FOLLOWERS

Thursday 29 January 2009

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - PENJENAYAH KUGAN

RENCANA PENGARANG

UTUSAN MALAYSIA

29 JAN 2009




SATU perkara yang perlu dibelajar daripada kes kematian suspek curi kereta, A. Kugan dalam lokap ialah soal kedaulatan dan keluhuran undang-undang. Tiada siapa yang boleh melepasi batasan undang-undang negara sama ada pemimpin kerajaan atau pegawai penguat kuasa undang-undang itu sendiri. Justeru jangan cuba meragui proses undang-undang lebih-lebih lagi kalangan yang boleh mempengaruhi pendapat umum. Kemelut tersebut tidak sepatutnya berbangkit jika semua yang terlibat mempercayai kepada sistem perundangan negara dengan berpegang kepada prinsip asas undang-undang iaitu yang salah tetap bersalah. Awang yakin, jika itu menjadi pedoman, tindak-tanduk siapa juga yang berkepentingan dalam hal tersebut sentiasa berada dalam ruang lingkup yang terkawal. Benar, punca kematian Kugan perlu dicari dengan bukti-bukti supaya keadilan diperoleh. Dalam proses itu, tiada sesiapa pun sama ada di pihak penguat kuasa mahupun kalangan yang mempunyai kepentingan politik, perlu melatah. Jangan sesekali melupai siapa kita dan peranan yang sepatutnya dilaksanakan.
Awang – Sedar diri.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR