FOLLOWERS

Thursday 21 May 2009

CHIN PENG : DATANG LAGI CADANGAN BODOH PEMIMPIN GERAKAN !

1. Saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan kelmarin : supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng kembali semula negara ini amat memualkan PG.


2. Binatang Chin Peng ini walau apapun alasannya tidak akan dibenarkan memijak pun bumi Malaysia ini. Kedegilannya tetap terserlah apabila dalam perjanjian Hatyai pada 1990, Chin Peng masih enggan menandatangani perjanjian ini . Dengan sebab itu , beliau tidak termasuk ke dalam program pengampunan dan dibenarkan kembali ke negara ini.


3. Kepada Gerakan : inikah cadangan terbaik yang boleh Gerakan berikan kepada kerajaan bagi pembangunan negara ini? Kalau jawapannya ya, maka Pemimpin ini samada ia mewakili dirinya sendiri atau pun Gerakan adalah pemimpin yang amat bodoh dan bebal pemikirannya.


4. Kalau hanya alasan Chin Peng sudah tua dan memberi peluang ketua kominis ini berjumpa dengan saudara maranya, hanyalah satu alasan bodoh juga. Kepada Gerakan perjuangkan lah nasib mereka yang cacat anggota yang masih ada hinga kini ( Tentera dan polis ) yang perlukan pembelaan. Kaki palsu pun tak ada bantuan. Makan minum harian pun alah kadar hanya pergantung kepada pencen yang tak seberapa. Apa perjuangan Gerakan dalam hal ini ?

5. Bebal sangatkah Gerakan atau pemimpin ini dalam menilai sejarah. Atau hanya membuat cadangan berdasarkan ras. Kalau begitu ianya begitu perkauman tanpa mengambil kira faktur kaum yang lain.


6. Mengapa begitu pemaaafnya Gerakan dan pemimpin bodoh Gerakan ini dalam memaafkan dosa Chin Peng ?


7. Mengapa dalam kes Dato Hishamuddin menjulang keris ( kalau betul salah pun : salah ke ? ) Gerakan begitu beriya-riya menuntut UMNO meminta maaf. Besar sangatkan dosa menjulang keris ini berbanding dengan dosa penjahanam negara Chin Peng ini ?


8. Besar sangatkah Dosa Ketua UMNO Pulau Pinang yang dikatakan/ diputarbelitkan oleh Gerakan dalam mempertikaikan kedudukan orang cina di Malaysia sebagai pendatang sehingga Presiden Gerakan telah memutuskan hubungannya dengan UMNO Pulau Pinang dan sehingga TPM DS Najib pada masa itu terpaksa memohon maaf berbanding dengan dosa penjahanam Chin Peng ini ?

9. Kepada Gerakan : Jangan jadi bodoh dan jangan tunjukkan kebodohan anda lagi. Perjuangkan isu kemasyarakatan yang lain. Banyak lagi siu yang perlu diperjuangkan di Pulau Pinang dan negara ini. Juga fikirkan bagaimana hendak menarik sokongan orang cina di Pulau Pinang agar kembali menyokong kerajaan.


10. Layakkah pada pandangan pembaca semua , bagi menilai Gerakan ini sebuah parti kebangsaan dengan terpaparnya isu yang dibawa ini ? Jawapan saya, Gerakan hanyalah parti nyamuk dan parti yang amat bodoh sekali bagi duduk bersama di dalam kerajaan . Tidak layak langsung untuk Gerakan berada dalam kerajaan jika ini cara dan cadangannya. Tidak membawa menafaat langsung.


11. Apa komen Koh Tsu Koon terhadap pemimpin Gerakan ini.? Atau adakah ia mewakili suara anda sendiri. Jika ia mewakili suara anda sendiri , ia sesuatu yang amat malang sekali...............

1 comment:

  1. Senang aje kalo Gerakan degil nak bawak balik bintang 3. Jadi kalo Chin Peng balik jugak berlakunya "assination" nanti maka kerajaan tak bertanggung jawab. Mangsa2 korban bintang 3 masih lagi berkeliaran di Perak, tak mungkin mereka akan lupa kejahatan komunis Chin Peng lakukan terhadap keluarga mereka dan askar2 melayu yang telah terkorban memerangi komunis bintang 3. BAWAKLAH SI BEDEBAH CHIN PENG BALEK. KITA TUNGGU DAN LIHAT. APA JADI...JADI-LAH.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR