FOLLOWERS

Sunday, 4 January 2009

KEMALANGAN JALANRAYA

Domino bermula lagi. Semuanya bermula di Malaysia. Yang dimaksudkan ialah kemalangan maut yang amat mengerikan dalam minggu ini. Berbagai pandangan dan pendapat diutarakan mengapa perkara ini terus berlaku. Undang-undang dan peraturan sudah mencukupi. Mengapa ia terus terjadi. Pandangan saya ialah kerana sukatan pelajaran sekolah memandu yang digubal. Iannya perlu diubah. pada pemerhatian didapati sukatan pelajaran sekolah memandu hanya memberi tumpuan kepada sekadar untuk memandu kenderaan seperti parking, brek kecemasan., jangan berhenti di pili bomba dan lain-lain yang begitu mudah. Dengan kata lain sekadar untuk membolehkan seseorang tersebut memandu. Peraturan yang baru seperti mewajibkan penumpang belakang memakai tali keledar juga nampaknya sia-sia dan membazir saja. Jika benar tali keledar belakang menyelamatkan nyawa sepatutnya penumpang bas, kenderaan persendirian dan lori-lori perdagangan diwajibkan semuanya memakai topi keledar. lagi baik. Dengan lain perkataan cukup sudah peraturan dan undang-undang yang ada di negara kita. sekarang masa untuk penguatkuasaan. Tentukan ianya berterusan. Tentukan JPJ dan polis Trafik lebih kerap berada di jalanraya. Pada masa ini kehadiran kedua badan ini tidak dirasai. Menara-menera peninjau kalau kita memandu di lebuhraya utara selatan seperti pokok usang/mati. Tidak pernah sekali pun sejak 6 bulan kebelakang dilihat anggota penguatkuasa ada membuat peninjauan.
Akhir kata, kerajaan selain dari cadangan di atas, perlu mengubah sukatan pelajaran memandu yang mana tumpuan lebih kepada aspek kecekapan memandu dalam semua keadaan. Kita bukan memandu basikal atau kereta di zaman 60 an yang mana kenderaan kurang dan keadaan jalanraya pada masa tersebut tidak memberi ruang untuk kita memandu melebihi had laju. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR