FOLLOWERS

Tuesday 19 May 2009

KEPUTUSAN YAA HAKIM NIZAR MB 2 : PENJELASAN DR SIDDIQ AZANI : PENSYARAH UNDANG-UNDAANG UITM


Di petik dari Blog : WBHIM


1. Mahkhamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Nizar merupakan Menteri Besar yang sah. Mahkhamah juga mengarahkan supaya Menteri Besar yang tidak sah, Dr.Zambry Abdul Kadir supaya mengosongkan kerusinya begitu juga kepada barisan exco beliau berkuat kuasa hari ini.

2. Tun Dr.Mahathir juga dalam kenyataan beliau hari ini menyebut bahawa Sultan tiada kuasa memecat MB.

3. Kita harus menghormati keputusan mahkhmah. Reason Decision yang dikeluarkan oleh mahkhamah ialah seorang menteri besar yang baru tidak boleh dilantik jika menteri besar yang lama tidak dipecat.

4. Ini merupakan hujah yang kita semua tahu dan tidak perlu mahkhmah menyebutnya kembali. Sebaliknya mahkhmah harus memberi tumpuan kepada bagaimana konsep pemecatan itu dan bagaimana pula dengan perlantikan menteri besar yang baru?

5. Mahkhamah juga menuruti keputusan yang telah diputuskan oleh kes Stephen Kalong Ningkan, bahawasanya undi tidak percaya hanya boleh dilakukan di dalam Dewan untuk memecat seorang menteri besar dan bagi membuktikan bahawa beliau sudah hilang kepercayaan ahli yang berhormat DUN.

6. Kita harus melihat kepada situasi kes. Dalam kes Stephen, terdapat sebuah surat yang ditandatangani oleh sebahagian Ahli Dun seperti didakwa oleh Tawi Sli mengatakan Stephen telah hilang kepercayaan. Dalam kes tersebut, ia amat jelas menunjukkan bahawa surat merupakan alibi yang cukup lemah kerana ia boleh dipalsukan atau disalahgunakan.

7. Tetapi dalam kes Nizar, Baginda sultan sendiri telah menemui 3 orang ADUN bebas tersebut untuk mengesahkan bahawa mereka sudah tiada lagi kepercayaan terhadap YB Nizar. Kita faham di sini bahawa proses bertemu sultan merupakan suatu alibi yang cukup kuat dan kukuh.

Ini kerana ia dibuat berlandaskan article 40 (2) (a), (b) dan (c) dimana Baginda Sultan berpuas hati dan telah sampai kepada pengetahuan baginda bahawa Nizar sudah hilang kepercayaan didalam Dewan DUN.

8. Dalam keputusan hari ini, Mahkhmah tinggi telah menggunakan “strict approach” kerana terlalu mengikut apa yang telah diputuskan didalam kes Stephen, tanpa menimbang terlebih dahulu fakta dan perbezaan dalam kedua-dua kes berkenaan.

9. Saya berharap agar Mahkhamah Rayuan atau Mahkhamah Persekutuan mempunyai hujah yang lebih kukuh dan betul.

SIDDIQ AZANI,
FAKULTI UNDANG-UNDANG UiTM MALAYSIA


Dr Sid menjawab komen :

Diego Forlan says:
May 14, 2009 at 12:11 pm

Menjawab soalan Zack:


S1. Dalam keadaan Dewan masih ada eksekutif dan ketuanya yang sah nasihat siapakah Sultan patut ikut? Dalam kes Perak nasihat siapa yang sultan ikut dan kalau bukan nasihat eksekutif adakah sah?J1. Dewan adalah badan Legislatif, bukan Eksekutif. MB adalah ketua tertinggi Eksekutif,bukan Legislatif. Ketua tertinggi Legislatif ialah Speaker Dewan.

Dalam soal seorang MB yang sudah kehilangan kepercayaan majoriti dalam Dewan, YM Sultan tidak terikat langsung utk menerima nasihat MB. Perlantikan MB adalah budi-bicara YM Sultan dan sbb tu di Perlis dan Terengganu YM Sultan-Sultan sudahpun menunjukkan kuasa menggunakan budi-bicara utk menolak calon MB yg dicadangkan kepada mereka.

S2. Adakah Sultan punyai kuasa bagi menntukan eksekutif atau Dewan itu ada kuasanya sendiri?

J2. Umumnya Sultan tiada kuasa samada ke atas Eksekutif atau Legislatif. Tetapi spesifik dalam isu perlantikan MB, undang-undang perlembagaan memberikan baginda kuasa budi-bicara sepenuhnya.

S3. Dalam prinsip pengasingan kuasa Sultan itu di mana letaknya? Siapa boleh mendahului siapa antara legislatif, eksekutif dan judiacary?


J3. Dlm prinsip pengasingan kuasa Sultan mempunyai peranan ke atas ketiga-tiga cabang Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman, sbb perlantikan ketua ketiga-tiga cabang mestilah atas perkenan baginda, walaupun dlm urusan2 lain baginda tidak akan campur tgn sama-sekali. Pentafsiran prinsip pengasingan kuasa di Msia tidak boleh disamakan dgn Britain sbb di Britain tidak ada Perlembagaan bertulis, menjadikan Parlimen sbg “supreme” iaitu teratas dan paling tinggi.

Sedangkan di Msia Perlembagaan adalah bertulis dan jelas menyebut Perlembagaan itulah yg “supreme”, diikuti Legislatif sbb Legislatif ada kuasa membuat undang-undang termasuk meminda Perlembagaan. Seterusnya secara prinsipnya Perlembagaan Msia meletakkan Eksekutif dan Kehakiman di bawah status Legislatif sbb ketua Eksekutif dan Kehakiman hanya mendapat legitimacy (keabsahan) di bawah sistem yg ditentukan oleh Legislatif.

S4. Kenapa SPR mempunyai kuasa begitu hebat melangkaui Dewan Legilatif. SPR kah yang menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak? Mengapa SPR tidak tolak perletakan jawatan Fairus di Penanti sebaliknya anggap 3 bekas ADUN opakatan tidak letak jawatan?


J4. SPR tidak melangkaui Dewan Legislatif, sebaliknya Speaker Dewan yg memandai-mandai cuba melangkaui kuasa SPR. Seksyen 12(3) Akta SPR jelas memberi kuasa kpd SPR menentukan kekosongan sesuatu kerusi. Tiada sbb SPR nak tolak perletakan jawatan Fairus di Penanti sbb dia sendiri mmg mengaku letak jawatan, sebaliknya 3 bekas ADUN Pakatan pula menafikan sekeras-kerasnya mereka letak jawatan dan mencabar kesahihan surat perletakan jawatan yg dikemukakan oleh Speaker.

S5. Cuba tanya lagi adakah mahkamah mencampuri urusan legislatif atau hanya membuat tafsiran terhadap apa yang dirujuk? Apakah berbangkit soal rujuk statut duluan dalam kes Perak ini dan benarkah mahkamah perlu terikat dengannya?

J5. Dari sudut prinsipnya mmg mahkamah tidak boleh campuri urusan Legislatif, tetapi apabila berlaku pertikaian besar ttg pentafsiran undang-undang yg melibatkan operasi Legislatif, dan anggota2 Legislatif yg bertikai itu sendiri yg pergi memfailkan permohonan di Mahkamah (tiada siapa paksa pun, kan?)maka sudah pastilah menjadi tugas Mahkamah MENTAFSIR kedudukan undang-undang (mmg itupun fungsi asas badan Kehakiman). Kalau sendiri pergi ke Mahkamah, lepas tu taknak terima keputusan Mahkamah (tuduh hakim korup dsbgnya) maka jelaslah pihak yg berkenaanlah yg tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa. Wallahu’alam.

Dr.Sid: terima kasih diatas penjelasan saudara forlan.


Penghuni Gua : Di siarkan 2 tulisan pensyarah undaang-undang UITM, Dr Siddiq Azani, agar semua pembaca mendapat kepelbagaian maklumat tentang krisis di Perak. Nilailah sendiri dan sama-sama kita semua meenunggu keputusan mahkamah rayuan nanti. Semua misti terima dengan hati terbuka keputusannya. Jangan...............

1 comment:

  1. Sememangnya, Sultan adalah kepala Utama eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Maka DUN duduk dibawah Sultan bukan atas Sultan. Perlembagaan negeri itu adalah titah Sultan dan Dewan itu juga adalah tampuk kuasa Sultan, dan Kehakiman dan Perundangana juga adalah lambang (embodiment)Sultan. Maka apabila speaker dan MB hendak bertindak melebihi Sultan, bukankah itu mencabar kuasa Raja dan kesalahan dibawah seksyen 121B Kanun Keseksaan. Dan jika ianya sesuatu yang menggangu gugat ketenteraman awam bukankakh ISA adalah Undang2 untuk menangani massaalah itu?

    Maka perlu letak jawatan dalam fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bermaksud dan tidak lain bahawa jika MB Dato Seri Nizar enggan letak jawatan ("degil") setelah kehilangan majoriti bukankah Sultan berhak dan disegi undang2 menyingkirnya?

    Pada saya Yang Arif Hakim Aziz juga terkhilaf fakta bila mengatakan Dato Seri Nizar tidak kehilangan majoriti. Permintaannya membubarkan DUN adalah keakuran (admission) beliau sudah tidak ada lagi majorit.

    Perkara ini semakin menjadi jelas. Saya bersependapat dengan pandagan disini bahawa alasan Yang Arif Hakim Aziz terlalu superficial (lebih kulit dari isinya).

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    ReplyDelete

PETA PELAYAR