Beliau sepatutnya tahu, sebagai pegawai kumpulan A, adalah menjadi satu kesalahan untuk berucap walaupun bukan atas tajuk politik tetapi menggunakan platform politik. Peraturan telah ada dan wajar diikuti. Beliau seorang yang warak dari segi ugama sepatutnya lebih memahami keperluan dan kewajipannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bab-bab keduniaan. Beliau boleh berucap dan mengadakan sidang akhbar tetapi perlu memohon kebenaran ketuanya terlebih dahulu. Peraturan ini terpakai untuk semua kakitangan awam kumpulan A.
Alasan beliau, bahawa telah diarahkan hadir pada sumpah laknat tersebut bukan isu. Memang beliau diarah. Jadi apa masalahnya. Sebagai orang bawahan memang beliau wajib mematuhi arahan berkenaan dan hadir sebagai saksi untuk seorang islam bersumpah dengan arahan ketuanya bukan satu kesalahan. Arahan ketuanya adalah betul dan sah. Tidak salah untuk hadir ke majlis tersebut untuk menjadi saksi setelah diarahkan oleh ketuanya. jadi apa isunya sehingga perlu naik ke pentas politik untuk memberi penerangan tentang arahan tersebut. Apa untungnya dan beliau tidak rugi apa-apa untuk hadir ke majlis sumpah laknat tersebut. Ia tugas yang sah setelah diarahkan oleh ketuanya dan tidak bertentangan dengan Islam.
Pada pandangan saya pembuangan kerja beliau adalah betul kerana beliau tidak amanah terhadap tugas dan ingin mencari populariti serta ada tujuan lain yang saya percaya semua rakyat Malaysia mengetahuinya. Beliau adalah duri dalam daging dan gunting dalam lipatan yang menikam kerajaan dari belakang dalam menjalankan tugas sebagai pegawai kerajaan. Orang beginilah yang akan merosakkan imej kerajaan kerana rancangan kerajaan akan gagal kerana disabotaj atau tidak dilaksanakan kerana beliau tidak dapat membezakan antara tugas sebagai pegawai awam dengan politik. Jika ingin memberi penjelasan pun mengenai kehadiran di sumpah laknat tersebut, tidak perlu ke pentas politik untuk berucap dan memberi sidang akhbar. Hantar aje email atau panggil wartawan ke pejabat secara rasmi pun boleh . Jadi apa masalah sehingga 3 malam berucap di pentas politik.
No comments:
Post a Comment