FOLLOWERS

Wednesday 21 January 2009

UTUSAN MALAYSIA 21 JAN 2009

BERITA TERKINI

Guru didakwa meliwat, lakukan seks oral21/01/2009 3:34pmKLANG,

21 Jan — Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap seorang remaja lelaki berumur 14 tahun di sebuah rumah di Rantau Panjang di sini, Ogos tahun lepas.Badrul Akmal Ishak, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.Tertuduh didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii dengan meliwat mangsa di rumah No: 53, Jalan Genting 5/KU4, Taman Kembara 2, Rantau Panjang, kira-kira pukul 1 pagi pada 24 Ogos tahun lepas.Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Badrul Akmal, yang ditangkap pada 29 Ogos tahun lepas, juga didakwa sengaja melakukan persetubuhan di luar tabii iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa, kira-kira pukul 3 pagi di tempat dan hari yang sama.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Pembantu Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin membantah ikat jamin diberikan kepada Badrul Akmal kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa.Peguam Gerard Lazarus yang mewakili tertuduh bagaimanapun menyangkal dakwaan Aimi Syazwani dengan alasan anak guamnya yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis tidak pernah mengganggu mangsa.Lazarus memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah munasabah dan mengenakan syarat-syarat tambahan kepada anak guamnya.Hakim Yong Zarida Sazali kemudian membenarkan Badrul Akmal diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta seorang penjamin dan melarang tertuduh mendekati atau menganggu mangsa.Mahkamah turut memerintahkan Badrul Akmal melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes itu selesai dan menetapkan 3 Mac untuk sebutan semula kes. — Bernama

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR