FOLLOWERS

Sunday 11 December 2011

KORBAN PERCINTAAN HARAM !!!!!!








Barangkali benar apa keluhan bekas seorang pemimpin tertinggi PAS Pusat.Perjuangan untuk Islam hampir tinggal pada nama parti itu sahaja.

Sejak ‘mabuk’ kemenangan pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga BN dalam PRU 12, PAS semakin ketagih mahu sama-sama berkuasa dengan PKR dan DAP.

Bagi memudahkan hasrat itu, PAS perlu mengadaikan maruah parti serta mengorbankan beberapa pemimpin ulama yang ditewaskan dalam pemilihan parti lalu.

Antaranya Nasaruddin Md Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kesudahannya Mohamad Sabu terpilih menjadi liabiliti kepada PAS selain Datuk Mahfuz Omar – yang karektornya terlalu banyak komen itu ini dianggap 'pak lawak' PAS.

Terbaru, bagi mengapai impian itu, Datuk Dr Hasan Ali pula dikorbankan apabila PAS Selangor mengesahkan bahawa bekas pesuruhjaya negeri itu tidak menerima pencalonan mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Ikut cerita, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari.

Pelik. Dr Hasan bekas Pesuruhjaya tetapi masih kekal sebagai Exco tidak cukup pencalonan untuk membolehkan bertanding PRU 13.

Pelik juga apabila PAS tiba-tiba menetapkan syarat atau keutamaan kepada orang yang tinggal di sesuatu kawasan sahaja boleh bertanding di tempat berkenaan.

Justeru itu, timbul persoalan yang semakin meruntun hati sesetengah pemimpin, ahli dan penyokong PAS, apakah mereka yang kuat memperjuangkan Islam dan mahu mengembalikan PAS kepada matlamat asalnya, akan dicantas atau disekat daripada terus bertanding dalam pilihan raya mahupun dalam parti.

Memang bukan rahsia lagi pendirian Dr Hasan dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan PKR Selangor dan secara peribadi bekas pakar motivasi itu kerap berlaga angin dengan DAP.

Keretakan jelas tergambar dalam isu pemeriksaan JAIS keaats sebuah geraja di Petaling jaya tidak lama dulu.

Itu mungkin juga alasan Dr Hasan mahu ' dimandikan' dan diketepikan daripada bertanding dalam PRU 13.

Namun adalah sesuatu yang amat malang, jika demi mempertahankan Islam, Dr Hasan ‘ditamatkan’ khidmatnya dengan tidak memberi ruang beliau terus bertanding nanti.

Tidak dapat disembunyikan juga cakap-cakap, semua ini melibatkan percaturan politik musuh Dr Hasan di Selangor.

Ada pihak mengaitkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad sehingga Dr Hasan tidak lagi berpeluang jadi calon kecuali PAS Pusat memberi lampu hijau.

Pertelagahan Khalid dan Dr Hasan juga bukan rahsia bagi pemimpin dan ahli PAS di Selangor.

Mungkin boleh Dr Hasan disingkirkan jika itu permainan politik tetapi amat malang jika beliau jadi korban kerana memperjuangkan Islam.

Apakah ini hadiah PAS kepada pengorbanan dan jasa-jasa Dr Hasan?.

Bagaimanapun, Dr Hasan tidak perlu menangisi kekecewaan jika tidak boleh bertanding atas tiket PAS dalam PRU 13.

Ketepikan kemungkinan beliau bertanding tiket BN sebaliknya Dr Hasan boleh bertanding tiket Bebas.

Peluang beliau menang cerah kerana jasa Dr Hasan bukan kecil di kawasan DUN sekarang selain pendirian tegasnya mempertahankan isu Islam dan kakitangan awam di Selangor.

Andai ini jadi kenyataan, bayangkan masa berkempen nanti pasti banyak pekung pembangkang akan diselak Dr Hasan.

Beliau mungkin tidak membuka tembelang dalam PAS tetapi DAP dan PKR kena bersedia mendengar bagaimana Dr Hasan menceritakan seribu satu rahsia hasil perkahwinan haram ke tiga-tiga parti itu. – 11/12/2011- OLEH ROSLAN BIAN

Penghuni Gua : Inilah contoh korban percintaan haram. Percintaan negara kebajikan Haji Hadi.

2. Kah kah kah kah kah kah kah !!!!

3. Selamat jalan PAS. Bye bye, bye. Wassalam. Kepada Dr Hasan, anda bertanding di mana sahaja dan atas tiket apa sahaja pun, anda tetap menang. PG cadangkan , Dr Hasan bertanding bebas dan melawan Khalid Gereja tu. Biar bungkus si gereja tu.

4. Tak gitu? Kah kah kah kah kah !!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR