FOLLOWERS

Monday 5 December 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PEMECATAN PEKERJA SWASTA !!!!!


[1995] 3 MLJ 537
Milan Auto Sdn Bhd v Wong Seh Yen
Case Details:

Malaysia FEDERAL COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
02–154 OF 1994

Judges ANUAR (MALAYA) CJ
MOHD AZMI FCJ
WAN YAHYA FCJ

Date 10 NOVEMBER 1995

Citation [1995] 3 MLJ 537



Catchwords:



Labour Law — Industrial Court — Award — Award based on employer’s failure to hold domestic inquiry — Question of whether dismissal was with just cause or excuse not considered — Whether court acting in excess of jurisdiction — Whether court committed jurisdictional error — Employment Act 1955 s 14 — Industrial Relations Act 1967 s 20


Labour Law — Industrial Court — Function — Reference under s 20 — Whether must determine if misconduct established and whether constitutes just cause for dismissal — Whether failure to do so a jurisdictional error — Industrial Relations Act 1967 s 20

Administrative Law — Remedies — Certiorari — Application to quash award of Industrial Court — Award based on employer’s failure to hold domestic inquiry — Whether court had committed jurisdictional error in not determining if misconduct constituted just cause for dismissal in any event — Industrial Relations Act 1967 s 20
Bahasa Malaysia Summary:



Penentang merupakan seorang mekanik yang bekerja untuk perayu dengan gaji bulanan sejumlah RM600. Pada 31 Mac 1990, perayu telah memecat penentang daripada kerjanya dengan mengata bahawa beliau tidak berdisiplin, tidak produktif, dan angkuh, kerana beliau telah beberapa kali tidur semasa waktu pejabat, mengambil cuti tanpa kebenaran, dan enggan berjumpa dengan pengurus operasi apabila diminta berbuat demikian. Menteri telah membuat suatu rujukan kepada Mahkamah Perusahaan di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (‘Akta itu’), ekoran representasi penentang bahawa beliau telah dipecat oleh perayu tanpa sebab atau alasan yang adil. Mahkamah Perusahaan membuat keputusan yang memihak kepada penentang, hanya atas alasan bahawa perlanggaran syarat statutori ‘siasatan yang sewajarnya’ sebelum pemecatan di bawah s 14(1) Akta Pekerjaan 1955 oleh perayu, dan kegagalannya untuk mematuhi rukun keadilan asasi dengan gagal mengadakan suatu siasatan sebelum memecat penentang, mencukupi untuk membentuk suatu pemecatan tanpa sebab atau alasan yang adil, dan adalah tidak perlu menentukan sama ada salah laku yang dikatakan itu, jika terbukti, akan merupakan sebab atau alasan yang adil untuk pemecatan. Permohonan perayu kepada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan award Mahkamah Perusahaan telah ditolak. Perayu membuat rayuan.
Diputuskan
:
Diputuskan, membenarkan rayuan:


(1) Mahkamah Perusahaan mempunyai dua fungsi di dalam suatu rujukan di bawah s 20 Akta itu, pertama, untuk menentukan sama ada salah laku yang dikatakan itu telah dibuktikan, dan keduanya, sama ada salah laku yang telah dibuktikan itu merupakan sebab atau alasan yang adil untuk pemecatan. Kegagalan untuk menentukan isu-isu ini atas merit mereka merupakan kesilapan bidang kuasa yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Tinggi dengan certiorari.

(2) Mahkamah Perusahaan juga bertindak melebihi bidang kuasa jika ia menukarkan skop rujukan dengan menggantikan sebabnya sendiri untuk sebab yang majikan bergantung untuk pemecatan. Pelanggaran keadilan asasi kerana tidak mengadakan siasatan domestik statutori atau kontrak boleh ‘diatasi’ oleh suatu siasatan yang diadakan oleh Mahkamah Perusahaan sendiri.


(3) Rukun boleh diatasi itu tidak patut dihadkan kepada kategori pekerja yang tertentu, bergantung kepada gaji mereka. Tanpa perkataan yang jelas oleh Parlimen, syarat siasatan sewajarnya sebelum pemecatan di dalam s 14(1) Akta Pekerjaan 1955 untuk pekerja yang memperolehi pendapatan yang tidak melebihi RM1,250 sebulan, mahupun Akta pindaan yang seterusnya, adalah tidak bertujuan untuk mengubah dasar undang-undang ini. Lagipun, tidak terdapat asas dalam undang-undang bahawa pelanggaran keadilan asasi hanya dapat diatasi jika seseorang pekerja itu memperolehi lebih daripada RM1,250 sebulan.


(4) Maka, Mahkamah Perusahaan tidak boleh mengecualikan sendiri daripada menentukan dua isu yang memerlukan penentuan di dalam kes pemecatan di bawah suatu rujukan di bawah s 20. Di dalam kes ini, Mahkamah Perusahaan telah melakukan kesilapan bidang kuasa kerana ia tidak melakukan fungsi asasnya. Hakim Mahkamah Tinggi, dalam menolak permohonan perayu, telah melakukan kesilapan yang sama.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR