FOLLOWERS

Friday 9 December 2011

BOLEH BLAH !!!!!!!!










PETALING JAYA: Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari menegaskan beliau masih belum mendapat maklum balas daripada pejabat Nai Canselor berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.

Susulan itu, Abdul Aziz berkata, beliau sukar untuk menjelaskan statusnya di universiti tersebut kerana tiada 'hitam putih' dikeluarkan sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya katakan...saya masih lagi bersama UIAM. Namun tiada sebarang maklum balas diterima daripada universiti mengenai status saya lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Menurut beliau, UIAM juga tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada pihak universiti pada 24 Oktober lalu.

"Sudah sebulan lebih saya tunggu reaksi mereka. Sehingga hari ini tiada jawapan diberikan," katanya lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa nak tunggu Prof. boleh jalanlah. Buat semak aje.

2. Nak tunggu jawapan apanya. Kan UIAM ini tak bagus seperti yang anda dan puak anda selalu katakan. Boleh blah lah.


3. Ada baiknya Prof pergi jadi penasihat agung kepada YB MP Temerloh Dato Saifuddin tu . Dia pun, otaknya sama aje dengan prof. Orang pandai serba serbi. Jenis politik baru katakan.

4. Tak gitu ?

1 comment:

  1. BLEH DUDUK SEKANDANG DGN SAIPUDIN TU SMBIL MKN GAJI BUTE KEHKEHKEHKEH

    ReplyDelete

PETA PELAYAR