FOLLOWERS

Monday 26 December 2011

CATS ? TAK BERBUNYI PUN !!!!!!






Pergeseran di kalangan pemimpin DAP Pulau Pinang masih belum reda dan hari ini Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer menyifatkan kritikan Timbalan Setiausaha Agung parti itu P Ramasamy terhadap parti dan pemimpin hanya untuk kepentingan dirinya sendiri.

Rayer amat kesal dengan perbuatan Ramasamy itu yang menunjukkan bahawa beliau (Ramasamy) tidak langsung menghormati kepimpinan parti seperti Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung) dan Dr Chen Man Hin (Penasihat Seumur Hidup) .

"Ia menggambarkan sikap angkuh beliau," katanya pada sidang media di George Town hari ini.

Sabtu lepas Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh meminta Ramasamy meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana melanggar arahan Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu yang melarang ahli membuat kenyataan terbuka menentang pemimpin.

Rayer menafikan sekeras-kerasnya beliau ada meminta projek serta keistimewaan daripada Ramasamy walaupun namanya tidak disebut dalam dakwaan yang dibuat oleh Ramasamy sebelum ini.

Penghuni Gua
: tak berbunyi pulak LGE dan CAT nya nak siasat. Bukan orang lain yang dedah. Tetapi Tim KM II sendiri yang dedah.

2. Tantawi dan Mahfuz tak nak demo ke. Atau Adam tak nak demo ke isu rasuah yang didedahkan sendiri oleh TKM II PP ini yang melibatkan ADUN nya?

3. Semua jadi bisu........mnegapa ye ?

4. Cakap aje lebih. Amalannya ... habok pun tak ada !!!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR