FOLLOWERS

Sunday 18 January 2009

RINGKASAN KES-KES DI BAWAH KEUNGGULAN PERLEMBAGAAN

1. AH THIAN v GOVERNMENT OF Malaysia [1976] 2 MLJ 112

Sabjek dituduh melakukan rompakan di bawah seksen 392/397 Kanun Keseksaan tetapi boleh dihukum di bawah seksen 5 Akta Senjaapi (penalti lebih berat). Sepatutnya beliau hanya boleh boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan sahaja.

Atas sebab ini peguam mendakwa peruntukan demikian di bawah akta senjata api adalah ultra vires dan melanggar peruntukan artikel 8 perlembagaan iaitu hak sama rata perlindungan di bawah undang-undang.

Mahkamah telah menggunakan kuasa judicial review di bawah artikel 128 dan 4(4) bahawa pertuntukan demikian adalah tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Cabutan penghakiman penting oleh hakim Suffian LP

`The doctrine of the supremacy of Parliament does not apply in Malaysia. Here we have a written constitution. The power of Parliament and of State legislatures in Malaysia is limited by the Constitution, and they cannot make any law they please.`

2. AMINAH v SUPERINTENDENT OF PRISON, PENGKALAN CHEPA, Kelantan [1968] 1 MLJ 92.

Sabjek membuat permohonan Habeas Corpus terhadap suaminya yang ditahan di bawah RR dengan alasan:

i. Suaminya tidak diberitahu alasan tangkapan seberapa cepat mungkin (as soon as possible) mengikut artikel 5(3).

ii. Enekmen kediaman terhad tidak mempunyai peruntukan artikel 5(3).

iii. Penahanan dibuat dengan niat jahat mala fide

Keputusan mahkamah.

i. Terdapat kenyataan penyerah waran tangkapan bahawa alasan tangkapan telah diberitahu. Suaminya telah dibenarkan berjumpa beberapa jam kemudiaan sudah mencukupi kehendak artikel 5(3).

ii. Peruntukan 5(3) tidak perlu di dalam RRE oleh kerana peruntukan artikel 162(6) menyatakan mana-mana undang yang ujud sebelum hari merdeka hendak disesuaikan dengan perlembagaan.

iii. Sama ada penahanan dibuat mempunyai niat jahat atau tidak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk masuk campur.

3. ASSA SINGH v MENTRI BESAR, JOHORE [1968] 2 MLJ 30.

Sabjek ditahan di bawah RRE Johor dan mendakwa tahanan tersebut tidak sah oleh kerana enekmen tersebut tidak mempunyai peruntukan sebab tangkapaan diberitahu dan di bawah ke hadapan magistrate di bawah artikel 5 dan oleh itu bertentangan juga dengan haknya untuk bergerak dengan bebas sebagaimaa artikel 9.

Keputusan Mahkamah.

Tahanan sah oleh kerana walaupun tidak ada peruntukan demikian,di bawah artikel 162 menyatakan mana-mana enekmen yang tidak selaras dengan perlembagaan hendaklah di sesuaikan. Oleh kerana ianya tahanan pencegahan maka ia tidak bercanggah dengan artikel 9.

4. THE CITY COUNCIL OF GEORGE TOWN & ANOR v THE GOVERNMENT OF THE STATE OF PENANG & ANOR [1967] 1 MLJ 169.

Sabjek menyatakan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu City Council of George Town (Transfer of Functions) Order, 1966 dan Municipal (Amendment) (Penang) Enactment, 1966 adalah bercanggah dengan peruntukan Local Government Elections Act 1960 yang dibuat oleh persekutuan dan dengan itu undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah tidak sah.

Keputusan Mahkamah.

Peruntukan demikian tidak sah mengikut artikel 75 yang menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan maka undang-undang persekutuan akan terpakai.

5. GOVERNMENT OF MALAYSIA & ANOR v SELANGOR PILOT ASSOCIATION [1977] 1 MLJ 133.

Selangor Pilot adalah menjalan perkhidmatan pilotage di Pelabuhan Klang. Dengan pindaan Akta Lembaga Pelabuhan mereka tidak lagi dibenarkan menjalankan tugas demikian dan diserahkan kepada pihak lain. Rayuan dibuat dengan menyatakan tindakan tersebut melanggar artikel 13 iaitu hak sama rata mengenai harta dan pengambilan harta dengan pampasan mencukupi kerana tindakan tersebut menjelaskan perniagaan mereka masa hadapan. Permohonan ditolak.

6. PUBLIC PROSECUTOR v DATUK HARUN BIN HAJI IDRIS & ORS [1976] 2 MLJ 116.

Sabjek TELAH pun dituduh di Mahkamah session untuk kes CBT dan diarahkan ditukarkan ke Mahkamah Tinggi oleh sijil yang diberikan oleh DPP di bawah seksen 418A CPC. Sabjek menyatakan tindakan ini bercanggah dengan peruntukan artikel 8(1) iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Keputusan Mahkamah.

i. Pemindahan jelas untuk mendapat hukuman yang lebih berat yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah tinggi.

ii. Peruntukan seksen 418A adalah bercanggah dengan perlembagaan artikel 8 dan peruntukan artikel 145(3) iaitu kuasa untuk menuduh,membicara dan menhentikan pembicaraan ditangan peguam negara tidak mempunyai merit.

Cabutan penting hakim ABDOOLCADER J.

Firstly, there is a presumption — perhaps even a strong presumption — of the constitutional validity of the impugned section with the burden of proof on whoever alleges otherwise.
Secondly, the presumption is not however to be carried to the extent or stretched for the purpose of validating an otherwise invalid law, and if the force of Article 8(1) bears sufficiently strongly upon and against that presumption, it must then necessarily bend, break and give way under that force.
And thirdly, for this purpose a statute or statutory provison must be examined on its own merits and not by comparison with other similar provisions (State of Madhya Pradesh v GC Mandawar [1954] SC 493 ).

Nota: Perlembagaan telah dipinda dengan memasukan artikel 145(3a) yang membetulkan keadaan ini berbunyi seperti berikut :

145. Attorney General

(3) The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah Court, a native court or a court-martial.
(3a) Federal law may confer on the Attorney General power to determine the courts in which or the venue at which any proceedings which he has power under Clause (3) to institute shall be instituted or to which such proceedings shall be transferred.

7. MALAYSIAN BAR & ANOR v GOVERNMENT OF Malaysia . [1986] 2 MLJ 225

Isu adalah sama ada peruntukan seksen 46A Akta Guaman bercanggah dengan peruntukan artikel 8 iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Seksen 46 A menyatakan hanya peguam yang telah berkhidmat selama 7 tahun sahaja layak untuk menjadi ahli dan dengan itu membahagikan peguam kepada junior dan senior.

Keputusan mahkamah :

Peruntukan seksen berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 dan itu tidak sah.


8. VR MENON v THE GOVERNMENT OF Malaysia . [1987] 2 MLJ 642

Sabjek adalah warganegara dan tinggal di India. Pada 1943 beliau bertugas di Jabatan Elektrik dan bersara pada tahun 1973 dan layak mendapat pencen di bawah artikel 147. Pindaan undang-undang penyelarasan pencen dibuat dan akta tersebut sek.2 menyatakan ianya hanya untuk mereka yang tinggal di Malaysia dan sabjek tidak layak menerima penyelarasan pencen. Sabjek mendakwa pindaan akta berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang .

Keputusan mahakamah.

Seksen 2 Akta penyelarasan pencen adalah bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.

9. PUBLIC PROSECUTOR v DATO’ YAP PENG [1987] 2 MLJ 311.

Isu yang sama dalam seperti kes Dato Harun.

10. Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor . [1992] 1 MLJ 697

Sabjek telah dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri Kelantan semasa pilihan raya. Walau bagaimanapun undang-undang negeri Kelantan menyatakan sesiapakan yang telah meletakkan jawatan di dalam sesuatu parti politik dan bertukar ke parti politik lain adalah tidak layak menjadi ahli dewan negeri dan kerusinya di istiharkan kosong. Sabjek mendakwa undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan artikel 10 iaitu hak menubuh persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan,ketenteraman dan ahklak.

Keputusan mahkamah.

Undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan perlembagaan artikel 10. Hak untuk menubuh pesatuan adalah hak juga tidak menubuh pesatuan. Cabutan kenyataan penting kes ini dari hakim Abdul Hamid Omar LP.

`Kelantan Constitution did impose a restriction on the exercise of the respondents’ right of association in that the respondents were penalized by a disqualification from continuing as members of the state legislative assembly having exercised their fundamental right of association, which includes the right to dissociate from an association, by resigning from one political party to join another`.

11. Tun Datuk Haji Mustapha bin Datuk Harun v State Legislative Assembly of Sabah & Anor [1993] 1 MLJ 26.

Kes yang sama seperti Nordin Salleh. Bezanya sabjek belum di pecat dan takutkan kerusinya akan di kosongkan di Sabah.. Soalannya adakah beliau boleh berbuat demikian.

Keputusan Mahkamah.

Sabjek tidak boleh berbuat demikian, tetapi meninggalkan banyak persolan.

12. Faridah Begum bte Abdullah v Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah . [1996] 1 MLJ 617.

Faridah Bagum rakyat Singgapore mendakwa Sultan Pahang atas ganti rugi. Soalan yang timbul adakah warga asing boleh mendakwa Sultan Pahang.

Keputusan Mahkamah.

Keputusan kes adalah berdasarkan peruntukan artikel 73(3) adan 155. Artikel 73(3) semua undang-undang Parlimen adalah tertakluk kepada sekatan Perlembagaan. Seterusnya artikel 155 menyatakan sekiranya undang-undang negara Komenwel lain memberi hak dan keistemewaan kepada warga Persekutuan maka perlimen boleh memberi hak dan keistemewaan yang sama. Dalam kes ini jika warganegara Malaysia boleh mendakwa President Singgapore maka tuntutan tersebut boleh dilayan.

Nota: Pembicaraan kes ini dijalankan mengikut Mahkamah khas setelah mendapat persetujuan dari Peguam negara seperti peruntukan artikel 182,183.


Kes-kes di bawah artikel 5 –kebebasan.

OOI AH PHUA v OFFICER-IN-CHARGE CRIMINAL INVESTIGATION, KEDAH/Perlis [1975] 2 MLJ 198.

Sabjek telah ditangkap dan ditahan di dalam lokap kerana bersubahat dalam kes rompak bersenjata. Selepas ditahan sabjek tidak dibenarkan berjumpa peguam secepat mungkin.Sabjek memohon Habeas Corpus atas alasan tahanan tidak sah oleh kerana hak berjumpa peguam tidak dibenarkan di bawah artikel 5(3).

Mahkamah menolak rayuan.

Cabutan hakim yang mengadili : the right of an arrested person to consult his lawyer begins from the moment of arrest but that right cannot be exercised immediately after arrest. A balance has to be struck between the right of the arrested person to consult his lawyers on the one hand and on the other the duty of the police to protect the public from wrongdoers by apprehending them and collecting whatever evidence exists against them The right should not be exercised to the detriment of any investigation by the police; [ Hak berjumpa peguam bermula selepas ditangkap,tetapi hak tersebut tidak boleh dilakukan sebaik saja ditangkap. Pertimbangan hendaklah dibuat di antara hak orang ditangkap dan tugas pihak polis melindungi orang awam dari pembuat salah dengan menangkap mereka dan mengumpul keterangan. Hak tidak boleh dilakukan dengan merosakkan penyiasatan polis.]

LUI AH YONG v SUPERINTENDENT OF PRISONS PENANG [1977] 2 MLJ 226.

Sabjek ditahan dipenjara selama 9 tahun sebelum dihantar pulang kenegara asal di bawah akta immigresen. Sabjek memohon Hebeas Corpus dengan menyatakan tahanan adalah tidak sah.

Keputusan : Tahanan tidak sah.

Cabutan keputusan mahkamah : the powers of detention under s 34(1) are clearly and unambiguously limited to detention for the purposes of removal to one to two places, i.e. the place of embarkation or country of citizenship and therefore the moment the detaining authorities have failed or found themselves in a position where the object of detention cannot be fulfilled the further detention becomes unlawful; [Tahanan adalah jelas melebihi untuk tujuan penghantaran]

HASHIM BIN SAUD v YAHAYA BIN HASHIM & ANOR [1977] 2 MLJ 116.

Sabjek telah ditangkap dan ditahan remand di bawah seksen 117KAJ. Sabjek telah memohon untuk berjumpa dengan peguam tapi tidak dibenarkan. Permohonan Hebeas Corpus dibuat dan ganti rugi dipohon kerana tahanan tidak sah.

Keputusan : Menolak rayuan . Hak berjumpa tidak boleh dilakukan sekiranya ianya akan menghalang penyiasatan polis. Hak berjumpa peguam boleh dilakukan semasa ditahan remand tetapi tidak boleh menghalang penyiasatan polis. Dalam kes ini polis telah memberikan sebab-sebab yang baik.
THE ATTORNEY GENERAL, MALAYSIA v CHIOW THIAM GUAN [1983] 1 MLJ 51.

Sabjek mencabar hukuman mati di bawah ISA adalah tidak selaras dengan perlembagaan artikel 5(1 ).

Keputusan : Manolak rayuan. Bukan mahkamah menentukan sama ada hukuman mati atau tidak di bawah undang-undang. Cabutan : as regards art 5(1) of the Federal Constitution, the law is that if Parliament deems it necessary that the death penalty should be mandatory it is not within the province of the court to adjudicate upon the wisdom of such a law. The law may be harsh but the role of the court is only to administer the law as it stands;

ANDREW s/o THAMBOOSAMY v SUPERINTENDENT OF PUDU PRISONS, Kuala Lumpur [1976] 2 MLJ 156.

Sabjek telah ditahan di bawah akta Immigresen. Pihak Immigresen tidak dapat menghantarnya pulang kerana sabjek tidak memberi kerjasama. Sabjek telah memohon Habeas Corpus.

Keputusan : Menolak permohonan. Pihak berkuasa tidak tidak berupaya menghantarnya pulang bukan bermakna tahanan adalah tidak sah.

RE TAN BOON LIAT @ ALLEN & ANOR; TAN BOON LIAT & ANOR v MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI, MALAYSIA & ORS [1977] 1 MLJ 39.

Sabjek telah di tahan di bawah EO. Mengikut ordinan ini reprentasi hendaklah dibuat kepada YADP sebelum 3 bulan oleh badan penasihat mengenai penahanan sabjek dan oleh itu tahanannya adalah tidak sah.

Keputusan : menolak permohonan : Held while the procedural requirements had not been complied with in this case, valid orders of detention were in force against the two applicants and their detention was therefore legal.
[tatacara tidak dipatuhi,tetapi arahan tahanan masih berkuat kuasa dan dengan itu tahanan adalah sah].

YEAR HOCK SENG @ AH SENG v MINISTER FOR HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ORS [1975] 2 MLJ 279.

Sabjek telah dituduh di Mahkamah kerana kesalahan membunuh. Walau bagaimanapun tuduhannya telah digugurkan dan sabjek telah ditangkap dan ditahan di bawah seksen 4 ISA. Sabjek memohon Habeas Corpus atas alasan tahanannya adalah berniat jahat ( mala fide).

Keputusan : Menolak permohonan kerana sabjek gagal membuktikan tahanannya adalah berniat jahat.

YIT HON KIT v MINISTER OF HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ANOR [1988] 2 MLJ 638.

Sabjek ditangkap dan ditahan di bawah seksen 3 EO. Sabjek memohon Habeas Corpus kerana beliau tidak diberitahu alasan/sebab penahanannya.

Keputusan : Membenarkan permohonan. Sebab dan kuasa di bawah undang-undang perlu diberitahu kepada orang kena tangkap secepat mungkin.

MINISTER OF HOME AFFAIRS v CHU CHOON YONG & ANOR [1977] 2 MLJ 20.

Sabjek telah ditahan dipenjara lebih dari 6 tahun dengan arahan untuk buang negeri. Namun begitu tidak ada waran dikeluarkan oleh menteri oleh kerana tidak ada negara yang sanggup menerimanya.Mahkamah tinggi memutuskan ianya tahanan yang tidak sah. Rayuan telah dibuat ke Mahkamah Persekutuan.

Keputusan : Menerima permohonan dan sabjek telah ditahan semula. Adalah atas budibicara menteri untuk membatalkan arahan buang negeri atau tidak dan penahanan adalah sah.

SUPERINTENDENT OF PULAU JEREJAK & ANOR v WONG CHENG HO [1980] 1 MLJ 154.

Sabjek seorang juvenile telah ditahan selama 2 tahun di bawah seksen 4 EO. Permohonan habeas corpus telah diluluskan oleh Mahkamah tinggi dengan alasan Juvinile tidak boleh ditahan di bawah EO dan hanya boleh ditahan mengikut Akta Mahkamah Juvenile. Rayuan kepada Mahkamah persekutuan dibuat.

Keputusan : Juvenile boleh ditahan di bawah EO.

4 comments:

  1. sy seorg pelajr undang2 tahun 1...thanx...

    ReplyDelete
  2. i'm law student.
    thanx for summary of the cases :)

    ReplyDelete
  3. Thnk for the cases..this.really help me with my assgment..

    ReplyDelete
  4. thank you for the cases, very very helpful

    ReplyDelete

PETA PELAYAR