FOLLOWERS

Tuesday 27 January 2009

Murugiah mahu saman Khalid

26 Jan 2009

PUTRAJAYA 24 Jan. - Senator T. Murugiah akan menyaman Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kerana mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan seolah-olah dirinya sebagai 'gengster' dalam kejadian menyerbu dan menceroboh bilik mayat di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu.
Kata beliau, kenyataan yang disebut oleh Khalid itu telah menjejaskan imejnya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
''Sepatutnya pihak polis berterima kasih kepada saya kerana berjaya meleraikan keluarga si mati (A. Kugen yang mati kerana didakwa didera oleh polis).
''(Namun) kenyataan Ketua Polis Selangor itu menggambarkan seolah-olah saya ini gengster dan sekali gus menjejaskan imej saya. Saya bekerja untuk rakyat dan hanya menjalankan tugas," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ponggal anjuran Persatuan Malindian Putrajaya/Cyberjaya di Dewan Serbaguna Presint 8 di sini hari ini. Selasa lalu, sekumpulan orang awam termasuk Murugiah dan seorang lagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany didakwa oleh Khalid menceroboh Hospital Serdang untuk memeriksa mayat Kugen, 22, yang didakwa didera polis. Murugiah berkata, beliau sudah memberi jaminan kepada keluarga mendiang bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa diselindungi oleh mana-mana pihak.
''Pada malam itu sebaik sahaja tiba di hospital saya dimaki hamun, mereka kata Barisan Nasional (BN) sudah datang untuk tutup cerita (tutup kes kematian Kugen), saya diam dan terpaksa tahan telinga kerana faham dengan emosi keluarga itu.
''Tetapi kerana orang macam ini (Khalid), BN boleh kalah sebab bagi laluan kepada pembangkang untuk jadi juara (mengambil kesempatan menganjurkan demonstrasi), kita kena berwaspada, kena hati-hati dengan apa yang kita buat (keluarkan kenyataan)," katanya.
Murugiah berkata, jika beliau dilantik oleh Perdana Menteri memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'bakal' berada di bawahnya dan Khalid harus menyedari perkara itu.
''Semasa dalam kapal terbang, semua orang tengok saya semacam seolah-olah saya macam gengster selepas mereka baca akhbar kata saya menceroboh, apa ini.
''Peguam Negara sendiri boleh telefon saya, (tetapi) kenapa beliau (Khalid) perlu panggil sidang akhbar untuk bercakap tentang saya, telefon sajalah saya," katanya. Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengklasifikasikan kematian Kugen yang sebelum ini disahkan mati akibat jangkitan paru-paru berair sebagai kes bunuh. Dalam pada itu, Murugiah memberitahu, beliau akan menganjurkan satu majlis dialog bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berbincang mengenai bidang tugas kakitangan Biro Pengaduan Awam (BPA).
''BPA mempunyai 271 pegawai di seluruh negara dan kita juga ada Ketua Pengarah, kita mahu tahu apa tugas kita yang sebenar bagi melicinkan lagi operasi," katanya.


Nota Blogger : Memang 2 Tim. Menteri ini penceroboh , Dato Khalid. Sebagai Ketua Polis Selangor, Dato telah menjalankan tugas dengan profesional. Teruskan komitmen Dato. Kita tidak mahu negara dan Polis Di Raja Malaysia menjadi Polis seperti di dalam filem Bollywood. Kita telah di tetapkan bidang masing-masing. Kalau orang politk nak jadi Doktor susah lah. Ahli Politik jadilah ahli politik. Doktor jadi doktor. Patologist jadi patologist. Polis jadi Polis. Ahli politik kalau nak tahu hal perubatan tanya doktor atau patologist,: nak tahu hal jenayah tanya polis. Nak tahu undang-undang tanya lawyer dan Peguam Negara. Bukan macam 2 Tim. Menteri yang baru 2 hari jadi Menteri ni, semua dia nak jadi. Jahanam le sistem pentadbiran kita. Di Bombay dan Maldives boleh le. Ini Malaysia. Baik Polis, Patologist dan anggota pentadbiran kerajaan yang lain pun bekerja untuk rakyat, bukan ahli politik sahaja. Jangan jadikan penjenayah sebagai hero.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR