FOLLOWERS

Monday, 29 December 2008

NOTA PENDEK : HUBUNGAN INDUSTRI

1. Pendahuluan.

Hubungan industri adalah hubungan majikan dengan kesatuan sekerja yang mewakili pekerja manakala hubungan pekerja dirujuk hubungan terus majikan dengan pekerja yang tidak mempunyai kesatuan sekerja.

2. Proses membuat keputusan.

Di dalam kesatuan sekerja proses membuat keputusan adalah bilateral iaitu majikan merujuk kepada atau mendapat pandangan bersama dari kesatuan sekerja dalam membuat keputusan. Sementara bagi pekerja yang tidak ada kesatuan sekerja keputusan dibuat secara unilateral iaitu majikan bebas membuat keputusan sendiri.

3. Definisi dan signifikan.

Rollinson (1993) mendefinisikan perhubungan pekerja sebagai kajian tentang perhubungan di antara organisasi dan pekerja yang meliputi interaksi dan komunikasi antara majikan dan pekerja, dan juga proses di mana mereka menyesuaikan diri dengan kehendak dan kemahuan antara satu sama lain.

Isu yang selalu timbul dalam hubungan industri adalah siapakah sebenarnya menerajui syarikat iaitu syarikat atau kesatuan sekerja. [2] Jawapan kepada soal ini tentunya majikan tetapi majikan perlu mendapat kesatuan sekerja bagi mengekal pekerja yang berpotensi dan mendapat persetujuan bersama dalam mencapai objektif bersama. Sebab lain kerana terdapat peruntukan undang-undang menghendaki penubuhan kesatuan sekerja. Antara undang-undang tersebut adalah :
i. Akta Pekerjaan, 1955.
ii. Akta kesatuan Sekerja, 1959.
iii. Akta Perhubungan Industri, 1967.
iv. Akta Kilang dan Mesin, 1967
v. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994.
vi. Akta Pampasan Pekerja, 1952.

Perhubungan Industri bukan saja mengurus soal konflik antara majikan dan pekerja, tetapi juga mengurus sebarang perubahan yang dibuat oleh majikan seperti penyebaran produk, sempadan penjualan, ganti rugi, teknik-teknik pengurusan dan sebagainya.

4. Peranan kesatuan sekerja.

Kesatuan sekerja mempunyai dua fungsi utama :

i. Memastikan layanan yang adil kepada ahlinya.
ii. Cuba mendapat terma dan syarat perkhidmatan yang lebih baik kepada ahlinya.

Peranan lain:

i. Menyampai apa-apa perasaan tidak puas hati dengan majikan.
ii. Medan untuk bersosial dengan majikan.
iii. Menyediakan peluang kepada individu untuk menjadi pemimpin.
iv. Memberi peluang kepada proses tawar menawar kolektif antara majikan dan kesatuan sekerja.

Kesatuan sekerja di Malaysia:

i. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mewakili sektor swasta.
ii. Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS) mewakili pekerja sektor awam.
iii. Organisasi Buruh Malaysia (MLO).
iv. Kesatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA).
v. Kesatuan Bank Perdagangan Malaysia (MCBA).

Proses penting dalam kesatuan sekerja adalah tawar menawar kolektif atau perundingan kolektif yang bertujuan seperti berikut :

i. Proses penyelesaian pertelingkahan melalui perundingan untuk mencapai persetujuan.
ii. Proses di mana majikan dan pekerja berunding mengenai terma dan syarat pekerjaan.

Matlamat individu dan organisasi diambil kira untuk menyesuaikan kehendak individu dan organisasi. Peranan ini selalunya dimainkan oleh kesatuan sekerja. Proses ini perlu dibuat oleh kerana terdapat dibawah undang-undang atau polisi kerajaan dan majikan pula menghadapi berbagai kekurangan. Kesatuan kerja yang ditubuhkan untuk memastikan setiap pekerja dilayan dengan adil dan dan cuba mendapat syarat terma perkhidmatan yang lebih baik. Walau bagaimanpun keputusan muktamat dibuat oleh majikan.

Proses yang dibuat ini adalah dinamakan perundingan kolektif atau persetujuan bersama.
Setelah proses ini dibuat ianya akan membuat keputusan akan ganjaran sepatutnya dibayar, prestasi dan produktiviti yang diharapkan dan terma perkerjaan.

4 comments:

  1. nota begini amat membantu bagi pelajar PJJ yang bekerja. Harap dapat diteruskan untuk topik2 yang lain sama.

    ReplyDelete
  2. terima kasih. harap dapat diambil untuk sebahagian dpd inpt assignment saya

    ReplyDelete
  3. hi,boleh x bgi sy jwpn utk soalan ni
    1.employees work-what kinds of work
    2.managers manage-what do they manage
    3.union negotiate-with whom and for whom
    4.goverment regulate-for whom

    ReplyDelete

PETA PELAYAR