FOLLOWERS

Sunday 3 April 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : KELEWATAN MELAMPAU !!!!


[1996] 2 MLJ 549 R Rajasingam v Balwant Singh Purba

Case Details: Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) —

CIVIL APPEAL NO P–02–241–95

Judges SITI NORMA YAAKOB JCA VC GEORGE JCA MOKHTAR SIDIN J

Date 21 MAY 1996

Citation [1996] 2 MLJ 549


Catchwords:

Civil Procedure — Want of prosecution — Striking out — Delay in filing summons for direction — Court file relating to matter lost — Plaintiff took 11Ú2 years to reconstruct file — Plaintiff filed affidavit verifying list of documents six months after hearing of summons for directions —

Defendant failed to file affidavit verifying documents within stipulated time as well — Whether plaintiff’s delay amounted to inordinate and inexcusable delay in prosecution of action — Whether action should be strike out for want of prosecution

Bahasa Malaysia Summary:

Pada 27 April 1994, defendan di mahkamah di bawah telah membuat satu permohonan untuk membatalkan writ saman plaintif, yang difailkan pada 17 Disember 1986, atas ketiadaan pendakwaan kerana terdapat kelewatan yang terlampau pada pihak plaintif dalam meneruskan tindakan (lihat [1996] 4 MLJ 404 ). Defendan mengatakan bahawa plaintif telah gagal memberi notis tujuan menerus selepas lebih daripada dua tahun sejak dia memfailkan saman dalam kamar untuk membatalkan perenggan tertentu dalam pembelaan defendan.

Defendan selanjutnya mengatakan bahawa plaintif hanya telah memfail saman untuk arahan pada 17 Mei 1989, dan selepas itu ia mengambil masa empat tahun lagi sebelum saman tersbeut dibicarakan. Defendan menyatakan bahawa selepas pembicaraan, plaintif tidak memfailkan afidavitnya untuk menentu-sah senarai dokumen dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan, tetapi hanya kira-kira 61Ú2 bulan kemudian dan dengan itu telah melanggar perintah untuk arahan. Sebagai jawapan, plaintif menyatakan bahawa kelewatan berkenaan saman untuk arahan bukanlah kesalahannya atau peguamcaranya sebab fail mahkamah berhubung dengan perkara ini telah hilang dan tindakan tidak dapat diteruskan selanjutnya sehingga ia dibina semula.

Berkenaan dengan kelewatan dalam pemfailan senarai dokumen dan afidavit yang menentu-sah senarai dokumen pula, plaintif berhujah bahawa defendan sendiri telah melanggar perintah untuk arahan kerana defendan juga tidak memfail senarai dokumen dan afidavit yang menentu-sah dokumen dalam tempoh masa disyaratkan.

Defendan pula menyatakan bahawa dia tidak diberitahu bahawa fail mahkamah telah hilang, dan bahawa fail telah dibina semula. Pesuruhjaya kehakiman mendapati bahawa meskipun terdapat kelewatan pada pihak plaintif sebelum binaan semula fail itu, kelewatan telah dijelaskan oleh plaintif. Pesuruhjaya kehakiman berpandangan bahawa defendan juga harus dipersalahkan atas kelewatan kerana dia tidak mengambil langkah lebih awal untuk membatalkan tindakan plaintif. Defendan merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Diputuskan: Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Terdapat kelewatan yang terlampau pada pihak defendan dan peguamcaranya dalam mengambil masa 11Ú2 tahun untuk membina semula fail yang mempunyai kurang daripada 40 muka surat biasa. Tiada penjelasan yang munasabah telah diberikan oleh defendan atau peguamcaranya atas kelewatan itu (lihat ms 554C–E).

(2) Adalah jelas bahawa plaintif tidak terlibat sama sekali dalam binaan semula fail itu. Oleh itu, plaintif atau peguamcaranya tidak patut dipersalahkan (lihat ms 554B).

(3) Adalah mantap bahawa pengendalian perkara itu adalah dengan plaintif dan defendan berhak pada mana-mana tahap memohon kepada mahkamah supaya tindakan plaintif dibatalkan atas ketiadaan pendakwaan. Kelewatan dalam berbuat demikian tidak harus diambil kira terhadap defendan (lihat ms 554H).

(4) Adalah jelas bahawa beban terletak pada plaintif untuk memberi justifikasi kepada kelewatan apabila kelewatan telah pun dibuktikan (lihat ms 555E); Ratnam v Cumarasamy & Anor [1965] MLJ 228 diikut.

(5) Dalam kes ini, terdapat kelewatan selama lebih enam tahun sebelum afidavit yang menentu-sah dokumen difailkan, dan ini disusuli oleh kelewatan lanjut oleh plaintif apabila plaintif tidak sempat memfailkan kertas yang perlu. Kelewatan begitu mempunyai kesan kumulatif kelewatan terlampau dan tidak boleh diterima, yang memudaratkan defendan. Adalah jelas bahawa plaintiff telah melanggar kaedah-kaedah dan bahawa defendan berhak membatalkan tindakan plaintif (lihat ms 556B–D); Toh Hock Thye & Ors v Toh Chwee Biow [1982] 1 MLJ 152 diikut.] [Editorial Note: The plaintiff/respondent has applied for leave to appeal to the Federal Court vide Civil Appeal No P–02–241–95.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pihak. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR