FOLLOWERS

Thursday 8 January 2009

UTUSAN MALAYSIA 8 JAN 2009

RENCANA

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

PERAKUAN PBB bahawa tiada lagi tempat berlindung yang selamat daripada ancaman maut serangan Israel bagi hampir 1.5 juta penduduk Gaza, menunjukkan seluruh rakyat Palestin sebenarnya berada di hujung tanduk.
Oleh itu langkah-langkah pantas dan berkesan perlu diputuskan seberapa segera supaya rejim Israel menghentikan pembunuhan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa itu.
Jika langkah tegas tidak diambil sehari dua ini, bermakna bumi Palestin akan terus bermandi darah.
Cukuplah seluruh dunia meratapi kira-kira 600 mereka yang terkorban selain ribuan lagi yang menderita akibat jenayah kemanusiaan Israel itu.
Dalam dunia yang mengaku bertamadun ini, kuasa-kuasa besar yang kononnya turut berjuang atas prinsip hak-hak asasi perlu memainkan peranan mereka atas nama kemanusiaan.
Setiap orang mempunyai hak untuk hidup, mendapatkan kebebasan dan keselamatan apatah lagi jika mereka tiada kesalahan kepada pihak lain.
Dalam kes ini, oleh kerana Israel secara terang-terangan telah melanggari undang-undang kemanusiaan antarabangsa, ia perlu dihukum. Hukumlah penyembelih manusia!

Awang – Tidak akan mengalah.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR