FOLLOWERS

Thursday 28 April 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : TANGKAPAN TANPA WARAN, ASAS TANGKAPAN !!!!!!



[1994] 3 MLJ 296
Polis DiRaja Malaysia v Keong Mei Cheng Audrey
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPLICATION
NO 44–16–94

Judges SYED AHMAD IDID J
Date 15 JULY 1994
Citation [1994] 3 MLJ 296



Catchwords:

Criminal Procedure — Police investigation — Investigation diary — Whether grounds for continued detention must be supplied in the form of a diary — Whether affidavit sufficient — Whether police must report to public prosecutor — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 117(i) & Second Schedule Form XXVI

Criminal Procedure — Arrest — Without warrant — Whether unlawful if grounds of arrest not informed — Rank of arresting officer — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) ss 108(iii), 109(i) & 110

Criminal Procedure — Arrest — Grounds of arrest — Wife of accused — Refusal to co-operate with police — Whether sufficient

Criminal Procedure — Police investigation — Procedure applicable under s 117 — Registrar’s Circular No 1 of 1979 — Criminal Procedure Code (FMS Cap 6) s 117

Bahasa Malaysia Summary:

Suami responden telah dituduh atas kesalahan pecah amanah jenayah (‘PAJ’) di bawah s 409 Kanun Keseksaan (FMS Bab 45) (‘KS’). Responden dikatakan telah memberi jaminan kepada pihak polis bahawa beliau akan menyerahkan semua sijil saham dan wang tunai sebanyak RM70,000 (isi perkara kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh suaminya) tetapi gagal berbuat demikian. Beliau kemudiannya telah ditangkap tetapi tidak dibicara atau dituduh atas sebarang kesalahan. Mengikut pihak polis, tingkah laku responden yang tidak memberi kerjasama itu telah menimbulkan syak wasangka yang munasabah bahawa beliau telah bersubahat dengan suaminya untuk melakukan PAJ tersebut. Pernyataan ini telah diesahkan di dalam afidavit seorang pegawai polis tetapi tidak didapati dalam bentuk diari yang dibayangkan oleh s 117(i) Kanun Acara Jenayah (FMS Bab 6) (‘KAJ’).

Pihak polis telah memohon kepada mahkamah majistret untuk melanjutkan penahanan responden supaya meneruskan soal siasatannya. Bagaimanapun, pendaftar telah memerintahkan pelepasan responden dari jagaan polis dan memutuskan bahawa penangkapan responden telah dibuat tanpa waran dan beliau tidak diberitahu sebab mengapa beliau ditahan. Polis telah memohon untuk suatu penyemakan perintah itu. Isu di hadapan mahkamah adalah: (i) sama ada penangkapan dan penahanan responden itu sah; dan (ii) sama ada perintah pendaftar itu betul.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu dan mengesahkan perintah pendaftar itu:

(1) Suatu diari yang mengandungi butir-butir mengenai prosiding penyiasatan yang dirujuk di dalam s 117(i) KAJ mesti diberikan kepada majistret di bawah s 117. Mengikut undang-undang, ia mesti disediakan dalam bentuk yang ditetapkan oleh s 119 dan mesti mengandungi alasan lengkap yang menunjukkan bahawa maklumat terhadap tertuduh mempunyai asas yang kukuh. Di dalam kes ini, polis tidak menghantar satu salinan diari itu kepada majistret.

(2) Pihak polis juga diwajibkan memberi laporan kepada pendakwa raya mengenai siasatan di bawah Bab XIII KAJ melalui Borang XXVI di dalam Jadual Kedua. Ini tidak dilakukan.

(3) Kesalahan PAJ di bawah s 409 adalah suatu kesalahan boleh tangkap, iaitu seorang pegawai polis biasanya boleh menangkap tanpa waran. Di dalam kes sedemikian, pihak polis mesti memberitahu orang yang ditangkap itu alasan tangkapannya dan, di bawah ss 108(iii), 109(i) dan 110 KAJ, kuasa untuk menangkap terhad kepada seorang pegawai polis yang sekurang-kurangnya berpangkat sarjan. Di sini, penangkapan responden telah dilakukan oleh seorang konstabel dan beliau tidak diberitahu sebab untuk penangkapannya.

(4) Walaupun mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan seseorang tertuduh meskipun penangkapannya mungkin tidak sah, ini tidak terpakai kerana pendaftar tidak ‘membicarakan’ responden pada masa itu.

(5) Mesti selalu terdapat alasan yang sah untuk penangkapan dan penahanan termasuk suatu hubungan jelas di antara orang yang disyaki dan kesalahan itu. Undang-undang tidak membenarkan suatu penangkapan yang berdasarkan taraf responden sebagai isteri tertuduh atau kemarahan pihak polis semata-mata kerana beliau tidak bekerjasama dengan mereka.

Per curiam


Sesuatu permohonan di bawah s 117 seharusnya dibuat dalam dua salinan dan didaftarkan di mahkamah pada tarikh ia difailkan, dan dicatatkan mengikut nombor bersiri (iaitu satu nombor bagi setiap daerah atau balai polis) untuk setiap tahun. Semua rekod dan dokumen, misalnya diari dan nota prosiding, mesti disimpan di mahkamah sama ada permohonan itu diluluskan atau ditolak. Pegawai polis itu mesti melaporkan semula kepada majistret mengenai tarikh dan masa bila tertuduh (atau orang yang ditahan) dilepaskan atau diberi jaminan di dalam bentuk yang ditetapkan di dalam Pekeliling Pendaftar No 1 Tahun 1979. Majistret seharusnya mengambil ingat tentang fail itu pada tarikh yang relevan di dalam perintah itu dan jika perintah pelepasan itu tidak diterima dari Ketua Polis Daerah, majistret mesti menyiasat perkara itu. Majistret juga mesti menghantar suatu penyata bulanan berkenaan dengan semua perintah dan siasatan sedemikian kepada hakim Mahkamah Tinggi.]


Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

1 comment:

  1. Polis ni kadang2 kurang ajar juga. Nak tahan orang ikut suka dia aje. Ikut la undang2. Kalo tak nak ikut jgn buat undang2. Ada jugak kes yg polis tak kemuka dairi Majistret benarkan reman. Tak paham, mana satu yg betul...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR