, pemohon, sebagai majikan, mesti membayar responden kerana beliau boleh dan sanggup bekerja. Di sini beliau hanya dibayar untuk 17 hari pada bulan Mei 1973 dan oleh itu berhak mendapat upah tambahan untuk tujuh hari yang berjumlah RM22.40. Bayaran untuk Hari Pekerja tidak termasuk dalam perkiraan di bawah s 16(1), kerana ia merupakan suatu hari kelepasan am untuk mana upah mesti dibayar.

(3) Adalah terpulang kepada responden sama ada hendak menamatkan kontrak perkhidmatan itu di bawah s 13(2) Ordinan itu kerana kemungkiran pemohon. Perkataan yang tepat sekali ialah ‘boleh’. Beliau tidak berbuat demikian dan dengan meneruskan perkhidmatannya, beliau tidak diestop daripada membawa tuntutan ini di bawah s 69 Ordinan itu.

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR