FOLLOWERS

Saturday 31 January 2009

KEBENCIAN YANG MENANG JIKA.....

Dalam kehidupan kita akan ada orang membenci kita. Orang membenci kita tidak akan menang, mereka ( orang yang membenci kita ) akan menang apabila kita mula membenci mereka. Kebencian itu adalah dendam. Dendam membawa kemusnahan...............................

Britain say " No " to Batang Kali Heirs


Sixty years after the incident and a recent submission of a memorandum to Queen Elizabeth II and the British government, the Batang Kali massacre action committee described the official response from the former colonial masters as "very dissapointing". MCPX .This was despite the statements given by the soldiers and also a British Broadcasting Corporation documentary aired in 1992, that interviewed the soldiers and Malaysian eyewitness of the Dec 12, 1948 incident that left 24 unarmed Malaysian Chinese men between the ages of 18 and 50 dead - all shot from behind.The 13 surviving families are seeking an official apology, monetary compensation and a memorial to be constructed in honour of the deceased. They also want the British government to conduct an independent public inquiry into the incident but do not intend to press criminal charges against the soldiers.
NOTA BLOGGER : Pihak polis perlu ambil satu-satu tindakan terhadap mereka ini kerana masih berani memainkan isu ini. Kominis pun hendak dibela. Mereka yang dibunuh semuanya adalah penyokong-penyokong dan pembekaal makanan kepada pengganas komunis. Mereka yang sibuk memperjuangkan kematian ini sepatutnya memperjuangkan lebih kurang 3000 Tentera dan anggota PDRM yang mati dan beribu yang lain lagi menderita kecacatan anggota akibat terkena jerangkap samar. Berepa sen mereka pernah sumbangkan kepada bekas-bekas perajurit yang terkorban kerana pengganas kominis. Semua pejuang ini hanya pandai bercakap kerana mereka ini lahir setelah negara aman. HANYA PANDAI BERCAKAP TANPA MENGETAHUI ISU SEBENAR DAN MENGUKUR SERTA MENGHAKIMI KEJADIAN TERSEBUT DENGAN KEADAAN MASA SEKARANG.

Bumi dipijak ada peraturannya ( Kes Kugan )

Utusan Malaysia 31 Jan 2009

Oleh ARIF ATAN

KITA hidup bermasyarakat bukannya terperuk dalam kepompong kaum sendiri sahaja. Oleh itu, sebarang tindakan yang membabitkan keselamatan sosial mestilah berlandaskan prosedur undang-undang.

Tindakan kira-kira 200 orang membuat bising di perkarangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu lalu sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa serta mengganggu aktiviti rutin petugas, pelanggan terutama pesakit di pusat perubatan itu. Ini kerana A. Kugan mati bukan sebagai tokoh negara yang banyak berjasa pada negara. Tentulah perkauman sifatnya jika ratusan orang begitu emosional menyertai perarakan pengebumian tersebut. Walhal, kematian mendiang perlu dilihat dari segi kemanusiaan bukannya fahaman sempit perkauman. Adalah tidak adil jika hanya masyarakat Melayu sahaja digesa menghormati kedudukan kaum lain sedangkan mereka tidak berbuat demikian. Oleh sebab itu, utamakan ketenteraman awam dan singkirkan sikap mementingkan kaum sahaja sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap pihak lain. Bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung ini ada undang-undang dan peraturannya. Mengapa kaum India seperti mahu memberitahu satu dunia seolah-olah kaum mereka hidup tertindas dalam sistem sosial yang didominasi oleh orang Melayu? Wajarkah kematian suspek kes samun dan curi kereta mewah itu dikaitkan dengan rendahnya integriti keseluruhan anggota polis?
Jika bukan kerana jasa bakti anggota polis adalah mustahil untuk melihat kadar jenayah terkawal dan negara ini aman. Walhal, apabila berlaku kes jenayah seperti rompakan, kepada pihak polis juga tempat kita mengadu.Menyalahkan pasukan keselamatan sahaja tanpa bukti yang kukuh melalui proses siasatan yang sewajarnya hanya kerana kematian tertuduh dalam lokap amat keterlaluan. Lebih berbahaya apabila 'disimbah' pula dengan rasa perkauman melampau. Banyak lagi masalah di depan mata yang menuntut kita menggembleng kekuatan untuk mencari jalan penyelesaian. Paling ketara ialah impak daripada kemelesetan ekonomi dunia yang sedang hebat melanda kini.

Hak asasi 'terlampau' ( kes Kugan )


Utusan Malaysia 31 Jan 2009




BEBERAPA lelaki yang menunggu untuk menuntut mayat mendiang A. Kugan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai pada Rabu lalu.
KETIKA ini, keamanan, kesejahteraan, ketenteraman dan kemakmuran negara seolah-olah bukan lagi dianggap perkara terpenting yang diberi pertimbangan wajar dalam membuat sebarang keputusan. Ahli politik terutamanya telah menghalalkan sebarang cara untuk mencari pengaruh dan memperkukuhkannya sehingga ke tahap menghuru-harakan ketenteraman awam. Mereka menggunakan wang sebagai senjata dan memanipulasikan apa sahaja fakta demi mencapai matlamat.Irama permainan politik yang semakin berbahaya ini nampaknya sudah menjadi paluan nasional. Ia tidak hanya didendangkan oleh pembangkang malah parti pemerintah pun turut serta.


Kelemahan parti pemerintah memberikan reaksi terhadap tuntutan masyarakat majoriti dan lebih tunduk pada desakan minoriti telah memberikan tafsiran yang salah malah menghantar mesej dan signal yang gagal ditafsirkan oleh kebanyakan rakyat. Kita jangan tanya di manakah silapnya lagi apabila generasi muda menolak parti kesayangan mereka sebelum ini. Perjuangan kejiwaan sudah tumpul. Apa yang ada sekarang hanyalah agenda peribadi. Membujur lalu melintang patah, sikap mengadu domba, menuding jari malah menutup mata daripada melihat hakikat kebenaran di depan mata telah menjadi lumrah. Kemudian pura-pura tidak mengerti segala macam isyarat yang telah dihantar oleh para pengundi. Kononnya perlu mencari petunjuk lagi. Lihat sahaja, atas nama politik ada orang menjadi pembela kepada suspek penjenayah berbahaya. Mencaci cerca penguat kuasa undang-undang, mempertikaikan keadilan sistem perundangan dan kehakiman malah menuduh negara dan kepimpinannya mengamalkan diskriminasi kaum. Tidak ada sesiapa pun kemudiannya bangun menjadi pembela, malah tidak sesiapa yang sanggup berdepan dan meleraikan semua dengan fakta yang nyata. Semua menikus. Secara rasionalnya, bolehkah kita memperjudikan nasib dan keamanan lebih 27 juta penduduk negara ini hanya kerana seorang individu yang disebut sebagai suspek penjenayah?
Bolehkah segala tindakan demonstrasi jalanan, kekasaran, tunjuk perasaan dan maki-hamun serta memperkecilkan undang-undang membantu usaha menjamin dan menegakkan hak asasi manusia?


Hak asasi bagaimana yang sebenarnya yang mahu kita pertahankan? Apakah kita sudah lupa, bila penjenayah bermaharajalela kita tuding jari kepada penguat kuasa terutama polis yang kononnya tidak bekerja. Bila penjenayah diberkas, proses membawa ke muka pengadilan bukanlah semudah menekan mesin kira 1, 2 atau 3. Dalam proses dan prosedur, mesti akan berlaku salah perkiraan. Tetapi adilkah semua itu dilontarkan kembali tanpa kita memberi ruang dan peluang kepada mereka? Apakah hak polis lebih rendah keutamaannya daripada hak penjenayah dan tertuduh? Mari kita kembali tumpukan perhatian kepada pokok isu utama. Ia berkaitan keselamatan dan keamanan. Hak individu hanya terjamin apabila negara dalam keadaan aman. Oleh itu, jangan wujudkan kekacauan dan kekeliruan demi usaha menangguk di air keroh. Tidak akan wujud hak asasi apabila negara kacau-bilau. Lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin, siapa peduli hak asasi individu lagi ketika ini? Kita kena wujudkan kefahaman mengenai apa yang dikatakan sebagai hak asasi. Kita kena pastikan siapakah yang lebih berhak terhadap hak asasi berkenaan.


Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan hujah ini tetapi bayangkan anda yang menjadi mangsa, dirompak, dirogol dan dicederakan. Pada siapa anda akan berpaling memohon pertolongan dan bantuan? Ketika anak dan keluarga anda dipukul, dicederakan dan dijadikan tebusan, kepada siapa hak asasi itu hendak anda suarakan? Jawab sahaja soalan di atas maka para aktivis dan pejuang hak asasi yang cuba menjadi juara berkenaan boleh mendapatkan jawapan sebenar sekiranya mereka itu ikhlas tanpa agenda tersembunyi. Bolehkah memburukkan polis dan penguat kuasa membantu kemakmuran dan kesejahteraan negara. Ganas benarkah anggota keselamatan sehingga kita terpaksa berdemonstrasi di seluruh pelosok negara.


Berapa ramaikah mereka yang ditahan dilokap mati akibat didera? Mari kita bandingkan fakta jenayah di seluruh negara dan kira dengan dada yang lapang berapa ramai yang menjadi mangsa pembunuhan ngeri, kecederaan kekal, kerosakan harta benda, kecurian, rompakan, rogol, dadah dan seumpamanya. Mampukah para juara demonstrasi ini menjamin keamanan dan kesejahteraan kita? Atau merekalah sebenarnya yang memuja kepada keganasan dan perkara yang bertentangan dengan undang-undang. Kita yakin, mereka ini menggunakan topeng nakal bagi membakar semangat untuk menjayakan agenda peribadi yang telah sekian lama diatur. Pihak berkuasa, semua rakyat yang cintakan keamanan adalah majoriti yang diam. Mereka sudah muak dengan sikap mengalah yang ditunjukkan. Mereka juga khuatir rasa hormat kepada anggota penguat kuasa telah dilucutkan sehingga ada yang sanggup meletakkan logo anjing pada lencana kemegahan itu.


Bolehkah kita nafikan lagi bahawa penghormatan, rasa takut dan gerun yang pernah ada pada anggota kerselamatan sudah semakin luntur kerana terlalu atau terlebih diplomasi. Sudah tiba masanya, kerajaan perlu mengorak langkah dan mengukuhkan strategi demi memokuskan semula gerak kerja. Kita sudah lama terpesong daripada wawasan utama kerana kemelut yang pelbagai akibat gendang palsu dan dakyah tidak bersandarkan fakta. Malah kita sudah terlalu banyak terlepas pandang dan terlepas kawalan dengan pelbagai ketakutan yang diwujudkan oleh golongan ini. Semboyan kembali ke medan sudah patut ditiupkan. Hidup yang diselubungi was-was tidak berasas patut dilupuskan. Buka mata dan minda, buka telinga dan hati pada fakta dan kebenaran. Mulakan dari detik ini, jangan tunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur dan durian sudah menjadi tempoyak.

Penulis ialah Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Friday 30 January 2009

LCCT Labu mungkin tidak jadi kenyataan

BERITA HARIAN 30 JAN 2009

LCCT Labu mungkin tidak jadi kenyataan

PUTRAJAYA: Cadangan projek Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan, oleh AirAsia Bhd mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Sumber berkata, ini berikutan hasil mesyuarat hampir sejam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan disertai Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, serta Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes. Turut hadir, wakil Malaysia Air-ports Holdings Bhd (MAHB) dan pegawai kanan Kementerian Pengangkutan, Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.
NOTA BLOGGER : ALHAMDULILLAH. NIAT SIME DARBY DAPAT DIHALANG LAGI. KEPADA SIME DARBY FIKIRLAH PROJEK LAIN YANG TIDAK MEMBEBANKAN KERAJAAN. SYARIKAT ANDA SEPATUTNYA JADI ASET KEPADA KERAJAAN BUKAN JADI LIABILITI. TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENENTANG RANCANGAN SIME DARBY INI. TAHNIAH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

JOURNAL REVIEW : HALANGAN KEPADA KERJASAMA ANTARA PASUKAN UNTUK MEMBENTUK PASUKAN MEMBENTERAS JENAYAH TERANCANG

SKGP 6013 PERUBAHAN GLOBAL DAN KESELAMATAN

RINGKASAN ESEKUTIF
JOURNAL REVIEW

TAJUK JOURNAL : HALANGAN KEPADA KERJASAMA ANTARA PASUKAN UNTUK MEMBENTUK PASUKAN MEMBENTERAS JENAYAH TERANCANG.

Kajian dari Kanada
Oleh Stephen Schneider
Jabatan Sosiologi dan Kriminology
St Mary’s University, Halifax , Canada , dan
Christine Hurst
School of Criminology , University of Ottawa ,
Canada

Skop Taklimat

Tujuan Pembentangan Kertas Kerja
Hasil Kajian
Implikasi Sebenar
Halangan / Masalah Yang Menyekat Kerjasama Berpasukan
Cadangan Mengatasi
Penutup

KAJIAN KERTAS KERJA

. Mengenal pasti masalah yang timbul dalam menjalankan operasi bersepadu antara
pelbagai jabatan / ajensi
. Kajian melibatkan pelbagai ajensi di Kanada dalam memerangi jenayah terancang.
. Kajian melibatkan tinjauan, dan temuduga di peringkat operasi dan penyeliaan
. Kajian ini bukan sahaja boleh diguna pakai di Kanada tetapi juga boleh diperluaskan
dimana mana negara yang mungkin mempunyai masalah yang sama dalam
menjalankan tindakan bersepadu antara jabatan dalam memerangi jenayah terancang

NEGARA YANG TERAWAL MENJALANKAN TINDAKAN BERSEPADU ANTARA JABATAN

GREAT BRITAIN – 1960 AN – REGIONAL CRIME SQUADS – Mandat – Memerangi jenayah di pelbagai peringkat/kawasan.
AMERIKA SYARIKAT – 1970 an – Berikutan kritikan terhadap pandangan sempit terhadap Suruhanjaya Presiden Dalam Penguatkuasaan Undang2 dan Pentadbiran Keadilan1967. Pada masa kini, Amerika merupakan antara negara yang meneruskan tindakan kerjasama dalam pelbagai ajensi dalam memerangi kegiatan haram (spt dadah, penyelewengan, penyeludupan pendatang tanpa izin dll)
KANADA – 1970 – Criminal Intelligence Service Canada (CISC) – Ditubuhkan untuk memudahkan perkongsian maklumat terhadap jenayah terancang antara Jabatan Penguatkuasa Undang2 di Kanada
Pada masa kini, negara spt Australia , Italy dan UK telah mengambil tindakan yang luarbiasa untuk mengatur dan menggerakkan tindakan kerjasama dengan membentuk institute kebangsaan yang baru dalam menangani jenayah :

AUSTRALIA – Bukan sahaja dengan penubuhan Ajensi Jenayah Kebangsaan – menjurus kepada penglibatan jenayah terancang, malah ia diberi kuasa kepada peringkat Persekutuan dan ajensi penguatkuasa undang2. Pada tahun 2003 Australia mengambil tindakan seterusnya dengan membentuk Suruhanjaya Jenayah Australia iaitu dengan menggabungkan Pihak Berkuasa Jenayah Kebangsaan, Biro Inteligen Jenayah Australia dan Pejabat Kajian Strategi Jenayah .

ITALY – Penubuhan Direzione Investigativa Antimafia dalam pasukan polis menjurus kepada mengumpul maklumat dan menyiasat kumpulan jenayah terancang di peringkat kebangsaan.

UK – Great Britain – skop kepada jenayah terancang diperluaskan dengan menjadikan pasukan jenayah negeri kepada satu Pasukan Jenayah Kebangsaan.

KANADA – 1970 – Criminal Intelligence Service Canada (CISC) telah diwujudkan bagi menguruskan pertukaran maklumat jenayah terancang antara pihak ajensi berkuasa undang2 Kanada.

ROYAL CANADIAN MOUNTED POLICE (RCMP) DAN TINDAKAN BERSEPADU ANTARA JABATAN

- Melibatkan pelbagai jabatan di peringkat persekutuan, negeri, daerah, Jabatan Kastam, Pegawai Cukai, Pendakwaraya, dan Akauntan Forensik (1990)
- 1995 – Projek Wolverine – Menangani masalah persaingan geng motorsikal – melibatkan RCMP, Canada Border Services Agency, US Custom and Border Protection Agency, US Immigration and Custom Enforcement, US Cost Guard, dan polis dari kedua negara

KAEDAH KAJIAN

- Mengedarkan 225 borang soal selidik kepada pelbagai peringkat jabatan didalam RCMP / ajensi yang lain
- 111 dikembalikan (49.3%). 15 daripadanya tidak dapat menjawab soal selidik dengan alasan tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjawab soal selidik tersebut. = ini bermakna hanya 96 saja yang dinilai.
- Majoriti responden adalah dari jabatan polis Kanada (peringkat kawasan, daerah, negeri dan persekutuan – 91.7%)
- Daripada jumlah responden , 55.2 % adalah dari RCMP. Yang lain adalah dari jabatan / ajensi yang berlainan yang terlibat dalam operasi bersepadu antara jabatan.
- 74% dari jumlah responden mengatakan mereka pada masa kini dipinjamkan sementara ke bahagian operasi bersepadu
- Lebih dari separuh (53.7%) menjawab mereka dari bahagian pengurusan atau di peringkat pengurusan kanan.
- 35.4% menggambarkan mereka dari bahagian “operasi”
- Lebih 50% dari responden mengatakan mereka mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang kepolisan, manakala 90% mempunyai sekurang kurangnya 11 tahu pengalaman dalam bidang kepolisan.

3 PERKARA PENTING KAJIAN

KEBERKESANAN KESELURUHAN OPERASI BERSEPADU ANTARA JABATAN
SUMBANGAN PENGLIBATAN ANTARA JABATAN YANG MENYUMBANG KEPADA KEBERKESANAN OPERASI BERSEPADU
MENGENALPASTI JABATAN MANA YANG BENAR2 MENYUMBANG KEPADA KEBERKESANAN OPERASI BERSEPADU ANTARA JABATAN

Hasil Kajian

Terdapat 2 bahagian yang penting hasil kajian yang dijalankan:

1. Majoriti - mengatakan kerjasama berpasukan adalah penting bagi keberkesanan tindakan.
2. Pihak yang tidak berpuashati terutama dari segi penyebaran, perkongsian maklumat, komunikasi dan sumbangan sesama rakan pasukan yang bertindak.

MASALAH YANG DIKENALPASTI SEMASA TINDAKAN BERSEPADU ANTARA JABATAN

ADA JABATAN YANG MENOLAK SEBARANG TINDAKAN KERJASAMA
ADA JABATAN YANG HANYA TERLIBAT DALAM BILANGAN YANG KECIL SAHAJA
TOHMAHAN TENTANG JABATAN YANG CUBA MENGUASAI SEMUA TINDAKAN YANG DIJALANKAN
JABATAN YANG MENGHANTAR MEREKA YANG TIDAK BERKUAALITI
KEKURANGAN PERKONGSIAN MAKLUMAT ANTARA JABATAN
KONFLIK YANG TIMBUL BERIKUTAN MANDAT DAN OBJEKTIF YANG TIDAK SELARAS ANTARA JABATAN YANG TERLIBAT

ANTARA MASALAH LAIN YANG MENYUMBANG KEPADA HALANGAN KERJASAMA OPERASI BERSEPADU

• Kekurangan saluran maklumat risikan tepat, sumber, data asas operasi bersepadu tersebut dan ajensi yang mengetuainya (RCMP) terhadap ajensi lain yang menyertai.
• Halangan teknikal, seperti penggunaan data asas yang berbeza2 oleh ajensi yang terlibat, yang mana mungkin tidak dapat dikongsi oleh lain ajensi
• Sekatan terhadap kemampuan operasi bersepadu untuk berkongsi maklumat berikutan tahap keselamatan yang tinggi terhadap sumber dan risikan, peraturan pihak ketiga, keistimewaan maklumat tersebut dll
• Peningkatan halangan keselamatan yang menyebabkan semakin sedikit maklumat risikan yang dapat dikongsi berikutan kejadian Sept 11 2001 apabila pengganas menyerang Amerika Syarikat.
• Masalah sempadan antara kawasan yang wujud antara ajensi
• Kekurangan polisi yang nyata berkaitan peraturan dibawah maklumat risikan yang mana yang boleh disebarkan oleh operasi bersepadu tersebut.
• Tohmahan yang mengatakan RCMP itu sendiri “lubang hitam risikan”
• Kekurangan komunikasi dan perkongsian maklumat diantara ajensi yang terlibat
• Salah tanggapan dari anggota yang menyertai seperti fungsi risikan, cara maklumat dikawal oleh pihak operasi bersepadu

Halangan2 ini sepatutnya ditempatkan dalam kontek dimana sebahagian pengakaji yang mengambil bahagian memberi isyarat sebagai masalah yang besar: kurangnya semangat bekerjasama, dan gabungan antara ajensi yang terlibat dalam operasi bersepadu. Ada diantara responden menyalahkan RCMP sebagai halangan utama kepada kurangnya penggabungan, perpaduan, dan perkongsian maklumat.

Ada diantara responden yang dikaji mengatakan RCMP dan Operasi bersepadu ini adalah satu perkara yang sama, menandakan betapa ajensi lain yang terlibat tidak berpuashati dengan keadaan yang berlaku ditujukan kepada RCMP sendiri.

Kajian Untuk Merapatkan Jurang Kerjasama Antara Jabatan

Pengumpulan maklumat antara jabatan – analisa, penyebaran dan perkongsian.
Kuantiti dan kualiti perhubungan antara ketua ajensi yang terlibat.
Kepada peringkat mengenalpasti ajensi terlibat yang mempunyai pengetahuan tentang mandat, objektif, keutamaan, dan
Sumbangan antara jabatan untuk meningkatkan penglibatan kerjasama berpasukan

KESIMPULAN

Satu perkara utama yang menghalang penguatkuasaan terhadap jenayah terancang ialah kordinasi dan kerjasama diantara ajensi penguatkuasa, baik diperingkat dalaman atau antarabangsa. Pada masa kini, lebih banyak negara yang mengutamakan kerjasama serantau berikutan penerimaan pelbagai peringkat penguatkuasan terhadap jenayah terancang dan konspirasi pengganas. Semua pihak kini mengakui keberkesanan penguatkuasan menentang jenayah dan ancaman ketenteraman awam memerlukan kerjasama dan kordinasi yang baik antara sesama pengamal yang merentangi sempadan, mandate dan disiplin.

Sejarah yang baru berlaku menunjukkan kekurangan perkongsian maklumat boleh menyebabkan masalah yang besar, yang boleh menghasilkan kesan yang amat dasyat. Akibat persaingan dan kurangnya perkongsian risikan diantara CIA dan FBI telah dikenalpasti sebagai salah satu sebab menyumbang kenapa pihak berkuasa Amerika tidak dapat mengesan, menghalang dan mencegah serangan pengganas pada 11 Sept 2001. Pelbagai kritikan telah dibuat dimana terdapat dua budaya yang berbezaan antara ke dua ajensi ini yang menghalang perkongsian maklumat risikan antara kedua penguatkuasa ini. Washington Post melaporkan bahawa Khalid Almindhar dan Nawaf Alhazmi, keduanya merupakan perampas kapalterbang yang menghentam Pentagon, mula dikesan oleh pihak National Security Agensi (NSA) pada tahun 1999. Selepas 2 tahun berikutnya, NSA, CIA dan FBI masing2 memperolehi maklumat berkaitan penglibatan kedua mereka ini dan kegiatan pengganasnya, tetapi tidak berkongsi maklumat ini sesame mereka. Mahupun memberikan maklumat ini kepada pihak Imigresen. Hasilnya, kedua mereka ini memasuki Amerika tanpa halangan, memberikan mereka peluang untuk melibatkan diri dalam serangan tersebut. Pada bulan March, 2000, CIA mendapati Ahazmi telah sampai di California pada 15 Januari tahun itu. Maklumat itu tidak disampaikan kepada pihak FBI dan tidak juga kepada pihak anti pengganas di San Diego . yang mempunyai maklumat sulit tentang penglibatan Alhazmi dan Almidhar. Maklumat itu tidak dipersoalkan, dan hanya selepas kejadian serangan 11 Sept 2001, pihak FBI mendapati Alhazmi telah memperolehi latihan penerbangan semasa berada di San Diego . Suruhanjaya Kebangsaan terhadap Serangan Pengganas ke atas Amerika Syarikat menjelaskan bagaimana serngan itu mungkin boleh dielakkan atau sekurang kurangnya dipatahkan jika sekiranya terdapat kerjasama dan perkongsian maklumat diantara badan penguatkuasa Amerika dan bahgian Risikan Negara.

Di Kanada, kurangnya kerjasama terhadap perkongsian maklumat diantara RCMP dan Canadian Security Intelligence Service (CSIS) adalah merupakan factor tercetusnya halangan kepada siasatan serangan pengganas yang menjatuhkan kapalterbang Air India yang mendarat di Kanada pada 22 Jun 1985

Pada masa kini, masih terdapat banyak halangan kepada gabungan pelbagai ajensi dalam menjalankan operasi bersepadu. Punca kepada halangan ini adalah pelbagai termasuk halangan teknikal (contoh, data asas yang tidak sama antara ejensi), masalah perundangan, sumber yang terhad, kerahsiaan siasatan, isu kedaulatan negara, kurang kepercayaan berpunca tanggapan rasuah di dalam ajensi yang lain, mandate yang berbeza, dll.

PENUTUP

SEMUA PIHAK PERLU MELIHAT SEJAUH MANA KERJASAMA DAPAT DIPERBAIKI
MENINGKATKAN KERJASAMA BERPASUKAN BERMAKNA PENGHASILAN OPERASI BERSEPADU AKAN LEBIH BAIK
SEMUA PIHAK PERLU BELAJAR DARI KESILAPAN SEJARAH LAMA YANG MENYEBABKAN KEADAAN KESELAMATAN NEGARA TERANCAM



TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

HIDUP TUN. JASA ANDA AKAN TERUS DIKENANG. SEMUGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DAPAT TERUS MENYUMBANGKAN BUAH FIKIRAN UNTUK KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM





Thursday 29 January 2009

Wake up to the dengue menace

BERSAMA KITA MENGHAPUS DENGGI. CUCI LONGKANG DAN TEMPAT AIR BERTAKUNG DENGAN SEGERA SEBELUM IA MENJADI TRAGEDI TERHADAP KELUARGA ANDA.......................KEMATIAN YANG SIA-SIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ramlang saman Jakim jika rayuan ditolak

Di dalam lapuran Malaysiakini 29 Jan 2009 , bekas Iman Masjid Wilayah Persekutuan ini telah melahirkan hasrat untuk menyaman kerajaan kerana dibuang kerja di atas alasan muncul berucap di platform politik. Beliau mengatakan telah diarah oleh ketuanya untuk hadir sumpah laknat Saiful ( mendakwa diliwat DSAI ) di Masjid Negara.

Beliau sepatutnya tahu, sebagai pegawai kumpulan A, adalah menjadi satu kesalahan untuk berucap walaupun bukan atas tajuk politik tetapi menggunakan platform politik. Peraturan telah ada dan wajar diikuti. Beliau seorang yang warak dari segi ugama sepatutnya lebih memahami keperluan dan kewajipannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bab-bab keduniaan. Beliau boleh berucap dan mengadakan sidang akhbar tetapi perlu memohon kebenaran ketuanya terlebih dahulu. Peraturan ini terpakai untuk semua kakitangan awam kumpulan A.

Alasan beliau, bahawa telah diarahkan hadir pada sumpah laknat tersebut bukan isu. Memang beliau diarah. Jadi apa masalahnya. Sebagai orang bawahan memang beliau wajib mematuhi arahan berkenaan dan hadir sebagai saksi untuk seorang islam bersumpah dengan arahan ketuanya bukan satu kesalahan. Arahan ketuanya adalah betul dan sah. Tidak salah untuk hadir ke majlis tersebut untuk menjadi saksi setelah diarahkan oleh ketuanya. jadi apa isunya sehingga perlu naik ke pentas politik untuk memberi penerangan tentang arahan tersebut. Apa untungnya dan beliau tidak rugi apa-apa untuk hadir ke majlis sumpah laknat tersebut. Ia tugas yang sah setelah diarahkan oleh ketuanya dan tidak bertentangan dengan Islam.

Pada pandangan saya pembuangan kerja beliau adalah betul kerana beliau tidak amanah terhadap tugas dan ingin mencari populariti serta ada tujuan lain yang saya percaya semua rakyat Malaysia mengetahuinya. Beliau adalah duri dalam daging dan gunting dalam lipatan yang menikam kerajaan dari belakang dalam menjalankan tugas sebagai pegawai kerajaan. Orang beginilah yang akan merosakkan imej kerajaan kerana rancangan kerajaan akan gagal kerana disabotaj atau tidak dilaksanakan kerana beliau tidak dapat membezakan antara tugas sebagai pegawai awam dengan politik. Jika ingin memberi penjelasan pun mengenai kehadiran di sumpah laknat tersebut, tidak perlu ke pentas politik untuk berucap dan memberi sidang akhbar. Hantar aje email atau panggil wartawan ke pejabat secara rasmi pun boleh . Jadi apa masalah sehingga 3 malam berucap di pentas politik.

Tahniah kepada JAKIM atas tindakan betul dan berani untuk mengambil tindakan yang jelas telah melanggar peraturan kakitangan kerajaan. Apa istimewanya beliau selain serban dan jubahnya sehingga tindakan tidak boleh diambil. Kakitangan awam yang lain pun banyak telah diambil tindakan yang sama. Menyimpan kakitangan sebegini akan membahayakan pelaksanaan dasar kerajaan yang mungkin akan gagal atau digagalkan oleh mereka yang sebegini. Mereka adalah duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Mereka yang sebegini sebenarnya tidak tahu membezakan tugas rasmi dengan hal peribadi dan politik. Beliau tidak layak untuk memegang jawatan tersebut disebabkan tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu ambil tahu peraturan berkenaan. Jadi jika diteruskan beliau memegang jawatan berkenaan bagaimana beliau boleh mendidik orang bawahannya mengenai peraturan , yang belaiu sendiri langgar secara terbuka. Orang sebegini hanya pandai berselindung dengan serban dan jubah untuk menunjukkan kealimannya walaupun itu merupakan satu dosa. Syabas JAKIM. Kepada Ramlang, anda disyorkan , jadilah ahli politik sepenuh masa.

Usah politikkan kes jenayah: Syed Hamid ( Kes penjenayah Kugan )


BERITA HARIAN 29 JAN 2009


PUTRAJAYA: Kerajaan memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan kes jenayah termasuk mengaitkannya dengan isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata masyarakat perlu memberi laluan kepada pihak polis menjalankan siasatan mengikut undang-undang dan prosedur jenayah sedia ada. "Saya harap hentikanlah buat perkara ini sebagai perkara perkauman, biar polis jalankan siasatan. Sebarang kenyataan yang hendak dikeluarkan perlulah berlandaskan fakta yang betul," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Hadir sama pada sidang media itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin. Sambil menegaskan kenyataan secara umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes, Syed Hamid, berkata beliau tidak mahu masyarakat menyifatkan penjenayah di negara ini sebagai wira manakala pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang sebagai syaitan. "Saya tidak maksudkan kepada sesiapa. Kami (pihak berkuasa) tidak akan berkompromi dan jangan pula kalau seseorang lakukan jenayah jadi hero, kita yang melaksanakan undang-undang jadi syaitan.
"Kami tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta sekalipun kesalahan dilakukan oleh pegawai atau anggota polis malah akan mengambil tindakan segera," katanya. Syed Hamid berkata, mengikut laporan polis, ada 19 kes curi kereta dan samun bersenjata yang menggunakan modus operandi sama dan polis menahan tiga yang disyaki termasuk A Kugan sementara seorang lagi dipercayai ketua kumpulan itu masih bebas. Kugan, 23, yang ditahan 15 Januari lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta mewah, mati ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, USJ8, Subang Jaya, seminggu kemudian. Sehubungan itu, Syed Hamid meminta tidak ada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu kerana ia hanya akan menyukarkan polis menjalankan siasatan.
"Mana-mana pihak yang bercakap mengenai kes kematian Kugan perlu mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan bukannya andaian," katanya. Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata kawasan rumah mayat adalah kawasan larangan kecuali kepada keluarga terdekat dalam proses pengecaman mayat dengan melihat kepada muka, badan dan tulang sebelum bedah siasat. "Tetapi mereka tidak boleh merumuskan sebarang keputusan dengan hanya melihat objek (bahagian) itu. Biarlah ia disiasat terlebih dulu, itu adalah tindakan paling adil. "Jika ada sesiapa yang ingin mempertahankan keadilan untuk mayat berkenaan, mereka boleh melakukannya tetapi perlu menghormati undang-undang," katanya.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - PENJENAYAH KUGAN

RENCANA PENGARANG

UTUSAN MALAYSIA

29 JAN 2009




SATU perkara yang perlu dibelajar daripada kes kematian suspek curi kereta, A. Kugan dalam lokap ialah soal kedaulatan dan keluhuran undang-undang. Tiada siapa yang boleh melepasi batasan undang-undang negara sama ada pemimpin kerajaan atau pegawai penguat kuasa undang-undang itu sendiri. Justeru jangan cuba meragui proses undang-undang lebih-lebih lagi kalangan yang boleh mempengaruhi pendapat umum. Kemelut tersebut tidak sepatutnya berbangkit jika semua yang terlibat mempercayai kepada sistem perundangan negara dengan berpegang kepada prinsip asas undang-undang iaitu yang salah tetap bersalah. Awang yakin, jika itu menjadi pedoman, tindak-tanduk siapa juga yang berkepentingan dalam hal tersebut sentiasa berada dalam ruang lingkup yang terkawal. Benar, punca kematian Kugan perlu dicari dengan bukti-bukti supaya keadilan diperoleh. Dalam proses itu, tiada sesiapa pun sama ada di pihak penguat kuasa mahupun kalangan yang mempunyai kepentingan politik, perlu melatah. Jangan sesekali melupai siapa kita dan peranan yang sepatutnya dilaksanakan.
Awang – Sedar diri.

Samy Vellu perlu hormati kedaulatan undang-undang

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO membidas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah kerana cuba meletakkan kedudukan mereka melebihi undang-undang negara. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka bertiga tidak sepatutnya melupakan prinsip asas undang-undang bahawa yang salah tetap bersalah.
Sehubungan itu, beliau meminta ketiga-tiga tokoh parti politik India dalam gabungan komponen Barisan Nasional (BN) itu menghormati kedaulatan undang-undang negara.
“Dia (Samy Vellu, Devamany dan Murugiah) siapa boleh meletakkan diri melebihi undang-undang negara, yang salah tetap bersalah.
“Mereka perlu akur kepada undang-undang negara secara terhormat,” katanya sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di Mekah hari ini. Hishammuddin mengulas kemelut tuding menuding jari antara menteri, timbalan menteri, polis dan ahli politik berikutan kematian suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan, 22, sewaktu disoal siasat. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, bedah siasat mendapati Kugan mati akibat paru-paru berair tetapi keluarganya mendesak diadakan bedah siasat kedua kerana mendakwa ia disebabkan kecederaan. Minggu lalu, Devamany dan Murugiah bersama sekumpulan orang awam didakwa menyerbu dan menceroboh rumah mayat Hospital Serdang sehingga ada yang bertindak merakamkan gambar mayat Kugan. Kedua-dua timbalan menteri itu mempertahankan tindakan mereka berada di sana dengan alasan mententeramkan keluarga Kugan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini pula membuat kenyataan bahawa kedua-dua timbalan menteri itu mungkin menghadapi tindakan jika didapati melanggar undang-undang. Sehubungan itu, Samy Velu dalam kenyataannya kelmarin menyatakan komitmen untuk melantik peguam mewakili dua timbalan menteri itu sekiranya mereka didakwa di mahkamah.
“Kami akan melantik seramai mana peguam yang boleh bagi mempertahankan mereka jika didakwa di mahkamah,” kata Samy Vellu yang menerajui MIC selama 30 tahun.

Wednesday 28 January 2009

KENYATAAN AKHBAR TIM KETUA POLIS NEGARA : KUGAN

MALAYSIAKINI
28 JAN 2009

'Perarakan mayat Kugan bukan politik'
Jan 28, 09 11:15am
Sokongan orang ramai terhadap nasib mendiang A Kugan - dijangka berarak dari Petaling Jaya ke Puchong - bukan perhimpunan politik seperti tanggapan polis, kata sebuah NGO.Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia (JPPHAM) menyifatkan amaran polis untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam perarakan tersebut petang ini sebagai "satu lagi bentuk salah guna kuasa" pihak berwajib itu untuk cuba menakutkan orang ramai.Penyelaras NGO itu S Jayathas menambah, jika polis awal-awal lagi bertindak profesional, perarakan tersebut tidak akan berlaku. Kugan didakwa mengalami penderaan sewaktu dalam tahanan polis di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari bagi siasatan kes curi kereta mewah. Perarakan lebih 20 kilometer itu dijadual mulai 2 petang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) ke kawasan perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.Sementara itu, timbalan ketua polis negara semalam memberi amaran kepada mereka menyertai upacara pengkebumian Kugan agar tidak mencetuskan sentimen perkauman yang boleh menimbulkan kejadian tidak diingini."Saya benar-benar berharap perarakan itu berjalan dengan teratur mengikut agama Kugan. "Polis menghormati keperluan keluarga si mati, maka kita benarkan perarakan dari UMMC ke krematorium di Bt 14 Puchong," kata Tan Sri Ismail Omar dipetik berkata."Bagaimanapun, jika ada orang yang cuba melencongkan perarakan dan memulakan demonstrasi, maka kami akan bertindak. "Jangan emosional dan tolong berhenti menyebarkan mesej tidak perlu yang tidak memberi faedah kepada sesiapa."Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelaras mengenai siasatan ke atas kematian Kugan di ibu pejabatpolis Ampang Jaya. Turut hadir di mesyuarat itu ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.Ismail berkata polis tidak menentang sebarang perarakan pengkebumian untuk Kugan dan menghormati permintaan keluarganya.Beliau menasihatkan pihak tertentu jangan mengambil kesempatan dari perarakan itu untuk kepentingan mereka.

KENYATAAN MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI PENJENAYAH KUGAN

MALAYSIAKINI
28 JAN 2009

Menteri dalam negeri tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang, lapor Bernama.Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis."Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta," katanya kepada para pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.Syed Hamid bagaimanapun enggan mengaitkan kenyataannya itu dengan kematian suspek curi kereta A Kugan semasa dalam tahanan di balai polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas."Saya tidak menuding jari kepada sesiapa," menteri itu dipetik berkata.Beliau menjelaskan, dalam siasatan 19 kes curi kereta dan samun bersenjata, polis telah menahan tiga yang disyaki termasuk Kugan.Menteri itu juga meminta orang ramai jangan mempolitikkan siasatan kes kematian Kugan itu kerana ia boleh menyukarkan lagi tugas polis."Mereka hendaklah bercakap mengenai kes itu berdasarkan fakta dan bukannya andaian," katanya.Bedah siasat awal menunjukkan Kugan meninggal dunia akibat paru-paru berair.Bagaimanapun, bedah siasat kedua dijalankan setelah keluarga Kugan tidak berpuashati dengan punca kematian Kugan itu.Jumaat lepas, Peguam Negara Tan Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kes kematian Kugan sebagai bunuh.Polis masih menyiasat punca kematian itu dan keputusannya dijangka diketahui dalam masa terdekat.Jenazah Kugan disemadikan di Puchong petang tadi.

Tuesday 27 January 2009

TEMAN SETIA MANUSIA


Inilah teman setia kita. Dia tidak pernah gagal dalam mengiringi dan menjaga kita setiap masa. Oleh yang demikian jadilah ia...... Jadi lah BAYANG-BAYANG. Inilah satu-satunya nikmat tuhan yang tidak ternilai pada kita. Fikirkanlah.

Murugiah mahu saman Khalid

26 Jan 2009

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai 'gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh bilik mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.
Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
''Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).
''(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal anjuran Persatuan Malindian Putrajaya/Cyberjaya di Dewan Serbaguna Presint 8 di sini hari ini. Selasa lalu, sekumpulan orang awam termasuk Murugiah dan seorang lagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany didakwa oleh Khalid menceroboh Hospital Serdang untuk memeriksa mayat Kugen, 22, yang didakwa didera polis. Murugiah berkata, beliau sudah memberi jaminan kepada keluarga mendiang bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa diselindungi oleh mana-mana pihak.
''Pada malam itu sebaik sahaja tiba di hospital saya dimaki hamun, mereka kata Barisan Nasional (BN) sudah datang untuk tutup cerita (tutup kes kematian Kugen), saya diam dan terpaksa tahan telinga kerana faham dengan emosi keluarga itu.
''Tetapi kerana orang macam ini (Khalid), BN boleh kalah sebab bagi laluan kepada pembangkang untuk jadi juara (mengambil kesempatan menganjurkan demonstrasi), kita kena berwaspada, kena hati-hati dengan apa yang kita buat (keluarkan kenyataan)," katanya.
Murugiah berkata, jika beliau dilantik oleh Perdana Menteri memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'bakal' berada di bawahnya dan Khalid harus menyedari perkara itu.
''Semasa dalam kapal terbang, semua orang tengok saya semacam seolah-olah saya macam gengster selepas mereka baca akhbar kata saya menceroboh, apa ini.
''Peguam Negara sendiri boleh telefon saya, (tetapi) kenapa beliau (Khalid) perlu panggil sidang akhbar untuk bercakap tentang saya, telefon sajalah saya," katanya. Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian Kugen yang sebelum ini disahkan mati akibat jangkitan paru-paru berair sebagai kes bunuh. Dalam pada itu, Murugiah memberitahu, beliau akan menganjurkan satu majlis dialog bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berbincang mengenai bidang tugas kakitangan Biro Pengaduan Awam (BPA).
''BPA mempunyai 271 pegawai di seluruh negara dan kita juga ada Ketua Pengarah, kita mahu tahu apa tugas kita yang sebenar bagi melicinkan lagi operasi," katanya.


Nota Blogger : Memang 2 Tim. Menteri ini penceroboh , Dato Khalid. Sebagai Ketua Polis Selangor, Dato telah menjalankan tugas dengan profesional. Teruskan komitmen Dato. Kita tidak mahu negara dan Polis Di Raja Malaysia menjadi Polis seperti di dalam filem Bollywood. Kita telah di tetapkan bidang masing-masing. Kalau orang politk nak jadi Doktor susah lah. Ahli Politik jadilah ahli politik. Doktor jadi doktor. Patologist jadi patologist. Polis jadi Polis. Ahli politik kalau nak tahu hal perubatan tanya doktor atau patologist,: nak tahu hal jenayah tanya polis. Nak tahu undang-undang tanya lawyer dan Peguam Negara. Bukan macam 2 Tim. Menteri yang baru 2 hari jadi Menteri ni, semua dia nak jadi. Jahanam le sistem pentadbiran kita. Di Bombay dan Maldives boleh le. Ini Malaysia. Baik Polis, Patologist dan anggota pentadbiran kerajaan yang lain pun bekerja untuk rakyat, bukan ahli politik sahaja. Jangan jadikan penjenayah sebagai hero.

Monday 26 January 2009

POST MORTEM KUGAN - PEROMPAK KERETA MEWAH

Post Mortem kedua : Kugan - Penyamun kereta mewah.

Pada pandangan saya Post Mortem kedua mayat PEROMPAK kereta mewah kali kedua adalah tidak perlu . Ini kerana beberapa sebab:

. Sekira anggota polis yang disyakki membunuh ? atau mencederakan / mendera Kugan dikenalpasti dan dituduh di mahkamah pastinya berlaku kompilikasi . Ini kerana lapuran mana yang perlu dipakai. Lapuran pertama atau kedua. Lapuran pertama post mortem yang dibuat oleh Patologist hospital kerajaan adalah sah dan merupakan satu lapuran pakar. Lapuran pertama mengatakan penjenayah berkenaan mati disebabkan paru-paru berair. Lapuran berkenaan benar. Sekiranya ada kelihatan / dan memang kelihatan dibahagian tengkuk dan belakang penjenayah berkenaan kemungkinan ia didera tetapi ia adalah isu yang berlainan. Lapuran beliau mati kerana paru-paru berair adalah sah dan pihak saya percaya terdapat dalam lapuran patologist berkenaan tentang kesan-kesan calar dibahagian tengkuk dan belakang penjenayah berkenaan. Anggota polis yang dikatakan mendera Kugan boleh dituduh hanya mencederakan Kugan dan bukan membunuhnya. jadi sebab kematian adalah sah kerana ia adalah lapuran pakar.
. Lapuran post mortem kedua tidak akan diterima oleh mahkamah kerana ia dibuat bukan di atas permintaan pihak polis atau pegawai penyiasat. Dan juga di dalam post mortem kedua pegawai penyiasat kematian Kugan tidak dipanggil untuk menyaksikan post mortem ini. Sudah pasti lapuran ini akan dipertikai oleh peguam dan hakim.
. Sekiranya lapuran post mortem kedua akan mengatakan penjenayah Kugan mati kerana didera bukan kerana paru-paru berair , maka lapuran mana akan diterima. patologist pertama akan mempertahankan lapuran beliau. Walau bagaimana pun saya percaya lapuran kedua juga oleh patologist yang berlainan akan memberikan sebab kematian yang sama ke atas penjenayah ini iaitu disebabkan paru-paru berair. Saya yakin di atas perkara ini.
. kejadiaan keluarga , saudara mara penjenayah ini dan juga 2 orang Tim. Menteri yang menyerbu bilik mayat , ia amat dikesali dan amat memalukan. Sepatutnya 2 Tim. menteri ini menasihat keluarga penjenayah ini agar jangan menyentuh barang bukti tanpa kehadiaran pihak pegawai penyaiasat. Dengan pencerobohan ini, bahan bukti telah diganggu dan ini akan memberi peluang kepada anggota polis yang dituduh membunuh ( saya percaya ini hanya andaian ) akan mempunyai alibi dan alasan yang kuat. Ini kerana dengan pencerobohan ini alibi yang akan digunakan oleh anggota polis ini ialah kesan-kesan-kesan deraan yang terdapat pada tubuh penjenayah ini mungkin diibuat oleh keluarga penjenayah ini semasa pencerobohan tersebut. Alasan ini kuat kerana tiada pegawai penyiasat hadir di bilik mayat berkenaan. Mahkamah kemungkinan menerima alasan ini kerena rantaian keterangan terganggu.
Dengan sebab di atas saya percaya kes ini semakin sukar dan jika anggota polis berkenaan mungkin akan dituduh kerana mencederakan penjenayah ini kemungkinan kes akan dibuang dan jika ini berlaku sekali lagi pihak kerajaan dan pihak polis dipersalahkan.
Sepatutnya 2 Timbalan Menteri ini dapat menjadi orang tengah antara keluarga penjenayah dan pihak polis. Tetapi dalam kes ini 2 Tim. Menteri berkenaan bertindak seolah keseluruhan pasukan polis dan pihak Patologist berkonspirasi untuk mengenakan penjenayah ini dengan menyorok dan mengubah lapuran post mortem. Patologist adalah mereka yang profesional. Tetapi disebabkan ingin menjadi juara kaumnya 2 Tim. Menteri ini bertindak seperti pembangkang dan meludah kepada badan penguatkuasa utama negara denga begitu rendah sekali tarafnya. Ini sehingga ke tahap supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan. Sebenarnya perkara ini tidak perlu.
Tahniah kepada Ketua Polis Selangor di atas ketegasan dan memberikan momentum yang sama dan isu ini. Juga kepada Tan Sri Ketua Polis Negara yang mempertahankan pihak polis dari isu ini secara profesional. Dan sekalung tahniah dan kebanggaan saya di atas ketegasan Menteri Dalam Negeri yang konsisten dalam mempertahankan PDRM. Prinsip pukul anak , biar di dalam rumah telah di pakai oleh YB Menteri. YB Menteri Dalam Negeri inilah satu-satunya yang dilihat mempertahankan PDRM dengan begitu profesional walaupun baru memegang jawatan berkenaan. Tahniah Dato Sri.
Kepada semua rakyat Malaysia , jangan jadikan penjenayah sebagai hero atau robin Hood moden bagi mendapatkan kredit dari segi politik. Ianya akan nampak kita begitu dangkal dalam berpolitik dan nampak begitu murah sekali cara untuk meraih populariti. Sekali imbas tindakan 2 Tim Menteri ini seolah kita berada dan menuntun cerita hindustan atau Tamil iaitu kisah yang berlaku di India. Ingat ini Malaysia. Undang-undang adalah yang tertinggi dan mengatasi sesiapa sahaja.
Nota : Pada 27 Jan 2009 Utusan Malaysia melalui halaman rencana ada menyiarkan pendapat yang dikira sama dengan penulis. Lihat pautan atas tajuk Jangan ada bertindak jadi hero kes kematian Kugan.

GERHANA MATAHARI 26 JAN 2009 - BUKTI KEBESARAN ILAHI














26 JAN 2009


Inilah gerhana matahari yang terjadi di Kuala Lumpur pada 26 Jan 2009 antara jam 1750 ke 1850. Bukti kebesaran Ilahi. Gerhana ini di panggil Gerhana Cincin.

Sunday 25 January 2009

MELAHIRKAN BLOGGERS YANG BERTANGGUNGJAWAB

25 JAN 2009
Melahirkan bloggers bertanggungjawab.

Blog atau internet ialah aset sangat penting bagi penyampaian maklumat yang pantas dan menjadi pra syarat bagi keupayaan negara bersaing dalam dunia tanpa sempadan hari ini. Blog jangan dimusuhi dan jangan pula disalahgunakan. Ia sudah mula membina kredibilitinya kerana mengungkap sesuatu dengan pantas, dibangunkan oleh tenaga muda yang menawarkan pandangan alternatif. Pada masa yang sama, media perdana dilihat dipengaruhi oleh birokrat politik di belakang tabir justeru dicurigai kandungannya.
Namun demikian, blog bukanlah sentiasa tepat dan berwibawa. Semakin banyak muncul laman web, akhbar dalam talian dan blog yang menimbulkan kemarahan masyarakat. Blog menghina nabi dan mencerca Islam, gambar artis dibogelkan, tokoh dan pemimpin difitnah dan diaibkan. Apa lagi selepas ini? Jelaslah, blog tidak terlepas daripada bahan yang songsang. Di sebalik pelbagai peraturan yang ada, penulis blog masih kelihatan gagah dalam dunia maya. Kekuatan mereka terletak pada keupayaan menyebarluaskan tulisan yang mereka hasilkan berbanding media arus perdana.
Penulis blog tidak terikat atau makan gaji dengan sesiapa. Mereka menulis semua isu dan menyebarkannya mengikut kata hati mereka sendiri. Beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini yang melibatkan penulis blog mempunyai kesan positif dan negatifnya kepada semua pihak. Kerajaan menjadi lebih tidak popular dalam kalangan bloggers, penulis bebas dan peminat parti pembangkang.
Internet membenarkan sesiapa saja menjadi penulis tanpa peduli apakah seorang itu terdedah kepada amalan dan etika kewartawanan atau tidak. Tidak ada sesiapa yang akan menapis atau menyunting sesuatu tulisan. Penulis mesti berusaha sendiri bagi memahami etika dan etiket dalam menulis dan menyemak tulisannya sebelum menyiarkannya.
Dengan kebebasan yang ditawarkan oleh internet, ada bloggers berpendapat mereka tidak patut diikat oleh mana-mana etika penulisan. Bloggers yang bertanggungjawab patut sedar yang mereka menulis kepada masyarakat terbuka, maka mereka wajib beretika kepada pembaca dan masyarakat yang menjadi bahan tulisan mereka. Etika yang bagaimana yang patut diteladani oleh penulis blog? Kesedaran ini memang wujud dalam kalangan bloggers di negara kita.
Sekitar April 2007 telah ada usaha mewujudkan National Alliance of Bloggers oleh sekumpulan penulis blog di negara ini. Namun demikian semangatnya yang panas itu tidak berpanjangan. Di Indonesia, diwujudkan KampungBlog.com yang dibangunkan untuk warga negara Indonesia dengan pendaftaran keahlian tanpa bayaran. Kumpulan ini menjaga etika dalam kalangan ahlinya.Semua blog yang bukan MFA (Made For Adsense), blog yang kebanyakan kandungannya berisi pautan download mp3/file tanpa izin dan hanya berisi lirik lagu, mengandungi bahan pornografi, menyinggung atau menghina suatu suku, agama atau golongan tertentu juga tidak diperkenankan untuk mendaftar di KampungBlog.com.
Semua blog yang memohon masuk pula disemak kewibawaannya dan dinilai terlebih dahulu. Perkumpulan bloggers wartawan dalam CyberJournalist.net pula telah menggariskan suatu model kod etika bloggers yang diubahsuai daripada etika kewartawanan. Namun demikian, terpulanglah kepada individu bloggers sama ada mahu mematuhinya atau pun tidak. Integriti sesebuah blog akan menjadi asas kepercayaan pembaca.
Penulis blog mesti sentiasa bersikap jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menafsir sesuatu maklumat. Mereka juga tidak memplagiat justeru setiap buah fikiran yang mencetuskan penulisan mestilah dirujuk dan dipautkan. Bahan-bahan ini tidak digunakan dalam konteks yang salah atau dikelirukan. Mereka juga mesti bijak membezakan yang mana satu maklumat promosi atau propaganda, komentar dan fakta. Bloggers mesti mengungkapkan hanya bahan yang benar dan sahih. Sebagai manusia bloggers, perlu bertimbang rasa dengan mereka yang akan menerima kesan akibat pendedahan, sindiran, teguran, kritikan atau kecamannya.
Mendapatkan maklumat yang meledak dan memeranjatkan memang ada kalanya sulit dan sukar tapi itu bukan alasan untuk menjadi angkuh atau lesen untuk mendedahkan keaiban. Maklumat yang dikelaskan sebagai rahsia rasmi jangan sesekali digunakan kerana ini hanya akan memakan diri sendiri. .
Dalam konteks negara kita, setelah kerajaan memperlihatkan kesungguhan membersihkan mahkamah daripada campur tangan politik, penulis blog hendaklah pula menunjukkan rasa hormatnya terhadap keputusan mahkamah. Seorang bloggers mesti tidak teragak-agak mendedahkan pelanggaran etika oleh blog atau bloggers yang lain.
Bloggers tidak boleh takut atau memihak. Sebagai manusia biasa bloggers mesti bersedia mengaku kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka. Penulis boleh mengkomersialkan blognya dengan memberi ruang kepada iklan tetapi tidak sehingga terpaksa dicucuk hidungnya oleh tekanan dan kemahuan pengiklan dalam menentukan kandungan blog. Ada waktunya bloggers berada di persimpangan dalam suatu konflik atau dilema tentang sesuatu isu. Jika keputusannya yang memihak kepada sesuatu, ini mestilah dijelaskan.
Menjadi bloggers memerlukan disiplin yang tinggi, sama juga jika ingin menjadi penulis atau wartawan. Penulis blog yang beretika menulis secara berterusan dan tetap, bukan muncul sekali-sekala. Memang banyak sekali blog, laman web dan akhbar dalam talian yang terabai dan terbiar. Jika tidak boleh bertekun menulis, lebih baiklah jangan mula menjadi bloggers. Itulah sebabnya kebanyakan blog yang popular dibangunkan oleh bekas wartawan dan kebanyakan blog yang mundur dimiliki oleh orang politik yang hangat-hangat tahi ayam. Bloggers yang beretika mestilah aktif dalam masyarakat bloggers dengan mengunjungi dan menulis kepada blog lain, bukan terperap dalam blog sendiri dengan hanya mengharap orang lain membaca blognya. Penulis blog juga sedikit sebanyak mesti menguasai seni penulisan dengan mengirim tulisan yang kreatif, mengalir, menghiburkan, menarik dan relevan dengan perkembangan isu dalam masyarakat.
Jika mahu bebas menulis, seorang blogger juga mesti mendukung prinsip kebebasan bersuara. Maka setiap bloggers tidak wajar menghalang capaian orang lain ke blognya, apa lagi seorang bloggers tidak patut memadam mana-mana bahagian dalam komentar yang tidak disukainya. Bloggers mesti menggalakkan kebebasan berbahas dalam blognya. Seorang bloggers yang baik berusaha menegakkan kebenaran, tidak berbohong dan bertanggungjawab terhadap sestiap sesuatu yang ditampilkan dalam blognya dengan berani dan telus. Ketelusan seorang bloggers terletak pada kejujurannya muncul dalam identiti yang jelas - nama yang lengkap, wajahnya yang sebenar serta maklumat latar belakangnya. Bukan bersembunyi di sebalik nama palsu.
Beliau dengan yakin memaparkan kedudukannya, misi dan visinya, agendanya serta perkara yang bercanggah dengan kepentingannya. Sebagai manusia yang berakhlak, seorang blogger sentiasa memastikan tulisannya tidak menyakiti orang lain di samping membina hubungan baik dengan membalas setiap e-mel dan komentar yang diterima.
Penulis patut menulis sesuatu yang menggalakkan kehidupan yang berakhlak, adil, bebas, selamat, bersih dan beradab. Semua ini saling berkait dan amat diperlukan oleh sebuah masyarakat majmuk. Kita tidak boleh selamat, bebas, dan bersih kalau meneruskan kehidupan dalam masyarakat yang tidak berakhlak, tidak adil dan tidak beradab. Penulis mesti melukiskan dan menampilkan citra masyarakatnya yang betul. Hal ini penting supaya masyarakat Malaysia tidak hidup dalam persepsi yang kacau, kepalsuan dan prejudis yang liar.

ROOSFA HASHIM ialah Pensyarah
di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. roosfa@ukm.my

TELUK GUANTANAMO

Inilah tanda kekejaman US. Sebuah negara yang mendakwa sebagai pejuang kekebasan manusia. Bebaskan segera semua tahanannya.!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday 24 January 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Kepada semua rakyat Malaysia beragama Buddha Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Semuga rakyat dan negara kita Malaysia lebih aman , makmur dan terus bersatu padu.

GONG ZI FA CHAI.

Friday 23 January 2009

Bos AirAsia sedia temui Dr M


MALAYSIAKINI 23 JAN 2009
Jan 23, 09 4:30pm

Rancangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia untuk membina lapangannya sendiri menjadi sasaran kritikan hebat di Internet, termasuk oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Ketua Eksekutif AirAsia, Datuk Tony Fernandes berkata, beliau sedia menemui Dr Mahathir untuk menjelaskan mengapa syarikatnya perlu membina terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Labu Negeri SembilanBeliau yakin, Dr Mahathir - yang menyokong penubuhan AirAsia sewaktu menjadi perdana menteri - akan memberi beliau peluang memberi penjelasan mengenainya.
"Dr Mahathir memberi kita lesen (syarikat penerbangan) dan kita amat terhutang budi kepadanya kerana memberi lesen tersebut," kata Tony dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.Dalam blognya Sabtu lalu, Dr Mahathir mempersoalkan keperluan untuk membina sebuah LCCT baru di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Menurut mantan perdana menteri itu, KLIA mempunyai tanah yang cukup untuk membina empat terminal tambahan dan tiga landasan untuk mengendali sehingga 125 juta penumpang setahun.AirAsia menjangka mengendalikan 15 juta penumpang pada akhir tahun ini dan mencecah 27 juta menjelang tahun 2014.LCCT sekarang hanya boleh mengendalikan 10 juta penumpang dan ini akan meningkat kepada 15 juga penumpang apabila sayap baru dibuka dua bulan lagi.

Thursday 22 January 2009

PEMBELIAN LEMBU OLEH MB SELANGOR 2








Ini lah contoh LEMBU yang dibeli oleh kerajaan Negeri Selangor tu. Itu le sebab harganya mahal sikit. Badannya separuh makenikal. Hybrid dari Australia dan New Zealand. Jadi macam tu ( berwarna warni ) kerana tercampur dalam makanannya kimia posporus. Lebihan posporus yang dilepaskan dari bom Israel ke Gaza. Isinya lebih manis walaupun keras sikit. Gemuk le orang Selangor yang termakan lembu ni. Tapi ia bebas lemak / kolesterol. Baik untuk kesihatan.

PEMBELIAN LEMBU MB SELANGOR







MALAYSIAKINI : 22 JAN 2009

Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB S'gor

Jimadie Shah Othman Jan 22, 09 1:00pm

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu."Kita kesal dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa lembu dihantar ke kawasan itu (Bandar Tun Razak), dan tidak ada arahan berhubungpembayaran RM110,400 itu."Sebenarnya kita ada bukti dokumen yang menyatakan arahan (telah) dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, pagi tadi.Menteri Besar, Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.Semalam, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunusmendakwa Abdul Khalid membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.Bagaimanapun, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.‘Arahan bayaran’Abdul Khalid juga dilaporkan berkata, beliau tidak menyedari wujudnya sebarang agensi kerajaan negeri yang dikenali sebagai Selangor Industrial Corporation (SIC).Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Dr Mohd Khir berkata, surat tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri berhubung pengedaran lembu korban kepada surau, madrasah dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak.Surat tersebut ditandatangani oleh ketua setiausaha kepada menteri besar dan di alamat kepada pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).Surat itu bertarikh 27 November tahun lalu. Catatan bertulis tangan berkenaan arahan supaya bayaran itu dibuat pula bertarikh sehari selepas itu.Catatan itu, juga diakhiri dengan tandatangan di penjuru kanan bawah surat berkenaan.Dr Mohd Khir berkata, beliau juga mempunyai salinan invois dan resit pembayaran bagi pembelian lembu-lembu korban tersebut.Menurut beliau, resit pembayaran pula bertarikh 16 Disember tahun lalu, katanya,Minta MB kosong jawatanBeliau turut menunjukkan surat tersebut kepada wartawan. Bagaimanapun tiada salinan diedarkan kepada media.Bekas menteri besar Selangor itu berkata, beliau menerima dokumen tersebut melalui pos dua hari lalu.Sehubungan itu, Dr Mohd Khir menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai sebuah "penipuan, pembohongan, dolak-dalik" serta bertentangan dengan janji Pakatan Rakyat bahawa mereka akan memastikan ketelusan dalam kerajaan di bawah pentadbirannya."Saya tak nampak ini ketelusan, ini ketipuan (penipuan)," katanya sambil menambah perkara yang sama berlaku berhubung kos pembelian kereta Toyoto Camry oleh kerajaan negeri bulan lalu.Dr Mohd Khir, bagaimanapun berkata, Umno Selangor tidak perlu lagi tampil membuat laporan kerana laporan yang dibuat telah cukup, setelah Gerak tampil mengemukakan aduan yang sama kepada SPRM semalam.Dr Mohd Khir berkata, beliau juga difahamkan suruhanjaya tersebut telah menggeledah pejabat menteri besar dan pejabat PKNS dua hari lalu.Sehubungan itu, beliau mendesak Abdul Khalid mengosongkan kerusi menteri besar sehingga selesai siasatan.Bercakap lanjut mengenai ketelusan dalam pentadbiran, beliau turut menempelak kerajaan negeri yang didakwanya masih tidak mengamalkan tender terbuka berhubung projek-projek pihak berkuasa tempatan.Sebagai bukti, beliau berkata, tiada iklan dibuat dalam akhbar-akhbar arus perdana berhubung perkara itu.



NOTA DARI BLOGGER:

LEMBU JENIS DI ATAS KOT. ITU YANG MAHAL TU DATO SRI KHIR.



BELI DI MANA LEMBU TU, MAHAL SANGAT. LEMBU DARI AUSTRALIA KE, BAKA APA YANG MAHAL SANGAT TU. TANDOK LEMBU ADA EMAS KOT. MACAM SAMA HARGA KUDA BEKAS RACING AJE. KUDA BOLEH JUGA PAKAI 30 TAHUN. KAYA LE TOKEH LEMBU TU. TOKEH MANA YANG MANA SATU TU. SAUDARA MARA KOT.... SAYA PUN NAK BELI KERETA , TEMPAT SELANGOR BELI CAMRY TU. BOLEH DAPAT MURAH MACAM MB TU BELI KOT . CAKAP NAK TELUS. NAK TELUS PAKAI LE TENDER TERBUKA. APA YANG BELI SENYAP-SENYAP. UMUMKAN LE SYARIKAT MANA TEMPAT BELI KERETA TU. ITU BARU TELUS. BUKAN HILANG JARI SEKERAT PUN KALAU UMUM DI MANA BELINYA....................................

Wednesday 21 January 2009

KERTAS KERJA : GLOBALISASI

TAJUK : GLOBALISASI : KEMAKMURAN VS KESENGSARAAN

PENDAHULUAN

Sejajar dengan kedatangan abad ke 21 ( millennium ) ,perubahan masyarakat berlaku dengan pantas dan ianya menyentuh setiap aspek kehidupan manusia. Berakhirnya Perang Dingin (The Cold War) telah membawa kemenangan kepada demokrasi serta menampakkan keunggulan kapitalisme atas sosialisme. Ini telah menyebabkan peningkatan interaksi antara peradaban yang kemudian memperkuat hegemoni globalisasi.

Kertas kerja ini cuba mengkaji pembangunan kesejahteraan sosial dan peranan “ social work ” dalam konteks globalisasi. Dengan menempatkan globalisasi sebagai punca kepada semua permasalahan sosial global, maka peranan “ social work ” begitu penting dalam pembangunan kesejahteraan sosial pada peringkat nasional dan antarabangsa akan mudah dijangkakan.Tulisan ini berasaskan kepada persoalan pokok iaitu : globalisasi ekonomi adalah ibarat pedang bermata dua; satu sudut ianya membawa kepada kemakmuran ekonomi dan sebahagiannya pula telah menyebabkan malepetaka kepada ekonomi sesebuah Negara dan dunia amnya.

GLOBALISASI

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa globalisasi lebih banyak membawa kepada keburukan kepada ekonomi dan Negara di dunia terutama Negara sedang membangun dan Negara di dunia ketiga. Kemerosotan ekonomi ini telaah menyebabkan kadar kemiskinan dan pengangguran di Negara yang disebutkan di atas berkembang pada kadar yang lebih buruk. Globalisasi sering difahami dan didefinasiakn sebagai satu proses perekonomian antarabangsa. Ia berkehendakkan kepada dasar ekonomi yang lebih terbuka di semua Negara dalam aspek perdagangan , peredaran matawang dan sebagainya.

Globalisasi boleh ditakrifkan ; “Globalization refers to a process through which national economies are becoming more open and thus more subject to supranational economic influences and less amenable to national control.” Globalisasi dibentuk oleh politik dan ideologi neoliberalisme. Dan kenyataannya, antara globalisme dan neoliberalisme adalah dua perkara yang amat berkaitan.Dan kenyataannya, antara globalisme dan neoliberalisme ada. Nlah dua perkara yang amat berkaitan.

Neoliberalisme sendiri berasalr pada ekonomi neo-klasik. Dua tokoh utama pemikiran ini adalah Frederick von Hayek dan Milton Friedman. Asas gagasannya ialah ianya menekankan pentingnya kebebasan, khususnya kebebasan ekonomi dari campur tangan negara. Negara dipandang sebagai penghalang mekanisme pasaran dan ini mengganggu pertumbuhan ekonomi. Dengan kata lain, neoliberalisme sangat memahami terhadap “ welfare state dan developmental state ”.

Kemakmuran vs Kesengsaraan

Dengan sokongan neoliberalisme, kekuatan globalisasi tidak diragukan lagi. Bermula dari skala kecil di Universiti Chicago, globalisasi kini menguasai jaringan internasional, dalam semua aspek kepimpinan, penerbitan dan akhbar.
( Besambung )

UTUSAN MALAYSIA 21 JAN 2009

BERITA TERKINI

Guru didakwa meliwat, lakukan seks oral21/01/2009 3:34pmKLANG,

21 Jan — Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap seorang remaja lelaki berumur 14 tahun di sebuah rumah di Rantau Panjang di sini, Ogos tahun lepas.Badrul Akmal Ishak, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.Tertuduh didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii dengan meliwat mangsa di rumah No: 53, Jalan Genting 5/KU4, Taman Kembara 2, Rantau Panjang, kira-kira pukul 1 pagi pada 24 Ogos tahun lepas.Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Badrul Akmal, yang ditangkap pada 29 Ogos tahun lepas, juga didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa, kira-kira pukul 3 pagi di tempat dan hari yang sama.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Pembantu Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin membantah ikat jamin diberikan kepada Badrul Akmal kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa.Peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh bagaimanapun menyangkal dakwaan Aimi Syazwani dengan alasan anak guamnya yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis tidak pernah mengganggu mangsa.Lazarus memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah munasabah dan mengenakan syarat-syarat tambahan kepada anak guamnya.Hakim Yong Zarida Sazali kemudian membenarkan Badrul Akmal diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta seorang penjamin dan melarang tertuduh mendekati atau menganggu mangsa.Mahkamah turut memerintahkan Badrul Akmal melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes itu selesai dan menetapkan 3 Mac untuk sebutan semula kes. — Bernama

OBAMA : MENGGUNUNG HARAPAN.


Obama: Dengan resmi pada 20 Jan 2009 , telah dilantik sebagai Presiden US yang baru menggantikan Bush. Pandangan saya, dasar luar US tetap sama dan tidak berubah. Jika dilihat semua presiden US tidak mempunyai kuasa untuk mengubah dasar luar US kerana dasar luar ini berkaitan dengan budaya, falsafah dan doktrin penubuhan US. Presiden dikawal sepenuhnya oleh Senat dan dewan perwakilan serta mereka yang berada disekilingnya. Jika dilihat dari sejarah US, presiden yang bersara akan tenggelam begitu sahaja, walaupun sebelumnya iaitu semasa memegang jawatan presiden begitu hebat ucapan dan tindakannya. Setelah bersara atau tidak lagi menjadi presiden mereka kelihatan begitu bodoh sekali. Tidak pernah pandangan bekas-bekas presiden ini diambil kira malah diperlekehkan lagi. Cuma yang menonjol hanyalah Presiden Jimmy Carter yang terus bergerak aktif selepas bersara dalam mengujudkan dunia yang lebih aman dan mengelakkan peperangan. Bekas presiden yang lain hanyalah nampak sebagai patung yang layak menjadi pameran di muzium-muzium seluruh US. Natijahnya, jangan pihak kita terutamanya negara-negara Islam seluruh dunia menaruh harapan yang menggunung dengan peranan dan perubahan yang bakal dibawa Obama. Pastinya, semua dasar luar dan doktrin US tetap tidak akan berubah. Obama tidak mempunyai apa-apa. Mereka yang petah bercakap seperti Obama dan mereka yang serupa dengannya ( itupun ramai di Malaysia ) kebanyakkannya kosong dari segi pemikiran dan tindakan untuk mengubah sesuatu. Apalagi mengubah dan membentuk dunia. Percayalah........................................000000 sahaja. Hanya tinggal harapan

Nota Ringkas 3. Politik dan Perubahan Sosial

Kuliah 3. 21 jan 2009

Bagaimana untuk melihat perubahan sosial dan politik

• Perubahan – peralihan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain sesuai dgn perjalanan masa.
• Penyebab perubahan- inovasi dalam pelbagai bidang
• Perubahan – dirancang dan tidak dirancang
• Pembangunan – perubahan sosial dirancang

BAGAIMANA MEMAHAMI PERUBAHAN SOSIAL DAN POLITIK?

. Perubahan = peralihan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain sesuaiperjalanan masa
. Penyebab perubahan = inovasi dalam pelbagai bidang
. Perubahan = dirancang dan tidak dirancang
. Pembangunan = perubahan sosial dirancang
. Pendekatan garis waktu (A timeline approach) = menganalisis fenomena
sosial berdasarkan tempoh masa, misalnya di Malaysia :
- Era pra penjajahan,
- Era penjajahan,
- Era Pasca penjajahan,
- Era globalisasi masa kini.

Perubahan sosial – Apa yang berubah
• Nilai- prinsip untuk mengukur apakah sesuatu itu baik atau buruk. Asas untuk membenarkan sesuatu tindakan / perilaku dalam masyarakat
• Norma- aturan permainan: prinsip menentukan ganjaran atau hukuman.
• Budaya – segala unsur gagasan, nilai dan norma tetntang kehidupan yang jadi panduan dalam kehidupan dalam masyarakat.
• Komponen kebudayaan
 Gagasan dan idea : falsafah, nilai, norma, pemikiran yang bersifat abstrak.
 Aktiviti : pola perilaku manusia dalam masyarakat.
 Artifak: Hasil perilaku, aktiviti dan karya yang berupa benda yang dapat dilihat, dipegang, dirasa dan didokumentasikan.

Bagaimana memahami budaya

• Tafsiran tentang budaya sebagai sesuatu fenomena, reality atau fakta sosial.
 Authority-defined reality: reality yang ditafsirkan dan diberi makna oleh pihak yang mempunyai kuasa dalam masyarakat.
 Everyday- defined reality. Realiti yang ditafsirkan berdasarkan pengalaman sebenar individu-individu dalam kehidupan seharian.

• Kebudayaan sebagai cerebral: kebudayaan dilihat daripada sudut idea. Minda, falsafah atau pemikiran.
 Lazimnya ia akan dilihat dan dinilai daripada sudut authority – defined.
 Falsafah mempunyai nilai yang tinggi.
 Falsafah turut ditemukan dalam bentuk lain seperti peribahasa, perumpamaan, pantun, syair dan gurindam.

• Kebudayaan sebagai tamaddun. Kebudayaan sebagai hasil terbaik pemikiran manusia.
 Lazimnya ia dilihat dari sudut authority – defined
 Budaya dibahagikan kepada high culture ( seperti opera, music klasik ) dan low ( seperti music punk, rock dll ) culture

• Kebudayaan sebagai sesuatu yang narrative dan descriptive.
 Kebudayaan dibahagikan kepada budaya material dan non material
 Lazimnya ia lebih banyak ditafsirkan oleh authority , namun everyday defined turut berhak mentafsirkan.
 Muzium merupakan tempat di mana budaya material dipamerkan.

• Kebudayaan sebagai sesuatu ketegori sosial
 Setiap kelompok dalam masyarakat dapat mengamalkan idea, perilaku, aktiviti dan melahirkan artifak yang mungkin bertentangan dengan budaya induk, sehingga lahir sub budaya berdasarkan everyday-defined.

• Sifat masyarakat:
 Plurality : kepelbagaian budaya ujud kerana adanya migrasi sukarela
 Mobility sosial terhad ( rakyat vs bangsawan )
 Di asakan melalui orientasi keagamaan: spirituality, intellectuality dan sosial order.

• System pemikiran :
 Metafizika menentukan aspek spirituality, intellectuality dan sosial order
 Bertunjangkan orientasi keagamaan, animism, hindu, Buddha , kristian dan islam. Terdapat pertindanan antara elemen agama yang berbeza.

• Sifat Negara dan pentadbiran :
 Feudalsme – pemeimpin ditentukan berdasarkan sisitem warisan dan keturunan.
 Kerajaan- state dan church bersatu dibawah kekkuasaan mutlak raja.
 Budaya feudal / feudalism – absolutist, dimana raja sebagai penggubal undang-undang, pentadbir, hakim; pemusatan raja kuasa dan ekonomi.
 Biological absolutism – kekuatan raja bergantung kepada saiz tenaga manusia yang didominasikan, bukan keluasan wilayah yang ditakluk.

• Sifat ekonominya:
 Ekonomi sra diri
 Perdagangan berdasarkan system barter dan terhad
 Pertanian dgn teknologi sederhana
 Terdapat elemen pemikiran metafizika dalam kegiatan ekonomi
 System cukai oleh pihak istana, wakil sultan berkuasa memungut cukai.

Tuesday 20 January 2009

Nota Ringkas 3 : Pengurusan Strategik

ANALISIS STRATEGIK
Analisis factor luaran

Kenalpasti factor yang boleh jadi ancaman dan peluang kepada org. ada 2 ialitu :
1. Factor persekitaran
2. Factor industry

Analisi persekitaran am

Ada 5 kumpulan:
1. Politik
2. Ekonomi
3. Sosiobudaya
4. Teknologi
5. Keadaan ekologi

Politik
Undang2 dan peraturan Negara, kestabilan kerajaan dan ketenteraman pendududk.
• Pengawalan upah dan harga
• Peluang pekerjaan yang seimbang
• Keselamatan tempat kerja
• Lakasi pembinanaan kilang
• Kouta barangan yang dikeluarkan
• Cara2 pengiklanan
• Idceologi politik pemerintah
 Demokratik
 Pasaran terbuka
 Komunisme
 Sosialis
Contoh :
Mempromosi koridoraya multimedia

Ekonomi
• Tentukan bagaimana sumber diagih dan digunakan:
 Keluaran Negara kasar
 Kadar pinjaman
 Kadar cukai
 Pendapatan pengguna
 Jumlah perbelanjaan
 Kadar hutang
 Keadaan inflasi
 Polisi kewangan
 Lebihan dan deficit dalam perdagangan antarabangsa
 Devaluation terhadap matawang
O factor ekonomi boleh membangtu atau menghalang pencapaian objektif sesebuah ORG.
• Kebolehan meramal keadaan ekonomi dgn tepat merupakan input yang sangat penting dalam keputusan startegik. Contohnya :
• Harga kelapa sawit meningkat ke rm 1000 satu tan pada 2010
• Pengangguran graduan bertambah pada akhir tahun 2009

4. Sosiobudaya
• Etika, pertimbangan moral, nilai dan sikap masyarakat, corak hidup
• Juga etika kerja, komposisi tenaga buruh, ciri2 demografi
• Kesan daripada factor sosial akan bawa perubahan dalam keperluan, citarasa dan minat pengguna serta orang ramai

5. Teknologi
• Pengurus harus mengkaji perubahan teknologi yang boleh mempengaruhi orang dari segi kegunaan bahan mentah, operasi pengeluaran, bentuk barangan yang dikeluar dan perkhidmatan
• Perubahan dalam teknologi
 Beri peluang untuk baiki kecekapan operasi
 Menjadi ancaman sekiranya peluang direbut oleh pesaing
Perubahan teknologi boleh hasilkan baranga baru dan beraltenatif bagi penggunaan bahan mentah serta kaedah memproses.
 Contohnya penggunaan robotic dalam industry pemasangan kereta telah mempercepatkan proses pengeluaran kereta.
VI. Keadaan ekologi
• Factor iklim- cuaca
• Ekologi – pencemaran udara, pemupusan hutan tropika, pembuangan bahan toksid, pembuangan sampah.
 Contoh : pencemaran air dari sisa toksid drp kilang2 mengakibatkan kematian ikan dilaut.
 Ini akan beri kesan kepada industry mengetin ikan.
Kaedah analisis persekitaran am
• Lisan
• Bertulis
• Mengintip
• Ramalan
• Melalui system maklumat
1. Lisan
• Radio, tv
• Pekerja dalam org
• Pembekal/pemborong
• Pesaing
• Pemegang saham
• Perunding
• Pihak kerajaan
2. Bertulis
• Lapuran tahunanif
• Member skor kesan positif
• Journal perdagangan
• Surat khabar

Kaedah Analisi Persekitaran
• Kaedah positif dan negetif
• Menggunakan pemberat terhadap skor

1. Kaedah positif dan negetif
 Kaedah yang paling senag
 Pilih kejadian ( ekonomi, sosiobudaya , politik, teknologoi dan ekologi dll ) yang ada kaitan dengan kegiatan org.
 Berikan tanda positif
Contoh : Pembuat kasut kulit
Dari segi factor ekonomi :
- Pertumbuhan ekonomi 7 % ini +
- Pengguna suka pakai kasut getah –
- Industry lembu ternak di Malaysia malap –
- Import kasut kulit meningkat –
- Tukar sikap terhadap kasut buat dari kulit binatang –
Jadi dari analisa di atas saya sebagai pembuat kasut kulit dapati 1 + dengan skor 4 -. Jadi perlu buat perubahan. Jadi analisis ekonomi ini menunjukkan keadaan tidak menggalakkkan ikut kaedah ini. Tapi dalam perniagaan kecil kaedah ini amat popular.
Kelemahan kaedah ini :
- Setiap kejadian sama beratnya ( 1 ) markah ) tetapi ada kejadian yang lebih penting drp yang lain.
- Ramai peniaga kecil suka guna kaedah ini.
2. Memberi skor kesan positif dan negetif
• Pengurus perlu kenalpasti samada kejadian sekeliling beri kesan positif atau negetif pd org
• Setiap kejadian akan diberi skor positif dan negetif dan ini menunjukkan kedudukan peluang dan ancaman
• Contoh:
-10 -5 0 + 5 +10
Paling sedikit Beri kesan paling banyak beri kesan

Rujuk jadual 1:
• Jumlah skor positif hamper sampai dengan skor negetif ( +47 ) & ( - 41 ).
• Secara umum menunjukkan lebih banyak peluang yang ada untuk sesebuah org dimajukan.
• Secara teliti, skor factor politik dan ekonomi banyak yang negetif atau ancaman.
• Skor factor teknologi dan sosial menampakkan peluang.
Jadi bagus guna system dan kaedah ini kerana ia lebih member impak pada data. Lebih tepat kerana skornya lebih besar.
Kritikan kaedah ini:
• Kaedah ini kurang memuaskan kerana nilai yang diberikan adalah kesan faktur terhadap industry secara keseluruhan.
• Bagi syarikat ABC, faktur sosial tidak begitu penting berbanding dengan syarikat xxx.

Guna pemberat terhadap skor
• Guna pemberat lebih bermakna
• Pemberat perlu diberikan supaya tahap faktur persekitaran dapat diberi nilaian yang lebih bermakna dan disusun mengikut kepentingan syarikat.
• Pemberat diberi nilai 0.00 ( tidak mustahak ) hingga 1.00 ( sangat mustahak ) jumalah pemberat semua faktur tidak lebih 1.00.
Tiga kaeadah dalam member pemberat:
• Mengira melalui pengagihan mengikut kebijaksanaan sendiri – spontan dan rasional
• Mengira mengikut susunan
• Mengira mengikut agihan skor kepentingan.
Kaedah ini juga subjektif juga kerana ia memberi berbagai pilihan.

Cara -
1. mengira spontan :
• contoh:
2. mengira ikur keutamaan
• faktur persekitaran am diberi keutamaan mengikut no 1 yang terpenting, 2 yang ke 2 penting dan seterusnya.
• Rujuk jadual 2
3. Mengira ikut skor kepentingan
• Semua factor diagih skor kepentingan
• Skor 10 bagi faktur yang sangat penting dan skor 1 yang sangat tidak penting.
• Rujuk jadual 3

Tentukan peluang dan Ancaman
• Nilai skor tinggi ( 10 ) bermakna syarikat mampu bertindakbalas dgn baik dan berkesan
• Skor rendah ( 1 ) bermakna sy tidak mapu bertindak balas menanganinya.
• Jadual 4
 Faktur sosial dan politik lebih 5.0 gambarkan lebih peluang daripada ancaman
 Faktur ekonomi dan teknologi tunjuk lebih ancaman.

PENGUNDURAN ZIONIS DARI GAZA


Inilah Zionis. Penguduran dari Gaza hanya strategi dan helah perang. Ini kerana kegagalan mereka untuk membunuh pejuang Hamas. Yang terbunuh hanya orang awam kebanyakkannya kanak-kanak.Pengunduran hanya bagi penilaian semula strategi ketenteraan mereka untuk menyerang lagi di masa depan. Juga bagi mengelakkan malu kerana tidak mencapai matlamat pencerobohan. Genjatan senjata dan pengunduran adalah cara terhormat untuk memberitahu dan menunjukkan pada dunia bahawa Zionis hanya menceroboh untuk menentang Hamas sahaja. Di samping itu ia bagi mengambil hati Presiden US yang baru dan akan mengangkat sumpah pada 20 Jan 2009.Ini bagi memberi peluang pelobi-pelobi Zionis di US untuk memainkan peranan dan menjalinkan hubungan dengan Presiden US yang baru. Jahanam Zionis. Hidup Palestin.

Monday 19 January 2009

PERMOHONAN MAAF PM ISRAEL : INI HASILNYA
















































































Inilah gambar-gambar pembunuhan oleh Yahudi ke atas penduduk Palestin di Gaza. Cara paling baik untuk menebus kesalahan mengikut cara Yahudi ialah memohon maaf. Tapi Hitler dan Masyarakat Jerman yang membunuh Yahudi , walaupun telah 50 tahun meminta maaf, masih dikutuk oleh dunia atas pengaruh Yahudi. Anti Semeetik pun dikecam keras. Laknat Israel.

PETA PELAYAR